Showing posts with label Menjahit. Show all posts
Showing posts with label Menjahit. Show all posts

Monday, 22 July 2013

Baju Kurung

!(^_^)!
Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa

Di pertengahan bulan Ramadhan ni, kami (Staff GMART KB) mulai sibuk. Sibuk dengan pelanggannya. Dan aku rasa yang paling tak menang tangan ialah Tukang Jahit. Eh, ke situ pula kan. Biarlah aku belajar mengarang dulu. Markah karangan MUET dulu pun seciput jak. 

Kisah Kedai Si Tukang Jahit.
Sebenarnya aku tak tahu pun apa kisah dorang ni. Tapi satu perkara yang aku pasti, di bulan Ramadhan ni, mereka berpuasa sambil sibuk menyiapkan tempahan baju raya yang diterima dan dipaksa terima. Paksa? Yep, aku sangka benda macam ni tak wujud sebab adanya sistem barter di situ. Baju Kurung dan Duit. hehe. Tapi bila masa tak cukup, tenaga pun sekerat jak, di tambah lagi tempahan yang berlambak2, sebahagian daripada tukang jahit sanggup menolak tempahan baju.

Ini jelas ku temui bila aku jalan di sekitar bangunan di kawasan Segama, KK. Sejujurnya, aku terkejut melihat barisan kedai jahit yang ku temui di tingkat satu di salah satu bangunan di Segama. Berderet kedainya jo, wa cakap sama lu. Dua tiga daripada kedai tersebut, tampal notis untuk tidak menerima sebarang tempahan baju lagi. Ada yang lagi spesifik, tidak menerima tempahan baju kurung. Nah, ini kali lah. Apa perasaan bila tukang jahit tak terima tempahan kita ataupun langsung tak dijumpai di saat-saat kita memerlukan mereka untuk menjahit kain 4 meter yang dibeli mahal-mahal tuh. Hm, rasanya aku boleh faham di situ. hehe

Tukang Jahit Vs Aku
Hm, apa kaitan? Tak ada kaitan apa-apa pun. Hahaha. Maaf, saja nak gelak. Hari ini shift aku pagi, jadi tergesa-gesa nak kira cash out yang terakhir. Berjalan melintasi meja pejabat sebelum tiba ke pejabat cashier, En. HR kami, menyapaku. Menanyakan sekiranya aku mengetahui tempat2 untuk menjahit baju di sekitar Taman Nikmat ini. Cuba mengcover ketidakpekaan aku terhadap suasana persekitaran, aku menggeleng, menjawab sejujurnya sambil tersengih. Dan itu keluar satu soalan yang menjerat aku masa tu, 

"Di mana kau jahit baju kau?"

Mulanya aku faham soalan tu, tapi memandangkan keluarga aku memang jenis yang tak hantar baju ke kedai, hampir semuanya jahit sendiri. Entah, apa yang keluar dari mulut aku sampai kan, terkeluar cerita yang aku boleh menjahit. Merepek, mestilah aku sendiri yang bagitau kn? hehehe. Aku memang boleh menjahit tapi hanya baju kurung biasa sajer yang stail macam baju sekolah tuh. Mana lah aku terer jahit baju yang berfesyen-mesyen ni. At last, esok aku kena bawa baju yang aku pernah jahit sebagai contoh. 

Satu perkara yang buat aku respek la dengan en. HR ni. Sikap dia yang positif dan yakin boleh buat. Salah satu kata-katanya yang melekat di ingatan aku ni di sepanjang perbualan kami bersama executive dalam pejabat tu,

"Aku rasa boleh (menjahit), kalau aku belajar." 

Dan itu mengingatkan aku pada konflik aku untuk kembali belajar semula. Maklum lah, dah setahun lebih bercuti belajar, asyik kerja. Kerja. Kerja. Cewah, cakap macam tak ingat dunia. Istighfar mal.

The Baju Kurung.
Menyelongkar baju-baju lama tak di pakai. Baju kurung ni sinonim dengan baju kuliah di PKK, atau pun pakaian harian di SMATS. Akhirnya, jumpa gak. Tadaaaa~

Ini Skirtnya

Ini Bajunya

A Perfect Couple~! XD
Apa pun, esok shift after. Insya-Allah sampai jua baju ni ke GMART KB.. hehehe

Sekian.

Sunday, 12 May 2013

Menjahit Part 1

Assalamualaikum W.B.T, Annyeonghaseyo, Konnichiwa.

"Sebelum tuh, aku nak cuba membahasakan diri guna 'Saya' atau pun dengan nama aku yang Alhamdulillah unik dalam setiap entri aku selepas ni. Step by step. hehehe"

Entri kali ini dipaparkan mengenai bagaimana kita nak jahit tudung secara simple menurut versi Amal. Sebelum itu, kita kena sediakan bahan dan peralatan tertentu bagi memudahkan proses menghasilkan projek 'Tudung Putih' ini. hehe

1. Bahan dan Peralatannya adalah seperti berikut:-

 Rajah 1.1 1 Meter Kain

 Saya dah jumpa jenis kain yang sesuai untuk buat tudung idaman tapi dek kerana masalah kewangan yang kurang stabil, beli yang murah saja lah seperti yang ditunjukkan pada rajah 1.1. Lagipun, nak buat tudung pergi kerja saja kan.

Rajah 1. 2 Jarum, Benang putih, dan Gunting Kain

 Selain daripada bahan utama iaitu kain, turut memainkan peranan penting sebagai pemotong dan pengikat ialah gunting kain digunakan untuk memotong kain dan benang kain. Tambahan lagi, jarum dan benang sebagai alat yang digunakan untuk mencantumkan bahagian kain secara kekal.

2. Langkah-langkah pemotongan dan penyusunan.

2.1 Selarikan susunan tepi kain yang bersaiz 1 meter tersebut seperti yang ditunjukkan pada rajah 2.1.
Rajah 2.1.1 Kain diselarikan berdasarkan tepinya.
2.2 Guntingkan lebihkan kain yang tidak diperlukan. Bagi mengelakkan proses kerja yang tidak teratur dan berisiko untuk mencacatkan potongan kain, tekapkan tangan pada bahagian kain yang dikehendaki semasa memotong lebihan kain supaya susunan tepi kain tidak terjejas dengan teruk.

Rajah 2.2.1 Tangan kiri digunakan untuk menekap susunan kain semasa proses pemotongan kain dilakukan. 
Peringatan : Kedudukan gunting semasa menggunting kain hendaklah berada tegak 90 darjah bertentangan dengan permukaan kain. Bukan seperti kedudukan yang digambarkan pada rajah 2.2.1 [tengah tangkap gambar tu, hehe].

Rajah 2.2.2 Keadaan sejurus siap pemotongan kain
 Lebihan kain tu, terserahlah nak buat apa. hehehe

Rajah 2.2.3 Hasil dari pemotongan

Rajah 2.2.4 Kedudukan kain disusun mengikut kehendak. 
 Bahagian pada rajah 2.2.4 tu, terpulang kepada citarasa masing-masing. Sapa nak labuh sikit, kena tarik sikit bahagian lapisan kain di atas tu sehingga kelihatan lebih kecil berbanding lapisan kain di bahagian bawah. 

Rajah 2.2.5 Lipat susunan kain membentuk ala tudung 3 segi
[ yg mcm bnyk seginya ]

Rajah 2.2.6 Pandangan kain pada lipatan tengah

Rajah 2.2.7 Pandangan kain pada bahagian hujung lipatan

3. Langkah-langkang menjahit tudung.

Bagi penjahit amatur seperti saya ni, tak berapa suka nak tetapkan susunan kain dengan menggunakan jarum peniti. Jadi saya ambik pendekatan lain dengan menggunakan barangan elektrik iaitu streka atau dalam bahaga Inggerisnya IRON. hehehe

Rajah 3.1 Streka pada bahagian kain yang hendak dijahit
 Proses menstreka pada bahagian kain yang hendak dijahit adalah bertujuan untuk memudahkan proses menjahit nanti.
Rajah 3.2 Keadaan lipatan kain yang telah distreka.

4. Langkah-langkah menjahit lipatan.

Di sini salah satu proses menjahit kunun. hehehe


Rajah 4.1 Hasil jahitan 
 5. Alhamdulillah siap!
Rajah 5.1 Siap untuk dipakai.

Mata-Ashita~ 



Tuesday, 20 December 2011

Kursus Menjahit Buah Epal


Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Hari ini nak kongsi cerita pengalaman semasa kursus menjahit buah-buahan bersama-sama ibu, adik puen dan wena. Buah Epal merupakan buah yang pertama saya pilih untuk belajar jahit.


Gambar 1: Ini merupakan bahan-bahan untuk menjahit replica buah epal.

Gambar 2 : Kain cotton merah yang dibentuk dengan menggunakan ukuran acuan buah epal(telah disediakan).


Gambar 3 : kain cotton hijau yang dibentuk dengan menggunakan ukuran acuan daun buah epal (telah disediakan).


Gambar 4 : Jahitan dengan menggunakan tapak kecil.


Gambar 5 : Rupa badan Buah Epal dan daunnya setelah di terbalikkan.


Gambar 6 : Kekabu merupakan elemen penting untuk mengisi ruang di dalam badan buah epal tu.


Gambar 7 : Buah epal yang siap beserta kekabu telah dijahit dengan jahitan tersembunyi.

Dah siap kah?

Belum siap lagi. . . hehe
Ini dia acara penting dalam membentuk buah yang nampak ala-ala buah pear ini bertukar rupa menjadi buah epal yang comel..comel ke? hehe


Gambar 8: Kali pertama juga saya tengok jarum sebegini rupa.hehe

Dengan menggunakan jarum dan benang DMC tu, buah epal yang seakan-akan buah pear itu dimampatkan dengan proses jahitan yang agak memerlukan sedikit kerahan tenaga lah. Saya pun tak mahir lagi dalam proses mampat-memampat ini.

Dan hasilnya,


Alhamdulillah, Siap juga akhirnya.

Sunday, 18 December 2011

Kursus Menjahit Patung 'Angry Bird' Secara Percuma.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. . .

Sempena mengisi masa cuti semester 5 ini, ibuku ajak aku dan adikku mengikuti kursus menjahit Patung 'Angry Bird' secara percuma di Daerah Tuaran anjuran dari Epal Smart Partner (ESP). ESP ini merupakan peluang peniangaan untuk individu yang berminat menjalankan perniagaan di rumah berteraskan misi 'berjaya dalam perniagaan tanpa mengabaikan keluarga. Di samping itu, tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyebarkan ilmu kemahiran menjahit bagi individu-individu yang berminat. Selain itu, ia menyebarkan ilmu seni jahitan kreatif yang semakin hari mendapat permintaan yang tinggi.

Hari ini aku berserta ibu dan 2 orang adikku perempuan, bergerak menuju ke Daerah Tuaran yang mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Daerah Kota Belud. Sampai saja kami di tempat ESP Tuaran, dah ada Puan Niliah bersama seorang kawannya. Sebelum bermula sesi kursus, kami mendengar promosi anjuran Epal. Selesai tu, ibu ambil Projek menjahit Peralatan Solat ( RM 199 ), aku ambil projek menjahit replika buah-buahan dan sayur-sayuran ( RM 99 )manakala adikku ( Puen ), ambil projek menjahit 'Beginner Starter' ( RM 89 ), InsyAllah.

Gambarajah 1: Logo Epal.




Setelah itu, kami diberikan helaian-helaian yang siap dipotong:-

  • 5 helaian kain ( untuk badan )
    • 4 helai warna biru
    • 1 helai warna putih
  • 2 helai kain hitam berbentuk bulat. ( mata )
  • 2 helai kain berbentuk V yang tebal ( untuk bulu atas kepala *klu ak, panggil makhota ja.hehe )
  • 2 helai kain kuning berbentuk tiga segi ( paruh )
  • 1 helai kain hitam berbentuk V luas ( kening )
  • 1 helai kain berbentuk bulat ( untuk membentuk kawasan mata saja )
*warna biru itu pilihan sendiri. Boleh guna warna apa pun.

So, bermula lah proses menjahit patung 'angry bird' ini. 

Gambarajah 2: Proses menjahit mata dan dada.
  1. Ambil 1 helai kain biru dan 1 kain putih.
  2. Lukis garisan untuk mata dan sempadan dada.
  3. Jahit atas garisan yang telah dibuat.
  4. Potong bahagian yang tidak diperlukan, tinggalkan bahagian mata dan dada ( kain putih ).
  5. Gabungkan dengan satu helai kain biru lalu jahit ( pada bahagian sebelah saja).
  6. Jahit dengan jarak satu tapak.
  7. kemudian, ambil 2 helai kain biru. Tindihkan antara satu sama lain dan jahit dengan jarak satu tapak (pada bahagian sebelah saja).
  8. Sebelum mencantumkan kedua-dua bahagian tersebut, selitkan makhota dengan arah 'V'nya mengadap ke dalam.
  9. Jahit keseluruhan pencantuman kedua-dua bahagian kain tersebut dengan meninggalkan sedikit ruang umtuk memasukkan 'kekabu'.
Gambarajah 3: kedua-dua bahagian kain yang telah siap dijahit cantumkan.
  1. Terbalikkan hasil jahitan tersebut.
  2. Sebelum memasukkan kekabu, ambil 2 helai kain kuning ( untuk paruh ) dan jahit dengan jarak satu tapak.
  3. Terbalikkan jahitan dan pastikan paruh tersebut muncung sepenuhnya.
  4. Masukkan kekabu di dalam paruh tersebut.
  5. Jahit paruh pada muka 'angry bird' dengan jenis jahitan tersembunyi.
  6. Sesudah itu, masukkan kekabu di dalam ruang patung 'angry bird'.
  7. Setelah cukup mampat (aku ambik 2 1/2 plastik kekabu untuk memastikan ianya mampat), jahitnya dengan jenis jahitan tersembunyi. 
  8. Siap.
Gambarajah 4 : Inilah 'Angry Bird' aku pilihan kain yang berwarna biru.



 Alhamdulillah, hasil daripada tunjuk ajar cikgu Niliah serta izinNya, dapat jua kami menyiapkan patung 'Angry Bird' ne.

Gambarajah 5: Tiga versi 'Angry Bird' yang comel~...(^_^)Y
Perkara Baru Aku Tahu:
  • Cara menjahit jahitan tersembunyi.
  • Cara mencantumkan kedua-dua helaian yang sudah berjahit.
  • Teknik menjahit mata dan dada patung.
  • Ada jenis jarum peniti yang boleh dijahit bersama tanpa mematahkan jarum mesin jahit.