Showing posts with label Politeknik. Show all posts
Showing posts with label Politeknik. Show all posts

Wednesday, 21 January 2015

21 Januari 2014

Assalamualaikum W.B.T dan Hai.

Lama juga nda mengabar cerita kehidupan dalam blog ni, walaupun sebenarnya aku selalu juga jenguk kalau online melalui laptop. Tapi, idea nak mengarang ayat tu teda. Hahaha.

Ok.

Intro 

Hari ini hari ke-3 aku berada di rumah sejak cuti semester 3 bermula. Everybody is Home! Ibu, Bapa, aku, puen, ofu, dan wena. Alhamdulillah. Rasa macam bertahun-tahun nda balik rumah, padahal berapa bulan jak pun tinggal di Perlis tu. Hm, tapi memang aku rasa lama gila. Rindu rumah pun selalu bertandang di jiwa kala malam menjelma. Rindu orang rumah, rindu makan ayam panggang pasar malam Kota Belud, rindu motor, rindu politeknik KK, rindu RP, rindu kawan-kawan, rindu budak tu. Segala rindu-rinduan jadi kenang-kenangan. Dan aku rindu kenangan tu.
(rasa mcm tua betul pula diri ni skg. Menuju ke 23 tahun, Insya-Allah, pada tahun ini)
Dan HP aku sekarang ni, tidak lebih tidak kurang, hanya berfungsi sebagai alat electronic yang memainkan lagu favourite aku, kamera aku, dan hanya jarang berfungsi sebagai HP, maybe sebab teda kredit. hahahaah. Kalau di rumah ni, jarang lah aku mengadap HP, selalu laptop main plant vs zombie mode Survival, so, HP tu terbiar.. :D


The Biggest Looser (TBH)

Sebelum balik bercuti hari tu, 
Semasa minggu study week rasanya,
Di suatu malam yang hening,
Semua housemate ada di rumah kecuali aisyah,
Entah macamana boleh keluar cerita diet ni,
Rasanya masa kami bercerita pasal majlis makan malam untuk ppk kali. 
Nak plan nak pakai baju ikut tema apa. hahaha
Aku kalau pasal majlis makan malam ni, baju tema main bantai jak.
Yg penting aku selesa pakai, dapat makan dengan bahagia, dan ada kawan bercerita di sebelah.
Ok lah tu. Hahahaha
But, I willing to join the game.
4 dari 7 housemate, join the game.
Aku pun nda tau apa progress aku nak turunkan berat ni.
Mau senaman, malas pula aku nak bergerak ke sana ke mari,
My current weight 72 kg.
Zaman muda dulu maintain 54 kg ja.
16 kg naik tuh mal oii.
Aku noticed beratku naik selepas habis poli,
Berhenti terus dari latihan taekwondo dan silatku,
Kerja setahun setengah jadi Cashier,
Kalau balik kerja malam, 
Makan mee goreng ayam dulu di Mayang Sari.
Masuk UniMAP pla, no comment,
Aku jarang keluar rumah sangat. keluar rumah pun pi kelas atau pi makan.
and the stress, I handled them with eating and sleeping.
Hm, bad habit. But that was the way I choose to cope up my stress during that time.
Anyway, balik dari cuti ni, kena timbang balik and decide who is the winner.
Aku tak harap sangat la.
Sekurang-kurangnya, beratku turun pi 65 kg pun ok lah.
Insya-Allah. Fighting Mal!


Monster Tail Rainbow Loom

Wena show me her monsterl tail rainbow loom for kid crafting. Ohohoho. So this thing does exist here. So, I asked Wena to teach me how to do the bracelet. Here is my first trial.
My First Trial: Black and White

StarBrust Bracelet ni aku tengok tutorial di youtube. Mula-mula tu confused juga. Tapi, boleh lah di follow setelah repeat bnyk kali video tu. Nampak sangat aku ni Visual learner. Hahaha. Thanks for the tutorial sis..
My Second Trial: Starbrust Bracelet


Tadaaa

Masa tengah buat Starbrust bracelet tu, aku  dah mulai bosan sebab asyik buat step yang sama. Rasa nak berhenti buat tu dan sambung esok pagi ja, tapi aku pujuk hati,

"sikit lagi mau siap ni, mal. Nda ka ko mo tgk mcmna rupanya ni kalau sudah siap?"

Monolog hati gitu. Hahaha. 


Aku, Wena, dan Matematik

Then, aku cuba jua menyiapkan sisa gelang tu sambil dengar adik aku baca sifir 6. Aku pun nda pass betul sifir 6 ni, jadi 2 dalam satu. Ibu suruh aku ajar wena Matematik. Walhal, aku ni lemah juga subjek matematik dan sains. Tapi entah bila, tahun lepas, Wena tanya aku latihan dalam buku teks Bahasa Malaysia dia, Tahun 2. Sandi, aku rasa bingung mana mau cari jawapan untuk soalan bahasa Malaysia tu. Atau aku malas mau fikir. hahahah. So, aku agree ja nak ajar wena matematik, for the first step, aku suruh wena hafal sifir. Sebab aku dulu memang lemah sifir ni. hm, Nampaknya, aku pun kena belajar macamana mau mengajar si wena matematik ni. hehehe

Sekian, cerita pengisian hari cuti semester 3 ku.






Tuesday, 3 December 2013

Bachelor Of Engineering (Honours) (Product Design Engineering) Semester 1, Year 1

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa.


Post kali ini kutampilkan khas buat mereka yang meminati bidang 
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Rekabentuk Produk).

Mengapa Tiba-Tiba Nak Buat Post Ini?

Berdasarkan pengalaman aku semasa nak pilih kos untuk sambung ijazah sarjana muda,
aku cari silibus di internet ini punyalah susah untuk setiap kos yang aku mohon dalam upu. 
Sebab aku nak tahu juga apa yang aku akan belajar kalau aku nak ambil kos tu kan,
tak lah aku rasa macam salah pilih kos seperti masa aku pilih kos untuk diploma di politeknik dulu.


Diploma? Apa Kaitan?

Minat Lukisan Kejuruteraan, nak jadi guru Lukisan Kejuruteraan, perkara pertama aku terfikir "Arkitek".
Tapi masa itu, aku tak tahu pun nak jadi arkitek tu nak ambil diploma apa. 
Apa yang aku tau, ada kaitan dengan kejuruteraan awam. jadi pilihan pertama aku untuk poli tu, 

1. Diploma Kejuruteraan Awam

Pilihan kedua pula, aku buka majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said (SMATS), Alhamdulillah, disertakan kelulusan akademik bagi setiap guru SMATS, ringkasnya, aku rujuk diploma guru LK aku masa tu, tambahan pula, ada dua orang guru aku yang ambil diploma yang sama iaitu,
Cikgu Sharul ( ajar LK, Addmaths, Teknologi Kejuruteraan),
 Cikgu Norwati kalau aku tak silap, sorry cikgu T_T  (ajar Fizik) jadi aku isi pilihan kedua:-

2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)

Ditakdirkan, aku dapat pilihan yang kedua iaitu kos mekanikal (pembuatan), sepanjang melalui 3 tahun tu ada sekali sekala perasaan SALAH PILIH KOS PENGAJIAN itu wujud dalam jiwa dan bermain di minda terutamanya bila aku berdepan dengan subjek yang berteraskan pengiraan yang aku rasa tak mampu nak hadapi, ditambah lagi dengan dugaan-dugaan markah kuiz, ujian, dan tugasan yang rendah. Memang adakalanya, air mata jatuh sebagai pengaduanku tanpa kata, 
hati dan perasaan yang calar balar menggores ego untuk memberitahu kebodohanku,
kepala sakit tak cukup tidur dan banyak berfikir, 
jari berbalut tisu sebab last2 minggu perabih membalun menapis nota-nota,
semua itu aku lalui demi menghakis kejahilan yang ada dalam dunia mekanikal pembuatan,
yang aku kira agak jauh bezanya untuk menuju ke arah cita-cita sebagai seorang Guru LK.

Ok, itu secara ringkas bagaimana aku pilih diplomaku.


Struktur Kurikulum bagi Tahun 1, Semester 1.

Berikut merupakan subjek atau lebih dikenali sebagai kos yang ditetapkan dalam bidang kejuruteraan Rekabentuk Produk.

Kos Teras Kejuruteraan

  1. EPT103/3 - Materials
    • Siapa yang ambil diploma kejuruteraan mekanikal pembuatan macam aku dulu, kos ini merupakan rangkuman subjek teknologi bahan 1 dan teknologi bahan 2. Sudah tentunya, teori melulu.
  2. EPT152/2 - Engineering Drawing
    • Lukisan Kejuruteraan! Kalau dibandingkan dengan LK yang aku ambil masa SPM 2008, memang ada perbezaan sedikit lah. sebab yang ini, kami advance lagi, belajar autocad sekaligus melukis kembali logo yang sedia ada menggunakan autocad. Mungkin bagi sekolah lain, terutamanya sekolah teknik belajar lagi advance kot, tapi untuk aku yang aliran teknikal sains di sekolah agama ini, ambil kos ini, banyak belajar benda yang baru juga lah.
  3. EPT191/2 - Workshop and Studio Practice
    • Kos ini lebih menjurus kepada mendedahkan dunia lukisan kepada pelajar, seperti yang terdapat dalam post aku sebelum ini. Pensyarah ajar dari asas macamana nak melukis dari asas garisan-garisan hinggalah melukis melalui sudut perspektif. Apa orang putih kata "Free Hand sketching" gitu. Sekarang ni (Disember 2013), kami ditugaskan secara berkumpulan untuk merekabentuk sebuah alat yang boleh menunjukkan masa, ringkasnya, redesign jam lah.
Kos Bukan Kejuruteraan
  1. EQT101/3 - Engineering Mathematics I
    • Engineering mathematics, what more I can say about this, calculation, deals with those differentiate, integration, well its maths anyway.
  2. EPT162/2 - Computer Programming
    • Setahu aku, pelajar jurusan elektik saja yang ambil subjek ini masa diploma dulu, tapi itu dulu lah. Faktanya, kena ambil juga kos ini. Belajar segala kod dan peraturan penggunaannya. Pada mulanya, aku berpendapat C.P. ni sama macam Visual Basic, tapi fuh, jauh bezanya, rasa macam senang lagi visual basic. Apa pun dua benda tu dalam satu jabatan yang sama lah. Kos ini guna perisian DEV C, bukan C++, so, mungkin ada beza sedikit lah.

Kos Keperluan Universiti
  1. UUW233/2 - Islamic & Asian Civilisations
    • Pernah dengar TITAS? hah ni lah Titas tu. Lebih kepada pengajian tamadun-tamadun Asia, Islam, China, India. 
  2. UUW114/2 - University Malay Language
    • Sejujurnya, aku tak sangka belajar bahasa Melayu di universiti. Tapi itulah hakikatnya, di Unimap ni, kena ambil jua BM ni. Tapi tak apa, pensyarah BM kami best, aku suka. Hahaha. kan best kalau pensyarah semangat mengajar macam tu. Pelajar pun semangat nak belajar. Penerangan yang detail. 
  3. UUW235/2 - Ethnic Relations
    • Hubungan Etnik lebih kepada pengajian hubungan etnik di malaysia. Ianya merangkumi banyak aspek terutamanya dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial. Ianya jua berkait rapat dengan sejarah sebelum merdeka, selepas merdeka, dan rancangan-rancangan  Malaysia yang menyentuh kepada penyatuan etnik. 
Ko-kurikulum
-Bergantung kepada pilihan badan unit beruniform masing-masing, majoritinya setiap badan unit beruniform itu mempunyai kiraan jam kredit yang tersendiri. Senang cerita, aku pilih Taekwondo GTF.

  1. UZW172 - Taekwon-Do GTF I
    • Nak dapat jam kredit yang penuh untuk Taekwon-Do ini, aku kena ambil mula dari semester 1 hinggalah ke semester 3 sebab ko-kurikulum ini menawarkan 3 peringkat untuk dilalui bagi memperolehi 3 jam kredit. Jadi untuk semester I ini, sistem kira ko-kurikulum Taekwon-Do GTf I aku tu sebagai 1 jam kredit. 
    • Setakat ini, latihan diadakan pada setiap malam Sabtu, mula dari jam 8.30 pm - 11.30 pm, ditempat yang ditentukan oleh pusat ko-kurikulum. Selalunya tempat itu, berubah-ubah mengikut jadual yang dipamerkan dalam portal pelajar. Jadi pelajar UniMAP ini, penting tengok portal. Kalau tak, silap haribulan sesat pergi tempat ko-kurikulum lah jawabnya. Setakat ini pun, banyak dah pelajar jadi mangsa tak datang ke latihan Taekwondo sebab tak tengok perubahan tempat dalam jadual ko-kurikulum pelajar.

Sekian Terima Kasih.

Sumber Fakta: Buku Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Sidang Akademik 2013/2014


_______________________________*************_______________________________

Celoteh-Moteh.


Itu merupakan silibus yang tertera dalam buku panduan akademik, jumlah jam kredit untuk semester 1 ini sepatutnya 19 jam kredit, sepatutnya lah. Tapi, entah kenapa kami kena ambil kos EPT 114/3 Statics pada semester 1 ini. Padahal kos EPT114 Statics itu, berada dalam silibus semester 2, tahun 1. Itu menjadikan jam kredit secara totalnya sebanyak 22 jam kredit.


Wujudnya pengecualian kredit (Transfer Credit) untuk pelajar yang merupakan lepasan diploma seperti aku, ibarat pucuk dicita ulam mendatang (betul kah perumpamaan aku ini). Jadi aku isi borang pengecualian kredit itu disertakan dengan salinan transkrip diploma sebagai bukti yang aku ini layak untuk mohon dikecualikan dari mengambil kos yang sama sekali lagi di peringkat sarjana muda ini. Wajib ada salinan transkrip diploma, sebab bila kita isi borang permohonan pengecualian kredit itu, akan ada penelitian yang dilakukan untuk menentukan sama ada kita layak diberi pengecualian kredit atau pun tidak. 


Setelah urusan pengecualian kredit aku diluluskan, jumlah jam kredit aku ialah sebanyak 16 jam kredit sebab aku tolak kos:-
  • Materials - bersamaan dengan subjek Teknologi Bahan 1 dan 2 masa diploma di Politeknik Kota Kinabalu.
  • Engineering Mathematics I - bersamaan dengan Engineering Mathematics 1, 2, dan 3 masa diploma dulu.

Pada mulanya aku nak kecualikan kos Materials saja, tapi Dr. Taufiq tawarkan aku supaya mohon pengecualian untuk Engineering Mathematics I juga sebab aku layak mohon, jadi aku pun bersetuju. Engineering Drawing pun aku layak mohon tapi memandangkan aku dah tinggalkan lukisan kejuruteraan ini bertahun lamanya, aku buat keputusan nak ambil kos ini, untuk mengembalikan memori lalu sekaligus cuba memantapkan kemahiran, aku kan ada cita-cita, Insya-Allah, semoga dipermudahkan segala urusanku, aamiin.


Sekian, Terima Kasih.