Showing posts with label Upu. Show all posts
Showing posts with label Upu. Show all posts

Wednesday, 13 August 2014

My Plain Holiday (Up until 14 August 2014)

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Setelah Ramadhan berlalu, hatiku rasa tawar di pagi 1 syawal. Ramadhan yang muncul sekali dalam setahun itu, kulalui dengan penuh leka dan lalai. Keratan post di FB buat aku sayu sendiri. Rata-rata mesej itu berbaur menyampaikan peringatan, 
"Mengapa Hari Raya Aidilfitri terasa hambar? Renungkan bagaimana amal ibadah sendiri di bulan Ramadhan."
Sedih.

BALIK KG. KENINGAU
Malam 1 August kami balik ke Kg. Keningau untuk menghadiri majlis pertunangan aunty Ita dan uncle victor pada 3hb, nampaknya kami sekeluarga masih muat di kereta kancil ibu. Ingatkan tak muat dah, sebab aku agak comel 70 kg sekarang ini. Kami pilih jalan Kimanis, nasib baiklah jalan bukit tinggi [Tersangat lah condong yang buat Ibu, Aku, Puen, dan Ofu turun dari kereta, jalan kaki naik pi atas bukit] itu sudah ditarah ke tahap rendah.

Kami tumpang tidur di rumah nenek. Persiapan untuk majlis pertunangan aunty Ita agak meriah. Aku? Hampir tidak dikenali kerana terlalu comel dari yang sebelum ini 54 kg sahaja, jujurnya aku nombor 2 lebih berat dalam keluarga kami selepas bapa. 

Petang selepas rasminya pertunangan Aunty Ita dan Uncle Victor, kami bersiap pulang dari Keningau ke Kota Belud. Dalam perjalanan kami, aku rasa macam nak terbako je hati aku tengok gelagat pemandu-pemandu kereta besar macam Hilux lah contohnya [perangai pemandu ya, bukan pasal brand kereta], mentang-mentanglah kereta kami ni kecil dan lambat sikit kalau nak naik bukit, suka hati ja nak potong di selekoh, dah lah di selekoh nak naik bukit pula tuh. Sabar ja lah.

Hampir di Kinarut, bapa aku cadang nak tukar pemandu sebab bapa kata dia letih. Pilihan itu sama ada Ibu atau aku saja. Tapi yang pasti, Ibu tak bagi aku pandu dan ibu pun takut nak pandu sebab waktu malam dan tak berapa ingat jalan. Akhirnya, bapa jua yang pandu tapi ya lah, dengan tak semena-menanya aku pun kena marah sebab tak hafal jalan nak balik ke Kota Belud. Masa tu, aku agak terasa hati juga lah. Selalunya, aku tidur ja kalau jalan balik kampung, sebab bila kami balik pun, pada waktu malam, bapa kata tak banyak kereta. Laju gila bapa aku bawa.

Asal nak selekoh tu, selalu bahagian bawah kereta tempat aku duduk tu berbunyi sebab berseret dengan jalanraya. Agakku, sebab berat badanku yang buat sedikit lantunan sping dan mungkin dah berapi kali di bawah tu. Hati aku pun masa tu rasa macam terseret-seret jua. Asal dalam kereta laju, aku rasa ngeri. Paling aku kurang gemar perjalanan ke Kota Kinabalu dan ke Keningau [It's a long journey].Terutamanya bila jadi penumpang. Hm, tambah-tambah lagi perangai pemandu yang sememangnya aku rasa, dorg nak jumpa ilahi cepat tuh [maaf, ayat kurang adab sikit]. Sabar tak sabar ja aku dalam tuh. 


TAWARAN UPU 2014/2015
Keputusan upu untuk kemasukan pelajar Ijazah 2014/2015 telah pun diumumkan. Adik aku dapat tawaran di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Labuan dalam bidang dia, perbankkan, apa tah. Aku tak baca betul-betul kos dia tuh. Yang penting dia dapat apa yang dia pohon, fikirku itu sudah memadai. 

Sehubungan dengan keputusan ini, ada seorang yang aku nak tanya pasal ni, rasa ingin tahu itu hampir saja melayangkan jari-jemariku untuk melangkaui sempadan yang berulangkali aku gariskan. Fikir punya fikir, aku batalkan saja hasrat itu. Siapa aku untuk ambil tahu hal perkembangan dia. 

"Kenapa?". 

Dia melontarkan soalan itu bersahaja merujuk kepada perbuatanku. Aku tergamam diterpa soalan sependek itu. Pandanganku larikan pantas disusuli dengan ketawa, dalam hati berharap dia tidak menanyakan soalan lebih lanjut. Ketenangan hatiku berkocak, adakah terlalu jelas di situ? Sepatutnya, aku hanya perlu mengangguk dan teruskan fokusku ke kaca televisyen. Tapi entah, bila dia ada, aku kadang tak terkawal dari terus melindungi perasaan jiwa. Mujur ada penyelamat memanggil dia untuk terus berlalu ke surau, solat maghrib.

Baru-baru ini, dia muncul dalam mimpiku. Seperti dulu, dia menenangkan dan menggembirakan hatiku dengan kehadiran dan telatahnya. Namun, semua itu lenyap sekelip mata. Mimpiku bertukar rupa. Dia hadir sekejap saja. Seperti yang sekarang ini. Kegembiraan yang ditinggalkan, adakala jadi satu kesedihan yang memeritkan.

Aku harap dia sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera, ada orang yang dia percayai untuk berkongsi suka dan dukanya, ada orang yang bersama dia di kala suka dan dukanya. Dulu, aku ingat aku dah jadi orang yang rapat dengan dia. Dia muncul tika aku diam bersendirian, dia ada di setiap tawaku. Dia nampak gembira di mataku, tapi jarang ku lihat dia bersedih mahupun berduka. 

Suatu hari, aku dengar dia sakit dari temanku. Saat itulah, aku rasa aku masih jauh dari dia. Aku mendekati dan cuba memberi kata semangat kepadanya, tapi waktu itu, aku sangat teruk dalam berkomunikasi secara baik. Aku tidak tahu bagaimana untuk jadi orang yang boleh memberikan motivasi dan semangat melalui kata-kata. Dia mengelak dari menjawab pertanyaanku mengenai kesihatannya, entah kenapa, aku rasa sangat sedih sebab dia tidak mahu menceritakan hal itu kepadaku. 

Terasa diri ini tidak dipercayai. Aku cuba menyedapkan hatiku, mungkin itu hal peribadinya yang tak perlu aku ambil tahu. Dia diam dan nampak muram. Kecewa kerana aku tidak mampu untuk buat apa-apa yang boleh menceriakannya, akhirnya, aku berlalu pergi meninggalkan dia bersama teman baiknya. Well, itu cerita dulu.

Ehem, nampaknya masih lagi kuceritakan tentang dia di sini.

"Stop Amal. You can do this. I know you can. There is nothing you can do about this. This is only your past memories that had shape you to who you are today. You lowered you voice more than usual. You realize how important to have more knowledge. There were so many small things. I know this kind of hard, but still, there is no use of waiting and hoping like this. Be strong Amal. He just a very nice and great guy that you meet along your journey to your destiny. Keep your head up, and keep walking."


"STOP EATING!"
Nampaknya berat badanku mulai menjadi salah satu punca tekanan dalam hidup aku dari saat ini. Banyak dah baju dan seluar yang tak muat untuk dipakai. Seluar yang aku pakai semasa bekerja di GMART pun, sudah lama tidak disentuh. Tak Muat. Memandangkan semester baru akan bermula tidak lama lagi. Ibu ajak aku shopping pakaian di tamu hujung minggu. Aku lebih suka beli pakaian dari tamu  berbanding pakaian kedai, kerana harganya yang murah, pelbagai pilihan dan pelbagai saiz. Hahaha. 

Kami terserempak dengan pak cik saudara sebelah bapa. Sebahagian daripada keluarga sebelah bapa yang kenal kami, tahu yang aku selalu ikut kejohanan taekwondo atau pun silat olahraga. Pak cik tanya sama ada aku masih ikut lagi kejohanan, dari riak mukanya aku boleh agak dia terkejut lah kot tengok aku nampak gemuk daripada yang dulu. Aku mengangguk dan kata aku masuk kategori yang berat, Kelas E atau F bagi kejohanan silat olahraga. 

Pak cik berjalan ditemani oleh 3 orang anak muda. Yang sorang tu, pernah kerja di Gmart, patutlah macam kenal ja. Akmar. Nampaknya masih ingat nama aku. Hahaha, malu aku nak tegur. Ada lagi sorang aku jumpa di tamu, bekas rakan sekerja di Gmart juga, tapi aku lupa suda namanya. Cukup sekadar senyum dan angkat tangan ja.

Balik rumah, mungkin kerana aku tak lepak dengan jam dan tak tengok cuaca malam ka siang kah. Aku sedar yang aku masuk dapur, pi makan tiga kali selang beberapa jam. Sehinggakan, Ibu kata "Stop eating" berkali-kali. Aku hanya tersengih. Tapi sungguh, aku memang lapar sangat. Mungkin kerana Ibu, Puen dan Wena tengah makan buah durian, aku pula sekadar duduk atas sofa sambil makan buah belunu. Selalunya, aku buat endah tak endah ja dengan bau durian, tapi yang ini, sejujurnya, baunya tersangatlah kuat menusuk hidung. Aku pula tak makan durian, jadi mungkin pasan itu kot aku membalun nasi berkali-kali tuh.. hahaha. 

Sebenarnya, dah banyak kali ibu suruh aku kawal permakananku. Siap suruh pi bersenam lagi tapi tah, malas aku mau berpeluh-peluh sekarang ni. Mungkin, kalau dia tau, dia siap kira berat aku sama dengan berapa biji tong gas kot. Eh, ingat dia lagi. Zzz.



-END-

Tuesday, 3 December 2013

Bachelor Of Engineering (Honours) (Product Design Engineering) Semester 1, Year 1

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa.


Post kali ini kutampilkan khas buat mereka yang meminati bidang 
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Rekabentuk Produk).

Mengapa Tiba-Tiba Nak Buat Post Ini?

Berdasarkan pengalaman aku semasa nak pilih kos untuk sambung ijazah sarjana muda,
aku cari silibus di internet ini punyalah susah untuk setiap kos yang aku mohon dalam upu. 
Sebab aku nak tahu juga apa yang aku akan belajar kalau aku nak ambil kos tu kan,
tak lah aku rasa macam salah pilih kos seperti masa aku pilih kos untuk diploma di politeknik dulu.


Diploma? Apa Kaitan?

Minat Lukisan Kejuruteraan, nak jadi guru Lukisan Kejuruteraan, perkara pertama aku terfikir "Arkitek".
Tapi masa itu, aku tak tahu pun nak jadi arkitek tu nak ambil diploma apa. 
Apa yang aku tau, ada kaitan dengan kejuruteraan awam. jadi pilihan pertama aku untuk poli tu, 

1. Diploma Kejuruteraan Awam

Pilihan kedua pula, aku buka majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said (SMATS), Alhamdulillah, disertakan kelulusan akademik bagi setiap guru SMATS, ringkasnya, aku rujuk diploma guru LK aku masa tu, tambahan pula, ada dua orang guru aku yang ambil diploma yang sama iaitu,
Cikgu Sharul ( ajar LK, Addmaths, Teknologi Kejuruteraan),
 Cikgu Norwati kalau aku tak silap, sorry cikgu T_T  (ajar Fizik) jadi aku isi pilihan kedua:-

2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)

Ditakdirkan, aku dapat pilihan yang kedua iaitu kos mekanikal (pembuatan), sepanjang melalui 3 tahun tu ada sekali sekala perasaan SALAH PILIH KOS PENGAJIAN itu wujud dalam jiwa dan bermain di minda terutamanya bila aku berdepan dengan subjek yang berteraskan pengiraan yang aku rasa tak mampu nak hadapi, ditambah lagi dengan dugaan-dugaan markah kuiz, ujian, dan tugasan yang rendah. Memang adakalanya, air mata jatuh sebagai pengaduanku tanpa kata, 
hati dan perasaan yang calar balar menggores ego untuk memberitahu kebodohanku,
kepala sakit tak cukup tidur dan banyak berfikir, 
jari berbalut tisu sebab last2 minggu perabih membalun menapis nota-nota,
semua itu aku lalui demi menghakis kejahilan yang ada dalam dunia mekanikal pembuatan,
yang aku kira agak jauh bezanya untuk menuju ke arah cita-cita sebagai seorang Guru LK.

Ok, itu secara ringkas bagaimana aku pilih diplomaku.


Struktur Kurikulum bagi Tahun 1, Semester 1.

Berikut merupakan subjek atau lebih dikenali sebagai kos yang ditetapkan dalam bidang kejuruteraan Rekabentuk Produk.

Kos Teras Kejuruteraan

  1. EPT103/3 - Materials
    • Siapa yang ambil diploma kejuruteraan mekanikal pembuatan macam aku dulu, kos ini merupakan rangkuman subjek teknologi bahan 1 dan teknologi bahan 2. Sudah tentunya, teori melulu.
  2. EPT152/2 - Engineering Drawing
    • Lukisan Kejuruteraan! Kalau dibandingkan dengan LK yang aku ambil masa SPM 2008, memang ada perbezaan sedikit lah. sebab yang ini, kami advance lagi, belajar autocad sekaligus melukis kembali logo yang sedia ada menggunakan autocad. Mungkin bagi sekolah lain, terutamanya sekolah teknik belajar lagi advance kot, tapi untuk aku yang aliran teknikal sains di sekolah agama ini, ambil kos ini, banyak belajar benda yang baru juga lah.
  3. EPT191/2 - Workshop and Studio Practice
    • Kos ini lebih menjurus kepada mendedahkan dunia lukisan kepada pelajar, seperti yang terdapat dalam post aku sebelum ini. Pensyarah ajar dari asas macamana nak melukis dari asas garisan-garisan hinggalah melukis melalui sudut perspektif. Apa orang putih kata "Free Hand sketching" gitu. Sekarang ni (Disember 2013), kami ditugaskan secara berkumpulan untuk merekabentuk sebuah alat yang boleh menunjukkan masa, ringkasnya, redesign jam lah.
Kos Bukan Kejuruteraan
  1. EQT101/3 - Engineering Mathematics I
    • Engineering mathematics, what more I can say about this, calculation, deals with those differentiate, integration, well its maths anyway.
  2. EPT162/2 - Computer Programming
    • Setahu aku, pelajar jurusan elektik saja yang ambil subjek ini masa diploma dulu, tapi itu dulu lah. Faktanya, kena ambil juga kos ini. Belajar segala kod dan peraturan penggunaannya. Pada mulanya, aku berpendapat C.P. ni sama macam Visual Basic, tapi fuh, jauh bezanya, rasa macam senang lagi visual basic. Apa pun dua benda tu dalam satu jabatan yang sama lah. Kos ini guna perisian DEV C, bukan C++, so, mungkin ada beza sedikit lah.

Kos Keperluan Universiti
  1. UUW233/2 - Islamic & Asian Civilisations
    • Pernah dengar TITAS? hah ni lah Titas tu. Lebih kepada pengajian tamadun-tamadun Asia, Islam, China, India. 
  2. UUW114/2 - University Malay Language
    • Sejujurnya, aku tak sangka belajar bahasa Melayu di universiti. Tapi itulah hakikatnya, di Unimap ni, kena ambil jua BM ni. Tapi tak apa, pensyarah BM kami best, aku suka. Hahaha. kan best kalau pensyarah semangat mengajar macam tu. Pelajar pun semangat nak belajar. Penerangan yang detail. 
  3. UUW235/2 - Ethnic Relations
    • Hubungan Etnik lebih kepada pengajian hubungan etnik di malaysia. Ianya merangkumi banyak aspek terutamanya dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial. Ianya jua berkait rapat dengan sejarah sebelum merdeka, selepas merdeka, dan rancangan-rancangan  Malaysia yang menyentuh kepada penyatuan etnik. 
Ko-kurikulum
-Bergantung kepada pilihan badan unit beruniform masing-masing, majoritinya setiap badan unit beruniform itu mempunyai kiraan jam kredit yang tersendiri. Senang cerita, aku pilih Taekwondo GTF.

  1. UZW172 - Taekwon-Do GTF I
    • Nak dapat jam kredit yang penuh untuk Taekwon-Do ini, aku kena ambil mula dari semester 1 hinggalah ke semester 3 sebab ko-kurikulum ini menawarkan 3 peringkat untuk dilalui bagi memperolehi 3 jam kredit. Jadi untuk semester I ini, sistem kira ko-kurikulum Taekwon-Do GTf I aku tu sebagai 1 jam kredit. 
    • Setakat ini, latihan diadakan pada setiap malam Sabtu, mula dari jam 8.30 pm - 11.30 pm, ditempat yang ditentukan oleh pusat ko-kurikulum. Selalunya tempat itu, berubah-ubah mengikut jadual yang dipamerkan dalam portal pelajar. Jadi pelajar UniMAP ini, penting tengok portal. Kalau tak, silap haribulan sesat pergi tempat ko-kurikulum lah jawabnya. Setakat ini pun, banyak dah pelajar jadi mangsa tak datang ke latihan Taekwondo sebab tak tengok perubahan tempat dalam jadual ko-kurikulum pelajar.

Sekian Terima Kasih.

Sumber Fakta: Buku Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Sidang Akademik 2013/2014


_______________________________*************_______________________________

Celoteh-Moteh.


Itu merupakan silibus yang tertera dalam buku panduan akademik, jumlah jam kredit untuk semester 1 ini sepatutnya 19 jam kredit, sepatutnya lah. Tapi, entah kenapa kami kena ambil kos EPT 114/3 Statics pada semester 1 ini. Padahal kos EPT114 Statics itu, berada dalam silibus semester 2, tahun 1. Itu menjadikan jam kredit secara totalnya sebanyak 22 jam kredit.


Wujudnya pengecualian kredit (Transfer Credit) untuk pelajar yang merupakan lepasan diploma seperti aku, ibarat pucuk dicita ulam mendatang (betul kah perumpamaan aku ini). Jadi aku isi borang pengecualian kredit itu disertakan dengan salinan transkrip diploma sebagai bukti yang aku ini layak untuk mohon dikecualikan dari mengambil kos yang sama sekali lagi di peringkat sarjana muda ini. Wajib ada salinan transkrip diploma, sebab bila kita isi borang permohonan pengecualian kredit itu, akan ada penelitian yang dilakukan untuk menentukan sama ada kita layak diberi pengecualian kredit atau pun tidak. 


Setelah urusan pengecualian kredit aku diluluskan, jumlah jam kredit aku ialah sebanyak 16 jam kredit sebab aku tolak kos:-
  • Materials - bersamaan dengan subjek Teknologi Bahan 1 dan 2 masa diploma di Politeknik Kota Kinabalu.
  • Engineering Mathematics I - bersamaan dengan Engineering Mathematics 1, 2, dan 3 masa diploma dulu.

Pada mulanya aku nak kecualikan kos Materials saja, tapi Dr. Taufiq tawarkan aku supaya mohon pengecualian untuk Engineering Mathematics I juga sebab aku layak mohon, jadi aku pun bersetuju. Engineering Drawing pun aku layak mohon tapi memandangkan aku dah tinggalkan lukisan kejuruteraan ini bertahun lamanya, aku buat keputusan nak ambil kos ini, untuk mengembalikan memori lalu sekaligus cuba memantapkan kemahiran, aku kan ada cita-cita, Insya-Allah, semoga dipermudahkan segala urusanku, aamiin.


Sekian, Terima Kasih.

Monday, 5 August 2013

Ringkasan Laporan Harian Julai 2013

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa.

Kawan Ramadhan
Kira mo post gambar dorang sini tapi tiada peluang nak bergambar. Hm, takpa lah. Kawan baruku di bulan ramadhan ini sebenarnya tak jauh mana, yg kerja part time di Gmart juga bah. Walaupun dah hampir sebulan bekerja dengan mereka, ada sebahagian lagi part time yang masih aku nda kenal nama mereka terutamanya part time department lain. Kawan baru kenal ni ialah:- hehehe

  • Asirah
  • Azirah
  • Ariah ( member kelab taekwondo dulu )
  • Angela
  • Akmar
  • Alif
  • Missoh
  • Masliah
  • Noriehan
  • Norain
  • Azhar
Gembira bertemu dan bekerja bersama mereka. Suka duka tu, insya-Allah biasalah, adat bekerja. Masing-masing dengan ragamnya. isk2.. Comel-comel semuanya. :D


Peringatan
Sejak akhir-akhir julai, aku mulai sibuk memandangkan kak Mercyella dah resign, aku secara automatiknya ada shift yang tak berteman pagi mahupun malam. Nasib baik lah, kak Maiteh naik jadi senior cashier. Ada juga bertiga membuat kerja dan urusan di cashier room. Dalam kesibukan ni, aku tidak lupa kepada urusan utama dan pentingku iaitu persediaan ke UniMAP. Cuma banyak perkara yang aku masih ragu-ragu dan bingung. Salah satunya, ialah laporan medical check up.

Suatu hari, semasa aku tengah cash out counter cashier, aku terserempak dengan kawan ( study di pkk, jurusan elektrik sama dorang edut, duduk di barisan kedua selepas aku di bahagian kiri semasa exam listening muet, skg study di UTHM ). Selalunya, dia tegur aku dulu. Mungkin sebab sibuk sangat masa tu, jadi dia tak nampak aku lah. Aku lalu sambil menyapa dia. 

" Hai. . . . ^_^ v "

Selangkah pergi meninggalkan dia, dia berpusing dan bertanya,

" Sudah buat medical check up?" ( hampir serupa pertanyaan dengan peringatan )
" Hah, belum. Eh, bukan buat di Uni. . . . aa . . . di sana kah?" aku menjawab dan menyoal ragu-ragu.
" Mau buat awal-awal tu. Macam mau masuk poli."
" Oh ya ka? sebab dorang bilang ( surat bagitau ) mau buat di sana." sedikit keyakinan menjawab di situ.
" Boleh juga kau buat di sana, tapi banyak lagi urusan."
" hmm, eya jga kan. terima kasih ar." Kebingunganku terjawab.

 Alhamdulillah, ya Allah. Bantuanmu tiba di saat yang tak kujangka melalui seseorang kenalan yang belum pun ku kenali namanya walaupun setelah beberapa pertemuan. 

Kepada kawan ( study di pkk, jurusan elektrik sama dorang edut, duduk di barisan kedua selepas aku di bahagian kiri semasa exam listening muet, skg study di UTHM ), 
Maaf, namamu belum ku kenal. Tapi kau telah membantu ku dari sebuah pertanyaan ke susulan pertanyaan. Walaupun bukan destinasiku ini bukan di tempat yang sama, kau sudi bertanya khabar dan memberikan dorongan semangat. Terima kasih, semoga amalan kita diberkati Allah S.W.T. dan dipermudahkan segala urusan kita menuntut ilmu di negeri orang. Aamiin.

Baju Kurung
Ingat tahun ni, tak mau la beli kain/baju kurung. Mau save budget pi semenanjung. Ada kan aku story pasal tempahan baju kurung dalam port journalku yang lalu tuh, hah, deadline 07.08.2013 ni aku kena siapkan. In addition, encik hr tambah 2 lagi tempahan baju kurung, so that's mean ada tiga pasang la aku kena siapkan. 

Mulanya aku memang dah direct to the point nak tolak, cukup lah satu ja yang aku jahit. Pastu encik hr pula cakap direct to the point ma aku, katanya sebenarnya dia mo bagi sepasang tu ma aku. Memandangkan hari tu aku terlepas cakap pasal aku tak jahit/beli baju raya untuk tahun ni sebab mau save budget. Adui, pulak. Aku terus tak tahu nak buat muka macam mana. Nak tersengih, kang aku malu sendiri. Nak serius, hm, bukan cara ku pulaks. Aduh, Nak tak Nak, aku terima ja lah. Peralatan, alhamdulillah aku dah beli apa yang patut, tinggal nak jahit tepi lah dulu, Insya-Allah. 

Kebetulan lah pula, mesin jahit tepi Ibu pula nak kena repair. Hm, kena lah aku minta jahit tepi di kedai ni esok. Pastu menjahit 3 pasang baju kurung dalam tempoh masa yang sedang berjalan ni ( Tik! Tok! Tik! Tok!), kena hantar pada 07.08.2013 sebelum raya. ergh! sempat kah tu ya? aku sendiri konpius! Selepas tu, bersembang jap dengan encik hr, dari pokok perbualannya:-
1. Pasal baju kurung tu nak kena siap sebelum 7.08.2013.
2. Macam suruh aku pakai baju kurung dengan hasil jahitan kain yang diberikan (baru ja aku plan nak pakai pakaian ala punjabi supaya memudahkan pergerakanku.)
Ni kali lah. apa pun, Usaha tangga kejayaan, Mal. Yakin pada diri. Insya-Allah. Allah ada perancangannya tersendiri untukku.


Macam ada isi penting yang aku terlupa, ahhhh to be continue la nanti k. . .

Hehehe.

Jan lupa niat puasa esok ramadhan.
Good night. ^_^ 



Wednesday, 17 July 2013

Pilihan Program UPU Aku untuk Degree

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konnichiwa.

Serba sedikit maklumat pilihan program yang aku pilih untuk permohonan kemasukan ke IPTA program pengajian lepasan STPM/Setaraf sesi akademik 2013/2014 kategori Diploma/Setaraf (Sains) selepas tamat Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

01. Adakah anda INGIN memohon Program Pengajian di UM, UKM, UPM, UTM?

Pilihan 1   : TK99 - Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kejituan + UTM.

Pilihan 2   : KK08 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Dengan Kepujian ( Mekanikal) + UKM.

Pilihan 3   : KK13 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraam Dengan Kepujian (Pembuatan) + UKM.

Pilihan 4   : PK08 - Bacelor Kejuruteraan Mekanikal + UPM.


02. Pilihan Program Pengajian mengikut keutamaan selain IPTA di atas:

Pilihan 1   : CY92 - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Produk) Dengan Kepujian + UTeM.

Pilihan 2   : CK39 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk & Inovasi) Dengan Kepujian + UTeM.

Pilihan 3   :BK08 - Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian + UTHM.

Pilihan 4   : RK84 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan RekaBentuk Produk) + UniMAP.

03. Pilihan bidang mengikut keutamaan
Bidang 1   : Kejuruteraan
Bidang 2   : Teknologi
Bidang 3   : Pengurusan

04. Adakah anda bersetuju menerima tawaran selain pilihan anda di atas? : Ya.

Akhirnya, aku dapat tawaran dari pilihan ke-4. Sebenarnya, parents aku suruh aku kekal pada kos aku samada mekanikal ataupun pembuatan. Di situ aku berada dalam dilema. Faktor utama aku pilih diploma aku dulu ialah sebab guru Lukisan Kejuruteraanku di SMK(A) TUN SAID, ambil bidang ini. Ini pun merupakan pilihan kedua aku selepas Diploma Kejuruteraan Awam bagi kemasukan ke Politeknik dulu. 

Setelah, hatiku yang gundah ini mendengar dan membaca sumber inspirasi + motivasi + sokongan dari ibu. Aku putuskan untuk memenuhkan tiga dari pilihan itu dengan kos rekabentuk. Tawakal semampuku, sabar yang selalu diuji dengan mimpi2 mau sambung study.

Alhamdulillah, Ya Allah, berkatilah pilihanku ini. Aamiin.

Sekian, Alhamdulillah & Wallahualam.

Keputusan Permohonan Upu bagi sesi 2013/2014

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konnichiwa.

11 Julai 2013
Setelah sekian lama menunggu bila tarikh keluarnya keputusan permohonan UPU, 11 Julai 2013, keputusan akan dikeluarkan pada jam 12.00 tengah hari menurut laman web upu. Ingat semalam tu, aku mau post print screen laman web upu sambil buat caption: Minggu ke-2 dalam bulan Julai. Nasib baik aku nda sampai hati nak menyiapkan kerja mengedit tu. Cuba kembali neutral dan bersabar. 

10 minit menjelang ke jam 12.00 tengah hari, hpku mendendangkan lagu Dan Sebenarnya by Yuna menandakan ada sms masuk. Rupanya boleh semak keputusan melalui sms. cuma perlu taip UPU RESULT [NO. KP] dan sms ke 15888. Menjelang 12.00 tengah hari, laman web upu terus lagging. Langsung tak dapat reload ni. Akhirnya, setelah menunggu 27 minit, aku dapat sms dari upu semak tuh.

Kandungan mesej tersebut:
RM 0.20 UPU: [No. Kad Pengenalan aku] Tahniah, anda berjaya ditawarkan program RK84 di UNIMAP. Layari laman web IPTA berkaitan  untuk surat tawaran.
Alhamdulillah, aku diberi peluang melanjutkan pelajaran ke UniMap dalam program RK84 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ( Kepujian ) ( Kejuruteraan Rekabentuk Produk). Nak tau ni pilihan aku yang ke berapa? Meh klik Pilihan Program UPU Aku untuk Degree . hehehe

Rasa bersyukur sangat setelah setahun lebih menunggu peluang untuk sambung belajar balik. Perasaan masa tu, rasa nak teriak sepuas-puasnya tapi teringat kata-kata seorang kawan, " Itu bukan cara orang Islam" walaupun masa tu berkenaan dengan ucapan salam antara satu sama lain, tapi aku rasa kalau dia ada bersama pun, mesti dia bagitau hal yang sama.

Senyuman di Hari Ke-2 Ramadhan
Kebetulan aku  kerja shift afternoon hari 11 Julai 2013 tu, jadi aku pun jalan dengan hati yang berbunga-bunga. Masuk kerja pun ceria ni, rasa nak sapa semua kawan kerja dalam Gmart KB tuh. hehe Aku punya ID di kaunter 2. Tak kesah lah, ID kena buka awal sebab rasa happy sangat, Alhamdulillah. Menjelang tamat waktu rehat juruwang yang shift pagi, aku perasan ada orang di belakangku, rasanya part time juruwang, hm, selalunya nak tolong bungkus barang2 [packer]. 

Sekali aku berpaling ke belakang, ya Allah, lelaki rupanya. Dia ni student degree jurusan petadbiran tahun ke-2 di UMS, sekarang cuti sem, study nanti bulan 9. Aku mo bawa dia bercerita lebih lanjut pasal kehidupan di UMS, tapi ntah aku segan pulak. Mungkin sebab baru juga kenal kn, ah~ nanti-nantilah. Banyak juga part time juruwang yang study di UMS ni. Wah, bestnya kalau dapat dengar cerita dan pengalaman dorang kan. Maklumlah, environment U dan Politeknik pasti ada perbezaannya. 

Sekian, Alhamdulillah & Wallahualam.

Check UPU Result for 2013/2014 session? Here

Camni la rupanya kalau dah boleh check, hehe

Friday, 5 April 2013

Aku dan UPU

Assalamualaikum W.B.T, Annyeonghaseyo Konbanwa~


Aku dan UPU, banyak jua kisah aku dengan upu ni. Kunun lah.

Buat masa sekarang ini, sebahagian daripada kawan sekelas aku dah sambung degree dan tak kurang juga yang suda mulai bekerja termasuk aku walaupun lari jauh dari kos pengajian, tak mengapa, pujuk diri supaya bersyukur dan ada hikmah disebalik semua ini.

Mengungkit masa lalu kenapa aku tak mohon upu, antara punca-punca utamanya, aku sendiri leka, lalai, dan sibuk dengan progress laporan projek. Memang masa tu, aku berserah seja lah. Saat aku mula sedar dan menyesal tak isi awal-awal bila kawanku Yus, tanya kalau aku sudah mohon upu. Masa tu beberapa minit lagi menuju ke jam 12 tengah malam, esoknya mo tutup permohonan secara online, dan aku pula masa tu tengah join final projek dorang yus. Nak terhenti jua aku masa tu, tapi perkara paling terer aku buat ialah pasrah dan membina azam baru. Hehe. Selain itu, aku labuhkan segala harapan ke permohonan Instep. Tapi tak lah tinggi sangat. Sebab kalau aku tak dapat Instep memang aku dah plan B jua. Nak kerja setahun dulu sementara menunggu next upu. Apa pun, lepas aku tau aku tak dapat tu, fuh! Nasib baik masa tu teda orang di rumah. Sabo jak lah air mata tuh.

Azam punya azam pun, lewat juga aku hantar surat permohonan upu tu. Dari cari cetakkan akreditasinya, bingung2 lagi pi minta pengesahan di pejabat pendidikan, mo guna pos laju ke sistem biasa ja. 5 April 2013, bersamaan dengan hari aku bertolak ke Politeknik Kota Kinabalu untuk majlis konvo, baru aku pi hantar. Aku ingat jam 8 tepat, buka lah Pejabat pos tu. Rupanya belum lagi.

Pejabat Pos belum buka, dah ada orang menunggu depan tu.
   
Bismillah, Moga perjalananmu selamat menuju ke destinasi. Aamiin.

Urusan selesai, Tata pejabat pos KB

Bersama Darling saya yang comel
Siap jak hantar surat tu, terus bergegas pulang ke rumah. Bersiap pula untuk ke Politeknik Kota Kinabalu for my convocation register.

Alhamdulillah, sekian.