Showing posts with label Result. Show all posts
Showing posts with label Result. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

Keputusan Permohonan Upu bagi sesi 2013/2014

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konnichiwa.

11 Julai 2013
Setelah sekian lama menunggu bila tarikh keluarnya keputusan permohonan UPU, 11 Julai 2013, keputusan akan dikeluarkan pada jam 12.00 tengah hari menurut laman web upu. Ingat semalam tu, aku mau post print screen laman web upu sambil buat caption: Minggu ke-2 dalam bulan Julai. Nasib baik aku nda sampai hati nak menyiapkan kerja mengedit tu. Cuba kembali neutral dan bersabar. 

10 minit menjelang ke jam 12.00 tengah hari, hpku mendendangkan lagu Dan Sebenarnya by Yuna menandakan ada sms masuk. Rupanya boleh semak keputusan melalui sms. cuma perlu taip UPU RESULT [NO. KP] dan sms ke 15888. Menjelang 12.00 tengah hari, laman web upu terus lagging. Langsung tak dapat reload ni. Akhirnya, setelah menunggu 27 minit, aku dapat sms dari upu semak tuh.

Kandungan mesej tersebut:
RM 0.20 UPU: [No. Kad Pengenalan aku] Tahniah, anda berjaya ditawarkan program RK84 di UNIMAP. Layari laman web IPTA berkaitan  untuk surat tawaran.
Alhamdulillah, aku diberi peluang melanjutkan pelajaran ke UniMap dalam program RK84 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ( Kepujian ) ( Kejuruteraan Rekabentuk Produk). Nak tau ni pilihan aku yang ke berapa? Meh klik Pilihan Program UPU Aku untuk Degree . hehehe

Rasa bersyukur sangat setelah setahun lebih menunggu peluang untuk sambung belajar balik. Perasaan masa tu, rasa nak teriak sepuas-puasnya tapi teringat kata-kata seorang kawan, " Itu bukan cara orang Islam" walaupun masa tu berkenaan dengan ucapan salam antara satu sama lain, tapi aku rasa kalau dia ada bersama pun, mesti dia bagitau hal yang sama.

Senyuman di Hari Ke-2 Ramadhan
Kebetulan aku  kerja shift afternoon hari 11 Julai 2013 tu, jadi aku pun jalan dengan hati yang berbunga-bunga. Masuk kerja pun ceria ni, rasa nak sapa semua kawan kerja dalam Gmart KB tuh. hehe Aku punya ID di kaunter 2. Tak kesah lah, ID kena buka awal sebab rasa happy sangat, Alhamdulillah. Menjelang tamat waktu rehat juruwang yang shift pagi, aku perasan ada orang di belakangku, rasanya part time juruwang, hm, selalunya nak tolong bungkus barang2 [packer]. 

Sekali aku berpaling ke belakang, ya Allah, lelaki rupanya. Dia ni student degree jurusan petadbiran tahun ke-2 di UMS, sekarang cuti sem, study nanti bulan 9. Aku mo bawa dia bercerita lebih lanjut pasal kehidupan di UMS, tapi ntah aku segan pulak. Mungkin sebab baru juga kenal kn, ah~ nanti-nantilah. Banyak juga part time juruwang yang study di UMS ni. Wah, bestnya kalau dapat dengar cerita dan pengalaman dorang kan. Maklumlah, environment U dan Politeknik pasti ada perbezaannya. 

Sekian, Alhamdulillah & Wallahualam.

Check UPU Result for 2013/2014 session? Here

Camni la rupanya kalau dah boleh check, hehe

Monday, 12 December 2011

Keputusan Rasmi Penilaian Sesi Jun 2011

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. . .


Hari ini merupakan hari yang ditunggu oleh seluruh warga pelajar Politeknik Kota Kinabalu termasuk aku sekali. Rasa dup. dap. dup. dap. ja sepanjang menunggu detik 12:00 tengah hari. Dari jam 10 am lagi aku dah duk mengadap pc. Memang berdugaan sungguh. First on Google Chrome, tak dapat connect Internet. tetiba la 'Limited Connection', mm aku dah agak dah ini akan berlaku. SIap setting beberapa minit baru dapat connect to the Internet. 

Sementara menunggu detik-detik itu, aku log in, nak check result semester lalu. 40 minit lagi nak ke jam 12:00 pm, dengan tak semena2nya, ak tak dapat masuk web polikk. adoi teruk. Tak tahan gak ak duk menunggu. ak offline. lebih kurang jam 4 petang bru ak dapat online balik. 


Check result kat http://exam.polikk.edu.my . Dah dapat log in tuh, perkara pertama ak tengok tawaran kamsis, hm, blum lagi ada khabarnya 16 Disember 2011 ne baru boleh check. then, check result, alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi. Kerana sebelum ne, ak ada mimpi buruk pasal result ne. hehe. Tup tap! tengok, semua oklah. Walaupun mungkin tak sehebat kawan2 yang lain, sekurang-kurangnya itu adalah usaha aku selama ini. Tahniah Amal. (Ucap tahniah pada diri sendiri yang dah berusaha) (^__^)v