Showing posts with label Statics. Show all posts
Showing posts with label Statics. Show all posts

Thursday, 2 January 2014

Final Examku di Penghujung Disember 2013

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Tahun 2013 telah berlalu, berganti pula kalendar 2014. Aku mengambil kesempatan untuk menjengah ke laman blog, selepas dua hari berturut-turut menghadapi peperiksaan akhir semester 1 bagi sesi 2013/2014 di UniMAP. Rasa letih pun ada juga, namun itu semua aku anggap salah satu cabaran sebagai seorang pelajar.

30 Disember 2013

  • Peperiksaan subjek UUW235 - Hubungan Etnik. 

31 Disember 2013

  • Peperiksaan subjek UUW233 - Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara. Jam 9 am.
  • Peperiksaan subjek UVW410 - Bahasa Melayu Universiti

Jelas dapat diklasifikasikan bahawa ketiga-tiga subjek ini merupakan subjek teori secara 100%. Biarpun, berbekalkan hint2 yang bertempiaran di laman sosial facebook. Ternyata aku masih agak ketinggalan jika dibandingkan dengan yang lain, mereka lengkap dengan nota-nota ringkas beserta karangan yang digarap kemas bersisipkan isi penting bermakna untuk setiap markah. (ayat emo sikit, takpa kot..hehehe) tak apa, nak salahkan siapa? Salah sendiri kerana lambat menyedarkan diri dari lamunan cuti yang panjang.

Namun begitu, aku tetap bersyukur, nampaknya tempoh perperiksaan yang berlangsung selama 3 jam setiap satu ini, memberi aku masa yang cukup untuk berfikir dan menyiapkan karanganku. Dulu-dulu masa spm pun mana sempat nak siapkan karangan.. Hanya mampu sekerat dua saja. Kini aku hanya mampu berdoa dan bertawakal setelah berusaha semampuku.

Aku rasa terkilan juga kerana menganaktirikan BM, aku lebih fokus membaca dan mengulangkaji Hubungan Etnik dan TITAS yang aku anggap sebagai subjek teori yang kritikal kerana ia melibatkan sejarah yang tidak aku alami tapi hidup dengan menikmati hasilnya sahaja. Jujur, aku sedih kerana aku rasa telah menghampakan pensyarah BM aku. Beliau nampak sangat membantu kami sebagai pelajar dari segi memberi tunjuk ajar dan memberi bimbingan dalam menghasilkan tugasan agar dapat markah yang baik. Entah, rasa sedih bah. Setiap kali aku jawab objektif yang aku tak sempat nak ulangkaji tu, aku terbayang suasana pembelajaran di dalam kelas. Kalau kelas BM, aku memang beri perhatian sungguh-sungguh, sebab cara beliau mengendalikan kuliah itu buat aku rasa aku betul-betul berada dalam dunia bahasa Melayu. Namun kebetulan yang masuk final ini, topik yang dijadikan sebagai topik pembentangan pelajar dalam kelas,  jadi aku tak dapat nak fokus sangat memandangkan sibuk mengurus pembentangan kumpulan masing-masing. Takpa Mal. Hidup mesti diteruskan. Okay.

Untuk tahun 2013 ini, 3 subjek aku dan berakhir. Bermulanya tahun 2014 ini pula, dua lagi subjek teras kejuruteraan menanti iaitu subjek:-
  • EPT 162 - Computer Programming. [17.01.2014]
  • EPT 114 - Statics.[18.01.2014]

Ini bermakna aku ada masa lebih kurang 2 minggu untuk mengulangkaji dua subjek 'KILLER' ini. Pray for the best! Ya Allah, Permudahkanlah segala urusanku ini. Aamiin..

P/s: Untuk Emon, Tim, Amirul Farhan, Asnan, member kebudayaan dan taekwondo gtf UniMAP, All the best! Miss korang... :D

Tuesday, 3 December 2013

Bachelor Of Engineering (Honours) (Product Design Engineering) Semester 1, Year 1

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa.


Post kali ini kutampilkan khas buat mereka yang meminati bidang 
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Rekabentuk Produk).

Mengapa Tiba-Tiba Nak Buat Post Ini?

Berdasarkan pengalaman aku semasa nak pilih kos untuk sambung ijazah sarjana muda,
aku cari silibus di internet ini punyalah susah untuk setiap kos yang aku mohon dalam upu. 
Sebab aku nak tahu juga apa yang aku akan belajar kalau aku nak ambil kos tu kan,
tak lah aku rasa macam salah pilih kos seperti masa aku pilih kos untuk diploma di politeknik dulu.


Diploma? Apa Kaitan?

Minat Lukisan Kejuruteraan, nak jadi guru Lukisan Kejuruteraan, perkara pertama aku terfikir "Arkitek".
Tapi masa itu, aku tak tahu pun nak jadi arkitek tu nak ambil diploma apa. 
Apa yang aku tau, ada kaitan dengan kejuruteraan awam. jadi pilihan pertama aku untuk poli tu, 

1. Diploma Kejuruteraan Awam

Pilihan kedua pula, aku buka majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said (SMATS), Alhamdulillah, disertakan kelulusan akademik bagi setiap guru SMATS, ringkasnya, aku rujuk diploma guru LK aku masa tu, tambahan pula, ada dua orang guru aku yang ambil diploma yang sama iaitu,
Cikgu Sharul ( ajar LK, Addmaths, Teknologi Kejuruteraan),
 Cikgu Norwati kalau aku tak silap, sorry cikgu T_T  (ajar Fizik) jadi aku isi pilihan kedua:-

2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)

Ditakdirkan, aku dapat pilihan yang kedua iaitu kos mekanikal (pembuatan), sepanjang melalui 3 tahun tu ada sekali sekala perasaan SALAH PILIH KOS PENGAJIAN itu wujud dalam jiwa dan bermain di minda terutamanya bila aku berdepan dengan subjek yang berteraskan pengiraan yang aku rasa tak mampu nak hadapi, ditambah lagi dengan dugaan-dugaan markah kuiz, ujian, dan tugasan yang rendah. Memang adakalanya, air mata jatuh sebagai pengaduanku tanpa kata, 
hati dan perasaan yang calar balar menggores ego untuk memberitahu kebodohanku,
kepala sakit tak cukup tidur dan banyak berfikir, 
jari berbalut tisu sebab last2 minggu perabih membalun menapis nota-nota,
semua itu aku lalui demi menghakis kejahilan yang ada dalam dunia mekanikal pembuatan,
yang aku kira agak jauh bezanya untuk menuju ke arah cita-cita sebagai seorang Guru LK.

Ok, itu secara ringkas bagaimana aku pilih diplomaku.


Struktur Kurikulum bagi Tahun 1, Semester 1.

Berikut merupakan subjek atau lebih dikenali sebagai kos yang ditetapkan dalam bidang kejuruteraan Rekabentuk Produk.

Kos Teras Kejuruteraan

  1. EPT103/3 - Materials
    • Siapa yang ambil diploma kejuruteraan mekanikal pembuatan macam aku dulu, kos ini merupakan rangkuman subjek teknologi bahan 1 dan teknologi bahan 2. Sudah tentunya, teori melulu.
  2. EPT152/2 - Engineering Drawing
    • Lukisan Kejuruteraan! Kalau dibandingkan dengan LK yang aku ambil masa SPM 2008, memang ada perbezaan sedikit lah. sebab yang ini, kami advance lagi, belajar autocad sekaligus melukis kembali logo yang sedia ada menggunakan autocad. Mungkin bagi sekolah lain, terutamanya sekolah teknik belajar lagi advance kot, tapi untuk aku yang aliran teknikal sains di sekolah agama ini, ambil kos ini, banyak belajar benda yang baru juga lah.
  3. EPT191/2 - Workshop and Studio Practice
    • Kos ini lebih menjurus kepada mendedahkan dunia lukisan kepada pelajar, seperti yang terdapat dalam post aku sebelum ini. Pensyarah ajar dari asas macamana nak melukis dari asas garisan-garisan hinggalah melukis melalui sudut perspektif. Apa orang putih kata "Free Hand sketching" gitu. Sekarang ni (Disember 2013), kami ditugaskan secara berkumpulan untuk merekabentuk sebuah alat yang boleh menunjukkan masa, ringkasnya, redesign jam lah.
Kos Bukan Kejuruteraan
  1. EQT101/3 - Engineering Mathematics I
    • Engineering mathematics, what more I can say about this, calculation, deals with those differentiate, integration, well its maths anyway.
  2. EPT162/2 - Computer Programming
    • Setahu aku, pelajar jurusan elektik saja yang ambil subjek ini masa diploma dulu, tapi itu dulu lah. Faktanya, kena ambil juga kos ini. Belajar segala kod dan peraturan penggunaannya. Pada mulanya, aku berpendapat C.P. ni sama macam Visual Basic, tapi fuh, jauh bezanya, rasa macam senang lagi visual basic. Apa pun dua benda tu dalam satu jabatan yang sama lah. Kos ini guna perisian DEV C, bukan C++, so, mungkin ada beza sedikit lah.

Kos Keperluan Universiti
  1. UUW233/2 - Islamic & Asian Civilisations
    • Pernah dengar TITAS? hah ni lah Titas tu. Lebih kepada pengajian tamadun-tamadun Asia, Islam, China, India. 
  2. UUW114/2 - University Malay Language
    • Sejujurnya, aku tak sangka belajar bahasa Melayu di universiti. Tapi itulah hakikatnya, di Unimap ni, kena ambil jua BM ni. Tapi tak apa, pensyarah BM kami best, aku suka. Hahaha. kan best kalau pensyarah semangat mengajar macam tu. Pelajar pun semangat nak belajar. Penerangan yang detail. 
  3. UUW235/2 - Ethnic Relations
    • Hubungan Etnik lebih kepada pengajian hubungan etnik di malaysia. Ianya merangkumi banyak aspek terutamanya dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial. Ianya jua berkait rapat dengan sejarah sebelum merdeka, selepas merdeka, dan rancangan-rancangan  Malaysia yang menyentuh kepada penyatuan etnik. 
Ko-kurikulum
-Bergantung kepada pilihan badan unit beruniform masing-masing, majoritinya setiap badan unit beruniform itu mempunyai kiraan jam kredit yang tersendiri. Senang cerita, aku pilih Taekwondo GTF.

  1. UZW172 - Taekwon-Do GTF I
    • Nak dapat jam kredit yang penuh untuk Taekwon-Do ini, aku kena ambil mula dari semester 1 hinggalah ke semester 3 sebab ko-kurikulum ini menawarkan 3 peringkat untuk dilalui bagi memperolehi 3 jam kredit. Jadi untuk semester I ini, sistem kira ko-kurikulum Taekwon-Do GTf I aku tu sebagai 1 jam kredit. 
    • Setakat ini, latihan diadakan pada setiap malam Sabtu, mula dari jam 8.30 pm - 11.30 pm, ditempat yang ditentukan oleh pusat ko-kurikulum. Selalunya tempat itu, berubah-ubah mengikut jadual yang dipamerkan dalam portal pelajar. Jadi pelajar UniMAP ini, penting tengok portal. Kalau tak, silap haribulan sesat pergi tempat ko-kurikulum lah jawabnya. Setakat ini pun, banyak dah pelajar jadi mangsa tak datang ke latihan Taekwondo sebab tak tengok perubahan tempat dalam jadual ko-kurikulum pelajar.

Sekian Terima Kasih.

Sumber Fakta: Buku Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Sidang Akademik 2013/2014


_______________________________*************_______________________________

Celoteh-Moteh.


Itu merupakan silibus yang tertera dalam buku panduan akademik, jumlah jam kredit untuk semester 1 ini sepatutnya 19 jam kredit, sepatutnya lah. Tapi, entah kenapa kami kena ambil kos EPT 114/3 Statics pada semester 1 ini. Padahal kos EPT114 Statics itu, berada dalam silibus semester 2, tahun 1. Itu menjadikan jam kredit secara totalnya sebanyak 22 jam kredit.


Wujudnya pengecualian kredit (Transfer Credit) untuk pelajar yang merupakan lepasan diploma seperti aku, ibarat pucuk dicita ulam mendatang (betul kah perumpamaan aku ini). Jadi aku isi borang pengecualian kredit itu disertakan dengan salinan transkrip diploma sebagai bukti yang aku ini layak untuk mohon dikecualikan dari mengambil kos yang sama sekali lagi di peringkat sarjana muda ini. Wajib ada salinan transkrip diploma, sebab bila kita isi borang permohonan pengecualian kredit itu, akan ada penelitian yang dilakukan untuk menentukan sama ada kita layak diberi pengecualian kredit atau pun tidak. 


Setelah urusan pengecualian kredit aku diluluskan, jumlah jam kredit aku ialah sebanyak 16 jam kredit sebab aku tolak kos:-
  • Materials - bersamaan dengan subjek Teknologi Bahan 1 dan 2 masa diploma di Politeknik Kota Kinabalu.
  • Engineering Mathematics I - bersamaan dengan Engineering Mathematics 1, 2, dan 3 masa diploma dulu.

Pada mulanya aku nak kecualikan kos Materials saja, tapi Dr. Taufiq tawarkan aku supaya mohon pengecualian untuk Engineering Mathematics I juga sebab aku layak mohon, jadi aku pun bersetuju. Engineering Drawing pun aku layak mohon tapi memandangkan aku dah tinggalkan lukisan kejuruteraan ini bertahun lamanya, aku buat keputusan nak ambil kos ini, untuk mengembalikan memori lalu sekaligus cuba memantapkan kemahiran, aku kan ada cita-cita, Insya-Allah, semoga dipermudahkan segala urusanku, aamiin.


Sekian, Terima Kasih.

Friday, 29 November 2013

Aku + Statics + Minggu Ke-4 November 2013

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Ohaiyo Gozaimasu.



Ringkasnya minggu ni,
Terlalu banyak jatuh lalu bangun ku terpinga-pinga,
Di saat kewangan semakin jatuh merundum menuju ke angka 1,
Timbul pula Iklan kerja kosong di kedai photostat,
Keinginan itu ada namun 7 pm ke 11 pm,
Jangka waktu itu mengganggu kosentrasi ku,
Tatkala itu,
Ujian kenaikan Taekwondo GTF ke Hitam (1 DAN),
Menggamit perasaanku,
Mengambil kira persediaanku, keyakinanku,
Inginku hadir saja ujian itu yang bakal menjelang minggu depan,
Sekali lagi dugaan itu tiba,
RM250 yuran kenaikan,
Buatku berada di timbang neraca,
Ya atau tidak,
Tidak mampu untuk berada di tengah-tengah,
Kerana masa itu hampir tiba.
Jumaat, habis kelas tutorial statics, aku pulang terus ke wang ulu.
Terdetik untuk makan semurah mungkin,
Lantaran belanjawanku menyekat kuantiti,
Seringgit keropok lekor + sos,
Cedokan nasi 1/2 x 2 bersamaan 1 + Memenuhi 1/2 ruang tapau + telur masa sos
Total RM1.50
Jadi, harga makanan tengahariku yang paling murah setakat ni, RM 2.50.
Alhamdulillah.
Seusai maghrib, housemateku ajak makan di gerai makan depan gerai Warung Pokok Buluh,
Sekuat mana pun aku cuba simpan,
Tetap duit tu semakin kecil nilainya,
Nak ambil sikit lagi, buat pengalas perut buat seminggu ni,
Seingatku, baki angkanya RM 1++.++,
Itu pun Ibu dah mula bagi belanja kira dua bulan yang lalu,
Duit simpanan kerja ku yang dah cecah RM 20++.++,
Ternyata tak cukup untuk tampung aku untuk duduk selama satu sem di sini.
Check Punya Check, terkejut angka 1 itu berubah.
Alhamdulillah, Ibuku macam tau-tau jak ni.
Ntah, aku rasa malu nak minta lebih-lebih,
kecuali kalau hal itu memang aku perlu sangat,
Lebih-lebih lagi, bila umurku dah cecah 21 tahun tahun ni,
Call ibu, ibu kata takpa,
Yang penting aku belajar sungguh-sungguh.
Ya, Insya-Allah ibu.
Doakan kejayaan anakmu ni.
Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat.
Aamiin.


CLASS STATICS
Kelas Static hari Khamis (28.11.2013),
Melangkah longlai menuju ke DPU 1,
Aku duduk barisan kedua dari depan, di hujung kanan dewan,
Tapi barisan kedua itu lah yang paling depan diduduki oleh pelajar,
Entah kenapa barisan pertama itu jarang sekali menjadi pilihan pelajar,
Mungkin kerana lebih selesa di belakang?
Ataupun takut dengan label-label skema, berani mati, 
Atau apa saja label yang akan buat anda rasa terasing daripada kumpulan mereka yang melabel,
Menunggu beberapa detik pensyarah static masuk ke kelas,
Aku cuba melelapkan mata yang segar,
Sekadar untuk merehatkan tubuh yang lesu,
Dek minat ku yang berkurang terhadap statis
Disebabkan aku gagal memahami konsep pengiraan masalah,
Asas matematikku yang lemah begitu aku kesali.


PERBINCANGAN
Baru beberapa detik aku menggelapkan duniaku,
Cuping telingaku menangkap kelantangan suara yang menuturkan kata-kata,
Kulihat warna dunia,
Alihkan pandanganku ke arah suara yang berbicara,
Ah, sebaris denganku namun di bahagian tengah sana,
Sekumpulan per tiga pelajar wanita kos Pembuatan duduk separa C,
Malu ku hilang ke mana,
Lantaran aku melihat kelibat seorang pelajar wanita,
Dahulunya, sukarela membantu aku menyiapkan soalan statics,
Di kala aku duduk resah memikirkan jalan penyelesaiannya.
Lantas ku aturkan langkah ku mendekati mereka,
Mereka berpaling mungkin terkejut apa bila sesorang mendekati dari belakang,
Ku senyum lebar seakan-akan senyum itu satu tiket untuk ikut perbincangan mereka,
Cuba memahami setiap langkah-langkah yang dicoretkan atas kertas putih itu,
Ah! Gravity Center and its Centroid on the shaded area, hm, fahamkah aku?


QUIZ STATICS KHAMIS
Di akhir syarahan statics, Quiz!
Dan ditakdirkan soalan hampir semirip itu yang keluar dan alhamdulillah,
Its an open book quiz!
Semua yang aku faham aku coretkan,
Tiba untuk kaedah matematik untuk mendapatkan jawapan,
Kosong~ Walaupun kalkulator ku canggih seperti yang mereka labelkan,
Aku,
Tidak,
Tahu,
Menggunakan,
Kecanggihannya itu,
Sekali lagi, kejahilan itu menampar keyakinanku,
Kecewa,
Namun kekecewaanku kali ini terubat sedikit, Kali ini
kertas putihku ini punya sedikit coretan formula dan serajah Free Body Diagram (FBD),
Yang aku yakin kesahihannya.

JAM TANGANKU

Usai Kelas statics,
Aku singgah solat asar di Surau PPK Pembuatan,
Setelah itu, mendaki cerunan bukit menuju ke bas yang tersidai di tepian jalan,
Duduk di tepi tingkap kiri, aku memandang bangunan PPK Pembuatan,
Seketika kemudian,
Aku rasa seperti kehilangan sesuatu,
Jam Tanganku!
Kalau aku turun dari bas sekarang,
Takut bas jalan, kena tungguh setengah jam atau sejam lagi untuk bas yang seterusnya,
Aku pasrah.
Malamnya, pun ada kelas ganti statics,
Statics, statics, statics.
Dalam seminggu ni,
Selasa petang lecture statics,
Rabu malam tutorial statics,
Khamis petang lecture statics,
Khamis malam Lecture statics bersama dengan course Manufacturing,
Jumaat pagi tutorial statics,
Huh! Padat dengan Statics!
Semalaman aku tanpa jam tangan,
Rasa sungguh kehilangan.
Mujurlah, Jumaat pagi, aku kembali ke Surau
Bersyukur melihat jam tanganku tersimpan elok dekat bingkai cermin tingkap.
Alhamdulillah.

JUMAAT
Awal pagi, berebut naik bas nak ke Pauh,
Seperti biasa aku memilih duduk di tepi bersebelahkan cermin di bahagain kiri,
Bas tu buka wayang Bujang Lapok,
Layan ja lah,
Setelah bas kami penuh, 
Bas di sebelah ku mula dipenuhi dengan pelajar dari wang ulu,
Basku mula undur perlahan-lahan,
Aku memerhati wajah-wajah pelajar yang memenuhi bas sebelah tadi,
Tiba-tiba, pandanganku bertemu dengan wajah kenalan FB.
semirip dengan artis komedi korea (Gag Concert) yang aku minat tu,
Mujur hatiku masih teguh,
Alihkan pandangan ke arah lain. Kesenyapan.
Habis kelas TITAS di Dewan Kuliah,
Sejam lagi untuk ke Kelas tutorial Statics,
Kak Aisyah, Yana, Nisa, Irlina, Nisa Affendy, Farahia, dan Aku,
Berjalan dan berkumpulan di PPK Pembuatan,
Mereka sedang berbincang untuk gugurkan subjek Statics,
Bagai turut dirasuk perasaan takut gagal, 
aku jua seakan-akan ingin menggugurkan subjek Statics ni,
Dek Carry Marks aku yang rendah bukan setakat rendah tapi dah tahap gagal.
Hampir majoriti kelas Product Design Engineering sem 1 2013/2014,
gugurkan subjek Statics ni dan ambil sem depan,
sebab kalau diikutkan keputusan ujian 1 yang baru-baru ni,
Dari 6+ orang, hanya 5 orang ja yang lulus.
Kalau Kos Pembuatan secara puratanya ramai yang lulus lah.
Tapi, memandangkan jumlah jam kredit aku dah 16 unit,
Nak tolak Statics yang 3 jam kredit,
Tak boleh dah, sebab jumlah jam kredit paling minima ialah 14.
So, Just carry On ja dengan Statics ni.
Ibu kata, cuba saja.
Ok, I'll try my very best Ibu, 
Study Smart, Study Hard,
Usaha Tangga Kejayaan,
Insya-Allah.
Aamiin.

Saturday, 28 September 2013

Statics Oh Statics

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konniciwa~

Di petang Sabtu yang aman damai ini sebelum aku nak pi perjumpaan Ko-Kurikulum Taekwondo di Kampus Pauh jam 9 pm - 11 pm malam ni [nampak tak permainannya di situ..hehehe], aku nak cerita pasal kelas EPT 114 - Statics aku ni lah. Rasa unik dan berbeza dari pengalaman kelas aku yang lepas.

Kelas Statics Hari Rabu.
Hari Rabu yang lepas merupakan kelas Statics yang ketiga dalam minggu ni. Rasa macam nak jadi rutin pulak. Sebenarnya kelas yang hari Selasa tu diadakan untuk menggantikan kelas yang kami tak datang disebabkan jadual pemeriksaan kesihatan. Jadi kelas hari rabu ni diadakan di DPU 1 Pembuatan.

Alhamdulillah, setakat ni, aku boleh catch up sikit lah pengiraan statics walaupun agak slow juga lah jika dibandingkan dengan classmate yang lain. Tapi tetap bersyukur, Alhamdulillah, kalau dibandingkan dengan waktu aku di poli dulu, langsung tak dapat nak follow pengiraan tu. O ya, statics ni mirip dengan subjek Kaji Daya Bahan kalau di poli. Jadi, aku decide nak duduk di barisan yang aku yakin boleh fokus [ sure lah, tempat duduk depan, insyallah] walaupun terpaksa berpisah sekejap dengan kawan-kawan sekumpulan jap.

Quiz 1
Sebaik sahaja kelas bermula, En Zul arahkan kami supaya mengeluarkan sekeping kertas A4, tulis nama dan program. Hm, aku mula rasa tak sedap hati dah. Bila En. Zul paparkan soalan quiz 1 di slide, ah sudah. Soalan tu pada aku memang aku rasa mudah ja pun, Tapi disebabkan aku tak faham sangat lagi pasal pengiraan tu dan baru mula buat soalan 1 ja, banyak berlaku kekeliruan dan ketidakpastian di situ. Masa nak jawab quiz, boleh pulak aku tak tau macamana nak tekan kalkulator. eish, nervous giler wei. Akhirnya, aku pun pasrah dan tawakal ja untuk quiz 1 ni.

Komen 
Apabila semua kuiz siap dihantar, En. Zul ambil masa untuk komen pasal prestasi kami semasa menjawab soalan kuiz tu. Beliau berkata, dia tak kisah pun pasal kami tapi dia kisahkan pasal orang lain. Why? timbul di benak hati ini. penerangan dia macam ni,

A.1 nisbah 5, 1 : 5 , berdasarkan kemasukan setiap pelajar melalui upu ni, 1 orang pelajar yang berjaya masuk sebenarnya telah meragut 4 peluang orang yang memohon upu ni. Kiranya, kami ini memang diantara yang BERTUAH kerana terpilih. Honestly, aku tersedar pasal ni. sebelum ni tak pernah terfikir pun pasal tu walaupun banyak kawan aku yang menjadi mangsa tak terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. 

B. Duit yang pihak kerajaan gunakan untuk menanggung sebahagian daripada yuran pengajian kami ni adalah duit hasil daripada pembayaran cukai-cukai yang ada. Dan yang membayar cukai itu termasuklah En. Zul,

  •  "I care because I am the taxes payers." Beliau tak nak kerajaan membazirkan wang ringgit untuk menampung pengajian bagi pelajar yang tak belajar bersungguh-sungguh dan tak dapat menjawab soalan quiz yang mudah. Sentap! 
  • " If you can answer the quiz that means you are with me [paying attention to his lecture], If you can't answer the quiz, you are not with me and see me next year" oho, Anak panah kesedaran menusuk kalbu.
  • "All you have to do; datang kelas saya dan dengar my sad story." part ni mmg aku rasa lucu sikit lah. hehehe
Kesimpulannya bagi komen En. Zul, kalau kami pelajar yang terpilih ni tak belajar bersungguh-sungguh ertinya kami dah membazirkan duit hasil cukai yang digunakan untuk membiayai sebahagian daripada yuran pengajian, membazirkan masa dan tenaga, serta yang paling penting telah membazirkan peluang 4 orang yang betul-betul dan lebih layak daripada kami ni untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

My Opinion,
Sebenarnya, bila masuk kelas En. Zul, aku rasa En. Zul 50% bersyarah dan 50% lagi bercerita pasal pengalaman bekerja beliau. masalah yang wujud dalam alam pekerjaan dan banyak lagi la. So, aku ni pun jadi perjudis, " Napa lah En. Zul ni nak turut sertakan cerita-cerita dia, apasal tak 100% bersyarah pasal statics?". Tapi setelah aku menghadiri kuliah kursus yang lain, rasa bersyukur. Ada satu kelas yang kaedahnya 100% bersyarah langsung tak selit apa-apa cerita, hm, dah jadual susun kelas tu waktu petang, ok tak pa, boleh berjuang lagipun static pun petang juga. Cara penyarah tu bersyarah yang mendatar ja, hui rasa nak tidur ja. cuba tahan ngantuk, pastu kami kena komen pula tak banyak bagi respon dekat beliau. mmm... Sleepy and stress at the same time. Ngiau~~~ Jadi bila masuk kelas En. Zul, sudut perspektif aku terhadap kelas beliau telah berubah kepada yang lebih baik dan lebih bermotivasi. Sekurang-kurangnya, masa en. Zul bercerita tu, boleh lah aku take time rest jap, tak lah nak sumbat input memanjang kan, nanti hang~.. hehehe

The Lecture Begin
Masuk bab Cartesian Vector Formulation, daya bertindak secara 3D. Apabila merujuk kepada 3D, memang agak sukar untuk dijelaskan melalui gambarajah, jadi en. Zul panggil 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Ah sudah, kelmarin En. Zul baru ja terangkan menggunakan kaedah ini kepada kami (Product Design) tapi untuk kelas ni kami gabung dengan kelas Manufacturing so, belajar balik bab yang sama. Ok refresh balik. 

Oleh kerana aku yang paling rendah di situ, so aku ambik daya -k ke bawah manakala +k dipegang oleh mamat bunga ungu [masa msk, kena gelar mamat bunga purple]. Hm, ok apa kaitan? Bila aku dengar mamat tu gelak, sebijik macam seseorang weh. Lol. Hahaha, k tu ja. Habis kelas En. Zul direct bagi 2 assignment. ala 2 assignment je pun untuk kami je pun. Memang lah 2 asssignment tu tak banyak mana, tapi kalau tambah dengan jumlah assignment yang sebelum ni, semuanya 5 assignment, banyak giler tu wei, dah tu satu pun belum mula buat pun. kelima-lima assignment ni due datenya semua kena antar minggu depan. Oho, menggalas peluang 4 orang yang tak dapat sambung study ni memang payah jugak wei..

Sabo-sabo, 

"Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar, Maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan" - [Imam Syafi'e]

Wallahualam...

Dengan nama Allah, yang tidak memberi mudharat sesuatu di bumi juga di langit 
dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Wednesday, 25 September 2013

Kaji Daya Bahan lagi dalam Statics

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa~

Ngiau~ Ngiau~ Ngiau~

Alhamdulillah.

25.09.2013

Assignment Statics
Assignment 1 dan 2 dah keluaq sekaligus dalam portal pada hari Jumaat yang lepas, tapi Amal tak tau nak buat macamana sebab kelas product design dijadualkan untuk membuat Medical Check Up di Klinik Kesihatan UniMAP. Kelmarin dah masuk kelas Statics selama sejam kerana perubahan jadual dan slide power pointnya yang terakhir siap bagi assignment yang ke-3 pula. Hohoho, assignment yang 1 dan 2 tu pun belum tengok lagi dah dapat next assignment pulak. Hm, Okai, alam universiti.

Sepatutnya kelas Statics ni dibuat selama 3 jam dari jam 2 hingga jam 5 ptg, gabung dengan kelas pembuatan. Selepas tu, untuk kelas Product Design pula, sambung terus kelas mathematics engineering dari jam 5.01 pm tu ke jam 7.00 pm. Haah~ kalau kepala boleh berasap, memang penuh dah dewan kuliah tu dengan asap keluar dari kepala student. 

Sharing knowledge with teaching others
Kelas Statics seterusnya diadakan pada jam 1 pm, kelas habis awal jam 10.00 am, majoriti pelajar Product Design pergi perpustakaan. Tanya punya tanya, serius memang terkejut jua lah bila dengar ada yang dah siap tugasan 1. Haah, boleh lah ni nak minta tunjuk ajar dari yang dah siap. Classmate ni majoriti dari matriks, jadi kiranya dorang ni lagi muda dari diri ini la. Hahaha. Kadang-kadang wujud juga rasa malu nak minta tunjuk ajar dari adik-adik, tapi diri ini sedaya upaya menghilangkan rasa malu tu. "Dah tak tahu, tanya lah kan?". Bila kena tunjuk step by step tu, honestly, teringat pada dorang tambey, kojai, wajimin, jesmi, dan joseph. Yang lain tu memang teringat juga lah, tapi insan-insan caring [ya meh, caring? hehehe] ni lah yang selalu bantu Amal bila masuk bab belajar selama 3 tahun di Politeknik Kota Kinabalu walaupun masing-masing ada cara yang berbeza. Classmate yang ajar Amal tadi, seriusly, macam kojai. Dari mula kelas pun, asal nampak dia memang teringat kat kojai pun. Yang lain, belum ditemui yang serupa. Peace, :D

Statics
Tadi belajar bab 2. Secara umumnya, bab 2 ni membincangkan pasal moment, magnitude, dan direction of force. Masuk kelas tadi, Amal sedar sesuatu. Kalau sebelum ni, Amal masuk kelas tanpa sebarang ulangkaji, dan bila pensyarah mula bersyarah dengan slidenya terutama yang melibatkan pengiraan, jujur cakap, Amal will be lost. Bila tak faham, pastu malu pula nak tanya pensyarah, mula lah kejahilan yang pahit yang terpaksa dipendam dan hilang fokus serta emosi yang tak menentu lagi. Itu antara faktor gangguan semasa belajar bila tak buat persediaan awal. Tapi tadi bila dah belajar dengan classmate pasal tugasan 1 sebelum masuk kelas tu, Alhamdulillah, dapat kesan punca ketidakfahaman pasal jalan penyelesaian soalan tadi tu. Ditambah lagi dengan penerangan classmate, Alhamdulillah, banyak membantu. 

"Ya Allah, berkatilah ilmu yang diajarkan kepadaku dan semoga aku memahaminya serta dapat mengajarkannya dengan berkesan kepada mereka yang memerlukannya sepertimana aku memerlukannya sebelumnya."

Dear Statics, semoga aku dapat memahami dan mengaplikasikanmu di dalam kehidupan seharianku. Aamiin.