Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Wednesday, 21 January 2015

21 Januari 2014

Assalamualaikum W.B.T dan Hai.

Lama juga nda mengabar cerita kehidupan dalam blog ni, walaupun sebenarnya aku selalu juga jenguk kalau online melalui laptop. Tapi, idea nak mengarang ayat tu teda. Hahaha.

Ok.

Intro 

Hari ini hari ke-3 aku berada di rumah sejak cuti semester 3 bermula. Everybody is Home! Ibu, Bapa, aku, puen, ofu, dan wena. Alhamdulillah. Rasa macam bertahun-tahun nda balik rumah, padahal berapa bulan jak pun tinggal di Perlis tu. Hm, tapi memang aku rasa lama gila. Rindu rumah pun selalu bertandang di jiwa kala malam menjelma. Rindu orang rumah, rindu makan ayam panggang pasar malam Kota Belud, rindu motor, rindu politeknik KK, rindu RP, rindu kawan-kawan, rindu budak tu. Segala rindu-rinduan jadi kenang-kenangan. Dan aku rindu kenangan tu.
(rasa mcm tua betul pula diri ni skg. Menuju ke 23 tahun, Insya-Allah, pada tahun ini)
Dan HP aku sekarang ni, tidak lebih tidak kurang, hanya berfungsi sebagai alat electronic yang memainkan lagu favourite aku, kamera aku, dan hanya jarang berfungsi sebagai HP, maybe sebab teda kredit. hahahaah. Kalau di rumah ni, jarang lah aku mengadap HP, selalu laptop main plant vs zombie mode Survival, so, HP tu terbiar.. :D


The Biggest Looser (TBH)

Sebelum balik bercuti hari tu, 
Semasa minggu study week rasanya,
Di suatu malam yang hening,
Semua housemate ada di rumah kecuali aisyah,
Entah macamana boleh keluar cerita diet ni,
Rasanya masa kami bercerita pasal majlis makan malam untuk ppk kali. 
Nak plan nak pakai baju ikut tema apa. hahaha
Aku kalau pasal majlis makan malam ni, baju tema main bantai jak.
Yg penting aku selesa pakai, dapat makan dengan bahagia, dan ada kawan bercerita di sebelah.
Ok lah tu. Hahahaha
But, I willing to join the game.
4 dari 7 housemate, join the game.
Aku pun nda tau apa progress aku nak turunkan berat ni.
Mau senaman, malas pula aku nak bergerak ke sana ke mari,
My current weight 72 kg.
Zaman muda dulu maintain 54 kg ja.
16 kg naik tuh mal oii.
Aku noticed beratku naik selepas habis poli,
Berhenti terus dari latihan taekwondo dan silatku,
Kerja setahun setengah jadi Cashier,
Kalau balik kerja malam, 
Makan mee goreng ayam dulu di Mayang Sari.
Masuk UniMAP pla, no comment,
Aku jarang keluar rumah sangat. keluar rumah pun pi kelas atau pi makan.
and the stress, I handled them with eating and sleeping.
Hm, bad habit. But that was the way I choose to cope up my stress during that time.
Anyway, balik dari cuti ni, kena timbang balik and decide who is the winner.
Aku tak harap sangat la.
Sekurang-kurangnya, beratku turun pi 65 kg pun ok lah.
Insya-Allah. Fighting Mal!


Monster Tail Rainbow Loom

Wena show me her monsterl tail rainbow loom for kid crafting. Ohohoho. So this thing does exist here. So, I asked Wena to teach me how to do the bracelet. Here is my first trial.
My First Trial: Black and White

StarBrust Bracelet ni aku tengok tutorial di youtube. Mula-mula tu confused juga. Tapi, boleh lah di follow setelah repeat bnyk kali video tu. Nampak sangat aku ni Visual learner. Hahaha. Thanks for the tutorial sis..
My Second Trial: Starbrust Bracelet


Tadaaa

Masa tengah buat Starbrust bracelet tu, aku  dah mulai bosan sebab asyik buat step yang sama. Rasa nak berhenti buat tu dan sambung esok pagi ja, tapi aku pujuk hati,

"sikit lagi mau siap ni, mal. Nda ka ko mo tgk mcmna rupanya ni kalau sudah siap?"

Monolog hati gitu. Hahaha. 


Aku, Wena, dan Matematik

Then, aku cuba jua menyiapkan sisa gelang tu sambil dengar adik aku baca sifir 6. Aku pun nda pass betul sifir 6 ni, jadi 2 dalam satu. Ibu suruh aku ajar wena Matematik. Walhal, aku ni lemah juga subjek matematik dan sains. Tapi entah bila, tahun lepas, Wena tanya aku latihan dalam buku teks Bahasa Malaysia dia, Tahun 2. Sandi, aku rasa bingung mana mau cari jawapan untuk soalan bahasa Malaysia tu. Atau aku malas mau fikir. hahahah. So, aku agree ja nak ajar wena matematik, for the first step, aku suruh wena hafal sifir. Sebab aku dulu memang lemah sifir ni. hm, Nampaknya, aku pun kena belajar macamana mau mengajar si wena matematik ni. hehehe

Sekian, cerita pengisian hari cuti semester 3 ku.






Saturday, 23 August 2014

Pisang Gorengku Yang Pertama

"Masuk hari ini, 13 hari lagi sebelum hari keberangkatanku ke Perlis untuk memulakan semester 1 tahun 2 dalam Kejuruteraan Rekabentuk Produk di UniMAP. 
Ibuku sudah mula mengingatkan aku untuk mengemas 
barang-barang yang patut aku bawa balik ke sana.
 Semakin hampir hari nak balik ke kolej kediaman wang ulu ni, 
semakin tak nak pula aku berdaya cita nak ke sana. 
Setelah banyak konflik mengenai perpindahan sama ada ke Kg. Wai atau pun tetap di Wang ulu, akhirnya diumumkan kami tak jadi pindah. 
Jadi tetap tinggal di wang ulu untuk semester 1 tahun 2 ini. 
- AMAL"

Aku sebenarnya bukan mahu cerita mengenai perasaan nak balik ke UniMAP, tapi dah terkarang seperenggan jadi tak mengapa, anggap saja ja luahan rasa orang yang nak balik belajar. hehehe. Baiklah, aku bukan  nak tulis resepi rasmi atau jadi tukang buat kuih. Ini cuma perkongsian pengalaman, kalau ada yang anda nak tanya, "kuantiti gula tu perlu banyak atau tidak?" atau "perlukah masukkan majerin dalam adunan tu?", aku minta maaf awal-awal tulus dari lubuk hati yang paling dalam, aku tak tahu. hehehe

Memandangkan sekarang ini musim buah, ada beberapa jenis buah yang terperap dalam dapur rumah ni di antaranya ialah buah Tarap, Rambutan, Langsat, Pisang, dan Durian. Oh ya, aku tak makan Durian. Segalanya bermula selepas aku siap masak lauk untuk makan malam. Aku ternampak seikat pisang dekat tempat masak tu. Siap masak, aku menuju ke ruang tamu di mana Ibu sedang menjahit skrit Puen, 

"Ibu, tepung apa kena guna kalau mo masak kuih pisang?"
"Tepung Gandum."
"Tapi habis sudah kan? yang ada tepung beras ja sama tepung ni."
"Cuba cari di bilik."

Aku masuk ke bilik Ofu, selokar balik plastik yang berisi bahan-bahan yang dibeli untuk buat kuih semasa hari raya lepas. Jumpa sebungkus tepung gandum.

Resepi dari Ibu
→ Tepung Gandum.
→ Gula sebanyak 3 sudu makan.
→ Garam sebanyak 1/3 sudu makan.
→ Sebiji telur ayam.
→ Pisang.

So, let's the journey begins.

Pertama sekali, sediakan semua bahan. aku gunakan mangkuk warna hijau untuk Gaulkan semua bahan. Masukkan Tepung gandum, gula, garam, dan telur ayam. Gaul sehingga sebati dan pekat. 




Potong pisang macam ni, 
tapi kalau amatur macam aku ni, slalu guna penatakan. 
Saja pose untuk gambar hiasan.
Thanks wena sebab jadi mamarazi. hahaha

Jadi macam ni la rupanya kalau sudah dipotong, sebenarnya, 
Ibu berhenti menjahit sekejap, masuk dapur dan buat demo macam mana nak potong pisang ni. 
Aku ikut jak. hehehe

Masukkan pisang tadi ke dalam adunan tepung dan gaul.

Proses menggoreng bertiga atau berempat. Takut melekat.  hehehe

Tadaa~!
Yang hangus pun ada, sebab leka nak selca kan proses lain. 
Tapi tak pa. Rupa tak cantik takpa, yang penting sedap.
Fighting Amal. I can do it!

Thursday, 27 February 2014

To My Partner (Self Ice Breaking)

To: My partner.(teda fb pula)

Everytime we try to be new or starting a new goal, there something can bring us down, problems! Problem leads to excuses, but challenges, either face it or leave it. So, Problem changes to be a new challenge. Where come from all this? Ah... just read a book of motivation.. hehehe.

So honestly, I dont know anything about you and I was worried about how we are gonna work as a team before but I think, I must take this opportunity together with you as a challenge for myself. Besides, I wonder how long am I gonna leave my comfort zone while doing a group task with my comfortable members. while someday, I know that, there will be a time like this appear soon or later. If this is all about those prizes, I dont have the urge to aim those except only to do and finish this task completely. All the things that I want from you is your commitment, and talking about creative and innovative ideas, I could be placed at the last rank of the world even I'd gone through all those kind of technical subject and practical, sorry for the lacking piece of me. I hope we can face all those obstacle in this task, support each other, and have a great teamwork together. Sa that's all as for my ice breaking.. Thanks.

Thursday, 20 February 2014

Festkon Vs Chit Chat

21 Februari 2014, Jumaat.

Alhamdulillah, kadang terlupa untuk bersyukur atas nikmat yang diberik7an tatkala menjalani kehidupan seharian. Tadi, aku baru jak melalui keadaan yang buat aku serba salah untuk membuat pilihan sama ada berdasarkan kemahuanku atau pun keperluanku. "Wants or Needs?" As my mother said before.


Festival Convocation Festkon 9
Permohonan yang aku hantar masa semester 1 sesi 2013/2014 terjawab pada beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah, aku diterima sebagai dekart untuk program ini. Sejujurnya, aku tak tahu apa-apa pun berkenaan dengan program Festkon ini, tapi disebabkan aku sendiri dah berazam nak mula aktif dalam beberapa program nanti masa semester 2, aku cabar diri untuk ikut program ini. Memandangkan aku menghabiskan semester 1 sebagai pelajar yang tidak aktif mengikuti mana-mana program. Adakalanya, perasaan bosan menyelubungi diri dan buat aku banyak terkenang masa lalu serta masa yang lapang tu aku buang begitu sahaja dengan pengisian agenda tidur, duduk terperap di dalam rumah. Sekurang-kurangnya, bila dah ikut program ini, aku lebih peka sedikit.

Selain itu, aku berharap dengan mengikuti program ini, aku didedahkan pada teknik-teknik pengurusan program, tempat-tempat yang menarik dan apa-apa saja yang berbentuk ilmu pengetahuan dan pengalaman, memandangkan aku ada satu rancangan yang aku sendiri tak pasti boleh dilaksanakan atau pun tidak, bergantung kepada kebolehan, keberanian, dan kesanggupan aku untuk menempuhi segala rintangan demi menjayakan rancangan aku.


Chit Chat
Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Keterujaan aku tidak bertapak lama. Program chit chat anjuran PPK Pembuatan yang diwajibkan untuk pelajar tahun 1 buat aku serba salah. RM20 untuk sehelai baju program itu, tak menjadi masalah bagi aku sebab aku masih mampu untuk bayar. Tapi program Chit Chat ini dibuat pada 22 Feb manakala Kursus Team Building Festkon pula dibuat pada 21 Feb - 23 Feb. Ada beberapa perkara kecil juga yang menjadi unsur negatif yang buat aku tak berapa nak ikut program Chit Chat ini. Almaklum sekarang ini cuaca di negeri Perlis Indera Kayangan, panas. Pokok-pokok yang dahulunya segar kehijau-hijauan sekarang tampak layu kekuning-kuningan. Aku nak jalan menuruni bukit dari tempat perhentian bas menuju ke bangunan PPK Pembuatan pun rasa nak sakit kepala, mata pun silau sikit, kira panas lah. Dah lah, stamina aku ni pun paras 20 - 30 ja. hoohoh

Walaupun ada sekelumit perasaan tak senang dengan perkara kecil macam tu, aku akui, jarang sangat dapat jumpa senior di PPK Pembuatan ini. Jadi, oleh kerana kesan positifnya, agak kukuh untuk dipertimbangkan, itu yang buat aku 50-50 nak pilih antara dua ni.

When Time Be The Answer
Aku bangun tepat jam 10 pagi memandangkan aku masih dalam 'cuti'. Bas yang bawah peserta Festkon akan bergerak pada jam 10.30 am. Bingkas bangun nak mandi, rupanya ada housemate tengah guna. Siap mandi dah jam 10.42 am dah. Hm, aku hanya mampu melihat jam. Duduk berteleku di kerusi, memandang kosong, perasaan seakan-akan samar-samar ku rasa. Dengan berat hati, aku hantar pesanan ringkas kepada nombor yang hantar khabar berita tu, yang mengatakan aku tak dapat nak ikut program disebabkan ada program Chit Chat untuk tahun 1. Lama tiada sebarang tindak balas. Aku pasrah.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi di corong pembesar suara, ternyata ianya 'panggilan terakhir' untuk peserta program Festkon. Aku kembali sedar, bersiap dengan baju biru UniMAP. 

Sampai sahaja aku di pondok perhentian bas, ternyata hanya ada sebuah bas sahaja yang dihidupkan namun tidak berpenghuni.

"Pak Cik, bas ke Pahlawan, Jitra dah jalan ke?"
"Dah, ni tertinggal ke?"
"Hm, tak. Nak jumpa kawan tadi."

Niatku, kalau sempat jumpa dengan mana-mana ajknya, aku nak tanya kalau aku boleh minta perlepasan untuk hari Sabtu tu, tapi dah begini kejadiannya, aku tak mampu nak kata apalah. 

Tiada hala tuju lain, aku kembali ke gerai Shafaz untuk makan tengahari. Nasi + Daging masak kicap, RM2.50. Kembali, ke rumah, cuba menenangkan perasaan sendiri. Aku pasrah buat kali kedua.

Sekian.

Monday, 17 February 2014

Hari Pertamaku Menjejakkan Kaki di Perlis, Semester 2

16 Febuari 2014
Tok. Tok. Tok.
Terkejut aku dari lena, serentak bangun. Ternyata Eiyra juga terbangun di sebelahku. Bingkas bangun menuju ke arah pintu, selak dibuka, Ana dah sampai dari Kelantan bersama kawannya Aya. Kembali ke tilam yang bersusun di ruang tamu rumah, sambung tidur.

Tok. Tok. Tok.
Aku sekali lagi bangun, tertanya-tanya siapa gerangan yang berada di sebalik pintu. Ekin, kawan Nana datang nak pinjam pemutar skru. Malangnya, aku pun tiada pemutar skru.

Bangun, cuba mengatur agenda untuk seharian ini. 'List To Buy', siap. Jam menunjukkan 11 pagi. Angkat tilam masuk ke bilik, letih pula. Mengampai lagi di tilam, lena.

Buka mata, jam 12 tghri. Mandi, siap berpakaian, Eiyra bagitau bas untuk tengahari berkemungkinan tiada, dan akan ada pada jam 2.45 ptg. Waktu yang terluang, ku buka laptop, fail Korea, 49 Days, episod 1 hingga ke episode 2. Farah dah pulang ke rumah.

Jam 2.10 ptg, sinaran matahari yang terik seakan-akan menyengat rongga-rongga di pipiku, rasa macam nak batalkan jak rancangan ke The Store untuk beli barang, tapi aku cuba bersabar. Terserempak dengan Acap dan Cheh di perhentian bas, aku sekadar menyapa dengan tangan cuma, tidak membuka bicara sebab aku pun tak ada topik yang nak dibualkan.

"Amal, jom pi bowling."

Bowling, good one. Lama dah tak main bowling. Sudahnya, aku, nurul, acap dan cheh, men bowling, 2 round. Lenguh juga jari-jemari aku dibuatnya. Point range 97, second 74 gitu lah kot. Aih, teringat pula aku masa main bowling dekat 1B dengan RPeanz.

Selesai main, aku sambung agenda shopping di The Store, dorang pula pi Guardian. So, dua hala tuju yang berbeza, kembali ke misi utama aku untuk hari ini. Kategori buku dan alat tulis, siap tambah beli payung lagi. Payung warna coklat saiz besar punya sebab payung lama aku tu kecil sikit, kalau hujan, beg belakang confirm basah, kalau panas pula, bahangnya seakan-akan tembus sebab warnanya yang cerah kot. Kategori peralatan mandi + minuman, Alhamdulillah semua siap dibeli. Duit jangan ditanya, lebih RM100 juga lah.

Laju kakiku melangkah menuju ke tangga bangunan KWSP merangkap sebahagian bangunan UniMAP dan tempat perhentian bas UniMAP, aku cuba mencari tempat yang lapang untuk duduk berehat sambil menunggu bas. Dalam kabut aku meneroka tempat duduk di tangga tu, pandangan ku bertentangan seketika dengan sorang budak yang duduk berhampiran di situ. Seingatku, aku pernah jumpa jua budak ni. Pertama kali tu, masa aku duduk makan dengan kawan-kawan masa buat persembahan MSK. Kawan aku ajaklah dia dan dua orang rakannya duduk semeja di gerai tu, Kebetulan pula salah seorang rakannya tu, aku kenal dalam bas dan juga merupakan ahli persembahan masa MSK dulu. Dia duduk berhadapan aku. Aku selamba jak makan sebab aku tak kenal pon dia siapa, jadi aku tak rasa segan sangat lah. Tak sangka lah pula, dia perasan aku pernah buat persembahan masa MSK. Alamak toiii... Dah lah aku rasa awkward dengan persembahan aku tuh. Aku tak tau nak kata apa, sekadar menyapa dia dengan senyuman dan anggukkan kepala. hm, awkward~ huhu

Then, hari tu, dia duduk sebelah aku dalam bas. kali kedua pula, aku yang pi duduk sebelah dia, hm memang keadaan masa tu, kerusi kosong sebelah dia. Hm, kira 0-0 lah kot macam tu.. haha.. kali ini pula, aku duduk bahagian tangga atas, hujung dekat dinding bangunan, dia and the geng duduk di bahagian tengah. Ada sekali dua tu aku rasa dia berpaling mendongak ke atas, aku tak berani pandang arah dorang tu, nanti tak pasal-pasal bertentangan mata lagi, pastu timbul segala rasa perasaan, jiwa kacau kang awal-awal semester ni. aduyaii... Aku terserempak dengan Emon~ Happy toii jumpa geng lama... Kalau aku tak ingat dunia, memang aku dah sound ' Emon~ Emon~' macam selalu tu, tapi memandangkan tempat tu agak crowded dengan people , so aku just be simple and straightforward, 'Emon!', so, takda lah mo bilang aku sumbung kan...Berrghh tu ja ba pointnya.. haha

Balik ke wang ulu, Nana dah balik.. Baru rasa meriah kembali rumah ni, dengan farahnya, Eiyranya, Ananya, Syerahnya, cuma Aisyah lg yang belum balik. Mandi pastu keluar makan dengan Syerah selepas Isya'. Pak Cik dekat Shafaz tu mesra pelanggan sungguh. Tanya cukup cuti ke tidak, pastu sempat bergurau lagi. tapi bab bergurau tu aku tak catch up sangat sebab dia guna dialek skit, so aku tak berapa nak faham. hohoho.. Jumpa Hafiq menunggu makanan dia sorang-sorang, sapa dengan senyuman saja. Aku kalau jumpa orang yang rapat baru ringan sikit nak berbicara, kalau yang kenal tak rapat tu, ku sapa dengan senyuman saja lah. Kalau berbicara nanti, ku takut aku banyak mengangguk saja, sebab teda idea mo bercerita.

Habis makan lewat jam 11 pm lebih gitu. Aku online, facebook, sambil tgk Running Man episode 37. Nana nak iron baju, so aku bawa laptop masuk bilik, sambung tengok Running Man jak lah, sebab wayar untuk sambung Internet tu pendek ja. Dengar ada orang ketuk pintu rumah, aku pelik, sebab rasanya semua orang dah ada dalam rumah. Aku buka lah pintu memandangkan orang kat gelanggang pun belum surut lagi. Rupanya kawan Ana, depan rumah, datang cari Ana. Kata Ana dah tidur, dia nak tanya macamana penggunaan Dryer tu, oho, dari apa yang aku tau, aku terangkanlah sikit sambil refer manual penggunaan yang tertera atas Dryer tu.

Sedetik lebih aku tutup pintu, Syerah keluar dari bilik. muntah-muntah. Mula tu aku tak rasa pelik sebab Syerah ada kata dia pening-pening sebab jalan dari Kelantan ke Perlis tu berliku-liku. So, aku faham juga la, sebab kalau aku pun, memang tak akan bertahan naik kereta ruang tertutup + jalan berliku-liku = Muntah juga. Tapi bila dah berlarutan ke jam 1 pagi. Aku tak tau nak buat apa. Sebab aku tak tahu nak handle orang kurang sihat. Sudahnya, kami telefon pengetua kolej kediaman, minta hantarkan pi Hospital Tunku Fauziah. Alhamdulillah, puan pun baik dan ramah. Walaupun tengah pagi-pagi buta ni pun sanggup datang hantar kami pi Hospital.

Nombor 3015, nombor semasa pada masa tu 3012, rasa macam sikit ja kan. Tapi punyalah lama menunggu, satu nombor nak bertukar tu hampir makan masa sejam setengah. Duduk dekat dengan air conditioner yang kuat lagi. Sejuk jangan bilang, hohoho. Sambil menunggu tu, ada rancangan di saluran MedikTV, aku rasa rancangan ini sangat menarik kerana ianya padat dengan informasi pasal kesihatan, senaman yang berkualiti, cara memasak makanan sihat, penerangan berkenaan penyakit jantung, parkinson, gastrik, dan lain-lain. Dari situ, aku sedar bahawa penting untuk mengetahui fakta-fakta berkenaan dengan kesihatan diri kita. Ayat macam skema jak kan, tapi betul. Yang Penting ok.

 Jam 4 pagi baru sampai giliran kami. Aku ikut masuk dalam bilik 3, temankan syerah. Tertidur juga aku di katil pesakit dalam tu. Sesekali terlintas di benak fikiranku, kalau aku sakit nanti, sapa lah yang akan tolong jagakan aku. Layan sayu ja. Aku memang tak banyak cakap sepanjang masa tu, sebab aku pun tak tau nak cakap apa, dan aku sendiri blur. Aku ngeri tengok cara doktor tu masukkan ubat pada tangan syerah, aku tak takut sangat dengan jarun ni tapi ntahlah, aku rasa ngeri pula tetiba..

Jam hampir menunjukkan jam 7, kami dah boleh pulang, aku dan syerah balik, sampai rumah, aku terus masuk bilik, letih dan mengantuk. Sempat berberita dengan Nana juga, pasal pi Hospital pastu aku dah tak ingat macamana aku terlelap. hohoho.. Memory lose.. hahaha.. Nasib baik hari ini aku takda kelas.. huhuhu

Sekian...







Saturday, 4 January 2014

Aku, Dia dan Lagu

Perjuangan dalam mengharungi tempoh minggu peperiksaan ini, aku masih ada 12 hari lagi sebelum subjek Computer Programming dan Statics. Seperti pelajar UniMAP yang lain, aku mula selangkah demi selangkah meringkaskan nota sambil bertemankan lagu yang bermain di corong radio.

Perjalanan penku terhenti seketika bila telingaku mendakap senikata lirik lagu yang sedang dimainkan pada waktu itu. Silapku tidak perasan tajuk lagu itu dimainkan. Bait-bait kata lagu itu buat aku mengimbau kenangan lama. Lagu itu bukannya untuk pasangan yang sedang hangat bercinta mahupun telah berpisah. Hm, ada lah.. hahaha.. Temanya aku labelkan sebagai penantian, perasaan yang tak terungkap.

Mulanya, dia hadir memenuhi hari-hariku yang tenang bersendiri hingga jadi ceria dan bahagia. Mana mungkin aku sedar akan perubahan itu. Sedih tapi realiti. Aku mula sedar bila aku kehilangan dia, wajarnya dari kesilapanku. Sedar tak sedar, aku kembali teringat dia sekarang ni. Senyum pada kenangan lalu, sayu pada realiti. Dulu rapat sekarang menjauh, tegur pun tidak, kembali seperti orang asing, cuma ada pada facebook dan handphone.

Setiap hari kusirami kata-kata semangat supaya aku boleh menghadapi semua ini. Sedarkan diri aku sendiri. Ayat macam pelik, tapi itu lah yang aku buat, dah memang aku jarang kongsi dengan orang dalam bab-bab macam ni, Tuhan saja yang tahu detailnya, even aku pun keliru dengan diri sendiri.

Hal hati dan perasaan ini, aku seringkali cuba abaikan.
Sebab kalaupun aku suka dia,
Aku tak nak luahkan,
Walaupun sebenarnya, aku boleh saja luahkan depan dia,

Rejection?
Aku rasa aku mampu menghadapinya apabila aku sudah tekad buat keputusan,

Humilation?
Aku pasrah saja, sebab dah luah tu, tanggung saja lah risikonya kan.

"Your love, Approved!"
Hah, yang ni aku tak tahu nak handle macamana. (Ceh! macam yakin ja kena terima kan. Hahaha), sebab aku akui yang aku ni bukan jenis orang yang pandai nak mengekspresikan perasaan. Well, mostly kawan-kawan aku kata aku ni, kasarlah, garang, jenis yang takda orang nak buat bini lah. Amboi, suka hati jak kan, dorang. Takpa, kawan aku tu cakap depan-depan muka aku, boleh lah aku terima sikit. hehehe.

Nampaknya nada coretan ini berubah secara mendadak! Hahaha
Sebab, kalau diikutkan perasaan kang, sedih meledih lah aku sekarang ni.
Padahal nak cerita pasal aku teringat dia dari lagu radio je pung...
Sekarang ini pun masih dalam proses nak menyahkan sisa-sisa perasaan yang masih beradu..
So, bila dengan lagu berunsurkan cinta cintun ni, memang ada big impak lah...
Kena ada timing jiwa aku teguh sikit, baru boleh layan.. Ada-ada ja lah .. hehe
:D

Sekian.
04.01.2014



Sunday, 22 September 2013

Aku dan Abang Malik

Assalamualaikum W.B.T.
Anneonghaseyo & Konnichiwa~~

Apa Khabar? How Are You? Khaifa Haluka? Nama Berita? Eyan Abar?

Yakin ja Amal letak nama Abang Malik tu kan. Sapa tu? Kawan special ke? Boyfriend? Laki hang ke mal? hahaha. Yes! Dia lah nama watak bagi laki Amal sewaktu lakonan untuk persembahan minggu suaikenal untuk pelajar ijazah semester 1 bagi sesi 2013/2014 di Universiti Malaysia Perlis [UniMap].

Amal Berlakon?
Seriusly, Amal pun tak sangka akan pilih persembahan lakonan, padahal masa tu ada juga ujibakat untuk tarian. Niat hati memang nak pilih tarian, tapi memandangkan Amal tak tau macamana ujibakat tarian tu dibuat dan kenangan menari yang agak banyak suka dukanya, buat Amal nak ikut lakonan. Sepatutnya, lakonan tu kena ada ujibakat dulu tapi Amal daftar nama selepas dorang tutup ujibakat tapi dalam pada masa yang sama, tawaran untuk mengikut lakonan masih di buka.

Amal masih ingat lagi petang tu, masa tu pelajar yang terlibat dengan kebudayan kena berkumpul di luar dewan 2020, the ending pengumuman tu kata " kepada yang terlibat sahaja, yang tak ada kena mengena tu jangan nak mengada-ngada!". Seriusly sentap di situ, sebab niat Amal nak join lakonan pun sekadar nak cuba-cuba. So, Amal duduk diam-diam lah di belakang dewan tu, tunggu giliran nak keluar. Tak lama kemudian, ada pengumuman pulak dah. Nama-nama yang mendaftar untuk mengikuti kebudayaan, "Amal Safwanah Samson, . . . . . . . . [nama pelajar yang lain] " Bergema nama Amal dalam dewan 2020 tu. Adui, malu sikit lah juga ni. Perlahan-lahan menuju ke tempat berkumpulnya kumpulan kebudayaan.

Watak Apa?
Setelah member group bincang pasal plot cerita, beberapa watak pun timbul dan sekaligus ada ujibakat untuk setiap watak tu pula. Watak pertama ialah watak ibu yang ditingglkan suaminya ketika dia sarat mengandung, setia menunggu kepulangan suaminya di stesen kereta api. Ada 6 orang termasuk Amal tawarkan diri untuk di ujibakat untuk watak tu. Sejujurnya bila tengok dorang berlakon terutama Ima, fuh, mantap giler. 

Tiba giliran Amal untuk uji bakat tu, terbayang Amal gambaran Ibu Amal berjalan sewaktu mengandungkan Wena dan Ustazah Dayang Lainah, guru kelas Amal form 5 ketika ustazah mengandung. Memang sarat weh. Amal ambik pose orang yang sarat mengandung sikit, dialog pun tak banyak mana, endingnya jatuh dilanggar orang ketika berjalan mencari suaminya. Kalau dibandingkan dengan member yang lain, memang Amal sendiri akui, ramai yang lebih layak. Namun, Kak Rohana bagi watak tu pada Amal berdasarkan dari segi rupa bentuk badan. Berat Amal waktu tu 61.2 kg dengan ketinggian 153 cm. Bayangkan saja la, di kampung pun saudara mara kata, Amal ni besar sangat. Kawan-kawan kata, macam mak cik2 dah rupa ni. Sentap tu memang sentap, tapi dengan rupa ini lah, Amal dapat watak tu. Hm, ok bersyukur. terima peluang seadanya. :D

In Character.
Ingatkan setakat berlakon dengan bahasa badan dan berdialog secara lantang tu senang. Rupanya, Ya Allah. Sabar ja lah. Komen bagi lakonan Amal, bahasa ok, tapi tiada emosi. Cara nak bercakap tu, syukur alhamdulillah, ramai yang membantu, Ima, Asnan, Irin, Rafidah, Kak Ana, Aqilah, watak hawa, dan banyak lagi yang lain tapi lupa dah namanya. Walaupun separuh gila nak berlakon cara nak bermonolog dengan diri pasal Abang Malik ja. Sabar ja la.

 Selain tu, watak yang Amal bawa ni memerlukan perasaan gembira yang teramat sangat dan sedih yang teramat sangat. Bila Amal cuba nak gambarkan setiap perasaan tu sungguh serba tak kena. Sejujurnya, perasaan tu seperti dah hilang, hilang bersama dengan kenangan bahagiaku ketika bersama dia yang selama ini Amal cuba lupakan. Sekuat mana pun, Amal cuba mengingati kenangan suka duka bersama dia, Amal dah rasa macam tiada apa-apa. Sepatutnya, Amal rasa bersyukur lah sebab dapat juga lupakan dia kan, tapi masalahnya dengan watak ni. Amal memang bermasalah sangat nak in character ni, sampaikan Ima tolong Amal untuk in character petang sebelum persembahan malam tu. Tawakal ja lah.

Lakonan "Gema Suara"
Sebelum persembahan bermula, Amal sibuk nak buat kain untuk menampakkan perut ibu yang mengandung bersama dengan Kak senior. Best kakak tu, happy go lucky sangat. Hehehe. Nak dekat mula persembahan, kami semua get ready di belakang pentas, jumpa dengan Pengerusi kelab kebudayaan, cheering all together. Dalam perasaan yang tak menentu tu, ada jua yang sempat mengusik dengan cara penampilanku. Hm, ok mal. Macam tak biasa. hohohoho

Tajuk lakonan ini, Gema Suara. Berlakon dalam scene yang pertama, memang rasa pressure giler. Bertemankan dengan 4 dan 5 orang member lain yang berlakon sebagai orang yang lalu lalang, Amal membawa watak seorang ibu yang sarat mengandung, setia menunggu kepulangan suaminya sambil; bermonolog seorang diri. Berdiri, memandang ke arah penonton yang memenuhi setiap kerusi yang ada, cuba bermonolog sendiri, melontarkan hafalan-hafalan dialog yang ada.

"Bang Malik, sudah lama aku menunggu kepulangan kau bang malik. Semoga kali ini, kita dapat bertemu jua. Anakku, pasti kamu tidak sabar menunggu kepulangan ayahmu, bukan? Sabar ya nak, sebentar lagi ayahmu pasti akan tiba."

[Bunyi kereta api tiba]

"Eh, abang malik sudah sampai. Abang malik. Abang malik~ Mana abang Malik?"

Cuba mencari abang malik, lalu bertembung dengan seorang pak cik.

" Pak cik, tunggu sebentar pak cik. Pak cik, ada kau nampak seorang lelaki? tubuhnya besar, orangnya tinggi lampai, kulinya pula hitam manis, ada kau nampak suamiku pak cik?

Pakcik menggelengkan kepala.

" Oh tiada? Tidak mengapa, terima kasih ya pak cik."
" Abang malik, Mana kau pergi Abang Malik, Pulang lah abang malik.... [mula nak menangis, tiba-tiba perut terasa sakit nak bersalin.] aduh! sakitnya perut aku, tolong aku makcik, aku sudah tidak tahan lagi [ pengsan]."

Haah, macam tu la lakonan Amal di atas pentas dewan 2020 tu. Fuh, gementar sangat doh. Namun hati rasa sedikit lega mendengar tindak balas dari penonton, sekurang-kurangnya tidaklah, Amal kena "Boooo" kn. Alhamdulillah, secara keseluruhannya, lakonan itu berjaya dengan cemerlang dengan lakonan dan nyanyian Ima yang menyentuh perasaan seluruh penonton. Amal yang mendengar pun, memang rasa tersentuh mendengar nyanyian Ima. Ima sememangnya, berbakat hebat.

Effect Lakonan
Habis lakonan malam tu, everything comes back to be normal. No more training, just classes and assignment. Walaupun sekali sekala, ada yang menyapa, " Dah bersalin?", "Abang Malik~~", "eh, ibu" dan ada lagi yang tak berapa nak ingat ungkapannya. Adui, Amal hanya mampu tersenyum.

Itu lah cerita Amal dengan seseorang yang bernama Abang Malik. Walaupun wujudnya hanya sekadar nama watak, terima kasih. Selepas ni kalau jumpa orang nama Malik, tak usah hairan lah, bila nampak Amal tersenyum sendiri. :D

Sekian, cerita di masa yang terluang ini.
Salah Silap, harap dimaafkan. ^_^

Tuck In Baju Kerja

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeinghaseyo & Konnichiwa~~~

How you tuck in your shirt? Haah ni nak habaq mai kat korang lah kan. Biasalah, suka hati la nak share pengalaman yang tak banyak mana pun. hehehe

Suatu ketika dahulu, masa kerja di Gmart, kena pakai baju uniform kerja dan tudung warna putih serta berseluar slack untuk jabatan juruwang/cashier. Kalau pemakaian seluar untuk jabatan lain seperti jabatan Hardline, Softline, Groceries, Fresh Market, mereka kena pakai seluar jeans. Untuk exwcutive pula, bebas nak pakai baju apa pun. Tu memang dah jadi peraturan pemakaian untuk pekarja Gmart KB.

Pemakaian baju ni pula, bukan setakat main pakai ja, kena tuck in tau. Satu perkara baru untuk Amal yang tak pernah lagi tuck in baju secara formal. Minggu pertama, memang seriusly, tak selesa langsung nak tuck in baju, tapi tuck in saja lah. Then, for the next weeks, Amal perhatikan bagaimana senior staff tuck in baju dorang. Rupanya, dorang ada style yang tersendiri. Whoaa, tak ajak-ajak pun.. hehehee

Amal, masa tu tak berani sangat la nak minta kain tu untuk tuck in, so, I find my self the way to try it. So, check it out!! hehehe 

TAu apa benda ni? hehe

Suka hati ja nak guna kat mana-mana kan. haha

Tuck in baju pun dah siap!! hehe

*Amaran: cara ini hanya digunapakai semasa berat badan semasa tak lebih dari 58 Kg ok.. hehehe

Sekian, Cerita santai petang ni. hehehe...

Sunday, 25 August 2013

My Preparation To UniMap (Part 2)

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Ohaiyo Gozaimasu.

Resign at Gmart KB
25 Ogos 2013, tarikh kelmarin, secara rasminya Amal dah berhenti kerja di GMART KB mengikut tarikh yang telah Amal utarakan dalam surat Amal walaupun hakikatnya Amal dah tak kerja situ sejak 16.08.2013 lagi sebab nak habiskan cuti umum yang masih berbaki 8 hari. Insya Allah, plan nak buat post berkenaan masa study di poli Vs masa kerja di gmart. Coming soon lah deh~

Medical Check Up
Atas nasihat seorang sahabat kenalan poli di JKE dulu, Amal buat medical check up awal di Hospital Kota Belud pada 22.08.2013 bersamaan dengan hari Khamis bersama My Darling Red Motorcyle. Rupanya nak buat medical check up ni ada hari yang telah ditentukan seperti pada hari Isnin, Rabu, dan Khamis sahaja. Syukur Alhamdulillah, Amal datang pada hari Khamis hari tu. Kalau tak, kena buat medical check up pada hari pendaftaran di UniMap lah jawabnya. Sebenarnya, dah kira lambat dah tu. Amal tak tau pula nak buat medical check up ni kena buat appoinment dulu. Al-maklum lah, dulu mc nak ke Poli kk pun parents yang tolong uruskan. Sekarang semua kena buat sendiri, kalau tak belajar buat sendiri, bila lagi kan? For my medical check up, it costs me RM20.00.

Bilik 16, bilik tempat buat medical check up. Pergh, lama jua menunggu giliran. Kebetulan masa tu ada beberapa orang remaja yang buat medical check up jua. Most of them dapat UMS. Dari bilik 16 ke Bilik X-Ray ke bilik 16 ke tandas ke Unit Ujian air kencing. Siap untuk sesi pertama, nanti kena datang balik 28.08.2013 untuk sesi ke dua. Mulanya sister tu nak set 29 haribulan tapi itu hari nak berangkat dah. Insya Allah. Terpaksa tebalkan muka, negotiate pi 28. Nasib baik, sister tu understanding k. Kalau tak memang sandi kena dgn parents. hehehe

Beg Pakaian
24.08.2013 bersamaan dengan hari Sabtu. Petang, Ibu bawa pi shopping beg di Pekan Kota Belud. Nah, segala macam kedai kami masuk, nak cari beg pakaian yang besar, roda kena besar sikit, dan kalau boleh, murah lah. hehe. Ya, jalan lagi. Shopping-Mopping. hehehe. Check list, hampir semua yang nak di beli ada dalam kedai kain dan sedikit lah dari kedai Gui Brothers

  • 4 anak tudung. 2 hitam dan 2 putih.
  • 4 keronsang.
  • 4 meter kain untuk buat baju kurung, walaupun ada lagi 4 m kain di rumah yg belum di sentuh.
  • Dekat kedai kain tu, beli 4 meter kain hitam, kira nak buat 2 skirt panjang. Senang nak matching dengan mana2 baju pun. hehehe. 
  • 1 meter kain tudung labuh warna kuning dan hitam. ( menyesal pulak nda ambil  m setengah, sebab balik rumah, tengok pendek sangat, tapi apa boleh wat, mahal doh, semeter jak dah RM10.takpa2)
Menjahit
25.08.2013, Ahad. Dari pagi, jahit dan menjahit. Ibu tolong jahit tepi kain sebab Amal nda terer sangat. Dari adjust panjang baju kurung hinggalah buat skirt panjang hitam. Beberapa kali sentap belakang, 'Krak...Krak...Krak..' lenguh giler belakang ni doh. ambil masa baring sekejap pun, berbunyi lagi tulang belakang ni. Pergh. Siap adjust panjang baju dan sehelai skirt panjang hitam. tinggal lagi:-
  • Sehelai lagi skirt panjang warna hitam.
  • 2 pasang baju kurung.
  • 2 pasang tudung.
Cuci Baju
26.08.2013. Beg pakaian masih lapang ruangnya, nak tak nak, kena cuci semua baju yang nak di bawa berangkat hari ni jugak. Asing situ, sana, sini. 2 raga penuh juga nak kena cuci. Angkat pi belakang rumah, sedia 2 besen besar dan 2 raga, siap pakai seluar hujan lagi. Malaslah nak mencuci dengan pakaian basah-basah ni. Siap cuci, terus jemur semua. Tak muat di jemuran sangkut di pagar rumah. Biar kering, sekali jak angkat. hahaha. Memonopoli jemuran rumahku.

Sekali lagi.
Terasa malas sekali menyelubungi diri. 
Semakin dekat masa nak berangkat, semakin malas pulak. 
Anyway, 2 days to go. Insya Allah. Wish me luck with your tips. hehehe

Tuesday, 25 June 2013

I'm On Training Part 2

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa.

Status Facebookku,
I'm On Training : Lama sudah enda merasa huru hara, ini hari lah!
Fakta yang harus ketahui:-
a) Org yg kerja dgn kerajaan gaji pada hari ini.
b) Hari ini hari tanpa plastik [nda mmpengaruhi sgt lah, kunun]
Perasaannya seperti menghantar dua assignment yang satu 80% siap dan yg satu lagi baru 55% hendak disiapkan ke tempat pensyarah di JPA dan JMSK, dalam masa yang sama ak perlu check setiap susunan shelving di rak buku sebelum sampai jam 5. Disusuli dengan beberapa urusan yang memerlukan action on the spot. Terserlah hampir segala-gala kekurangan dan kejahilan ilmu pengetahuan pengurusan. 
Pada setiap satu situasi, muncul kata-kata motivasi yg baru terbit dari hati cuba menenangkan gelora jiwa, muncul harapan untuk membuat pembahagian jasad kalau boleh mcm naruto tuh. iesh melalut.. hehe
Apa pun jutaan terima kasih kepada :-
-Kak aneh sbb beri ak guide line hal pengurusan.
-Syazanah sbb tolong take ak.
- kak Nitts sbb tolong take counter back up kamiorg wlan sibuk susun stock.
- Kak naria sbb tolong back up kaunter sbb kecuaian sya.
-kak suzi, kak maliah, kak maiteh, suzila, khai, wada, mamat, shui.
-kak ana dan kak meda sbb sudi bersabar dan membantu dgn urusan supplier.
-kak mas sbb tenang membantuku melabel buah-buahan pelanggan.
-kak masneh n tika sbb sudi mendgr keluhan ak.
Maafkan ak di atas kekurangan, sifat pelupa yang kian menjadi-jadi mahupun perilaku on the spot yg menjengkelkan, mohon tunjuk ajar dan bimbinglah mengikut kesesuaian..InsyAllah, sy sedia belajar.  "
Begitulah sebijik dgn status ak di Facebook. Hakikatnya, Ya Allah. Hanya Allah saja yang tau betapa kalut dan huru hara aku dalam sesi praktikal aku sebagai senior cashier hari ini.

Shift Pagi.
Kak Aneh shift ME hari ini sebab kak Mercyella cuti dan aku pula shift pagi. Sebelum kak Aneh rehat, ada beberapa perkara yang harus aku lakukan termasuklah 'bank in'kan sales kelmarin. Sehingga itu, tugas ku lakukan sesempurna yang mungkin.

Shift Afternoon Rest.
Di sini mulalah segala-galanya yang membancuh rempah dalam resepi huru-hara aku hari ini. Ke semuanya ada 4 orang yang shift after, jadi kata kak Aneh, 2 orang rest 3.30 pm dahulu, baru diikuti dengan 2 lagi cashier pada jam 4. Mungkin aku silap dengar tapi begitu lah pesan yang bersemadi di mindaku. Mulanya, aku rasa sedikit ragu-ragu, namun ianya pernah dilakukan sebelum ini dan tidak ada banyak masalah yang penting aku mesti buka kaunter masa tu. Tapi memang salahku juga, sepatutnya aku bertindak berdasarkan situasi yang berlaku. Maafkan aku.

Supplier Barang Datang.
Rasa bimbang yang tidak berpunca, aku terus suruh kak suzi cash out jam 3. 40 pm tu sementara pelanggan pun tak ramai sangat, al maklum lah hari ni kan orang kerajaan terima gaji. Menjengah ke jam 4, tiba-tiba aku nampak kelibat salah satu supplier roti datang, so aku kena urusan hal pembayaran. Terpaksa naik ke Cashier Room, set semua amaun duit, buka payment voucher dan kena minta sign dengan executive yang ada. Dalam keadaan aku mengurus itu ini dlm cashier room, tiba-tiba pintu di ketuk, Kak Ana, bertanyakan pasal invoice rokok. Bincang punya bincang, aku kena turun juga ke tempat Receiving. Kedua-dua invoice ada bersamaku,sementara mengurus urusan rokok yang ada masalah dengan jumlah harga yang diletakkan dalam invoice aku perlu minta tanda tangan Mr. Edih untuk supplier roti. Tapi malangnya, naik turun aku dari aras 1 hingga aras 2 masih tidak berjumpa dengan beliau. 

Selesai dengan urusan harga rokok, hanya tinggal kerja kak ana lagi untuk menyelesaikannya. Aku minta izin untuk cari Mr. Edih sementara kak ana membereskan invoice tuh, last2 jumpa juga Mr. Edih di atas. Sementara aku minta tanda tangan tu, sempat lagi aku kena tegur oleh kak naria sebab kecuaian aku mengurus masa rehat cashier dengan baik menyebabkan pelanggan beratur panjang depan en. Isap di dalam pejabat tu di dengari oleh kak Ika, Kak Alis, Mr. Edih. Malu? Ya memang pada mulanya aku rasa malu! Masa aku dengar segala teguran tuh, aku rasa kosong. Kenapa? sebab masa dorang memberi teguran tu tak kena pada masanya. Aku masih lagi belum selesai urusan dengan supplier di tempat receiving, nak luangkan masa untuk mendengar teguran pasal diriku pulak? Sejujurnya, aku terima kesan hasil daripada pengurusan aku yang lemah namun bantu aku, bantu aku untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang sangat memerlukan 2 jasad untuk bergerak. 

Satu lagi yang buat aku sedikit bengang jua la, aku tahu aku masih dalam latihan, sedang aku sendiri masih belum ada Identity Code sebagai seorang senior cashier, perlukah tegur aku depan semua orang macam tu? Persoalan yang berbaur dari hasutan kemarahan terpaksa aku biarkan berlalu begitu saja namun pastinya persoalan sebegitu tidak akan buat aku terlepas darinya. 

Cash out cashier Shift morning
 Ini yang sandi, kak Suzi jak dapat ku pantau sekali sekala, si khai langsung nda berkesempatan, kaunter aku lagi la. Hinggakan Mona yang tolong aku cash out sementara aku take over kaunter suzila.

Memang banyak berlaku sekaligus dalam sehari ni. Kalau boleh aku nak story lagi detail supaya aku tak lupa pengalaman aku hari ini namun terpaksa jua aku berhenti di sini sebab esok aku kena pi kerja shift morning pada hari rabu, hari yang sepatutnya aku bercuti dari hari yang semakin sibuk.

Sekian, doomo arigatoo gozaimasu.
Mata ashita.