Sunday, 25 August 2013

My Preparation To UniMap (Part 2)

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Ohaiyo Gozaimasu.

Resign at Gmart KB
25 Ogos 2013, tarikh kelmarin, secara rasminya Amal dah berhenti kerja di GMART KB mengikut tarikh yang telah Amal utarakan dalam surat Amal walaupun hakikatnya Amal dah tak kerja situ sejak 16.08.2013 lagi sebab nak habiskan cuti umum yang masih berbaki 8 hari. Insya Allah, plan nak buat post berkenaan masa study di poli Vs masa kerja di gmart. Coming soon lah deh~

Medical Check Up
Atas nasihat seorang sahabat kenalan poli di JKE dulu, Amal buat medical check up awal di Hospital Kota Belud pada 22.08.2013 bersamaan dengan hari Khamis bersama My Darling Red Motorcyle. Rupanya nak buat medical check up ni ada hari yang telah ditentukan seperti pada hari Isnin, Rabu, dan Khamis sahaja. Syukur Alhamdulillah, Amal datang pada hari Khamis hari tu. Kalau tak, kena buat medical check up pada hari pendaftaran di UniMap lah jawabnya. Sebenarnya, dah kira lambat dah tu. Amal tak tau pula nak buat medical check up ni kena buat appoinment dulu. Al-maklum lah, dulu mc nak ke Poli kk pun parents yang tolong uruskan. Sekarang semua kena buat sendiri, kalau tak belajar buat sendiri, bila lagi kan? For my medical check up, it costs me RM20.00.

Bilik 16, bilik tempat buat medical check up. Pergh, lama jua menunggu giliran. Kebetulan masa tu ada beberapa orang remaja yang buat medical check up jua. Most of them dapat UMS. Dari bilik 16 ke Bilik X-Ray ke bilik 16 ke tandas ke Unit Ujian air kencing. Siap untuk sesi pertama, nanti kena datang balik 28.08.2013 untuk sesi ke dua. Mulanya sister tu nak set 29 haribulan tapi itu hari nak berangkat dah. Insya Allah. Terpaksa tebalkan muka, negotiate pi 28. Nasib baik, sister tu understanding k. Kalau tak memang sandi kena dgn parents. hehehe

Beg Pakaian
24.08.2013 bersamaan dengan hari Sabtu. Petang, Ibu bawa pi shopping beg di Pekan Kota Belud. Nah, segala macam kedai kami masuk, nak cari beg pakaian yang besar, roda kena besar sikit, dan kalau boleh, murah lah. hehe. Ya, jalan lagi. Shopping-Mopping. hehehe. Check list, hampir semua yang nak di beli ada dalam kedai kain dan sedikit lah dari kedai Gui Brothers

  • 4 anak tudung. 2 hitam dan 2 putih.
  • 4 keronsang.
  • 4 meter kain untuk buat baju kurung, walaupun ada lagi 4 m kain di rumah yg belum di sentuh.
  • Dekat kedai kain tu, beli 4 meter kain hitam, kira nak buat 2 skirt panjang. Senang nak matching dengan mana2 baju pun. hehehe. 
  • 1 meter kain tudung labuh warna kuning dan hitam. ( menyesal pulak nda ambil  m setengah, sebab balik rumah, tengok pendek sangat, tapi apa boleh wat, mahal doh, semeter jak dah RM10.takpa2)
Menjahit
25.08.2013, Ahad. Dari pagi, jahit dan menjahit. Ibu tolong jahit tepi kain sebab Amal nda terer sangat. Dari adjust panjang baju kurung hinggalah buat skirt panjang hitam. Beberapa kali sentap belakang, 'Krak...Krak...Krak..' lenguh giler belakang ni doh. ambil masa baring sekejap pun, berbunyi lagi tulang belakang ni. Pergh. Siap adjust panjang baju dan sehelai skirt panjang hitam. tinggal lagi:-
  • Sehelai lagi skirt panjang warna hitam.
  • 2 pasang baju kurung.
  • 2 pasang tudung.
Cuci Baju
26.08.2013. Beg pakaian masih lapang ruangnya, nak tak nak, kena cuci semua baju yang nak di bawa berangkat hari ni jugak. Asing situ, sana, sini. 2 raga penuh juga nak kena cuci. Angkat pi belakang rumah, sedia 2 besen besar dan 2 raga, siap pakai seluar hujan lagi. Malaslah nak mencuci dengan pakaian basah-basah ni. Siap cuci, terus jemur semua. Tak muat di jemuran sangkut di pagar rumah. Biar kering, sekali jak angkat. hahaha. Memonopoli jemuran rumahku.

Sekali lagi.
Terasa malas sekali menyelubungi diri. 
Semakin dekat masa nak berangkat, semakin malas pulak. 
Anyway, 2 days to go. Insya Allah. Wish me luck with your tips. hehehe

4 comments:

  1. hey, salam. baru jer drop by dkt ur blog. nice one. btw sy pon nk msuk unimap jgk nnti 1/9 :)
    *senang senang add lh fb littlepuss_kopu@yahoo.com or twitter: @anisqaqa_

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. haii jga.. thanks Anis.. alhamdulillah. congrats..
      *dah add.. thanks for dropping by your comment.. all the best!! hehe

      Delete
  2. Salam saya nak tanya pasal medical check up..adakah saya hanya boleh buat medical check up di pusat kesihatan unimap sahaja or saya boleh buat di hospital luar???

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam priness tiara, maaf lmbt reply. not sure but, kalau ikut pengalaman sy, sy dah buat medical check up di hospital luar sebelum msuk unimap. tapi pihak unimap akan buat sesi medical check up untuk kemasukan pelajar baru mengikut sesi yg mereka dah tetapkan.. sesi itu dijalankan semasa minggu perkuliahan..
      :)

      Delete