Assalamualaikum w.b.t.
Annyeonghaseyo @ Konbanwa.
Apa khabar hari ini? Rasanya dah lama tak update blog ni dek sibuk mengurus kemasukan ke Universiti. Apa pun, Amal akan update post by post. Smile~~
Pada post yang lalu, Amal ada post pasal baju kurung kan? Hah yang ni, pertama siap. Banyak konflik jua lah masa Amal nak buat baju kurung dari jenis kain ni. Ingatkan kain untuk baju kurung ni semua sama ja, rupanya tidak. Dulu waktu belajar jahit baju kurung, Amal biasa jahit jenis kain yang bercorak besar dan kecil. So, bila En. HR bagi kain yang bercorak tertentu, ni buat Amal bingung.
Haah, sejujurnya, ini kali pertama jahit baju kurung guna kain jenis ini. Amal siap cari contoh baju kurung di internet bagai. Akhirnya, Amal tanya ibu macamana nak jahit baju kurung jenis ini. Alhamdulillah, siap jua akhirnya.
Dalam menghasilkan baju kurung ini, buat pertama kalinya Amal cuba kaedah baru bagi Amal untuk potong kain ini. Pokoknya, kain itu tak cukup!!! 4 meter tak cukup??? Haah ambikmu mal. Part baju tu memang hasil buatan sendiri, tapi part skirt, Amal serahkan kat ibu, untuk siapkan sebab nak pergi kerja. Lagi pun baju ni kena siapkan sebelum Hari Raya. Sorry, sebab banyak menyusahkan ibu.
Rehat petang tu, hujan renyai-renyai, Amal pulang ke rumah untuk test baju tu. Terpaksa adjust bahagian skirt sebab sempit sangat.Adjust sana-sini, ok siap.
Sebenarnya En. HR tempah 2 baju kurung. So, 28. 08.2013, baru Amal dapat siapkan baju kurung yang ke-2. Haah, corak macam ni lah yang selalu Amal jahit. Alhamdulillah, tak banyak masalah.
No comments:
Post a Comment