Showing posts with label Study. Show all posts
Showing posts with label Study. Show all posts

Saturday, 28 December 2013

Luahan Jiwa Yang Pudar : TITAS

Aku,
Bakal,
Menghadapi,
Peperiksaan Sesi 2013/2014,
Pelajar ijazah sarjana muda yang dah bakal menjelang,
Aku pula semakin tidak tentu hala tuju,
Tiba-tiba aku jadi hilang arah,
Tidak tahu macamana nak belajar,
Dan itu seringkali terjadi di saat aku bakal menghadapi peperiksaan.

******************//********************

Diploma dulu,
Aku cuba mengatasi keadaan,
Aku lihat kawan-kawan yang mula sibuk belajar,
Persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang,
Cuba untuk cemburu dengan kegigihan mereka,
Aku cuba mengikuti rentak,
Walaupun cemburu itu maya, yang sengaja aku adakan,
Alhamdulillah, paksaan yang aku wujudkan sendiri,
Buat aku meneroka ke jalan ku sendiri,
Dihalangi benteng kejahilan,
Aku mula meneroka sendiri,
Cuba melepasi benteng-benteng yang ada,
Tanpa perlu lagi aku merasa cemburu kepada kegigihan kawan-kawanku.

******************//*****************

Setahun lebih aku tinggalkan perjuangan pembelajaran itu,
Kini aku kembali lagi,
Dengan namanya ijazah sarjana muda,
Kadang buat aku lemas sendiri tatkala cuba sampai di seberang lautan,
Lautan yang 4 tahun lamanya untuk sampai,
Aku kembali berhadapan dengan situasi yang sama.

*******************//******************

Tiga set peperiksaan pertama yang berkonsepkan teori,
Teori = Hafalan,
Masih mampu kah aku?

**************//**************

Kubelak helaian demi helaian,
Membaca tiap baris perkataan,
Duduk aku menelaah,
Hatta gagal dalam ketabahan,
Aku teruskan membaca di tempat pembaringanku,
Bagaimana mungkin bisa aku tanamkan setiap idea cetakan di helaian ini,
supaya tersemat kukuh di ingatan,
Agar boleh ku huraikan semula bila aku memerlukan,
Baca dan teruskan membaca,
Tamadun Islam, 
Tamadun Melayu,
Tamadun India,
Tamadun China,
Bila saja kubelek sekilas bab Tamadun India,
Hampir saja aku kehilangan motivasi untuk meneruskan pembacaan,
Kelahiran tamadun, Agama yang wujud, 
kepelbagaian ajaran yang berkonsepkan prinsip masing-masing,
Sumbangan tamadun2 yang aku kira jauh dari suasana persekitaranku,
Yakinku mustahil sungguh penerangan sepanjang ini,
Menyerap masuk ke mindaku yang lena ini.

*******************//********************

Helaian kertas berbutirkan tulisan cincaiku,
Kucapai laju,
Meskipun butiran secincai itu,
Itu merupakan coretan-coretan tips yang ku dengar,
Meskipun tanpa kesahihan yang benar 100%,
Kukumpulkan kembali keyakinan dan semangatku yang pudar,
Kuandaikan masa begitu mencemburuiku,
Walhal, di hari yang lalu aku bergoyang kaki,
Bersenang hati suka,
Fokusku cuma atas coretan cincai itu,
Selebihnya aku hanya mampu bertawakal.

Friday, 29 November 2013

Aku + Statics + Minggu Ke-4 November 2013

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Ohaiyo Gozaimasu.



Ringkasnya minggu ni,
Terlalu banyak jatuh lalu bangun ku terpinga-pinga,
Di saat kewangan semakin jatuh merundum menuju ke angka 1,
Timbul pula Iklan kerja kosong di kedai photostat,
Keinginan itu ada namun 7 pm ke 11 pm,
Jangka waktu itu mengganggu kosentrasi ku,
Tatkala itu,
Ujian kenaikan Taekwondo GTF ke Hitam (1 DAN),
Menggamit perasaanku,
Mengambil kira persediaanku, keyakinanku,
Inginku hadir saja ujian itu yang bakal menjelang minggu depan,
Sekali lagi dugaan itu tiba,
RM250 yuran kenaikan,
Buatku berada di timbang neraca,
Ya atau tidak,
Tidak mampu untuk berada di tengah-tengah,
Kerana masa itu hampir tiba.
Jumaat, habis kelas tutorial statics, aku pulang terus ke wang ulu.
Terdetik untuk makan semurah mungkin,
Lantaran belanjawanku menyekat kuantiti,
Seringgit keropok lekor + sos,
Cedokan nasi 1/2 x 2 bersamaan 1 + Memenuhi 1/2 ruang tapau + telur masa sos
Total RM1.50
Jadi, harga makanan tengahariku yang paling murah setakat ni, RM 2.50.
Alhamdulillah.
Seusai maghrib, housemateku ajak makan di gerai makan depan gerai Warung Pokok Buluh,
Sekuat mana pun aku cuba simpan,
Tetap duit tu semakin kecil nilainya,
Nak ambil sikit lagi, buat pengalas perut buat seminggu ni,
Seingatku, baki angkanya RM 1++.++,
Itu pun Ibu dah mula bagi belanja kira dua bulan yang lalu,
Duit simpanan kerja ku yang dah cecah RM 20++.++,
Ternyata tak cukup untuk tampung aku untuk duduk selama satu sem di sini.
Check Punya Check, terkejut angka 1 itu berubah.
Alhamdulillah, Ibuku macam tau-tau jak ni.
Ntah, aku rasa malu nak minta lebih-lebih,
kecuali kalau hal itu memang aku perlu sangat,
Lebih-lebih lagi, bila umurku dah cecah 21 tahun tahun ni,
Call ibu, ibu kata takpa,
Yang penting aku belajar sungguh-sungguh.
Ya, Insya-Allah ibu.
Doakan kejayaan anakmu ni.
Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat.
Aamiin.


CLASS STATICS
Kelas Static hari Khamis (28.11.2013),
Melangkah longlai menuju ke DPU 1,
Aku duduk barisan kedua dari depan, di hujung kanan dewan,
Tapi barisan kedua itu lah yang paling depan diduduki oleh pelajar,
Entah kenapa barisan pertama itu jarang sekali menjadi pilihan pelajar,
Mungkin kerana lebih selesa di belakang?
Ataupun takut dengan label-label skema, berani mati, 
Atau apa saja label yang akan buat anda rasa terasing daripada kumpulan mereka yang melabel,
Menunggu beberapa detik pensyarah static masuk ke kelas,
Aku cuba melelapkan mata yang segar,
Sekadar untuk merehatkan tubuh yang lesu,
Dek minat ku yang berkurang terhadap statis
Disebabkan aku gagal memahami konsep pengiraan masalah,
Asas matematikku yang lemah begitu aku kesali.


PERBINCANGAN
Baru beberapa detik aku menggelapkan duniaku,
Cuping telingaku menangkap kelantangan suara yang menuturkan kata-kata,
Kulihat warna dunia,
Alihkan pandanganku ke arah suara yang berbicara,
Ah, sebaris denganku namun di bahagian tengah sana,
Sekumpulan per tiga pelajar wanita kos Pembuatan duduk separa C,
Malu ku hilang ke mana,
Lantaran aku melihat kelibat seorang pelajar wanita,
Dahulunya, sukarela membantu aku menyiapkan soalan statics,
Di kala aku duduk resah memikirkan jalan penyelesaiannya.
Lantas ku aturkan langkah ku mendekati mereka,
Mereka berpaling mungkin terkejut apa bila sesorang mendekati dari belakang,
Ku senyum lebar seakan-akan senyum itu satu tiket untuk ikut perbincangan mereka,
Cuba memahami setiap langkah-langkah yang dicoretkan atas kertas putih itu,
Ah! Gravity Center and its Centroid on the shaded area, hm, fahamkah aku?


QUIZ STATICS KHAMIS
Di akhir syarahan statics, Quiz!
Dan ditakdirkan soalan hampir semirip itu yang keluar dan alhamdulillah,
Its an open book quiz!
Semua yang aku faham aku coretkan,
Tiba untuk kaedah matematik untuk mendapatkan jawapan,
Kosong~ Walaupun kalkulator ku canggih seperti yang mereka labelkan,
Aku,
Tidak,
Tahu,
Menggunakan,
Kecanggihannya itu,
Sekali lagi, kejahilan itu menampar keyakinanku,
Kecewa,
Namun kekecewaanku kali ini terubat sedikit, Kali ini
kertas putihku ini punya sedikit coretan formula dan serajah Free Body Diagram (FBD),
Yang aku yakin kesahihannya.

JAM TANGANKU

Usai Kelas statics,
Aku singgah solat asar di Surau PPK Pembuatan,
Setelah itu, mendaki cerunan bukit menuju ke bas yang tersidai di tepian jalan,
Duduk di tepi tingkap kiri, aku memandang bangunan PPK Pembuatan,
Seketika kemudian,
Aku rasa seperti kehilangan sesuatu,
Jam Tanganku!
Kalau aku turun dari bas sekarang,
Takut bas jalan, kena tungguh setengah jam atau sejam lagi untuk bas yang seterusnya,
Aku pasrah.
Malamnya, pun ada kelas ganti statics,
Statics, statics, statics.
Dalam seminggu ni,
Selasa petang lecture statics,
Rabu malam tutorial statics,
Khamis petang lecture statics,
Khamis malam Lecture statics bersama dengan course Manufacturing,
Jumaat pagi tutorial statics,
Huh! Padat dengan Statics!
Semalaman aku tanpa jam tangan,
Rasa sungguh kehilangan.
Mujurlah, Jumaat pagi, aku kembali ke Surau
Bersyukur melihat jam tanganku tersimpan elok dekat bingkai cermin tingkap.
Alhamdulillah.

JUMAAT
Awal pagi, berebut naik bas nak ke Pauh,
Seperti biasa aku memilih duduk di tepi bersebelahkan cermin di bahagain kiri,
Bas tu buka wayang Bujang Lapok,
Layan ja lah,
Setelah bas kami penuh, 
Bas di sebelah ku mula dipenuhi dengan pelajar dari wang ulu,
Basku mula undur perlahan-lahan,
Aku memerhati wajah-wajah pelajar yang memenuhi bas sebelah tadi,
Tiba-tiba, pandanganku bertemu dengan wajah kenalan FB.
semirip dengan artis komedi korea (Gag Concert) yang aku minat tu,
Mujur hatiku masih teguh,
Alihkan pandangan ke arah lain. Kesenyapan.
Habis kelas TITAS di Dewan Kuliah,
Sejam lagi untuk ke Kelas tutorial Statics,
Kak Aisyah, Yana, Nisa, Irlina, Nisa Affendy, Farahia, dan Aku,
Berjalan dan berkumpulan di PPK Pembuatan,
Mereka sedang berbincang untuk gugurkan subjek Statics,
Bagai turut dirasuk perasaan takut gagal, 
aku jua seakan-akan ingin menggugurkan subjek Statics ni,
Dek Carry Marks aku yang rendah bukan setakat rendah tapi dah tahap gagal.
Hampir majoriti kelas Product Design Engineering sem 1 2013/2014,
gugurkan subjek Statics ni dan ambil sem depan,
sebab kalau diikutkan keputusan ujian 1 yang baru-baru ni,
Dari 6+ orang, hanya 5 orang ja yang lulus.
Kalau Kos Pembuatan secara puratanya ramai yang lulus lah.
Tapi, memandangkan jumlah jam kredit aku dah 16 unit,
Nak tolak Statics yang 3 jam kredit,
Tak boleh dah, sebab jumlah jam kredit paling minima ialah 14.
So, Just carry On ja dengan Statics ni.
Ibu kata, cuba saja.
Ok, I'll try my very best Ibu, 
Study Smart, Study Hard,
Usaha Tangga Kejayaan,
Insya-Allah.
Aamiin.

Saturday, 2 November 2013

Cuti Oh Cutiku di Bulan November 2013

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa

Cuti, peristiwa yang ditunggu-tunggu oleh segenap warga pelajar UniMAP. Yang tinggal berdekatan dan sempat beli tiket balik kampung, memang pasti dah berangkat berlalu meninggalkan kolej kediamann masing-masing balik ke kampung halaman.

Manakala, untuk yang tak sempat beli tiket balik kampung dan perantau macam aku ni, memang tak balik kampung lah. Jauhnya nak balik Sabah tu, duit pun bukannya macam daun pokok, petik2 ja boleh guna. Ratusan ringgit juga habis kalau nak balik semata-mata cuti 5 hari ni.

Rasa bosan menerawang kehidupan di kolej kediaman wang ulu ini, walaupun aku pasti ada senarai tugasan yang perlu aku lakukan dan semua itu berkaitan dengan akademik.


Senarainya ialah;

Ujian
Bahasa Melayu Universiti
Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Hubungan Etnik.
Makmal Statics.

Tugasan
Poster dan pembentangan berkumpulan (Bahasa Melayu Universiti)
Kupasan tajuk yang ditentukan (Tamadun Islam dan Tamadun Asia)
Laporan Statics (Open Ended)
Projek Merekabentuk Jam (EPT191)

Ulangkaji
Statics
Computer Programming



Rasa kerisauan tu ada, tapi aku rasa MALAS nak buat kerja. 
Bangun = Makan, Minum, Main Game, Highlight Nota TiTas, Online = Tidur

Aku rasa agak kurang bersemangat hari ini.

Adakah kerana suasana cuti?

Atau kerana aku fikirkan semua kerja sekaligus sehingga aku ambil keputusan untuk tangguhkan dahulu?

Pelik By Pelik as the time goes by.

Keluar Pi makan + Nampak dari jauh macam kenal + Senyum 
Pilih tempat makan macam biasa + Masa bayar jumpa kawan, Amirul + Mesra seperti biasa
Balik makan + Jumpa Yana + Lepak tengok AF dekat gerai Shafaz 
Berkenalan dengan Asma kawan Yana + Oghe Kelate + Minat Dato Siti
Borak sat + Pulang Rumah + Online + BeBlog

Just An Ordinary Routine

Semoga esok aku lebih bersemangat nak buat kerja. All the best, Amal. 
I know You Can Do It.
Belajar Rerajin.

Wednesday, 17 July 2013

Pilihan Program UPU Aku untuk Degree

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konnichiwa.

Serba sedikit maklumat pilihan program yang aku pilih untuk permohonan kemasukan ke IPTA program pengajian lepasan STPM/Setaraf sesi akademik 2013/2014 kategori Diploma/Setaraf (Sains) selepas tamat Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

01. Adakah anda INGIN memohon Program Pengajian di UM, UKM, UPM, UTM?

Pilihan 1   : TK99 - Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kejituan + UTM.

Pilihan 2   : KK08 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Dengan Kepujian ( Mekanikal) + UKM.

Pilihan 3   : KK13 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraam Dengan Kepujian (Pembuatan) + UKM.

Pilihan 4   : PK08 - Bacelor Kejuruteraan Mekanikal + UPM.


02. Pilihan Program Pengajian mengikut keutamaan selain IPTA di atas:

Pilihan 1   : CY92 - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Produk) Dengan Kepujian + UTeM.

Pilihan 2   : CK39 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk & Inovasi) Dengan Kepujian + UTeM.

Pilihan 3   :BK08 - Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian + UTHM.

Pilihan 4   : RK84 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan RekaBentuk Produk) + UniMAP.

03. Pilihan bidang mengikut keutamaan
Bidang 1   : Kejuruteraan
Bidang 2   : Teknologi
Bidang 3   : Pengurusan

04. Adakah anda bersetuju menerima tawaran selain pilihan anda di atas? : Ya.

Akhirnya, aku dapat tawaran dari pilihan ke-4. Sebenarnya, parents aku suruh aku kekal pada kos aku samada mekanikal ataupun pembuatan. Di situ aku berada dalam dilema. Faktor utama aku pilih diploma aku dulu ialah sebab guru Lukisan Kejuruteraanku di SMK(A) TUN SAID, ambil bidang ini. Ini pun merupakan pilihan kedua aku selepas Diploma Kejuruteraan Awam bagi kemasukan ke Politeknik dulu. 

Setelah, hatiku yang gundah ini mendengar dan membaca sumber inspirasi + motivasi + sokongan dari ibu. Aku putuskan untuk memenuhkan tiga dari pilihan itu dengan kos rekabentuk. Tawakal semampuku, sabar yang selalu diuji dengan mimpi2 mau sambung study.

Alhamdulillah, Ya Allah, berkatilah pilihanku ini. Aamiin.

Sekian, Alhamdulillah & Wallahualam.