Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Wednesday, 26 March 2014

Upin Ipin : Terima Kasih Cikgu part 3 dan aku?

Alhamdulillah baru sahaja jumpa beg aku yang terkurung selama dua hari di Perpustakaan Pauh akibat kelam kabut dan LUPA lokasi loker beserta kata kuncinya sekali. Memandangkan perut terasa lapar, aku menuju ke Cafe di Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan. Mee Goreng halus dan Teh ais, aku duduk mengadap televisyen. Mujur tak ramai lagi pelajar masa tu.

Masa tengok cerita upin ipin, masuk part budak-budak kelas bagi hadiah kad pada cikgu dorang tu, entah rasa sebak pula hatiku tengok. Mata bergenang air mata. Aku pelik dan hairan. Apa kena mengena babak ni dalam hidup aku, tak pernah berlaku pon sebabak macam tu dalam hidup aku setakat ini. Aku cuba bertenang, tapi rasa sebak itu masih ada.

Pelajar semakin ramai mengambil tempat di ruang meja makan cafe. Aku kesat air mata yang bertakung dengan hujung tudung. Aku pelik kenapa aku boleh terharu sampai macam ini. Sejujurnya, aku rasa pelik. Sepatutnya, aku rasa bahagia sebab jumpa beg aku tu. Tapi kesudahannya begini. 

Selang beberapa minit kemudian, aku terpandang depan aku bahagian kanan, uis, tu senior dari program chit chat di Tasik Melati hari itu. Siap habiskan air minum, aku bergegas pergi, risau kalau dia masih kenal muka aku ni. Masa program bukan main lagi ke sana ke mari, dok kecoh nak melawak bagai, silap haribulan, boleh-boleh nampak aku touching depan tv. hohoho

Sunday, 3 November 2013

Out Of Record

*** Out Of Record***

Ada perkara yang nak kuceritakan sungguh-sungguh, 
namun tak bermanfaat kepada sesiapa pun, 
sekadar untuk menyukakan rasa di hatiku,
classmate Ting. 5 teknik 2008, yang ku tahu 3 dah kahwin,
tengok orang kahwin,
hati terasa riang gembira,
berharap jua suatu masa nanti,
Masa itu akan tiba,
pada masa yang sesuai,
dan moga aku juga bersedia menggalas komitmen itu.


Masih banyak yang perlu diperbaiki,
Semoga hari demi hari, 
Akhlakku & Imanku lebih baik dari hari ke hari,
Amarahku hanya pada tempatnya dan tidak berlebihan,
pergaulanku, kubataskan kepada yang perlu sahaja,
Aurat&solat ku dan keluargaku, moga sentiasa terjaga hendaknya,
Diri sentiasa berdamping dengan ilmu,
Membahagiakan diri dengan ilmu,
Menjauhkan diri dari perkara yang dilarang,
Ya,masih banyak lagi yang aku perlu perbaiki,
Bahkan ada lagi yang aku belum mulakan lagi,


Aku ingin yang terbaik,
Namun diri masih belum jadi yang terbaik,
Bagaimana mampu untuk aku memiliki dia yang aku sayangi.


Disaat aku sedari kehadirannya,
Nyata hari-hari ku rasa bahagia,
Bukan paras rupanya yang buat aku tertarik pada kali pertama,
Sopan santunnya, Keceriaannya,
Kata-katanya yang sentiasa mencurah ilmu,
Kemolekkan peribadinya buatku cuba berubah,
Bagai cahaya yang menarik aku keluar dari kegelapan berseorangan,
Ya, saat itu aku rasa bahagia dan bersemangat,
Kerana aku yakin dia mampu mendekatkan aku kepada_Nya,
Aku rasa ingin berubah.
Walau matlamat perubahan ternyata masih dalam kesamaran.


Tapi mungkinkah ini satu ujian buatku?
"Adakah aku ingin jadi baik kerana manusia,
Ataupun kerana Allah."
Ditakdirkan aku kehilangan dia dari sisiku,
Hampir setiap saat aku merindui dia,
Sedih, kecewa, menyesal menyelubungi hati,
Walau wajahku mencuit tawa suka,
Hakikatnya, aku berselindung di sebalik kebingitan tawa.


Lama aku begitu,
Kupandang langit biru,
Sambil mengenang kenangan lama.
Perit rasa sedu di hati,
Air mata bergenang namun tidak jatuh menitis,
Aku bagai kehilangan punca.


Suatu saat aku sedar,
Memang tiada daya upada aku menghilangkan rasa ini,
Namun wajarkah ini berlaku kepadaku?
Wajarkah?
Ku cuba meneliti dan hingga sekarang pun,
Tiada langkah yang mampu aku atur,
Melainkan kembali ke pangkal jalan,
Mungkin dengan kehilangan dia,
Ada hikmahnya supaya aku sedar,
Jangan aku berubah kerana dia,
Tapi kerana Allah,
Penciptaku,
yang menjaga hatiku,

Mungkin dengan kehadiran dia,
Dia menghapus perjudisku yang selama ini menghantuiku,
Kembali mengingatkan aku kepada fitrahku,
Aku seorang wanita,
Selayaknya berperilaku sopan santun,
Bukannya lantang tanpa budi bahasa,
Bukannya kasar mengalahkan mereka,
Bukan tempatku untuk menggalas semua tanggungjawab,
Dia tunjukkan itu tanggungjawabnya,
Tanggungjawab kaum adam,
Kaum hawa cukup sekadar membantu,
Dia menghapus perjudisku terhadap lelaki,
Yang aku pegang bertahun-tahun lamanya.
Alhamdulillah, 
aku berterima kasih atas kehadirannya walaupun seketika cuma.


***Sejak akhir-akhir ini, selalu teringat dia walaupun dia dah lama tak menjengah dalam ingatan. Hm, Ya Allah, jauhkan lah aku daripada cinta yang sia-sia, kupohon perlindungan_Mu keatas diriku, dirinya, dan kami sekeluarga.

"Cukuplah Allah menjadi pelindung kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung"

Aamiin..

Thursday, 31 October 2013

Sinopsis Oktober 2013

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa.

Oktober, bulan kelahiranku. Mungkin nampak agak remeh-temeh bagi sebilangan manusia tapi aku tetap menghargai kelahiranku, moga bukan setakat menghargai tapi jua lebih bersyukur. Insya Allah. Aamiin.

31 hari untuk bulan Oktober yang aku lalui dipenuhi dengan pelbagai ragam dugaan dan suka duka sepanjang berada di bumi Perlis ni.

Hari Kelahiranku
Ucapan yang aku terima pertama dari ibuku yang tercinta dalam lubuk hati paling dalam melalui sms dan kedua dari kawanku yang kurindui amat dari kejauhan, Mirna. Bull? hm, selepas 3 tahun berturut-turut no. 1 antar msj, tahun ni takda. hehehe. Takpa bull. Aku faham. ^_^. So, kali ni aku sambut di Sungai Petani, Kedah di rumah roomate aku, Nana, masa cuti seminggu sempena hari raya haji sekali dengan cuti pertengahan semester. Alhamdulillah, kehadiranku diterima dengan baik dan mesra oleh keluarga Nana. Dalam seminggu tu, banyak jua yang aku pelajari semasa bersama keluarga Nana. Terbit rasa rindu kepada keluargaku nun jauh di Kota Belud, Sabah. Hm, rupanya beginilah rasa berada di perantauan.


Peristiwa Kenalan Baru
Berada di tempat baru, mesti banyak lah yang baru kan? Aku di sini, lebih banyak kawan dengan wanita berbanding dekat poli dahulu. Jadi cara aku berkomunikasi itu terpaksa aku ubah sesuai dengan persekitaran kerana aku tahu hati wanita itu mudah terusik. Tak boleh nak men bertepuk bertampar. Suara kena bertenang(tu dah ada orang komen), jangan nak lantang melulu. Walaupun adakalanya, aku pula yang rasa stress dengan perubahan ini, tapi mungkin tak mengapa sebab, perubahan kepada kebaikan kan. 
Insya Allah. Doakan yang terbaik.

Part 1: Rakan Facebook
Add meng'add' ni perkara biasa. Mulanya aku nak berpegang kepada prinsip tak kenal jangan approve, tapi at the end, aku cancel prinsip tu, rasa tak releven pula. So, ada sorang mamat ni, add aku, aku tak kenal, tapi aku approve ja la, cadang nak kenal jua, sebab dah satu jabatan kan. Dah aku antar mesej, tak reply. Hm, ok. Maybe dia ni jenis yang add orang tapi tak nak layan mesej. Ok, tak pa bakal masuk list yang aku nak unfriend kang kalau aku free mood. Tak sangka jumpa pula orang tu di dunia realiti, mula tu tak sangka juga la, sebab muka dekat facebook lain, muka realiti lain. Sekali senyum, nampak macam pelawak dalam gag concert yang aku minat tu pulak dah. Tapi aih, first time jumpa tak tegur aku langsung. Rasa macam nak unfriend je laju-laju. Tapi last2 tu, ada lah sepatah kata, oklahhhhh, bolehlahhhh~~~ trip2 artis gak aku ni. hahaha

Part 2: Laptop di Jejawi
minggu lepas, aku terserempak dengan pelajar jabatan elektrik, salah satunya orang Sabah, Gonol namanya dan kawannya Abdul Razak. Itupun sebab nak pinjam laptop nak burn cd di Jejawi. Dengar cara dorang berkomunikasi sah, orang borneo. Happy jua jumpa seborneo ni. Handsome tuh. Senyuman pun menawan. Teringat kat sorang di sana tuh. Aiceh, lebih2. haha. 

Part 3: Khemah Sukan PPK Pembuatan

Khemah PPK Pembuatan Warna Ungu

Ni nak kata baru, tak jua, sebab aku punya classmate, cuma baru nak ice breaking lebih lagi. Itu pun semasa aku join hias khemah sukan sempena sukan kejohanan UniMAP untuk PPK Pembuatan. Di sini pun, banyak kenalan baru, kenalan dengan student sem 1 kos Pembuatan, dan senior2 sekali. Sebut pasal senior ni, ada sorang ni, hm aku lupa nak tanya nama dia. Sukarelawan, Lelaki, Manufacturing, Tahun 3, hah tu la ciri-ciri dia. Jumpa masa malam tu, masa dorang tengah atur gerbang untuk khemah tuh. Aku dengan Nisa bertanggungjawab untuk buat tempat Iron Man berdiri tu dan jua buat slogan untuk theme iaitu " We Are X-Treme Superhero". Aku sendiri rasa painting aku teruk sikit, sebab tak sekata la warnanya, terlebih sana sini lah. Hari Sabtu, malam Ahad tu, aku luangkan masa untuk melukis dan mewarna slogan tu selepas siap tempat berdiri Iron Man. 

Cantik ? Hehehe
Penat? Alhamdulillah tak penat sangat cuma rasa tertekan untuk menghasilkan banner yang bagus, so, aku rasa lemah semangat jiwa nak meneruskan kerja tapi kena push diri jua untuk siapkan banner slogan tu. Malam Ahad tu, balik dari stadium jam 12 tgh malam, selepas tu aku continue mewarna di pentas dewan terbuka wang ulu ntah sampai jam 2 lebih kot, senior tu pun join sekali pi waang ulu sebab takda bas nak antar dorang berdua ke kolej kediaman dorang. Cuba berehat daripada komen hati yang melemahkan semangatku untuk mewarna, aku minta komen dari senior tuh pula. Nak cari lelaki yang jujur? Hah carilah senior ni, dia kata bolehlah tapi tak boleh nak design lagi. wuooo! stab straight to my heart. Tapi takpa, kebenaran itu aku akui dengan pasrah. Haha. Keesokkan harinya, masa aku tengah warnakan tempat telur tu, berbelakangkan senior tu yg tengah tolong atur kain di atas khemah, entah apa cerita, tetiba aku dengar pasal tak boleh jadi designer (ke aku silap dengar?), aku berpaling, dia ketawa sambil tengok aku. Amboi, ya lah, sapa lah aku ni kan... sem 1 lah katakan...

Theme Ungu, Cat sama diaaaaa~~
Persinggahan Sementaraku.. tatap panas terik terasa woo..
Usik mengusik tu, aku anggap besa2 ja. Ala macam tak biasa kn? Aku minta Nisa sambung painting tempat letak telur tu dengan warna ungu sementara aku pi tandas sebab perut aku sakit sangat. Cik Sengu datang, al-maklum hari pertama lah katakan. Di pertengahan jalan aku nak kembali ke khemah, sakit tu menggila, sudahnya aku duduk lepak di tempat panas. Kakiku seakan tidak larat lagi untuk melangkah walaupun khemah tu hanya beberapa meter saja lagi. Ditakdirkan senior tu lalu dengan kawannya. Aku try buat macam tengah lepak santai sambil tahan sakit dengan cik sengu, tapi gila lah nak lepak tempat panas macam tu di panas terik tu kan. Dia suruh aku pi khemah, teduh sikit. Nak tak nak, aku bagitau lah, kurang sihat sikit. Sakit perempuan. Aku harap itu berakhir di situ, namun dia lalu lagi. Tanya, aku ok ke tak. Wei, malu gila aku. Dah sebelum tu, aktif giler ke sana kemari, pastu lemah tak berdaya. huhuhu. Aku kata kat senior tu, cuba beri keyakinan yg kalau dah ok, nanti sy ke khemah. Syukur, dia tak paksa lebih2. dan berlalu pergi. Dek sakit yang teramat tu, aku duduk tertidur sejam di tengahari yang panas terik. Then, Ok dah. hehe

Part 4: Dia yang aku kenali sebagai M

Guru sekolah selalu pesan, jangan nak bercinta masa sekolah bagai nak rak, sebab semakin kita meningkat dewasa, semakin jauh perjalanan, semakin banyak manusia yang kita temui. Dan ya, aku bersetuju dengan kenyataan itu. Ternyata, suka-suka masa sekolah rendah lain, masa sekolah menengah lain, masa di Politeknik lain, dan sekarang ni alhamdulillah takdak lagi, masih lagi yang dulu dari di Poli. Aku tak pernah bercinta, tapi ya aku manusia, rasa kasih sayang itu ada. Namun semua itu aku pendam saja. Tak berani nak luahkan atas beberapa faktor terutamanya aku ingat idealogi bapa yang melarang keras hal2 macam ni, takut menggalas komitmen, dan terakhir maybe pasal ditolak. Hm, takpa dah biasa kecewa pun. cewahh.

Di sini aku nak mention sorang, atas kesilapan itu panggil dia M lah. Aku pernah duk sebelah dia masa nak pergi ke kelas di Kampus Tetap, Pauh. Tapi oleh kerana dia nampak macam tengah tido, so aku pun tak berani nak bawa bercerita. Entah apa yang buat aku tertarik, hm senyumannya, pendiam (setakat ni la), berurusan apa yang perlu sahaja, bakat (?). Entah, tak tau. Tapi hati ni tertarik lah nak tengok dia. Oh ya, sebab yang tu, maybe dia buat macam tu sebab faktor keadaan atau dia memang nak buat macam tu. Ah tak kira lah, tapi memang pasal tu, aku mulai sedar kehadiran dia di situ. hahaha, jahat kn. 

Tapi dalam masa yang sama jua, tanpa sengaja aku bandingkan M dengan seseorang yang aku cuba simpan jauh dari lipatan memori. Memang jauh berbeza lah, tapi umur dorang sama. aish. Kalau bolehlah, biarlah tua 4 ke 5 tahun, pastu matang boleh jaga  dan didik aku yang 1001 ragam ni. Pastu, aku ni bukan setakat jadi isteri dia ja, tapi mampu jua jadi kawan terbaik yang dia ada, senang nak berkomunikasi antara satu sama lain, share everything together, penenang hatinya. Ni bukan gatal nak khawin, tapi sekurang-kurangnya perancangan tu kena adalah kan. Tak kan tak nak khawin kot. Kalau dah tiba masanya dan aku yakin aku sudah bersedia. Insya Allah, moga dipermudahkan segala urusan. Nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri tu, memang besar tanggungjawabnya, sedangkan tanggungjawab sebagai anak pun aku tak tau aku di tahap mana sekarang. Kita hanya mampu merancang dan berusaha, Allah yang menentukan.

 "Ya Allah, jauhkan aku dari perasaan cinta yang sia-sia, dekatkan aku dengan mereka yang mampu membimbing aku untuk mencintai_Mu."

Test Engineering Drawing

31 Oktober 2013, Khamis, setelah lama aku bermalas-malasan bangun awal, hari ini aku bangun awal sebab ada test LK, Azam baru tu. Jam 7.03 am, aku nak bersiap keluar, ternyata Allah ada perancangan lain buatku. Dipendekkan cerita, kami sampai di pondok menunggu bas. Aku tanya lah pakcik tu, bas mana ke Pauh. Dia kata dah jalan. Kena tunggu jam 8 suku. Hm, ok takpa lah. nak tunggu. Tak sangka pula pakcik tu cam muka aku dan kata, aku ni selalu lambat. hohoho. Kira macam dah faymes muka aku ni sebab selalu lambat. adoi, malu pulak. Sampai di MPU 9, semua orang dah mula jawab soalan, exam mula 8.30 am. Takpa, sempat ni, getus hatiku. Cuba bertawakal sambil berusaha. Sepanjang tempoh aku menjawab soalan tu, En. Zailani, pesan supaya aku buat dengan kadar yang pantas. "kena buat cepat Amal.". Dan aku hanya mampu mengangguk dan tersenyum. Seketika lagi, beliau tanya, pasal tahap kesukaran soalan, hm aku hanya mampu mengelakkan dari menjawab soalan tu dengan senyuman dan beberapa patah perkataan. Soalan Tangent(50 markah) + Orthographic (50 markah)=100 markah. Kerana kecuaian aku memahami soalan, aku salah lukis view untuk orthographic. En. Zailani tanya, "Salah ni, Amal tak baca soalan ke?" dengan nada bertanya dan loghat Terengganu nya. Adui, betui ke salah encik? ngeee~~ sayu hatiku dengar. "Takpox2". Dek kesilapan aku tuh, En. Zailani terangkan depan kelas pasal soalan orthographic tuh.
 "Takpa Mal, boleh ni." Dalam cuba meneutralkan emosi, aku pujuk diri sendiri. Dan aku berada dalam kekecewaan yang tak terungkap. Kecewa pada diri. Kecewa kerana telah mengecewakan LK. Kecewa kerana prestasi jatuh teruk daripada Amal SPM 2008.

"Ya Allah, kuatkan semangatku dalam menghadapi kekecewaan ini. Kuatkan kesabaranku, kupohon keberkatan atas semua ilmu yang aku pelajari semoga aku mampu mengaplikasinya di hari-hari yang mendatang."


Sinopsis ni tak menyeluruh, sebab hampir sebahagian dari bulan ini ku habiskan dengan hari-hari test, buat discussion dengan group member, bertungkus-lumus nak hantar assignment group, and most of the about academic and maybe some of it when I got in the situation which made me got low of motivation. 
So far so good, i guess. 

Surat Layang Cinta & Rinduku Buat Mereka Jauh Di Sana

Sorry pada Ibu, sebab tak selalu telefon ibu, 
rasa macam malas nak isi kredit sebab asyik kena potong oleh CMT celcom tu.

To: Ibu, Bapa, dan keluargaku yang tercinta, 
semoga Allah menjaga kalian sepertimana Allah menjaga anakmu ni di sini.
Buat masa ini, anakmu ni tiada apa yang dapat diberikan kepada keluarga,
melainkan berusaha belajar bersungguh-sungguh di sini yang
kadangkala perjalanan kepada matlamat tu tersasar.
Kirimkan doa buat penguat hati ini. 
Moga dengan rasa cinta ini, inginku bawa kalian ke syurga.
Namun usahaku masih tak sebesar mana.
Doakan anakmu ini. ya ibu dan bapaku.


Wallahualam...

Friday, 20 September 2013

Tidur Dalam Bas

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa.

Home sweet Home Wang Ulu [Girl]


Hari ini Hari Jumaat. Kelas bermula seawal jam 8.00 am. Memandangkan Amal tinggal di Kolej Kediaman Wang Ulu dan kelas berada di Kampus Tetap Pauh, amat digalakkan untuk pergi sejam awal dari waktu kelas bermula. 

Perjalanan Bermula
Jam 7.10 am [kira lambat dah tu], bas yang dinaiki pun bergerak meninggalkan sebahagian daripada pelajar yang masih menunggu bas yang akan menuju ke destinasi kampus masing-masing walaupun tempat duduk sebelah Amal masih kosong. Ok, ngam lah tu. Duduk belakang sekali dekat dengan pintu kecemasan. Duduk sebaris dengan Amal ialah, classmate Amal juga Product Design [tak ingat namanya] dan seorang lelaki pelajar antarabangsa.

Tidur
30 minit dari K.K. wang ulu ke Pauh, ya jelas, the best time gap for a nap. hehehe. Pusing kanan mengadap tingkap, adventure mimpi pun bermula sampai tak sedar yang bas dah sampai dekat kompleks Dewan. sedar-sedar lagi, entah apa yang classmate tu buat, the sure thing was, something hit my bag hardly. Terkejut giler doh. Sepantas mungkin bukak mata lepas tu, pelajar antarabangsa tu mengucap tengok Amal yang terpinga-pinga. Ok, rasa sentap sedikit di situ. ngeee.

Balik tengahari tu, naik bas yang pernah Amal naik sebelum ni [ingat bas tu] dan duduk tempat sebelah driver bas untuk kali kedua dengan bas yang sama. Short interview bersama driver bas, orang Kedah. hm, tu je. 

Sekian.


Sunday, 23 June 2013

Genap Setahun Sudah

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa

Alhamdulillah, Subhanallah.
It's been a year since I worked as a cashier at Gmart Kota Belud. It started with a standby job for me while waiting for the Instep result would out in a month. After rejected by Instep, I keep working here until the day present.

23 June 2012
I was a freshie cashier. Everything seems new to me. A lot things need to learn. A lot mistake need to be fixed. A lot name that I must remember. All I had to do is do my duty well, after my shift hour done, gone back home and sleep tight. Tomorrow is a new day.


23 June 2013
I on a training to be a senior cashier. Still, a lot things need to learn about. A lot mistake need to be noticed and take note so it won't happen again. Kak Amalinah advised me to prepare a note book as I told her that I easily forgotten things. She said that, it's dangerous to a senior cashier for having that habits. I am sorry, all these still new and awkward to me. Well, maybe this what I call management. Sure, I will do my best as my adopt brother, Bro Nd, said before. Thanks bro. I always remember what you said.

There are so many things that would mixed all the mood. Some of my colleague, just spill their words out and act like what they want without care about would I feel. It happens several times to broke the peaceful and happy day that I had, sometimes, I replied them with a fake smile, keep quiet and avoid eye contact with them, and try to recall all the happy memory I had to remove the sad feeling. It's kinda hard to speak what on my mind, face to face, when I don't have enough confidence in myself. Moreover, the person that I want to communicate is good talker and older than me. Patience. Just trying to be the good patience. All the time, as long as I can be the good patience.

Sometimes, I have a hard time with the others, family, even with myself. Got no one of my friend or family member to hear me out which the real things was I'm not comfortable to talk to them. [Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.] Even I got one of my friend, I'm afraid that I just a stone on his busy schedule. Futhermore, it's been a long time ago since I keep in touch with him.  So, I decided to let it go without any solution. Astaghfirullahalazim, forgive me ya Allah.

Pray for the best. InsyAllah.

Alhamdulillah, Syukran,
Kamsahamnida,
Arigatoo Gazaimasu,

Sayonara.

Wednesday, 29 May 2013

The guy Next Wall And SJC

Assalamualaikum W.B.T
Annyeonghaseyo
Konbanwa

28 Mei 2013, Dewan Tun Said Kota Belud.

Sabah Job Centre


Kebetulan aku dijadualkan untuk kerja waktu tengahari, Alhamdulillah. Ini kerana Sabah Job Centre mengadakan program di Dewan Tun Said. Aku bersyukur sangat program ni diadakan, manalah tau ada nasib aku di situ pula kn. [Anticipated] Walaubagaimana pun keterujaan aku tu, aku lewat bangun la pula. Belum susun lagi dokumen2 yang perlu dibawa. Susun punya susun, jalan dekat jam 10.30 am jugak lah.

Tiba di depan dewan, sengaja aku letak motor depan-depan supaya dekat sikit jarak nak berjalan nanti. Ada meja pendaftaran di depan pintu dewan. Aku tengok senarai, hm? tak banyak orang datang? Apa pun, daftar dan dapat beg beserta buku SJC percuma.

Ketika aku sedang masuk, beberapa orang berada di hadapan dan mereka bercakap melalui mikrofon [ not paying attention ]. Aku menuju ke tempat kerusi untuk meneliti apa yang ada dalam beg percuma tu. Sementara aku menuju ke situ, mataku terfokus tepat ke muka seorang lelaki yang sedang duduk selang beberapa kerusi ke hadapan dariku. Dia jua memandangku lama dari yang aku jangkakan macam bila orang asing pandang kita, dorang alihkan pandangan dan buat tak kesah sebab dorang tak kenal pun. Hm, macam pernah nampak tapi di mana ar? Mungkin di Poli kot, tapi mustahil sebab jarang aku nampak. Gagal mengingati puncanya, aku lupakan terus dan perhatianku beralih ke beberapa meja yang sedang mengadakan  temuduga terbuka di situ. 

Kedengaran seperti namaku di panggil, rupanya kak Linda berada di situ bersama-sama kumpulannya. Mulanya aku ingat kak Linda bertugas sebagai ajk rupanya sangkaan ku meleset. hehe. Mereka semua pakai baju Azam Kerja berwarna oren. Tak pa kot kalau silap sangka dorang jadi ajk. hehehe

Kebanyakan agensi-agensi yang hadir terdiri daripada bank, spa, kolej yayasan sabah, cake, and so on. Tiada satu pun hadir seperti aku harapkan yang berkaitan dengan kejuruteraan / mekanikal / pembuatan dan seangkatan dengannya. Sedikit kecewa, aku beralih ke meja informasi berkenaan sjc. Duduk melayari laman sjc, seorang pegawai di situ datang mendekatiku. Dari corak perbualan, aku ringkaskan, encik tu hanya bertugas untuk membantu pendaftaran ke sjc dan tak berminat untuk melayani karenahku yang menginginkan penjelasan mengapa kurang sangat peluang pekerjaan bahagian mekanikal di negeriku yang tercinta ni. So, aku pun mengambil keputusan untuk berlalu keluar dari dewan bersama sijil2 ku.

Keluar dari dewan, aku menuju ke motorku. Duduk sekejap memerhati sekeliling [ Lepak jap ]. Kelihatan 3 orang sedang keluar dari dewan tadi, and he was there, the guy that I forgot about where I had met him before. Dia menghantar 2 orang kawannya ke kereta sementara dia berdiri berhampiran dengan meja pendaftaran dan berhadapan dengan tempat aku sedang lepak bersama motorku. Dia berdiri santai sambil memandangku dengan muka tanpa reaksi. Tiba-tiba aku teringat! Ya, aku ingat pandangan itu. 


The Guy Next Wall

Mengimbau kenangan aku bersekolah di SMK Pekan 1 masa 2004. Aku masuk kelas tingkatan 1 Melati, tempat dudukku di bahagian tengah dan paling belakang sekali. Masa tu bermula kelas subjek Sejarah, aku berpusing separuh ke belakang untuk mengambil buku dari beg sorong yang aku letak di bahagian kanan kakiku[lucu pula bila ingat beg tuh]. Bila aku angkat muka, tiba-tiba aku ter'bertentangan' mata dengan dia tepat melalui lubang yang terdapat pada dinding boleh lipat yang memisahkan kelas aku dan kelas dia. Dah tu, lubang dinding tu buat aku nampak jelas mukanya. Lagipun jarak antara meja aku dan dinding tu tak lah jauh sangat. Malu, aku cepat2 pusing depan. 

Masa rehat sekolah, masih tidak dapat menyesuaikan diri, aku pergi ke kantin bersendirian tanpa kawan-kawan. Selesai makan, aku jalan-jalan meneroka kawasan sekolah sementara menunggu masa rehat habis. Sekali lagi aku terserempak dengan lelaki itu, tetap memandangku dengan mukanya yang tanpa reaksi sambil berjalan melimpasiku. Adeh! Hanya kerana dua situasi itu lah, aku ingat mukanya sampai sekarang walaupun tidak pernah berbicara hatta mengenalinya sekalipun. Yang aku tau, dia tua setahun dari aku, dari kelas sebelah 1 Melati. Hah tu aje. Dari hari terakhir aku jumpa dia bulan januari 2004 hingga lah Mei 2013, wah 9 tahun juga berlalu. Tapi aku tak pasti la pula kalau dia kenal aku ke tak. Ala tak penting mana pun. Apa pun, aku harap kita dapat kerja yang baik dan halal ok! kot2 dia sesat blogwalking kat blogku ne. satu ja pesanku "Kalau kenal, tegur2 bah." hehehe

Bah, oyasuminasai, mata ashita everyone. Assalamualaikum.

Sunday, 15 April 2012

Hadiah Dan Sijilku Di Majlis Makan Malam Kelab Rakan Pustaka

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Begini rupanya rasanya jadi pelajar semester akhir di Politeknik Kota Kinabalu juga merangkap senior kelab Rakan Pustaka. Andai saja aku boleh merakamkan perasaan ini dan ku post di Blog ne.Tapi ternyata, tiada alat yang boleh merakamkan perasaan. So, layan ja la..hehe..

Serimpun hadiah dan sijil penghargaanku

Free gift sempena Majlis Makan Malam RP

Hadiah: Hiasan untuk HP tertulis ayat 'I Love You' dari Sofea Erika Binti Ray

Sijil Penghargaan Anugerah Ahli Kelab Rakan Pustaka

Hadiah: Wirawati Hari Keluarga dari Pengarah dan Timbalan Pengarah Program  Hari Keluarga

Cabutan Bertuah

Hadiah: Key Chain dari Kak Dayang Suhaila

Sijil Penghargaan: Penghargaan Ahli Kelab 

Hadiah dari Bosku Lee Thai Chung (Key Chain RP)

Hadiah Dari Adik Zaini

Hadiah terakhir yang aku terima dari Kakakku Pija~

Terima kasih atas hadiah dan sijil penghargaan serta semua kenangan bersama Kelab Rakan Pustaka. Kelab Rakan Pustaka dari sesi Julai 2009 hingga sesi Disember 2011 merupakan keluargaku yang kedua di Politeknik Kota Kinabalu. Terima kasih kerana menerima aku seadanya aku. Dari mula perangai aku masuk Kelab RP ni sampai lah berubah menjadi diriku yang sekarang, terima kasih banyak-banyak atas penerimaan dan kerjasama tugas yang kita kongsi bersama. Thanks a lot.

~From the person who don't know how to express her feeling very well.



Tuesday, 20 December 2011

Tawaran Mendiami Kamsis PKK sesi Disember 2011

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera. . .

Tawaran Mendiami Kamsis PKK sesi Disember 2011


Alhamdulillah, dengan izinNya, aku ditawarkan untuk mendiami Kamsis di Politeknik Kota Kinabalu bagi sesi Disember 2011 untuk semester ke-enam aku di sini.

Tak sia-sia aku hantar borang pemohonan kamsis pada 8 November 2011 yang hampir setebal tugasan pengajian hanya kurang muka depan untuk jabatan mekanikal (Kuning) saja. hahaha. Apa tidaknya, aku selitkan:

  • 1 borang permohonan kamsis ( wajib ).
  • 1 salinan kad pengenalan ibu bapa dan adik-beradik .
  • 1 senarai yang menyenaraikan  setiap sijil beserta salinannya yang aku dapat hasil daripada mengikuti aktiviti di PKK dari semester 1 hingga lah semester 5.
  • 1 surat penjelasan untuk pemohonan kamsis (memandangkan aku dengar kawan aku kata, sem depan sebarang rayuan tidak akan dilayan, jadi aku bersiap sedia lah, tawakal ja ne).
Itu lah serba sedikit perjuangan aku mendapatkan penempatan di kamsis ne setelah:-
  • Semester 2.
    • Tidak ditawarkan kamsis tetapi,dapat juga penempatan di kamsis akhirnya hanya disebabkan penglibatan aku aktif yang mewakili PKK ke MSP di Polisas Pahang, dalam acara Taekwon-Do. Alhamdulillah, pencapaian ketika itu amat baik.
  • Semester 5.
    • sama juga tak dapat kamsis, aku sempat menjadi 'Ninja' di beberapa bilik. setelah hampir sebulan lebih baru aku dapat tawaran kamsis. itu pun tawaran kamsis yang keberapa kali sudah.
Akhirnya, sekarang ini walaupun terpaksa menunggu agak lama sedikit, hari ini aku periksa online di http://exam.polikk.edu.my/index.php. Alhamdulillah. Aku Berjaya.


Saturday, 17 December 2011








-Ingatkan dapat tengok keputusan tawaran kemasukan ke Kolej Kediaman-

Jam 12 ptg. . .
Bila 'Log in' mahu periksa keputusan. . .







Bila on Facebook. Kawanku, Yus kata keputusannya minggu depan ini. Oh, Okay. Nda apa, minggu depan ar. ak tunggu ne. . . hehe

Monday, 3 October 2011

Pen Kesayanganku.

Ini dia pen kesayanganku, pemberian ibu, baru sempat berkhidmat selama 3 minggu lebih bersamaku. Buat kali pertama, aku jumpa dakwat pen yang menepati citarasaku.cewah. . . hehehe


Tapi pada hari ini, dia kini tinggal kenangan, macamana pula? dakwatnya dah habis. huhuhu. . .
Kebetulan ketika aku tengah menyiapkan laporan bengkel M.I.G. last minute lg tu. . .
Tapi tak apa. . .
Akan kucari pengganti sepertinya jua. . . InsyAllah. . .
(^___^)v

Monday, 20 June 2011

Zaman Budak²ku

-Bunga Kertas-


Bunga Kertas ne, mengingatkan aku kepada sorang kawan Sekolah Rendah Dahulu. Ei, lucu jg bila teringat kenangan budak-budakku ne.Bikin malu pun ada, kecewa ada, Gembira ada, menyesal ada.Kira cam macam² ada la bha.(^_^)


First time, aku dpt bunga tu ketika umur 8 thn kut. Lama Dah.aku pun igt2 lupa jg kenangan bunga kertas ne.(^_^). aiya, budak2. bunga kertas yang kena tanam kat kawasan sekolah lagi tu.hihi. Smpai sekarang, asala ja aku nampak bunga kertas merah tu, teringat ja kat kawanku tu.


Yang paling lucu la ba, Time jatuh dari basikal tu.adoi na.dah tau la, padang sekolah tu banyak lubang. Nak juga lalu situ. Nasib Baik la, takde gak kecederaan yang serius n Org nampk. Klu tak, tambah malu lagi ada. Dah dia yang bawa naik, teda lagi tu muka serba salah. Ajak naik lagi ada la. mmg tak serik2.huhuhu...


Lumrah Alam, Hujan di siang hari la pla. Aku pun tak thu la, pa sebab nak gadoh2 ne. tp, besala budak2, putus kawan, sambung kawan, kawan pura2. hehehe, gadoh la kunun ne. Berapa tahun jg tu ar? setahun ke 2 tahun? aku pun lupa uda. mmg lama la jg kunun gaduh2 ne. tp, bila minta biodata.dia bagi jg. Ai, pelik.


Masa tahun 5 kha tu. suma orang berebut-rebut nak antar buku kat meja Cg. so, aku la pla yg t`lambat ne kunun, besala, lambat menulis..hahaha. Kebetulan pla, dia berada di antara aku ngan meja cg tu. tiba2 ne offer nak tolong antar buku kat meja cg. ai? hilang sdh ke semangat peperang kami ne kunun..hehehe, dengan egonya pun aku ne said "nda payah".uh, nampaknya, aku ne memanjangkan lagi musim peperangan budak2 ne..hehehe?


Tahun 6 Marikh, 7 Julai 2003. aku pun lupa uda apa pertandingan pada hari tu, aku, dia, dan sorang lagi, merupakan satu pasukan.oya! acara reka bentuk payung terjun ke tu.ya, now i remember. Bulan Sains dan matematik tym tu pla. Jadi, kami 3 orang. 1 pasukan. dia buat payung. aku rasa, mulut aku ja yang berkerja bukan tangan, hehehe.ai, bru aku sedar kejam pla aku ne dulu2 taw.isk2. Apa pun, Aku banyak kali berfikir ntuk menamatkan saja (cewah) peperangan olok2 kami ne. Well, aku akui yang aku ne bukan budak pompuan yang berani berterus terang, yakin, dan paling teruk, smpai sekarang aku tak dapat nak atasi perasaan gemuruh aku ne.selalunya penyakit aku ne datang pada time2 yg kira important to me la.so, Pada hari tu jg, pas habis sekolah, aku tunggu dia kat tembong bilik guru sekolah tu.Ei, gugupnya tak de sorang kat situ pun yang tahu. ye la, suma orang sibuk nak balik, aku je yg lepak2 kat tembok tu. Rumah pun dekat ja, so wat pa la awl2 mo balik..hehehe,ok2 sambung balik. time dia tengah pakai kasut tu, aku pun minta maaf la kunun. aku tak thu la pla klu dia dgr tau tidak...aku pun ngan buka yg mula setebal tembok dinding tu pun chow...malu la beb..esoknya pla. sunyi ja la..hehehe


Hari tu, cam aku nampak iras2 muka dia kat pekan KB. Tapi, takut la pla aku mo tegur. mana tau salah urg, silap2 haribulan. Tebal muka aku 14 inchi nanti.gurau je, hehehe. Ne la yg susah kalau aku ne. Pelupa Betul. Kadang2 ingat muka lupa nama, pastu ingat nama tapi lupa muka. Kadang2 tu, aku tak perasan pla aku renung orang. bukan apanya, rasa cam kenal tp siapa, ya? huhu, Cuma, yang rapat masa sekolah rendah ja la yg aku ingat dan kawan2 sekolah dulu yg keep in touch skrng.so, sorry la..cma stu ja la.. klu aku tak tgur2 korang, korang tegur la wei!!! bg peace ka...hehehe




p/s: Rindu pla kawan2 lama2 ne.... :Þ

Monday, 2 May 2011

La La La

LaLaLa…

Sepanjang masa aku tak menulis ne, serabut betul perkara2 di kepalaku ne. Klu di Sekolah dlu, ble juga bercerita2 ngan kawan2 di dorm (meluah lah kunun, padahal mengumpat, ada la)hehehe. skrg ne, duk kat umah. tanggung sendiri la segala rasa masam, pahit, manis, n whatsoever. sekurang-kurangnya, dengan menulis di sini ne, ter’release’ la segala masalah-masalah di mindaku ne.pelik pla bunyinya kan.well, im not a writer.im just an ordinary girl who wants a big miracle happen to change her life (^_^)V
Sambung belajar. semalam, aku dah check rayuan aku ntuk kplspm. nampaknya, so, mendukacitakan la. sekarang ne aku tunggu tawaran dari poli lg, klu tak dapat, masuk tingkatan 6 ja la aku ne.hurm,  selama ini, aku ingat lepas spm, aku ble ar honeymoon.(betul2 tak sedar diri ne, hahahaha).tengok2 lagi, tambah banyak pla urusan mo wat. sepatutnya, dalam umur aku bru 16 sekarang ne (21 may 2009), masih lagi duduk kat bangku sekolah tu mengadap cikgu, wat kerja rumah, ikut ko-kurikulum, main2, memberontak dgn peraturan2 sekolah, ponteng kelas, makan kat dewan makan, membersihkan asrama, ada prep, ikut perhimpunan asrama n sekolah.huhuhu. ada jg aku dgr sesuatu, bunyinya camne ar, (aku ne bukan pakar kata2 motivasi) “kita kena berfikir seperti 5 thn lebih tua daripada umur kita sekarang”.aku pun tak thu dri mana aku dgr tu.(aku mmg jenis yg tak peka terhadap keadaan sekeliling atau pun yg tak berkaitan ngan my aktiviti). tapi, gimana caranya ya?huhuhu
taekwondo. 31 may 2009 ne mmg tarikh keramat bagi aku la ne.haha, pasal aku ada upgreading ntuk kenaikan ke tali pinggang merah.whoa.seram kaku aku ne. bila teringatkan keadaan upgreading kat tun said tu, boleh2 ne kejut perut sorang2. time tu aku tali pinggang hijau calit biru. kebetulan lg aku tgh dtg bulan tu. bulan aku ne kan, cam tau2 ja hari tu hari yg penting dan genting ntuk aku. asal ja hari tu penting, genting, bermakna, ntuk aku, bulan pun dtg. aku pun redha ja la. part kicking2 tu, aku btul2 tak dapat nak wat betul2. imbangan badan nda betul, paras tendangan tu pun bawah belt.ye la , nak wat camna, depan ada sir, belakang pla berbaris duduk ahli taekwondo, ada jg murid sir mex sna dtg, termasuk lg budak2 aspura lepak kat kantin tu. fuh~ kecoh btul aku. hasilnya, aku dpt satu ja, pergi tali pinggang biru. syukur jg, dpt naik daripada tiada kenaikan. hurm, itu aku dah tak kecah udah . kebetulan, ada juga belt merah mo upgrading ntuk belt hitam.mak aih, sensara betul aku tengok dorang. aku pun lupa udah camna susunan examnya tu, mula2 kick, pattern, sparring, bru breaking. tak pasti la pla klu ada self defence.nda ingat udah lor, tp aku ingat ar camna teruk dorang sparring tu.ada 2 org yg mo pi belt hitam situ. part sparring tu la bha, sikit lg aku mo menetezkan air mata tgk dorg, smpai tak sanggup lg mo tgk dorg sparring. alih2, keesokan harinya, aku dengar ja dorg suria bercerita camna 2 org senior tu sparring.katanya, ada sorang senior tu, kena tendang smpai jatuh kat bawah meja sir herman. aku pun tak thu la btul ke tak, coz aku tunduk ja pastu tu. ne la satu perangai / tabiat aku ne, terlampau ikutkan perasaan menyebabkan aku terlepas scene2 yg penting.kesimpulannya, aku rugi ar. tak tgk full smpai habis senior tu upgrading pi belt hitam. cian aku ne.hahaha. apa pun, ntuk upgrading kali ne, aku kena fokus betul2.yuran upgrading mahal ma. tp aku masih ada problem ngan flying2 n reverse kick, 2 pattern paras aku tu, self defence, stamina. and penyakit sajuk aku ne.however, i’ll try to cope those problem with my lovely songs la..(i’m such a crazy kiddo)kuikuikui
my economy. ‘its all about money’  sekarang ne aku berhenti sementara belajar menjahit. ertinya, aku jarang udahla pi pekan kb ne. teda uda muka aku lepak2 kat tembok bunga di restoran kota raya tu atau di mana2 tembok bunga la. belanja aku pi belajar menjahit tu ntuk satu hari rm 10.00. banyak ka jumlahnya tu? hurm aku start blajar mnjahit tu dri 9.00 am, pulang jam 5 pm.maybe banyak mybe skit la kali ar…hehehe, tp, aku survive la skit suma duit tu dgn membawa air dari umah. kadang2, dpt juga aku save rm10.oo tu ntuk sehari daripada membelanjakannya. cam posa makan ja aku di pekan tu coz minum air ja. tapi kadang2 tu, semangat makan membuak2 la pla, makan jg la aku pi pasar besar tu.hehehe, sekali makan mo jg rm 5 atau rm 7 begitu. lepas habis makan tu, rasa cam menyesal la pla beli banyak2  tp makan separuhnya ja uda kenyang. sebenarnya, aku target pas habis spm tu, mo kerja kunun jadi tukang sapu sampah ka, tukang cuci pinggan mangkuk, kerja la d mana2 tempat d kb ne ntuk merasai pengalaman berkerja n menerima gaji..heheh, malangnya aku ne masih bawa umur 18. aku tgk iklan peluang pekerjaan pun minta 18 thn keatas. klu thn ne umur aku mo pi 18 ble la kali, tp ne bru mo pi 17. apa barang.hahaha. pastu, terfikir la pla mo blajar menjual, tp takda modal. pastu, aku ne mmg tak peramah ngan org.hei, banyak masalah la.(-.-). aku pun ikut ja la plan mother aku suruh pi blajar komputer n menjahit. di samping2 tu juga, aku rasa tak salah klu aku pungut2 tin minuman yg kena buang merata tu ntuk di kumpulkan.so, bila aku tgh rehat dripada menjahit tu, jenjalan la aku mencari tin ntuk dipungut. tpi, aku mula pelan2 ja la.hahaha, (tetiba ja aku tau malu ne). ada juga suatu hari tu, dengan semangat mo duit ne (^_^), aku spend money skit skadar nak ambik plastik hitam, bikin simpan tin.aku pun mula mencari tin di tembok2, jalan2, sampah2.ada juga la yg dok perhati aku pungut tin, tp time tu aku tak kecah ar. dia tengok ja aku seolah2 aku ni pencuri ne. mybe perasaan aku je kut, tp aku rasa camtu la. pas habis aku round kat situ, aku blah pla pi timbunan kotak d slh sebuah kedai cina. time aku selongkar tu, tetiba ada sorang nenek  tu, dia dtg rapat ngan aku,aku pun terkejut gaban lah ne, pada asalnya aku tak kesah klu kena tgk2 ne, tp klu dah smpai dtg rapat cam tu, sajuk juga aku. menggigil jg kepala lutut aku ne blah dari situ.kebetulan jg mother aku dtg jemput aku behadapan kfc tu.cepat2 aku masuk dlm keta, mujur mother aku tak marah la pasal aku bawa tin2 ne pulang umah.bila aku anggar2 tin tu, adalah lebih kurang dalam 15 tin aku pungut. klu 10 tin dalam seminggu? 70 dah. klu sebulan?hurm, aku ne angan2 ja tinggi tpi usaha tu hangat2 tahi ayam ja..huehuehue. pastu aku tak berani sdh wat pungutan tin secara gerilla tu. kadang2 aku aku pungut 1 atau 2, kdg2 lansung takda. susah jg cari hari yg aku betul2 bersemangat ne, mo tgk jadual jg la.hehehe.
Shopping & Pinjam-meminjam pla dah. musim shopping aku ne menjadi klu aku banyak duit ja la dlm rm15 - rm 25 begitu, hahaha, terpaksa jg bajet la klu mo shopping ne.satu lagi msalah aku klu shopping ne, tak pandai menawar dan rasanya terlalu menjaga hati kut..ya ka?hehehe. klu mother aku suruh beli sayur atau ikan kat pasar besar tu. paling la aku serba salah. klu kena panggil beli ikan tu, mmg serba salah btul aku. ‘beli ikan, dik? rm5 ” sambil dia tunjuk timbunan ikan tu, klu aku tinguk ikan2 tu, nnti penjual tu bersedia la pla mo bg masuk ikan2 tu dalam plastik, klu aku ignore penjual tu pla, rasa cam kurang ajar/biadap/menghina la pla aku ne…seboleh2nya, aku tak nak la dlm situasi begitu klu mo membeli (nda tenang mo membeli)so, ntuk mengelakkan rasa serba slah ne aku mengambil jalan, (cewah) ntuk pergi ke tmpat jual ikan yg mother aku suruh tu melalui jalan yg singkat saja.jalan laju2 pastu stop right front the target….hahaha..ok ar tu..stakat ne, klu aku mo shopping bangan baju atau seluar tu, aku pergi pasar tani ja la. klu mo beli di kedai2 kain atau pun di gui ka, mana la cukup duit aku ne. first time aku pi shopping sorang d pasar tani ne, time form 5 la, sebelum ne ikut mother aku ja pergi beli ikan. pada mulanya, aku sekadar mo tgk 2 ja bha tu. kebetulan, pada masa itu, ada sorang nenek  (ble ka aku gelar makcik yg agak tua itu nenek?sory ja la klu kata ganti nama diri tu salah, lupa bm udah aku ne) tgh duduk menjual cincin dan anting2. mula2 aku tak minat sangat la tgk2 suma tu, tpi bila ada sorang makcik tu tanya2 harga cincin2 tu.”piro di ti?”aku ne fhm2 la jg skit coz kdg2 mother aku ckap jg klu time membeli sayur di pasar besar tu dlu2.harga cincin tu rm 5 stu, ada jg rm4. well, bercakap tentang cincin atau apa2 barang kemas ne, mana la aku tau apa. aku pun join la jg duduk ngan makcik tu meninguk cincin.(hahaha) setelah lama aku meninguk tu, terbeli la jg aku cincin tu. suka betul aku tgk cincin tu. aku pun lupa uda warnanya silver atau tmbaga, rasanya tembaga kut.bentuknya agak leper, pastu coraknya cam ada 4 segi berbaris begitu n setiap 4 segi tu ada tanda silang d dalamnya, ntah camna mo bgtau secara detail coraknya tu. aku tak terer dlm hal seni corak2 ne. biasalah kawan2 kan. pinjam2 barang tu mmg biasala ar. aku pun kategori peminjam juga ne.hahahaha. tp bg balik ar. aku rasa dia terlupa bha tu.malam tu dia nampak aku pakai. aku mmg pakai klu masa tak exam kat dewan. klu exam nda la aku pakai. dia pinjam ar, aku ne rasa berat hati jg bg pinjam, coz aku tak pandai menagih balik barang bha.tp, dia bg jaminan mo bgi balik pada keesokan harinya, coz esoknya hari last spm dimana aku ambil exam lk pla jam 2 ptg tu. ntah camna la aku ble lupa minta balik cincin tu.padahal, time dia kena jemput pulang tu, aku ada ramai2 kat pondok pengawal tu. mmg rezeqi dia la tu. aku halalkan saja.hehehe. oh ya, ne nak habaq stu ceta ne, hehehe, bercakap pasal pinjam2 barang ne, aku mo ceta jg pasal baju kadet polis aku yg kena pinjam beserta aksesorinya sekali ne. nak dijadikan cerita, pasukan polis ne ada prtandingan kawad kaki di kota marudu sna, mula2 tu aku mo juga join sekali, tapi terpengaruh dengan nasihat/hasutan/dorongan/bimbingan/apa-apa jela tentang spm hmpir menjelang tu, aku tak jadi ikut ar.jadi dorang serap masuk yg bukan ahli kadet polis ne. baju beserta aksersorinya di pinjam. aku ne ok jg kena pinjam2 ne tpi mensti la bha bagi balik. selepas seminggu dua dorang habis kawad kaki tu, aku ne kira mo bagi peluang ar sama orang yg pinjam baju aku tu ntuk..yela. mybe masih penat dari kawad kaki tu. masuk minggu ketiga, aku bosan uda menunggu ne. nasib bek ntuk hari kokurikulum tu aku pakai bju taekwondo sepanjang menunggu baju aku dihantar tu..bosan uda menunggu aku pun berjumpa la ngan A yg pinjam baju aku tu. sekali tanya punya tanya, dia tak jdi pinjam, pastu dia pinjamkan kepada B.oh, ok. pastu besoknya aku tanya pla B, kata c B ne, dia pinjam bajuku saja, yg seluar tu si C yg pinjam.ok, aku dah dapat baju. tinggal seluar dan aksersorinya lagi.ptg tu jg aku cari si C di blok aspuri paras atas dorm 3. org dorm kata, C mencuci kain.ok, sibuk la tu. so, aku tinggal pesan, esoknya aku dtg cari balik C. Kata C dia tak pinjam seluar aku, hadoi.2 3 hari aku rest mencari. selepas tu, aku tekad suruh A, B, C cari seluar aku tu. tak kira kira dimana jua. nah ko, susah jg mo kekalkan temperature aku ne cool. selang seminggu begitu, dtg pla D, antar seluar kadet polis aku tu. sampai juga akhirnya. mo juga sebulan aku mencari baju n seluar kadet polis ne. aksersori tu, mmg aku redha tak redha ja la. asal dah ada baju ngan seluar pon sdh cukup. malas nak ribut2 lagi. dah berapa kali aku kena camtu tu cuma org dan barang yg berlainan la. tp, aku ne mengambil teori yg positive ja, bahawa semua org tak sama. jadi aku ne mmg tak serik2 lagi bg pinjam barang ne.walaupun dah kena berkali2 situasi yg sama. org ne, klu meminjam, tahu la bg balik.takkan tuan empunya nak menagih dlu bru nak bg balik.huhuhu.tu pasal first time aku shopping di pasar tani n hal pinjam meminjam ar.time aku beli cincin tu takda pla yg menjual kain sna.so, d second time aku pi sana, kira mo beli cincin yg serupa ngan yg dulu tu, tp cari punya cari sampai sekarang aku dah tak nmpk nenek tu jual cincin kat situ lagi. yg aku jumpa sana at the second time tu, penjual sigup2 ar & menjual lelong baju2 n sluar2. pada asalnya mmg teda niat mo beli baju ne, coz aku agak harganya mesti cam harga kat gui2 n kedai2 kain sebelum ne.sebelum aku tgk baju2 n sluar2 tu, aku tgk dlu harganya.coz takut pla nda cukup duit ne, nanti kena suruh cuci baju pla…hahaha.gurau ja.agak terkejut juga la, bila nmpak satu deret pakaian tu rm1 ja. uina, aku tgk bajunya pun ada yg kecil, besar, nipis, tebal, jacket pon ada!!!lebih kurang 3 kali aku tanya makcik yg menjual tu.rm1?  mula la aku membelek sana sini. sekali tu aku dapat, satu pakaian, cam rupa jecket pon ada.tebal la.panjangnya sampai paras paha.nampak cam kecil sdikit ntuk aku, tapi aku suka tgk designnya ala2 korea gitu.B ).radu ja la.hahaha
Drama & movie. nak kata aku ne peminat fanatik drama n movie korea, rasanya tak juga la. minat biasa2 ja la.buatan indonesia ne, klu stakat 15 - 30 episode tu mybe minat juga la.buatan malaysia minat juga la. kira sumanya ok la. aku suka tgk ceta genre romantik, comedi, seram tu mybe skit ja kali(penakut). hehe.klu ble aku taknak tgk film yg banyak sangat konflik.sebab ianya memberi impak yg besar pada hati,perasaa, tabiatku(mudah terpengaruh). sebagai contoh macam drama bawang merah bawang putih tu, mak aih, mula2 tu best jga tgk, tpi bila masuk konflik berat2 ne, masuk perinya la, sihirnya la, org phsyco. huhuhu, taubat aku mo tengok. konflik skit2 tu ble la. ne terlampau banyak pla. sampai mengambil msa setahun lebih d rancangan astro.kpd peminat drama bawang merah bawang putih tu, jan marah pla ar, ne pendapat aku ja la.peace2, no war ar(^_^)V. klu drama malaysia ne pla, stakat ne ada peningkatan la. klu time budak2 dlu, mana la aku tgk drama malaysia ne, kira tak best ar, dlu aku tgk dra dri filipina cam rosalinda tu.hehehe, kebnykan zaman kecil aku tgk drama filipina n drama china dulu2 yg lawan2 tu.wong fei hong.hehhe.stakat ne, drama malaysia yg aku kira bule2 la, rona roni makaroni, mertua VS menantu, cinta gila.rasanya itu ja kut, sebab kdg2 tu rsa mo tgk sangat ceta2 ne.^_^. klu movie malaysia, stakat ne film2 ada apek tu aku ska tgk ar, farid kamil, maya karin. yg ada unsur romantik comedi ar. lebih menarik lagi drama or movie tu klu pelakonnya muda & cantik & cute & handsome cam lee jun ki (^_^), berpengalaman, lebih realiti skit (mengada-ngada la pla aku ne)..
Last but not least, its about my ♥ Qie ♥. Lama uda nda jumpa dia whoa~last jumpa pOn hari tu ja la.itu pon time aku lepak2 d pekan kb ne. tp sekejap aja. bgi aku, kira big suprise la.(^_^). mula2 tu, tak thu yg dia ada kat situ. ada jg aku lalu tgk sapa2 yg ada situ, tak perasan la pla masa tu coz aku tak cam sgt. time duduk² tu, secara tak sengaja (ceawah, Hahaha!) aku t’nmpak kelibat dia. laut hatiku yg tenang ne, tetiba bergelora mcm ada gunung berapi nak timbul la pla. rasanya,lama la jg aku cuba menenangkan perasaan tu..(^_^)..aku tenangkan dgn menganggap itu cuma khayalanku saja, kerana sebelum ne pon, sepanjang masa aku jenjalan kat kb tu, selalu btul aku nmpak org yg hmpr serupa Qie. Giler bayang kali aku ne ar?!!.selepas tenang skit tu, aku tak nak dh toleh² mana2.sajuk jg beb. tapi, itu hanyalah ntuk seketika, tetiba, aku rasa namaku dipanggil, sekali aku pandang belakang (uiseh.hehe), rasanya aku bleh grab suma perasaan happy di dunia ne..nmpaknya, aku tidak bermimpi. (ditegur aja, sudah aku ne melayang.haha)ei, kenapa la aku ne, nak kata dia lah yg paling hndsome, nda jg.klu, aku fikir time aku waras ne, rasanya, dia cam org besa2 ja, lucu, serius, komited, sopan, pendiam, yela cam org besa2 ne.mybe dia hnsem and special coz i like him, right? if not, he would just like my friend. ok² la, semakin semangat aku menulis sini, semakin lagging pla pc ne. nasib baik automatic saved, klu nda, menaip perkara yg sama ja, hari2.hehehe
-Sekian, Terima Kasih-
p/s: i like Qie, but he’s not belong to me, and we not belong together.hahaha

Wednesday, 13 April 2011

The Shining Eyes With The Cute Laugh

The Shining Eyes with The Cute Laugh
Hati ini gembira bersamamu, mendengarmu dan melihatmu.
Maafkan aku kerana merasa gembira serupa ini tanpa pengetahuan dan keizinan darimu,
kerana hanya aku ini secret admiremu. (^_^)v

Di sini aku masih duduk melayan perasaan yang aku sendiri tidak dapat jelaskan.  Walaupun hakikatnya, aku sebenarnya malu untuk menyatakannya. Rasanya baru sekejap saja aku tinggalkan perasaan ini, dan kembali menjalani kehidupan aku seperti budak-budak. Namun tidak pernah lama, perasaan itu mula timbul kembali.
Sayang, Kasih dan Cinta. Tak sangka aku berada di tahap sayang. Masih rasa cemburu. Aku kenali erti sayang, belum sampai ke tahap kasih dan cinta. Lelaki yang pernah singgah di hati ini aku suburkan dengan perasaan sayang dan rindu. Masih tidak mengetahui apa erti kasih dan cinta. . .
Aku cuba untuk meninggalkan perasaan itu, risau mengganggu kosentrasiku. Pada mulanya, fikirku, aku telah berjaya mengikhlaskan hati dan dirik. Di hari pertama,wajahnya yang seiras kawan mencuit pandanganku seketika. Sedar, aku lontarkan jauh-jauh bibit-bibit itu. Selang kemudian, layanan baik dari kawan-kawan, adakalanya  membuatkan aku tersasar jauh melayang ke duniaku. Berulang-kali ku memohon agar diberikan kekuatan kepada hati ini untuk menghalang perasaan sayang itu kembali.
Ku sangkakan dengan membuang secuit pandangan tempoh hari dapat mengelakkan segala kemungkinan yang berpotensi untuk mengembalikan perasaan itu. Saat dia panggil namaku, buat aku keluar dari sudut duniaku. Tidak percaya bahawa suara yang memanggilku itu adalah suara miliknya. Segera aku cuba lupakan peristiwa itu.
Keinginan untuk merasa bebas dan keseronokan ternyata tidak pernah melepaskan aku begitu lama. Sedar tidak sedar aku telah membuka jalan lain untuk perasaan itu kembali kepadaku. Saat dia berhadapan denganku, tiada sedikit keberanian yang wujud untuk aku memandangnya. Hanya mencuri sekilas pandang pabila dia tidak berhadapan denganku. Ada sekali aku cuba untuk memandangnya walaupun pada ketika itu dia membelakangiku, ku sedar itu bertentangan dari sudut pandanganku sebagai orang yang masih stay single. Di suatu ketika, aku sama sekali tidak menyangka yang dia akan berpaling memandang ke belakang dengan senyuman yang terukir halus dibentuk cahaya di siang hari. Dari sinar pandangan matanya itu ternyata telah membolosi kota hati ini dan dilemahkan oleh senyuman itu. Adei!
Hari demi hari, hati ini menanti untuk menatapnya. Andai aku kuat untuk menghalang hati ini daripada menyayangi dia, akan ku usahakan sedaya upayaku. Kerana aku tahu aku tidak cukup kuat untuk menangguh deritanya cemburuku sendiri. Lantas ku kasari dia, untuk menghilangkan rasa sayang itu. Tapi melihat dia sakit sedikit, hati ini lembut ingin meluru ke arahnya ingin menjaga dan menemani agar dia lupa akan sakitnya. Namun siapa diri ini, untuk berbuat sedemikian. Ku kembali ke alam realiti.
Aku yang lebih-lebih. Aku tahan hasrat hatiku untuk memandangnya. Mencuba untuk menjauhkan diri. Berusaha untuk membuang kembali perasaan sayang itu. Bimbang akan mencemari persahabatan yang baru tercipta.

* * * Hanya teringatkan tawanya saja mampu buatku tersenyum. Indahnya rasa itu untuk saat ini tapi bisa buat ku menderita di masa yang mendatang~ (o_O)