Wednesday, 13 April 2011

The Shining Eyes With The Cute Laugh

The Shining Eyes with The Cute Laugh
Hati ini gembira bersamamu, mendengarmu dan melihatmu.
Maafkan aku kerana merasa gembira serupa ini tanpa pengetahuan dan keizinan darimu,
kerana hanya aku ini secret admiremu. (^_^)v

Di sini aku masih duduk melayan perasaan yang aku sendiri tidak dapat jelaskan.  Walaupun hakikatnya, aku sebenarnya malu untuk menyatakannya. Rasanya baru sekejap saja aku tinggalkan perasaan ini, dan kembali menjalani kehidupan aku seperti budak-budak. Namun tidak pernah lama, perasaan itu mula timbul kembali.
Sayang, Kasih dan Cinta. Tak sangka aku berada di tahap sayang. Masih rasa cemburu. Aku kenali erti sayang, belum sampai ke tahap kasih dan cinta. Lelaki yang pernah singgah di hati ini aku suburkan dengan perasaan sayang dan rindu. Masih tidak mengetahui apa erti kasih dan cinta. . .
Aku cuba untuk meninggalkan perasaan itu, risau mengganggu kosentrasiku. Pada mulanya, fikirku, aku telah berjaya mengikhlaskan hati dan dirik. Di hari pertama,wajahnya yang seiras kawan mencuit pandanganku seketika. Sedar, aku lontarkan jauh-jauh bibit-bibit itu. Selang kemudian, layanan baik dari kawan-kawan, adakalanya  membuatkan aku tersasar jauh melayang ke duniaku. Berulang-kali ku memohon agar diberikan kekuatan kepada hati ini untuk menghalang perasaan sayang itu kembali.
Ku sangkakan dengan membuang secuit pandangan tempoh hari dapat mengelakkan segala kemungkinan yang berpotensi untuk mengembalikan perasaan itu. Saat dia panggil namaku, buat aku keluar dari sudut duniaku. Tidak percaya bahawa suara yang memanggilku itu adalah suara miliknya. Segera aku cuba lupakan peristiwa itu.
Keinginan untuk merasa bebas dan keseronokan ternyata tidak pernah melepaskan aku begitu lama. Sedar tidak sedar aku telah membuka jalan lain untuk perasaan itu kembali kepadaku. Saat dia berhadapan denganku, tiada sedikit keberanian yang wujud untuk aku memandangnya. Hanya mencuri sekilas pandang pabila dia tidak berhadapan denganku. Ada sekali aku cuba untuk memandangnya walaupun pada ketika itu dia membelakangiku, ku sedar itu bertentangan dari sudut pandanganku sebagai orang yang masih stay single. Di suatu ketika, aku sama sekali tidak menyangka yang dia akan berpaling memandang ke belakang dengan senyuman yang terukir halus dibentuk cahaya di siang hari. Dari sinar pandangan matanya itu ternyata telah membolosi kota hati ini dan dilemahkan oleh senyuman itu. Adei!
Hari demi hari, hati ini menanti untuk menatapnya. Andai aku kuat untuk menghalang hati ini daripada menyayangi dia, akan ku usahakan sedaya upayaku. Kerana aku tahu aku tidak cukup kuat untuk menangguh deritanya cemburuku sendiri. Lantas ku kasari dia, untuk menghilangkan rasa sayang itu. Tapi melihat dia sakit sedikit, hati ini lembut ingin meluru ke arahnya ingin menjaga dan menemani agar dia lupa akan sakitnya. Namun siapa diri ini, untuk berbuat sedemikian. Ku kembali ke alam realiti.
Aku yang lebih-lebih. Aku tahan hasrat hatiku untuk memandangnya. Mencuba untuk menjauhkan diri. Berusaha untuk membuang kembali perasaan sayang itu. Bimbang akan mencemari persahabatan yang baru tercipta.

* * * Hanya teringatkan tawanya saja mampu buatku tersenyum. Indahnya rasa itu untuk saat ini tapi bisa buat ku menderita di masa yang mendatang~ (o_O)

No comments:

Post a Comment