Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konnichiwa.
11 Julai 2013
Setelah sekian lama menunggu bila tarikh keluarnya keputusan permohonan UPU, 11 Julai 2013, keputusan akan dikeluarkan pada jam 12.00 tengah hari menurut laman web upu. Ingat semalam tu, aku mau post print screen laman web upu sambil buat caption: Minggu ke-2 dalam bulan Julai. Nasib baik aku nda sampai hati nak menyiapkan kerja mengedit tu. Cuba kembali neutral dan bersabar.
10 minit menjelang ke jam 12.00 tengah hari, hpku mendendangkan lagu Dan Sebenarnya by Yuna menandakan ada sms masuk. Rupanya boleh semak keputusan melalui sms. cuma perlu taip UPU RESULT [NO. KP] dan sms ke 15888. Menjelang 12.00 tengah hari, laman web upu terus lagging. Langsung tak dapat reload ni. Akhirnya, setelah menunggu 27 minit, aku dapat sms dari upu semak tuh.
Kandungan mesej tersebut:
RM 0.20 UPU: [No. Kad Pengenalan aku] Tahniah, anda berjaya ditawarkan program RK84 di UNIMAP. Layari laman web IPTA berkaitan untuk surat tawaran.
Alhamdulillah, aku diberi peluang melanjutkan pelajaran ke UniMap dalam program RK84 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ( Kepujian ) ( Kejuruteraan Rekabentuk Produk). Nak tau ni pilihan aku yang ke berapa? Meh klik Pilihan Program UPU Aku untuk Degree . hehehe
Rasa bersyukur sangat setelah setahun lebih menunggu peluang untuk sambung belajar balik. Perasaan masa tu, rasa nak teriak sepuas-puasnya tapi teringat kata-kata seorang kawan, " Itu bukan cara orang Islam" walaupun masa tu berkenaan dengan ucapan salam antara satu sama lain, tapi aku rasa kalau dia ada bersama pun, mesti dia bagitau hal yang sama.
Senyuman di Hari Ke-2 Ramadhan
Kebetulan aku kerja shift afternoon hari 11 Julai 2013 tu, jadi aku pun jalan dengan hati yang berbunga-bunga. Masuk kerja pun ceria ni, rasa nak sapa semua kawan kerja dalam Gmart KB tuh. hehe Aku punya ID di kaunter 2. Tak kesah lah, ID kena buka awal sebab rasa happy sangat, Alhamdulillah. Menjelang tamat waktu rehat juruwang yang shift pagi, aku perasan ada orang di belakangku, rasanya part time juruwang, hm, selalunya nak tolong bungkus barang2 [packer].
Sekali aku berpaling ke belakang, ya Allah, lelaki rupanya. Dia ni student degree jurusan petadbiran tahun ke-2 di UMS, sekarang cuti sem, study nanti bulan 9. Aku mo bawa dia bercerita lebih lanjut pasal kehidupan di UMS, tapi ntah aku segan pulak. Mungkin sebab baru juga kenal kn, ah~ nanti-nantilah. Banyak juga part time juruwang yang study di UMS ni. Wah, bestnya kalau dapat dengar cerita dan pengalaman dorang kan. Maklumlah, environment U dan Politeknik pasti ada perbezaannya.
Sekian, Alhamdulillah & Wallahualam.
Check UPU Result for 2013/2014 session? Here
Check UPU Result for 2013/2014 session? Here
Camni la rupanya kalau dah boleh check, hehe |
Congratz!
ReplyDeleteAlhamdulillah Thanks Mohd Ridwan.
ReplyDelete