Tahun 2013 telah berlalu, berganti pula kalendar 2014. Aku mengambil kesempatan untuk menjengah ke laman blog, selepas dua hari berturut-turut menghadapi peperiksaan akhir semester 1 bagi sesi 2013/2014 di UniMAP. Rasa letih pun ada juga, namun itu semua aku anggap salah satu cabaran sebagai seorang pelajar.
30 Disember 2013
- Peperiksaan subjek UUW235 - Hubungan Etnik.
31 Disember 2013
- Peperiksaan subjek UUW233 - Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara. Jam 9 am.
- Peperiksaan subjek UVW410 - Bahasa Melayu Universiti
Jelas dapat diklasifikasikan bahawa ketiga-tiga subjek ini merupakan subjek teori secara 100%. Biarpun, berbekalkan hint2 yang bertempiaran di laman sosial facebook. Ternyata aku masih agak ketinggalan jika dibandingkan dengan yang lain, mereka lengkap dengan nota-nota ringkas beserta karangan yang digarap kemas bersisipkan isi penting bermakna untuk setiap markah. (ayat emo sikit, takpa kot..hehehe) tak apa, nak salahkan siapa? Salah sendiri kerana lambat menyedarkan diri dari lamunan cuti yang panjang.
Namun begitu, aku tetap bersyukur, nampaknya tempoh perperiksaan yang berlangsung selama 3 jam setiap satu ini, memberi aku masa yang cukup untuk berfikir dan menyiapkan karanganku. Dulu-dulu masa spm pun mana sempat nak siapkan karangan.. Hanya mampu sekerat dua saja. Kini aku hanya mampu berdoa dan bertawakal setelah berusaha semampuku.
Aku rasa terkilan juga kerana menganaktirikan BM, aku lebih fokus membaca dan mengulangkaji Hubungan Etnik dan TITAS yang aku anggap sebagai subjek teori yang kritikal kerana ia melibatkan sejarah yang tidak aku alami tapi hidup dengan menikmati hasilnya sahaja. Jujur, aku sedih kerana aku rasa telah menghampakan pensyarah BM aku. Beliau nampak sangat membantu kami sebagai pelajar dari segi memberi tunjuk ajar dan memberi bimbingan dalam menghasilkan tugasan agar dapat markah yang baik. Entah, rasa sedih bah. Setiap kali aku jawab objektif yang aku tak sempat nak ulangkaji tu, aku terbayang suasana pembelajaran di dalam kelas. Kalau kelas BM, aku memang beri perhatian sungguh-sungguh, sebab cara beliau mengendalikan kuliah itu buat aku rasa aku betul-betul berada dalam dunia bahasa Melayu. Namun kebetulan yang masuk final ini, topik yang dijadikan sebagai topik pembentangan pelajar dalam kelas, jadi aku tak dapat nak fokus sangat memandangkan sibuk mengurus pembentangan kumpulan masing-masing. Takpa Mal. Hidup mesti diteruskan. Okay.
Untuk tahun 2013 ini, 3 subjek aku dan berakhir. Bermulanya tahun 2014 ini pula, dua lagi subjek teras kejuruteraan menanti iaitu subjek:-
- EPT 162 - Computer Programming. [17.01.2014]
- EPT 114 - Statics.[18.01.2014]
Ini bermakna aku ada masa lebih kurang 2 minggu untuk mengulangkaji dua subjek 'KILLER' ini. Pray for the best! Ya Allah, Permudahkanlah segala urusanku ini. Aamiin..
P/s: Untuk Emon, Tim, Amirul Farhan, Asnan, member kebudayaan dan taekwondo gtf UniMAP, All the best! Miss korang... :D
No comments:
Post a Comment