Tuesday, 24 April 2012

J5127-Manufacturing Control

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Mechanical Engineering Department
Final Examination
December 2011 Session
Date : 24 April 2012 (Tuesday)



Question 1



Question 2



Question 3



Question 4



Question 5



Question 6


Saturday, 21 April 2012

Bila Aku Belajar (1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kali ini post aku berkenan dengan rasa-rasa (perasaan aku)

Bila aku mula nak belajar sempena peperiksaan akhir ne

Memandangkan minggu depan aku ada dua kertas peperiksaan

Kertas subjek J5127 (24 April 2012)

Kertas subjek B5001 (25 April 2012)


Aku mula belajar subjek J5127 - Kawalan Pembuatan yang mana menggabungkan teori dan pengiraan. Untuk sedia maklum, aku ne kurang mahir dalam bab pengiraan tapi alhamdulillah setakat ne, aku lulus semua subjek pengiraan dan teori + pengiraan. itu pun aku rasa memang dah tahap study hard dah aku ne kalau masuk bab pengiraan. Nda ngam aku study smart kalau bab pengiraan ne.hehe

Semalam ikut lepak di rumah cheche Reyn bersama-sama kakakku pija, mirna, anas dan yan, kira nak belajar bersama-sama gak. Ada juga aku jeling2 teori kawalan pembuatan tu, tapi tak masuk sangat dalam kepala ne. Astagfirullah, apa nak jadi ne, minggu depan mau peperiksaan akhir sudah ne. Layan tgk tv, pastu bercerita, dekat2 jam 2 baru kami masuk tido. Selamber ja aku spotlight sofa tu bikin tempat tido aku. Memang dah biasa tido kat sofa pun.^_^. Sambil baring-baring tu, aku baca2 lah teori, dah tak dapat melekat kat minda aku ne, 
aku give up, terus tido ja.hahah


Masa tido tu aku rasa tak selesa dah sebab kusyen sofa tu dah berubah settingnya. Aku pun malas mau bangun untuk setting kusyen tu baik2. Tak sempat aku set, BUKKK! jatuh tertiarap aku d atas lantai tu. Tetiba kakakku pija bangun terus duduk ne dia, "Astagfirullah, Amal". Belum sempat aku bagi signal suruh senyap ja, aku nampak dah c Yan tengok aku sambil tersengih. dalam hati aku 'Habislah aku pagi karang ne': tau sangat fi'il dorang ne. hahaha

Lebih kurang jam 8 lebih aku bangun, belajar di meja makan bersama-sama anas. Aku mula jawab soalan peperiksaan J5127 semester lalu, soalan teori, alhamdulillah dapat aku jawab (itu pun masih rujuk nota2), tapi masuk bab pengiraan. Habis! Masuk bab Material Requires Planning, Critical Path, Economial Order Quantity dan seumpamanya, aku dah mula bingung-bingung. Takda lain cara, aku harap bila aku jumpa kawan aku, boleh lah aku minta tolong ajar aku dalam bab pengiraan ne nanti. Pastu, mana lagi nak fokus bahasanya, ya lah, belajar Bahasa Malaysia, bila masa nak jawab soalan peperiksaan tu dah Bahasa Inggeris. Rasa Nak Memaki pun ada bila aku tak faham istilah2 yg digunakan dalam soalan tu. huhu. 
Pasrah aku dengan soalan bahasa Inggeris ne.

Bila aku dah jumpa kawan aku c Tambey ne, nak aku minta ajar, dia takda mood pulak!Kalau ajar aku pun, mesti last minute punya! Memang sejak semester 1, aku kenal dia memang begitu perangainya. Tapi aku ne pula tak serik2 nak bagi peluang dia ajar aku supaya kot2 dia ne berubah lew. Tapi sampai sekarang ne, jam ne, minit ne, saat ne, tak juga berubah. Nak juga ikut moodnya, OK! (ne memang kes kecik hati lah ne, tak kena ajar) hahaha. 
Takpa lah Ahdeen Tambey, aku tau ko serik dah nak ajar aku kan. 
Biar lah aku cuba alternatif lain, nda la aku mau kacau ko belajar. Belajar lah ko bila dah ada mood yer!
Thanks for everything that u thought me every last minute time.
This time I will try my best with myself, InsyAllah.

Tuesday, 17 April 2012

Jadual Peperiksaan Akhir DTP 6 Sesi Disember 2011

Jadual Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2011
Diploma Teknologi Pembuatan
Semester 6

Tinggal 7 hari lagi untuk menghadapi hari peperiksaan akhir untuk sesi disember 2011. 



Dan aku masi di sini mengadap Cayang Acer (online, surfing internet, listen to music).

Apapun kena usaha betul2. Hope this is the last battle in Politeknik Kota Kinabalu. 3 paper to go.

Wish me Luck, InsyAllah.

Jadual Peperiksaan Akhir Disember 2011


Di kesempatan ini, ucapan khas untuk:

Noradeen Thandayakoh (ahdeen Tambey)

Wajimin Jaumin (waji)

Jesmi Majunting (Jesmi)

Mohamad Farizal Bin Abdul Rajak (Jai)

Rafizah Suhaibul (kakakku pija)

Mirna Asmat (mir)

Mohamad Andy Sabarudin (abg angkatku  sem 3 ND)

Shahrul Nizam Osman Leong (Nico)

Zaini Cheok (zaini)

Shahrill Semi (shahrill)

Abdul Rahim (raem)

Saudah Onong (e-dut)

Sofea Erika Binti Ray (sofea)

Rhysa Rimo (icha)

Johnalex (John)

Azmi Yusuf (Azmi)

Lee Thai Chung ( AChung a.k.a. bosku)

David Gilbert Sim Siang Hui (adik angkatku sem 6 David)

Ahmad Farhan Bin Johan (Abg angkatku sem 6 Farhan)


Dengan ucapan:


Good Luck Final exam Disember 2011 ne, study kita bagus2 ya. Terima kasih atas segala tunjur ajar, kata-kata semangat, dorongan motivasi, dan suma kenangan kita bersama. Chaiyox2.. Semoga amalan kita diberkatiNya, InsyAllah.

Sunday, 15 April 2012

Hadiah Dan Sijilku Di Majlis Makan Malam Kelab Rakan Pustaka

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Begini rupanya rasanya jadi pelajar semester akhir di Politeknik Kota Kinabalu juga merangkap senior kelab Rakan Pustaka. Andai saja aku boleh merakamkan perasaan ini dan ku post di Blog ne.Tapi ternyata, tiada alat yang boleh merakamkan perasaan. So, layan ja la..hehe..

Serimpun hadiah dan sijil penghargaanku

Free gift sempena Majlis Makan Malam RP

Hadiah: Hiasan untuk HP tertulis ayat 'I Love You' dari Sofea Erika Binti Ray

Sijil Penghargaan Anugerah Ahli Kelab Rakan Pustaka

Hadiah: Wirawati Hari Keluarga dari Pengarah dan Timbalan Pengarah Program  Hari Keluarga

Cabutan Bertuah

Hadiah: Key Chain dari Kak Dayang Suhaila

Sijil Penghargaan: Penghargaan Ahli Kelab 

Hadiah dari Bosku Lee Thai Chung (Key Chain RP)

Hadiah Dari Adik Zaini

Hadiah terakhir yang aku terima dari Kakakku Pija~

Terima kasih atas hadiah dan sijil penghargaan serta semua kenangan bersama Kelab Rakan Pustaka. Kelab Rakan Pustaka dari sesi Julai 2009 hingga sesi Disember 2011 merupakan keluargaku yang kedua di Politeknik Kota Kinabalu. Terima kasih kerana menerima aku seadanya aku. Dari mula perangai aku masuk Kelab RP ni sampai lah berubah menjadi diriku yang sekarang, terima kasih banyak-banyak atas penerimaan dan kerjasama tugas yang kita kongsi bersama. Thanks a lot.

~From the person who don't know how to express her feeling very well.



Friday, 13 April 2012

ADIK-BERADIK ANGKAT RAKAN PUSTAKA

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.



Hari ini cerita tentang program " Kampung Adik-Beradik Angkat" yang Kelab Rakan Pustaka anjurkan khas untuk ahli-ahlinya. 97 ahli kelab Rakan Pustaka namun yang join program ne hanya sebahagian ja. Sebab program tu mula semasa Program Hari Keluarga Rakan Pustaka di Pulau Mamutik dan dilanjutkan sehingga ke Majlis Makan Malam Rakan Pustaka. Yang bestnya, kita hantar surat tapi dia tak tahu sapa yang hantar sebab surat tu tak letakkan nama pengirim. hanya diletakkan nama penerima ja.

Peti-Peti Surat RPeanz





Ya, itu lah peti-peti surat adik-beradik angkat. Walaupun nampak simple berasaskan surat khabar, itu tak menghalang untuk tulis surat pun. Ada yang kreatif sikit, diorang hias2 lew:-

Sampul Letter Asmida

Sampul Letter Ariffin

Sampul Letter Bamble

Sampul Letter Icha

Sampul Letter Kakakku Pija


Sampul Letter Mirna
Sampul Letter Abang Andy (Abg angkat aku masa sem 3)

Sampul Letter Superman RP

Sampul Letter Langga (Adek angkatku sem 5)

Sampul Letter John

Sampul Letter Panda

Sampul Letter E-dut


Ne lah sampul surat aku ^_^_^
Asal aku lepak kat bilik kerja, memang tak sah kalau aku tak singgah jenguk sampul surat aku. Kadang-kadang tu bersurat, kadang-kadang pula kosong ja. "Sibuk kali adekku ne" itu ja yg terlintas di fikiranku.hm, adek ke? hehe. Tapi adakalanya, aku dapat surat layang dri rpeanz lain gak. Makaseh bebanyak ek.

Surat dari adekku

Surat dari adekku
Letter from kakakku pija

Letter from chanda
Letter from Icha

Letter from Kakakku Pija

Letter from kakakku pija

These some letter I got for the whole this semester. 
oh ya, ada surat dari Ariffin lagi,tapi tak tahu letak kat mana dah. Huhu.

Aku pula selain daripada tulis surat untuk abang angkat, aku tulis surat ma RPeanz yang memberi impak kepada diri aku ne sepanjang aku berada di Kelab Rakan Pustaka ne.

Adekku Zaini (adek mmg adek2)

Nico de Coco (Klu bab tarian, mmg it's him)

Ahdeen Tambey (Classmate aku yang nakal2 tapi pandai emosi tetiba ne[haha])

Goku (Selalu memberi info2 baru dan wat lawak spontan selamber ja)
Abdul Rahim (cute2)

Azmi (ensemboi orgnya[haha])

Memandangkan esok malam merupakan majlis makan malam Rakan Pustaka yang juga merupakan saat-saat nak tau sapa adik-beradik angkat tu, meh sini aku revealkan dulu nama rpeanz yang aku cabut namanya iaitu Abang Ahmad Farhan Bin Johan, Diploma Kejuruteraan Elektrik, Semester 6.
Sampul Letter Abg Farhan (abg angkat aku sem 6 ne )
Suspennya aku ma abgku ne, aku tgk macam dia dah tau aku ne adiknya dan macam juga tidak.hehe, kenapa? ada ja scene macam nak terkantoi ne.haha. Hari tu, aku mo minta design banner projek ma dia, sebab dia kan terer dalam hal multimedia dan jdi org kuat unit multimedia Rakan Pustaka. Masa permulaan menulis tu, aku tersentak seketika terus tgk dia, "erk, dia perasan ke tulisanku ne?" itu yg terlintas di fikiran. Terus aku menulis dgn carefully hehe. Beberapa hari yang lalu, dia tanya semua yang ada dalam bilik kerja dan secara kebetulannya aku pun ada kat situ. aku ne pun dengan muka plastik, pi pura-pura cuba mengenali tulisan tu tapi wat2 tak kenal ne[hahaha]. Sandi juga aku kenakan ci farhan ne. sorry bro.(^_^)v

Thursday, 12 April 2012

Titipanku buat Sahabatku

Khasku coretkan buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini dan yang sentiasa menemani walau di masa susah dan senangku.

sEtiap kejadian yang berlaku itu ada maksud disebaliknya, terpulang kepada empunya diri untuk menyedarinya,

satu demi satu baru ku temui,
kesalku kpd mereka yg cuba merapati,
mungkah sudah terlambat utkku kesali,
kepada mereka yg tlah ku sakiti,
walaupun ku tak bermaksud utk menyakiti,
(Maafkan aku, buat kepada semua sahabat, terutamanya kepada yang rapat dengan diri ini)
yang kini perlahan-la...han menjauhkan diri,
meninggalkan ku sendiri,
mungkin dgn harapanku akan muhasabah diri,
bukan ku tak coba untuk memperbaiki diri ini,
bahkan seringkali tuk setiap hari,

kuharapkan ketenangan sampai ke malam hari,
tapi pergolakkan dan cobaan setia menanti,
lain yang kuharapkan,
lain yang terjadi,
memang ak bukan seperti yg kau harapkan,
lemah lembut, sopan budi pekerti,
kasar laksana pemuda,
namun masih ak ingat batas2 itu,
batas2 yang masih teguh menghadang kehendak sanubari,

jadi itulah amal yang kau lihat pada hari ini,
masih bergelut dengan keinginan naluri,
sambil coba menanam teguh batas2 agama,

Adakalanya aku leka,
mungkin kerana hati ini ingin kau jaga,
lalu kau biarkan aku terus terleka,
pabila aku tersedar sendiri,
derita datang umpama tsunami,
melemaskan kehendak naluriku yang sering ku manjakan,
terkenang senda tawaku.
yang seperti mengtertawakan aku kembali kerana kebodohanku,
telah ku ketahui namun aku apla dan terleka,

Adakalanya aku tahu hukumnya dosa,
Namun terkadang hati seakan terdetik utk mendekatinya,
Lalu,
bagaikan terbuka jalan seluas-luasnya perjalanan untuk aku mendekatinya,
Tanpa ada sekecil-kecil halangan untuk aku melakukannya,

Namun pabila kutahu hukumnya sunat, harus, wajib,
adakalanya kupaksa hati utk melakukannya,
"biar mula2 terpaksa, nanti boleh lah tu"
"oh, alangkah susahnya mo istiqomah ne" detikku.
selama mana aku cuba,
tak pernah walupun sehingga kini ku dapat bertahan,
terasa berat untukku kerjakan,
terasa lama untukku lakukan,
sehinggalah aku berhenti melakukan dan memikirkannya

Namun Alhamdulillah,
Dengan sedikit ujian dariNya,
Aku diuji dengan rasa sakit,
Diuji dengan masa yang tak pernah cukup,
Diuji dengan rasa lemah terhadap diri,
aku tercari-cari dalam kealpaanku,
dimana silapku,
cari-cari aku mencari,
akhirnya ku jumpa,
silapnya aku kerna ku alpa dan leka drpd agama,

Tegurlah aku jika aku mulai alpa agama,
biarkan hatiku terluka kerana agamaku,
jangan biarkan hatiku terluka kerana perkara yang sementara di dunia ini,
pesanan seorang sahabat mengenai 3 S
"Sialan, Siaran, Sinaran"
bagiku untuk mncapai Sinaran itu mungkin mustahil,
Andai aku masih mengharapkan pujian manusia,
Andai rasa ikhlas itu tidak ku cari,
Andai aku tidak pernah mencoba untuk berubah.

-masih mencuba yang terbaik untuk di dunia dan akhirat. InsyAllah. Amin.