Hati ini
Unik dan pelik
semakin aku meningkat dewasa
semakin aku tidak dapat memahami dan mengawalnya
namun aku sentiasa cuba memujuk dan merawatnya
Hati ini
seringkali terasa lemah
tidak seperti yg dipamerkan dgn kekuatan jasadnya
ya, mungkin aku boleh mengangkat berat seberat tubuhku
tapi hati ini sungguh pelik
sedangkan aku sebagai pemilik pinjamnya pun tak mengerti
akan apa kemahuannya
Sigu kata
hati paling sukar dijaga ialah hati perempuan
betulkah tu?
kalau boleh, aku nak didik hati seperti lelaki didik hati dorang
itupun kalau boleh lah
Pernah aku cuba tanya
"Boleh kah kita buang perasaan kita"
dalam erti kata lain
hidu sebagai manusia yang tiada berperasaan
~kosong~
segala teguran dan nasihat aku cuba terima
tapi hati ini masih berdegil
Bukan aku tak pernah mencuba
semester 5
Aku cuba menyibukkan diriku
dengan pelbagai kerja, tugasan, dan aktiviti
yang memang aku akui cukup-cukup memenatkan diri dan fikiranku
Hasilnya
aku rasa kosong, tak bererti, bersendirian melalui detik perjalanan hidup
seakan-akan cuma aku dan bunyi detikan jam yang berputar di bilik yang padat dengan lampu yang malap
dari situ aku tersedar seketika
hidup itu perlu dijalani dan dinikmati
bersama rakan yang sentiasa bersamaku
ingin saja aku coretkan sekarya penghargaanku buat mereka (maybe later, haha)
pemikiranku yang kosong dan penat di dekati oleh rakan-rakan
yang sanggup bersamaku setelah aku berubah sejak aku kenal mereka sampai lah sekarang
tidak kira apa yang telah aku lakukan kepada mereka
buat aku sedikit terharu dan menghargai
Hati ini
Hati yang gembira berteman
namun sukar untuk membuka ruang untuk mereka menembusi tembok kepercayaan
kawan yang rapat dengan aku mungkin perasan hal ini atau pun tak
Sukar untuk aku menceritakan segala duka dan masalah aku kepada mereka
kerana itu aku lebih selesa mengekalkan jarak antara aku dan mereka
andainya terlebih rapat
adakalanya seseuatu perkara itu berlaku
hasilnya akan menjarakkan aku dan mereka
Itu membuatkan hati dan rasa aku lebih teruk dari yang sebelumnya
Hanya satu keputusan dan penyelesaian yang harus ku lakukan
demi kebaikan ku dan mereka yang rapat dan ku sayangi
Hanya itu saja yang boleh ku lakukan
Tabahkan hatiku dan teruskan berjuang
berbekalkan prinsip yang baru dalam hidup
Ya, aku tunggu pengakhiranya.
Let's see this to The End.
...The End...
-amal-
Friday, 7 September 2012
Saturday, 25 August 2012
Aku dan Dia
Rasa macam tak kerja pula hari ini, stay up sampai jam 2.48 am padahal esok kerja jam 12.30 pm.
Dalam melayan rasa angau aku yang tak sudah, hm sabo je la.
Orang kata, mabuk cinta~?
PADAHAL
Aku ne kasih bertepuk sebelah tangan ja kali. Bak lirik lagu mana tu, dalam diam aku mencintaimu. Haha. Entah kenapa, tak sikit dan tak banyak, ada juga kawan yang percaya aku untuk memberikan sepatah dua kata pasal hubungan dorang. Untuk makluman, aku tak pernah bercinta pon. Dah bagitau dah, tapi tetap juga nak minta pandangan so aku bagi ja apa yang ada. Ikut logik kunun. So, bila ada kawan minta buah fikiran macamana nak handle perkara macam ni, senang ja kalau ikut teori aku. Kalau mahu rasa bahagia, bagitau direct dgn orang tu pasal perasaan tu segala. Kalau mahu rasa derita cinta sebelah pihak, takyah trafik jammed nak bagitau, duduk diam ja. Tapi kena bersedia untuk terima risikonya lah. Apa risikonya? tau-tau je la, bila dah kena reject tuh...takpa, aku faham tuh. hehe
Mengenai orang yang aku angau ne, memang kasihan lah. Dia tak tahu pun aku ne kira minat ma dia lah. Apa tidaknya, bila dia ada, aku buat-buat tak nampak ja, padahal dalam hati tu hanya tuhan saja lah yang tau betapa nervous happy aku jumpa dia. Bila bercerita tu, hampir nak semua kawan di situ aku bawa bercerita, tapi nak bercerita dengan dia, rasa lidah ni kelu pula. Takda idea jon. Selalu kalau part dia bercerita, aku secara autonya menjadi pendengar cerita. Lagi tetiba tu, mulut ni jadi sopan santun pula, asyik nak senyum dan ketawa senantiasa (tak dapat cover rasa nervous happy punya pasal). Tapi lain cerita lah, kalau aku sudah over-excited gembira tak kira asal apa, dia ada kat situ ke, takda ke, aku bantai ja, nak menyanyi, aku nyanyi, nak menari, aku menari. Aku memang hampir lupa diri kalau dah over-excited tu. Sekali sekala kunun.
Kadang-kadang bahaya jua tu, kalau aku dah seronok sangat, semua nak terluah. Hari tu dah terlepas cakap, orang ni aku suka tengok gaya dia dan suara dia sopan. Aku cakap direct, aku suka tengok dia depan kawan-kawan di 1B. Fuh! Macam nak meletop ja, saluran darah aku selepas aku sedar aku cakap tuh. Itu kira pertama kali aku cakap direct ma orangnya. Nasib baiklah, orang tu budaknya baik. Kalau tak baik, memang dah jadi bahan permainan cinta monyet kot aku. Dia anggap aku macam kawan biasa jua. Syukur. hehe. Seperkara lagi, selepas aku dah luahkan tu, perasaan aku seperti rasa lebih baik. Seakan-akan melepaskan beban yang tergalas di hati. Sekarang ni, aku anggap orang tu macam kawan biasa yang boleh dibawa main game bowling with no such feeling. 1 team ok. Tu kira dah setel. haha
"Lelaki ni macam bluetooth, Perempuan macam Wireless" ni la pepatah aku jumpa di fb. Ya ka? kalau aku tengok-tengok (x fikir lah), betul jua. Persepsi kita tengok dan kita fikir ni agak berbezakan? Ada beza tuh. Kononnya, perempuan ni suka banyak jejaka lah, tapi di antara banyak jejaka tu, dia akan suka orang yang paling menambat hatinya. Ceh, ayat tu ar. Itu lah perihalnya aku ni. Aku suka dia, tapi tak tau kalau dia suka aku. Kerana aku malu nak luahkan lalu kudiamkan saja. Tunggu perasaan tu pudar dan hilang. Seperti dulu jua.
Kenapa? Kenapa aku tidak luahkan? Seandainya kuluahkan, mungkin kah akan direject? tu biasa. Hahaha. Bagaimana halnya kalau dia pun sama? Jadi ayat "Ya, kami kapel" tu pun akan wujud dalam kamus hidup aku. Mungkin bagi setengah orang berpendapat bahawa aku ini masih katak dibawah tempurung, tapi itu lah aku kot. Dari aku sekolah menengah, istilah orang couple tu, hanya untuk orang yang bakal nak kahwin dah. Kalau tiada bermatlamat nak sampai ke jinjang pelamin, tak berkesudahan la jawabnya. So, di saat ini aku masih berpegang kepada kata-kata itu. Ye la manatau, sok lusa aku berubah, kot2 nak bercouple sakan pula dah. huhuhu. Iman tu tak boleh dijangka. Hasilnya, aku tidak menolak rempah ratus cintan cintun ne, tapi mungkin lebih baik aku diamkan saja.
Aku sangka mengasihi orang dalam diam ni, kira ok lah, tak menganggu dan menyusahkan dia. Rupanya aku. Aku pula yang huru-hara sendiri. Merindu tak sudah. Apa boleh buat. Itu jalan yang aku pilih. Hm, mungkin dah tiba masanya untuk aku lupakan semua yang berlaku di sana mengenai dia dan mulakan hidup serta hari yang baru. Pastinya tidak mudah bagi aku kerana terlalu banyak kenangan jatuh bangun aku bersama dia. Bila memikirkan semua ini, rasa derita di hati lantas ingin membenci. Namun mampu kah aku untuk membenci dia yang selama ini sering buat aku tersenyum dan tertawa serta sedar akan kekurangan diri dalam menongkah arus kehidupan? Apa pun, aku harap dia gembira dan jangan pilih orang macam aku, sebab lebih baik dia pilih aku kan (cewah, promote lagi) daripada orang lain. haha. Gurau je. Semoga dia berjumpa dengan orang yang terbaik untuk dia sebab dia memang layak untuk mendapatkan yang terbaik (pinjam kata2 abg Andy).
Friday, 10 August 2012
My Life As a Cashier
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Lantang ja aku tulis title post dalam bahasa Inggeris kan? padahal entry penuh dengan bahasa rojak sayur. haha, Apa boleh buat, begitulah zaman kami belajar dulu-dulu. Mostly belajar bahasa melayu, jawab exam pla ada subtitle english. hehe
Hari ini hari Jumaat dan aku bertugas untuk shift 'Full'. Awal pagi kena taklimat ringkas dari ketua juruwang dan jua dari Bos. Aku jaga kaunter 7 merangkap kepada kaunter di tingkat 1. Hm, aku jangkakan hari ini biasa-biasa saja, nampaknya jangkaanku meleset.
Kelmarin baru keluar gaji bonus, so sepatutnya aku lebih bersedia untuk dibanjiri dengan pelbagai manusia beserta karenah mereka. Tapi aku wat macam biasa ja.
Bermula dengan barisan pelanggan yang beratur panjang sehinggakan kaunter sebelah tu pun dibuka. Disertai dengan pelanggan yang datang nak pulangkan dan tukar barang. Fuh~ Sabar lah jiwa. Belum masuk hal pelanggan yang ada masalah dengan harga barang. Memang terasa macam kaunter pertanyaan. Aku rasa banyak menyusahkan Kak Mas, Kak Jehan, Kak Nia, Kak Tika, Kak Liza, Kak Lina, Kak Masni, Jeff. Sorry banyak-banyak ar. . .Terima kasih sebab sudi bantu aku masa tu, kalau tak, aku pun tak tau la macamana nak handle semua tu.
Jam menunjukkan jam 9.33 pm, pelanggan masih berurusan di kaunter. "Duh, bila lah mau pulang ni", detik hati kecil ini.
Setelah banyak perkara yang berlaku yang tak larat aku nak cerita di sini, semuanya berakhir jam 10.15 pm, iaitu masa aku punch card dan thumb print. Fuh~ Tahniah untuk warga rakan seperjuangan sekalian, Esok masih ada, Teruskan berjuang! InsyAllah. . .Aamiin.
Tuesday, 31 July 2012
Gaji Pertamaku Sebagai Juruwang!
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, Gaji pertama aku bekerja sebagai juruwang di G*mart. Setelah dapat tahu staf bahagian jabatan lain dah dapat gaji kelmarin, hari ini baru dapat gaji sekaligus bayar baki jumlah duit yang aku 'short' iaitu RM5.10.
Memandangkan aku dah buat pinjaman RM 200 masa 20/07/2012 tu, secara automatik kena tolak dari gaji. Basic gaji RM 450, so sepatutnya tinggal RM 250 lg. Tarikh aku masuk kerja 22/06/2012, secara totalnya, gaji aku kalau aku tak ambik pinjaman hari tu dan jumlah hari aku kerja 'full time' ialah sebanyak RM692.95, tapi kena bayar EPF'YER dan SOCSO'YER, tinggal RM 420.70.
Memang agak pelik dan janggal bagi aku dengan perkataan EPF'YER dan SOCSO'YER, dan banyak lagi yang tertera dalam slip gaji tu, tanya ibu dan bapa, baru faham-faham lah jua sikit-sikit. hehehe
![]() |
| Angpau Gajiku |
Dapat gaji dari office, punch card dan thumbprint, direct terus shopping. Yeah, akhirnya aku join kelab Kerja OMG..."Orang Makan Gaji"...Semoga sumber pendapatanku ini, halal dan diredhaiNya, aamiin.
Sekian, Terima Kasih.
Labels:
Cashier
Location:
Kota Belud, Sabah, Malaysia
Wednesday, 18 July 2012
Bila aku belajar Naik Motorsikal?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Orang kata, kalau nak belajar tunggang motorsikal, kena pandai kayuh basikal. Kena belajar imbangan tu. Hm, macam tu pula. Okay.
Bermulanya kisah aku belajar tunggang motorsikal ni semasa aku menjalani latihan industri di Unit Pembangunan Dan Penyelanggaraan. Pelajar yang praktikal di UPP untuk semester tu, ada lima orang semuanya:
Sharul Effendi (Sarul) - SKA
Mohammad Jazil (Jazil) - SKA
Nurul Saqdah (SaQQ) - DTP
Amal (aku lah tu) - DTP
Memandangkan kerja praktikal kami ni, banyak memerlukan pemantauan. pihak UPP pun menyediakan motorsikal untuk kegunaan pemantauan. Aku memang mahu belajar menunggang motorsikal ni. So, aku mohon tunjuk ajar ma kawan praktikal ni sebab dia guna motor dia pi kerja, sarul nama dia atau lebih dikenali sebagai 'boy', Dua lebih tua daripada aku.
![]() |
| Sarul |
Bila aku kata minta ajar tu, jan dok pikir len noh. Aku sorang ja tunggang motorsikal tu. Dia, jazil, tambey, dan saqq tengok aku dari garaj. Dia cuma bagi arahan ma aku pas tunjuk mana tempat tukar gear, break, dan macamna nak bagi jalan motor tu. Dan mula lah aku belajar perlahan-lahan naik motor tu... Sekarang, aku boleh tunggang motorsikal tapi belum ada lesen la...apa pun thanks sarul. Senang hati aku jenjalan dengan motor tu masa aku praktikal. Jalan pusing-pusing poli ja keja aku. haha
nota kaki: Tak berkesempatan nak ucap terima kasih kepada Sarul sebab dah ajar aku tunggang motorsikal. (^_^)V
Saturday, 14 July 2012
Hari Ke-23 Sebagai Cashier
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Hari ini merupakan hari yang ke-23 aku bekerja sebagai cashier di G*mart. Nyaris-nyaris terlewat pergi kerja untuk shift Afternoon (masuk kerja jam12.30) sebab tabiat aku yang suka bertangguh-tangguh.
Target aku pada hari ini adalah memastikan kuantiti duit berada dalam keadaan "BALANCE" dalam erti kata lain, ngam-ngam gitu. Tak terlebih dan tak terkurang. Sebab kalau lebih (OVER), tak baik untuk kepercayaan pelanggan terhadap cashier, kalau kurang (SHORT) pula, kena potong dari gaji. So, Aku berusaha untuk berhati-hati ketika mengira jumlah duit masuk, baki duit pelanggan, dan jumlah duit keluar. Selebihnya, aku berserah kepada Allah. Aku hanya mampu merancang
Bagi shift after, kena jaga kaunter dulu sementara cashier yang sebelum tu, pergi rehat untuk satu jam. Habis tu, baru buat kerja-kerja buang sampah, cuci kain lap. Selesai buat kerja pembersihan, kena masuk pi bahagian sayur. Tolong kakak-kakak staf yang lain packing dan label harga pada sayur. baru hari ini, aku belajar nak buat label harga untuk sayur di samping aku cuba mengenali jenis-jenis sayur (aku tak kenal sangat jenis-jenis sayur sebelum ni). satu pengalaman dan pengetahuan baru untuk aku pada hari ini.
Kaunter Tiga. masa ramai pelanggan, kak Mar datang tolong aku packing barang dan kadang-kadang tu switch aku pula yang packing bila barisan mulai memanjang. Jam3.30 pm masa rehat, aku pi main mesin yang bentuk bola-bola tu. Nak sangat pakai rantai murah tu. Dapat juga la. hehe. pastu pi makan sorang ja, masa nak habis makan baru kawan yang lain sampai dari beli lauk. Perut lapar punya pasal, tak sempat tunggu kawan. haha
Masa kerja tu, jumpa Adik angkat aku sewaktu program OPKIM di Kg. Benoni, pak cik saudara aku, dan Aziela kawan di sekolah dulu.
Habis kerja, kawan-kawan cashier buat pembersihan sementara yang cash out duit. Masuk pejabat dan tengok report, Alhamdulillah, target aku hari ini untuk Balance tercapai. Sebaik ja aku nampak warna putih tu (balance ar tu). Tetiba aku ucap Alhamdulillah dengan suara yang kuat. Entah, aku rasa macam over-acting pula aku masa tu. Tak fikirkan perasaan kawan-kawan lain yang short duit tu... Sorry ya kawan. huhu
Wednesday, 4 July 2012
Pengalaman Bekerja Sebagai Cashier G*mart KB
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Untuk makluman, ini kali pertama aku kerja dapat gaji.Kerja sebagai
Cashier di sebuah kedai yang agak sibuk jua la. Nama tempat aku kerja tu G*mart asalnya merupakan kedai Superstore.
21/06/2012 - kena panggil untuk temuduga lisan dan mengira, bagi dua
keping gambar passport.
22/06/2012 – Hari Jumaat. masuk kerja sebelum jam 8.30 am (Shift
Morning).
Ada 3 shift, iaitu :-
Shift Morning -
Jam 8.30 am hingga jam 5.30 pm
Shift Afternoon -
Jam 12.30 pm hingga jam 9.30 pm
Shift Full -
Jam 8.30 am hingga jam 9.30 pm
Dah 12 hari aku kerja berturut-turut dan akhirnya pada hari yang ketiga
belas iaitu pada hari Rabu bersamaan dengan hari ini, aku dapat cuti sehari.
Ertinya aku kerja 6 hari seminggu dan cuti setiap hari Rabu.
Hari Pertamaku 22/06/2012, Hari Jumaat.
Sementara menunggu masuk kerja, aku berkenalan dengan dorang Fidah dan
yang lain. Aku kena tegur pasal pakaian, rupanya tak boleh pakai baju kemeja
putih lengan panjang. Mesti lengan pendek. Adui, hari pertama lagi aku dah buat
hal. Sudah la, ku kena take in baju tu. Sabo ja la.
Kena ajar macamana nak guna punch card. Sebelum masuk kerja jadi cashier
kena tolong bahagian pembungkusan sayur dulu. Banyak soalan demi soalan
diajukan untuk mengenali aku. Soalan yang buat aku terkejut ialah “ Sudah
kahwin?” Kahwin? Di usia 20 thn ni, itu pn belum genap 20 thn lgi. Rupanya di
antara cashier tu, Cuma aku ja yang masih bujang la kiranya. Kalau yang belum
kahwin pun, memang dah ada teman lelaki sudah. Kebanyakan staff sudah
berkahwin. Jadi kena hati2 jua lah. Hehe. Ok2.
Tepat jam 9.00 am baru masuk pejabat untuk urusan cashiering. Sebenarnya
ak dapat masuk bahagian cashier ni pn sebab ada sorang cashier tu nak berhenti
kerana dapat tawaran untuk sambung belajar dalam bidang undang-undang syariah.
Kira ak ni pengganti dia, o ya, nama dia Farah. So, ak berada dalam pengawasan
dan belajar dgn dia la untuk hari tu sebab ak kerja guna ID dia. Aku masih
ingat, kaunter pertama aku ialah kaunter 3 dan pelanggan pertamaku ialah
seorang perempuan yang agak berumur. Banyak yang ak perlu belajar masa tu:-
·
kena belajar macamna nak kira duit syilling dgn
cara yang simple dan cepat.
·
Cara nak cash in dan cash out.
·
Cara packing barang mengikut saiz plastik.
·
Asingkan bahan kering dan basah, sabun, makanan.
·
Macamna nak guna fungsi voucher dan coupon.
Farah pesan sebelum bagi baki duit pada pelanggan, kena kira dua kali
supaya tidak salah kira. Sebab kerja sebagai Cashier ni banyak risikonya,
silap2 boleh kena potong gaji. Fuh~ Ralatnya:-
·
Short – Bagi pelanggan baki duit lebih dari yang
sepatutnya.
·
Over – Kuantiti duit di kaunter berlebihan dari
yang sepatutnya.
·
Balance – ngam-ngam, tepat.
So petang tu, sampai ja aku di rumah, terus mengampai di tilam. Penat Sungguh! Tapak kaki aku terasa sungguh
perit untuk berdiri. Apa tidaknya, berjam-jam aku berdiri. Duduk paling lama
pun aku rasa tak sampai 5 minit. Esoknya aku dijadualkan shift morning jua.
Hari Kedua
Kedengaran sayup-sayup suara ibuku membangunkan aku. Sekali aku buka
mata, tangan terus capai nokia aku. Jam dah 8.10 am. Nampaknya aku dah lambat untuk
shift morning. Rasa mau menangis pun ada masa tu. Tak sedar langsung. Maklumlah
terbiasa bangun tengahari kan cuti. Hehe. Ibu siap offer mau hantar, ak paham
maksudnya tu kalau drive tu memang ala-ala racing fast furious ar. Mandai ja ak ni. Haha. Aku hantar mesej
minta tukar pi shift Afternoon. Ni baru la, hari kedua dah pandai2 minta tukar
shift secara last minute lagi tu. Ertinya, hari kedua , aku dah mula kerja
shift after iaitu dari petang sampai malam.
Dalam fahaman ak, boleh pakai seluar jeans warna biru, so aku pun
bersiap-siap la dengan jeans biru aku tu. Jam 12.20 pm, ak dah sampai ke tempat
kerja. Kena sound lagi, rupanya cashier mesti guna seluar slack atau jeans yang
berwarna hitam sahaja. Ayat paling aku sentap “Pecah rekod ko ni taw, teda org
pernah buat mcm ko lagi di sini). Nah, lagi la aku rasa sandi betul. Kalu pecah
rekod sebab kerja bagus, tak apala, ni tak, langgar peraturan berpakaian.huhu. Terus
ni telefon ibu minta hantar seluar warna hitam tapi dah tak sempat. Namun ibu
tetap datang jua, bagi aku seluar hitam kat counter 2. Aduh ibu, thanks a lot,
tapi ak tak pakai jua seluar tu. Hmn..
Masa aku di counter 2 tu, aku berada dalam pengawasan kak bibi. Ada
seketika tu, kak Mas pn ada situ. Aku nervous sungguh, terasa setiap gerak
geriku diperhatikan. Apa pun aku cuba buat macam biasa ja. Aku Cuma tengok
barang-barang, duit, monitor , dan plastic. Khusyuk betul ni. Sampai muka
pelanggan pun aku tak tengok langsung. Sebab aku takut short duit. Alahai…
Dan begitu lah hari aku seterusnya. Banyak masalah jua yang ak jumpa.
Pelbagai ragam, emosi, kehendak, situasi, dan nasihat yang aku terima. Kakak
senior cashier memang banyak membantu. Memberi nasihat dan tunjuk ajar supaya
aku tak mengulangi kesilapan lagi. Tapi ada satu hari tu, aku terasa hati sikit
la. Maklum lah, aku ni kira orang baru, so banyak perkara yang aku tak tahu. Ya
lah. AKU TAK TAHU APA AKU TAK TAHU. Sejak dari tu, aku lupakan apa yang telah
buat aku terasa hati, sebab kalau tidak, memang aku akan malas nak datang kerja.
Aku pegang prinsip, “Malu, Rugi”. Apa benda yang aku tak tahu, akan aku tanya
ja. Peduli lah kalau ada orang cakap aku ni banyak tanya. Sebab aku tak tanya
lah aku dapat banyak masalah. So lebih baik aku tanya kan? Mungkin perkara tu
kira remeh temeh untuk mereka, tapi kalau aku buat salah yang remeh temeh tu
pasti aku kena jua kn. So, I better ask them. Sila lah tunjuk ajar saya ya.
Bila bahagian berhadapan dengan pelanggan pula, hah ni. Ada hari tu,
memang aku rasa mau mengamuk sudah. Seharian melayani pelbagai kerenah
pelanggan. Tak semua lah. Tapi yang sikit-sikit tu yang bikin spoil mood.
Situasi 1
Letak barang atas kaunter, macam nak humban barang pun ada.
Situasi 2
Ada yang tak sabar-sabar lagi tu, belum aku siap scan harga barang si A,
si B dah letak barang-barang dia atas kaunter, kalau sikit tu tak pa la. Boleh
juga aku bezakan mana satu barang si A dan barang si B. Ini tidak. Aku scan
sekali dengan barang si B tu, bila aku tanya balik, jawab pastu tengok aku
macam nak maki aku je. Di situ la juga,
aku akan tanya dulu takat mana barang-barang pelanggan tu. “Ini saja ka pacik?”
“Ini ja kan aunty?”. Bila aku renung ayat tu, ada bunyi2 macam menyindir, tapi
jujur la, nanti aku yang silap scan barang-barang.
Situasi 3
Potong barisan lah pula. Siap lalu dari belakang terus letak
barang-barang depan kaunter padahal pelanggan dah baris memanjang di belakang
tu. Pastu tengok aku, dengan muka tak puas hati lagi tu. Nak cuba buat aku
serba salah lah tu. Jadi kalau aku dahulukan dia, pelanggan yang di belakang tu
pula yang tengok aku macam nak makan aku ja. Dalam situasi macam ni, aku memang
tak tengok wajah pelanggan, silap haribulan, aku yang hot sendiri atau lemah
semangat mau bekerja.
Situasi 4
HARI TANPA PLASTIK. Merupakan hari yang penuh dengan dugaan. Kena rajin
bertanya dan teliti dengan duit-duit ni. Sebelum nak packing, kena tanya
pelanggan:
“aunty, mau guna plastic? Satu plastic, 20sen ya.”
“Pak cik, mau guna satu plastic atau bg asing-asing plastic? Satu plastik,
20sen.”
Selalu ayat-ayat macam tu la yang aku guna dan respon dari pelanggan pun
tak kurang sama. Terlalu banyak untuk aku list jawapn tu, ada yang siap
menyindir, buat lawak untuk menceriakan suasana, dan banyak lagi la.
Secara ringkasnya, banyak pengalaman suka duka aku bila jadi juruwang ni.
Bila menghadapi hari yang tenang dan gembira, aku bersyukur kerana ianya
menguatkan lagi semangatku untuk berkerja. Namun bila menghadapi hari yang
huru-hara dan menyedihkan, aku cuba kuatkan semangat dan katakana pada diriku
bahawa ini hanyalah salah satu pengalaman kerja sebagai juruwang dan berusaha
lebih kuat serta berhati-hati pada hari yang mendatang supaya tidak berulang
kembali. Insyallah. Doakan aku untuk yang terbaik di sini dan di sana nanti.
Aamiin.
Subscribe to:
Posts (Atom)

