Tuesday, 31 January 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Duhai wanita-wanita ----> anda suka lelaki yang??

TINGGI, atau yang tinggi imannya?...
HENSEM, atau yang hensem akhlaknya?...
TEGAP, atau yang tegap akidahnya?...
COMEL, atau yang comel ibadatnya?...
COOL, atau yang cool kesabarannya?...
PUTIH, atau yang putih hatinya?...
CUTE, atau yang cute tawadduknya?...
KAYA, atau yang kaya ilmunya?...
PEMALU, atau yang pemalu pada dosanya?...
GAGAH, atau yang gagah melawan nafsunya?::)))

#AWAK PIKIRLA sLOw~~SLOWW:)))).

Bila aku baca post ne di group wall sorang rakan aku, dengan tak semena-menanya aku teringatkan seseorang. Kerana kaya dengan ilmunya dan putih hatinya serta hensem akhlaknya. Aku senang dengan keadaan itu. Semoga persahabatan itu berkekalan dan diberkati Allah S.W.T..

Friday, 20 January 2012

My Heart Smiling Again

Those were times that I felt my presence become a burden to the other. Honestly, I am totally upset to myself. I have to behave this way to carry up the responsibility given. I have to become someone else in terms of myself. I left my old self behind. That even makes me feel lonely on this road of responsibility. The loneliness totally scratches me inside but I have no other choice because I thought this way would make a different for this semester. I'm not enjoy meeting people with this 'Amal'. sometimes, I meet some of them because I had to. I felt that they felt the same things too. Then the ending of it is with those words that might hurt their feelings. Since then, I prefer to keep silence.

These last few days, I felt my day was brighten up by someone. He is someone that close to my heart..   


He always makes me smile and sometimes laugh with his own unique ways whenever we meet.


Alhamdulillah. It relieve my level of stress a little. 

Thanks for being a role in my life story. 

(^_^)v


Tuesday, 20 December 2011

Tawaran Mendiami Kamsis PKK sesi Disember 2011

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera. . .

Tawaran Mendiami Kamsis PKK sesi Disember 2011


Alhamdulillah, dengan izinNya, aku ditawarkan untuk mendiami Kamsis di Politeknik Kota Kinabalu bagi sesi Disember 2011 untuk semester ke-enam aku di sini.

Tak sia-sia aku hantar borang pemohonan kamsis pada 8 November 2011 yang hampir setebal tugasan pengajian hanya kurang muka depan untuk jabatan mekanikal (Kuning) saja. hahaha. Apa tidaknya, aku selitkan:

  • 1 borang permohonan kamsis ( wajib ).
  • 1 salinan kad pengenalan ibu bapa dan adik-beradik .
  • 1 senarai yang menyenaraikan  setiap sijil beserta salinannya yang aku dapat hasil daripada mengikuti aktiviti di PKK dari semester 1 hingga lah semester 5.
  • 1 surat penjelasan untuk pemohonan kamsis (memandangkan aku dengar kawan aku kata, sem depan sebarang rayuan tidak akan dilayan, jadi aku bersiap sedia lah, tawakal ja ne).
Itu lah serba sedikit perjuangan aku mendapatkan penempatan di kamsis ne setelah:-
  • Semester 2.
    • Tidak ditawarkan kamsis tetapi,dapat juga penempatan di kamsis akhirnya hanya disebabkan penglibatan aku aktif yang mewakili PKK ke MSP di Polisas Pahang, dalam acara Taekwon-Do. Alhamdulillah, pencapaian ketika itu amat baik.
  • Semester 5.
    • sama juga tak dapat kamsis, aku sempat menjadi 'Ninja' di beberapa bilik. setelah hampir sebulan lebih baru aku dapat tawaran kamsis. itu pun tawaran kamsis yang keberapa kali sudah.
Akhirnya, sekarang ini walaupun terpaksa menunggu agak lama sedikit, hari ini aku periksa online di http://exam.polikk.edu.my/index.php. Alhamdulillah. Aku Berjaya.


Kursus Menjahit Buah Epal


Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Hari ini nak kongsi cerita pengalaman semasa kursus menjahit buah-buahan bersama-sama ibu, adik puen dan wena. Buah Epal merupakan buah yang pertama saya pilih untuk belajar jahit.


Gambar 1: Ini merupakan bahan-bahan untuk menjahit replica buah epal.

Gambar 2 : Kain cotton merah yang dibentuk dengan menggunakan ukuran acuan buah epal(telah disediakan).


Gambar 3 : kain cotton hijau yang dibentuk dengan menggunakan ukuran acuan daun buah epal (telah disediakan).


Gambar 4 : Jahitan dengan menggunakan tapak kecil.


Gambar 5 : Rupa badan Buah Epal dan daunnya setelah di terbalikkan.


Gambar 6 : Kekabu merupakan elemen penting untuk mengisi ruang di dalam badan buah epal tu.


Gambar 7 : Buah epal yang siap beserta kekabu telah dijahit dengan jahitan tersembunyi.

Dah siap kah?

Belum siap lagi. . . hehe
Ini dia acara penting dalam membentuk buah yang nampak ala-ala buah pear ini bertukar rupa menjadi buah epal yang comel..comel ke? hehe


Gambar 8: Kali pertama juga saya tengok jarum sebegini rupa.hehe

Dengan menggunakan jarum dan benang DMC tu, buah epal yang seakan-akan buah pear itu dimampatkan dengan proses jahitan yang agak memerlukan sedikit kerahan tenaga lah. Saya pun tak mahir lagi dalam proses mampat-memampat ini.

Dan hasilnya,


Alhamdulillah, Siap juga akhirnya.

Sunday, 18 December 2011

Kursus Menjahit Patung 'Angry Bird' Secara Percuma.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. . .

Sempena mengisi masa cuti semester 5 ini, ibuku ajak aku dan adikku mengikuti kursus menjahit Patung 'Angry Bird' secara percuma di Daerah Tuaran anjuran dari Epal Smart Partner (ESP). ESP ini merupakan peluang peniangaan untuk individu yang berminat menjalankan perniagaan di rumah berteraskan misi 'berjaya dalam perniagaan tanpa mengabaikan keluarga. Di samping itu, tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyebarkan ilmu kemahiran menjahit bagi individu-individu yang berminat. Selain itu, ia menyebarkan ilmu seni jahitan kreatif yang semakin hari mendapat permintaan yang tinggi.

Hari ini aku berserta ibu dan 2 orang adikku perempuan, bergerak menuju ke Daerah Tuaran yang mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Daerah Kota Belud. Sampai saja kami di tempat ESP Tuaran, dah ada Puan Niliah bersama seorang kawannya. Sebelum bermula sesi kursus, kami mendengar promosi anjuran Epal. Selesai tu, ibu ambil Projek menjahit Peralatan Solat ( RM 199 ), aku ambil projek menjahit replika buah-buahan dan sayur-sayuran ( RM 99 )manakala adikku ( Puen ), ambil projek menjahit 'Beginner Starter' ( RM 89 ), InsyAllah.

Gambarajah 1: Logo Epal.




Setelah itu, kami diberikan helaian-helaian yang siap dipotong:-

  • 5 helaian kain ( untuk badan )
    • 4 helai warna biru
    • 1 helai warna putih
  • 2 helai kain hitam berbentuk bulat. ( mata )
  • 2 helai kain berbentuk V yang tebal ( untuk bulu atas kepala *klu ak, panggil makhota ja.hehe )
  • 2 helai kain kuning berbentuk tiga segi ( paruh )
  • 1 helai kain hitam berbentuk V luas ( kening )
  • 1 helai kain berbentuk bulat ( untuk membentuk kawasan mata saja )
*warna biru itu pilihan sendiri. Boleh guna warna apa pun.

So, bermula lah proses menjahit patung 'angry bird' ini. 

Gambarajah 2: Proses menjahit mata dan dada.
  1. Ambil 1 helai kain biru dan 1 kain putih.
  2. Lukis garisan untuk mata dan sempadan dada.
  3. Jahit atas garisan yang telah dibuat.
  4. Potong bahagian yang tidak diperlukan, tinggalkan bahagian mata dan dada ( kain putih ).
  5. Gabungkan dengan satu helai kain biru lalu jahit ( pada bahagian sebelah saja).
  6. Jahit dengan jarak satu tapak.
  7. kemudian, ambil 2 helai kain biru. Tindihkan antara satu sama lain dan jahit dengan jarak satu tapak (pada bahagian sebelah saja).
  8. Sebelum mencantumkan kedua-dua bahagian tersebut, selitkan makhota dengan arah 'V'nya mengadap ke dalam.
  9. Jahit keseluruhan pencantuman kedua-dua bahagian kain tersebut dengan meninggalkan sedikit ruang umtuk memasukkan 'kekabu'.
Gambarajah 3: kedua-dua bahagian kain yang telah siap dijahit cantumkan.
  1. Terbalikkan hasil jahitan tersebut.
  2. Sebelum memasukkan kekabu, ambil 2 helai kain kuning ( untuk paruh ) dan jahit dengan jarak satu tapak.
  3. Terbalikkan jahitan dan pastikan paruh tersebut muncung sepenuhnya.
  4. Masukkan kekabu di dalam paruh tersebut.
  5. Jahit paruh pada muka 'angry bird' dengan jenis jahitan tersembunyi.
  6. Sesudah itu, masukkan kekabu di dalam ruang patung 'angry bird'.
  7. Setelah cukup mampat (aku ambik 2 1/2 plastik kekabu untuk memastikan ianya mampat), jahitnya dengan jenis jahitan tersembunyi. 
  8. Siap.
Gambarajah 4 : Inilah 'Angry Bird' aku pilihan kain yang berwarna biru.



 Alhamdulillah, hasil daripada tunjuk ajar cikgu Niliah serta izinNya, dapat jua kami menyiapkan patung 'Angry Bird' ne.

Gambarajah 5: Tiga versi 'Angry Bird' yang comel~...(^_^)Y
Perkara Baru Aku Tahu:
  • Cara menjahit jahitan tersembunyi.
  • Cara mencantumkan kedua-dua helaian yang sudah berjahit.
  • Teknik menjahit mata dan dada patung.
  • Ada jenis jarum peniti yang boleh dijahit bersama tanpa mematahkan jarum mesin jahit.





Saturday, 17 December 2011








-Ingatkan dapat tengok keputusan tawaran kemasukan ke Kolej Kediaman-

Jam 12 ptg. . .
Bila 'Log in' mahu periksa keputusan. . .







Bila on Facebook. Kawanku, Yus kata keputusannya minggu depan ini. Oh, Okay. Nda apa, minggu depan ar. ak tunggu ne. . . hehe

Monday, 12 December 2011

Keputusan Rasmi Penilaian Sesi Jun 2011

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. . .


Hari ini merupakan hari yang ditunggu oleh seluruh warga pelajar Politeknik Kota Kinabalu termasuk aku sekali. Rasa dup. dap. dup. dap. ja sepanjang menunggu detik 12:00 tengah hari. Dari jam 10 am lagi aku dah duk mengadap pc. Memang berdugaan sungguh. First on Google Chrome, tak dapat connect Internet. tetiba la 'Limited Connection', mm aku dah agak dah ini akan berlaku. SIap setting beberapa minit baru dapat connect to the Internet. 

Sementara menunggu detik-detik itu, aku log in, nak check result semester lalu. 40 minit lagi nak ke jam 12:00 pm, dengan tak semena2nya, ak tak dapat masuk web polikk. adoi teruk. Tak tahan gak ak duk menunggu. ak offline. lebih kurang jam 4 petang bru ak dapat online balik. 


Check result kat http://exam.polikk.edu.my . Dah dapat log in tuh, perkara pertama ak tengok tawaran kamsis, hm, blum lagi ada khabarnya 16 Disember 2011 ne baru boleh check. then, check result, alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi. Kerana sebelum ne, ak ada mimpi buruk pasal result ne. hehe. Tup tap! tengok, semua oklah. Walaupun mungkin tak sehebat kawan2 yang lain, sekurang-kurangnya itu adalah usaha aku selama ini. Tahniah Amal. (Ucap tahniah pada diri sendiri yang dah berusaha) (^__^)v