Tuesday, 2 June 2009

Upgrading Taekwon-Do GTF

Upgrading Taekwondo GTF Kota belud.
Tarikh 31 Mei 2009 yang sepatutnya menjadi tarikh keramat upgrading aku ini, tidak menjadi la pula. Ia ditunda pada 1 Jun 2009. Well, aku secara jujurnya tidak begitu bersedia menghadapi ujian kenaikan tali pinggang ini, main redha ja la. Sebab, aku begitu runsing memikirkan step2 pattern, kicking, and self defense (yang sebenarnya, aku belum sampai ke tahap itu lagi). Aku tak risau pasal breaking coz Sir Saiful kata kemungkinan tak ada breaking tu. huhuhu, tengah sakit-sakit badan lagi aku ne.adeh na.
Gim lambat buka la pla, seperti biasalah, menunggu ja la. aku ne Tak berapa kesah lah menunggu tu, tapi apabila orang mula panas2 ne. susah juga. kenapa lah lepas kat aku juga, that’s why la i dont want to be a leader or something like that in any group or matter. aku lebih suka jadi orang bawahan, walaupun banyak kerja, tapi tak menanggung tanggungjawab yang berat seperti seorang ketua ataupun seorang yang lebih senior. Mo cerita lebih pasal hal ne pun dah tak guna, sebab dah berlalu pun. aku pun chow jauh2 skit dari situ. cool down girl.hehehe
Whoa~ sebelum mula upgrading. nampaknya, ramai juga yang ambik ujian kenaikan ne, member dari timbang ada, raymon ada, dari junior tun said pon ada c aidil ne.sekarang hijau sudah dia, seingat aku sebelum aku tinggalkan tun said pada 3 disember tu dia masih lagi kuning hijau. masa begitu cepat berlalu, mula sudah upgrading tow. aku mula rasa sedikit tergugat apabila sir saiful, bagi signal ada breaking. mak aih. penyakit darah gemuruh aku yang nak cool2 tu, up balik.sampai2 lagi papan2 tu ar. papan yang paling tebal la yang paling atas. senyap2 aku susun papan2 ikut ketebalannya.huahua, memandai ja la aku ne.tapi, ya la bha, sapa juga mo sakit breaking papan tu. lagipun aku ne mana ada pratice2 mo breaking.tawakal ja la, aku time tu.
Seperti biasa upgrading bermula dari junior dulu baru senior. lucu ada, kecian pun ada. tapi, aku try control ketawa ja la time tu. nanti aku pula ketulahan. mantap2 juga, upgrding dorang raymon, and 4 orang belt hijau iaitu aidil, ofu, bobby, and sandra. hampir2 serentak dorang buat pattern tu. ui, team pattern ka? hahahaha.
Setahu aku, green belt ne ada free sparring. tetiba ja dorang kena suruh duduk tepi gim. giliran aku pula dah. Time wat kicking tu pun silap lagi. Malu nda terkira aku di gim tu. tapi, aku try control macho gitu.kekekeke. padahal memang ketara la pucat. pattern aku pula, kurang power. self defense aku pula, cuma guna hand and leg la, blum lagi, self defense yang guna pisau tu. Lega juga skit. Ah~ bru aku free sparring dengan junior belt hijau tu. Mula-mula tu sparring dengan sandra dan bobby. Mak aih, adik beradik ne. Macam berabis ja kenakan aku ne.klu aku nda silap mmg dari dulu, ada ja bobby cakap mo sparring, tercapai juga impiannya hari upgrading aku ne. Asyik nak chop dari belakang aja la. aku yang tak larat uda mo angkat kaki ne, terpaksa bawa lari2 ja la. Aku buat step silat olahraga ne, nda tau la. terautomatic kali, lepas latihan silat sikit kat taun gusi. pastu, sparring lagi ngan ofu dan aidil.yang ne pla, aku watch out 4 aidil la. coz, aku belum pernah tengok dia sparring lagi. aih, memang sande juga aku kena. tahan2 ja la, rasa sakit tu. habis sparring, masa breaking la pla. bha ha, its show time. mula2 tu breaking guna turning kick. sir Ralph ngan sir Saiful yang pegang papan tu. bha, ambil ja la ko una. aku wat L stand tu properly, tarik nafas seselesa yang mungkin. Apa mo jadi, jadi la. pecah ka tidak, aku dah cuba wat yang terbaik. sekali aku turning tu, PaQ!!! pecah juga wei!! Betul2 aku sendiri nda percaya. Rasa Happy Tu Memang Ber’dancing’ uda dalam hati. selepas beberapa saat tu, bru aku terasa sakit yang amat sangat kat kaki kanan aku ne.hahaha, ya la, mana ka nda sakit,aku tendang rata terus kat papan tu, mana ada bengkok2 lagi. sampai sekarang, sakit lagi ne. tabah ja la. pastu breaking yang kedua menggunakan elbow. ini pun aku nda berapa pasti pecah kah tidak. elbow guna kanan. aku wat kekuda bebagus. tarik nafas, tarik siku ke belakang, pak!!! nda pecah. pastu suruh ulang balik. kali ne, step kekuda aku kene tegur, sebab terlalu ke depan. aku tarik nafas dalam2, ambil masa ketuk2 sikit papan tu guna siku aku, awal pula aku shout, tapi aku ambil masa lagi ketuk2 papan tu. tarik siku ke belakang, dengan sekuat hayunan yang pernah aku wat la kali tu, pecah juga akhirnya. whoa. thankz Allah. Hasil dari itu, aku dari belt biru calit merah pun dapat la Merah. syukur Alhamdulillah.
habis upgrading tu, adik aku yang pompuan tu puen, naik ke tali pinggang Hijau. manakala, adik aku yang lelaki tu, ofu, bobby, sandra, aidil, naik ke talipinggang hijau calit biru. raymon la, mantap, dari tali pinggang kuning calit hijau  terus naik pi tali pinggang hijau calit biru. Pastu, kami ambik gambar bersama-sama. lucu juga la, kami yang pendek2 ne, main jingkit kaki ja, supaya nampak tinggi.hahaha, sekali sekala bha tu.mo masuk surat khabar kan.
Konklusinya, upgrading ne memang best.walaupun ianya amat menakutkan tetapi best la bha.hehehe. Sekarang ne, tak tahu la, kalau ada rezeki lagi aku naik pi tali pinggang hitam pada tahun ne. sebab, macam phobia pla aku tengok masa upgrading red belt pi black belt di tun said dulu, sparring sampai baju tbuka pon nda kesah uda. hehehe, tapi kan, upgrading kali ini, nda pla aku menggigil seperti yang selalu berlaku apabila upgrading, mybe pasal ramai orang dan tepukan semangat dari orang yang lama uda aku tak jumpa kot. hei, lama uda nda jumpa dia taw. apa pun, asal aktiviti taekwon-do, memang aku ingat kat dia ajo.ok2 la, melarat uda pla aku ne, klu cerita pasal Qie ne memang, nda pandai habis2. setakat ne, itu ja la aku mo bercerita ne. ei, sayang betul nda bawa kamera taw, klu nda ble juga aku tampal sini kenangan upgrading tu.hehehehe
p/s: I will try harder for the next upgrading.insyallah.waciwa, Qie!!!

No comments:

Post a Comment