Hari merupakan hari Sabtu yang pada umumnya hari yang ditunggu untuk bercuti setelah 5 hari belajar/ berkerja. Tapi hari ni aku ada ujian (retest) litar cascade aku buat kali ke-2 setelah litar yg aku ma partner aku c Hazlan (Lanpek) pasang tak berfungsi dan tak sempat siap dalam 10 minit yg diberikan. So, En. Hanizam bagi kami buat retest pada hari Sabtu jam9 hinggalah jam11.
Pagi2 lagi wajimin call aku, dooi, mau remind aku pasal jam9 p makmal pneumatic. Sampai aku d Jabatan Kejuruteraan Mekanikal tepat jam 9.00 pagi. Call wajimin, rupanya masih dalam perjalanan pergi Politeknik. Dia suruh aku pergi makmal dulu..ok..hehe
Sampai ja ak dekat makmal tu, rupanya ada kelas lain juga turut berada dalam makmal. Datang2 ja terus kena suruh wat litar. Dengan berbekalkan lukisan litar A+ B+ A- B-, aku pun cuba la susun dulu komponen2 yang terdapat dalam lukisan litar tu.
Habis susun, masuk bab sambung menyambung saluran angin pi komponen2 ne. Mula lah aku kaget, sebab sebelum ne aku tengok dorang ali, joseph, dan wajimin ja wat litar tu. Tiada peluang aku menyelinap masuk memasang litar masa belajar pasang litar waktu kelas En Rozie. Teringat pula pesan En. Hanizam pasal
“Pasang kena ikut nombor pada symbol”.
Fuh dengan bermain ayat tu di otak aku ne, aku mula menyambung hos saluran angin mengikut litar yang simple dulu. Habis pemasangan simple, masuk pula sambungan yang memerlukan sambungan T, masa ne aku bertawakal ja menyambungnya.
Bila aku dah yakin siap, minta En. Hanizam periksa, masa periksa tu, aku terkejut, start angin masuk, aku tekan Push Button, litar itu berfungsi(aku Happy sangat dah masa tu)!!! TETAPI ,silinder A tak balik pi tempat asalnya (A-). Ternyata lukisan litar aku salah! En. Hanizam suruh aku chek litar dengan kawan yang wat litar yang sama, aku pi makmal sebelah, Alhamdulillah, wajimin pun wat litar yang sama. 2 kali aku rujuk ma wajimin, aku tertukar a0 dan a1 rupanya. Dengan hati2 aku cuba tarik hos2 tu bagi tempat yang betul. Selepas semuanya siap, aku cuba, dan ternyata litar aku berfungsi sepenuhnya. aku GEMBIRA walaupun masa untuk aku menyiapkannya sepatutnya 10 minit telah berlanjutan sehingga 1 jam, Alhamdulillah yang penting litar ne berfungsi. . . v(^_^)v
Gambar 1: karya litarku yang pertama, hehehe.
No comments:
Post a Comment