Niat kusemat kukuh untuk bulan Disember 2012 ini, target utama kerja sebagai juruwang G*mart Kota Belud ;- kehadiran awal tuk Thumbprint dan punch Card bagi mendapatkan elaun RM50 bagi staff junior seperti aku. Dah genap 5 bulan aku kerja sebagai cashier di sini dan berusaha mendapatkan elaun kedatangan tu selama 4 bulan namun gagal. Bergh~ Baru sedar sikit macamana susah mau kumpul duit simpanan dengan hasil pendapatan yang minimum.
Hari pembukaan bulan Disember, shift aku full dan kena pada kaunter 6 yang umumnya kaunter paling banyak tanggungan seperti Rokok, Susu Anmum/Lactogen/Similac, Nescafe, ubat-ubatan, coklet-molet, dan jua seiringan dengan kaunter kad ahli. Sering berhadapan dengan situasi:
1. Pelanggan nak bayar barangannya.
2. Pelanggan nak beli rokok terus mau jalan.
3. Pelanggan nak pelbagai jenis susu baby.
4. Pelanggan nak beli ubat-ubatan.
5. Pelanggan nak ambil coklet.
Dan pelbagai lagi ragam pelanggan dan situasi. Adakalanya situasi tu bergabung 5 sekaligus di kaunter 6, rasa nak marah terjerit-jerit pun mula membuak-buak, tapi alhamdulillah setakat ni masih dalam kawalan senyuman menahan amarah. paling kurang pun senyum dh low charge and never look at them. (belum tercetus agaknya, ^_^ )
Cashier part time pun mula join bulan disember sempena Christmas & New Year & Back to School preparation.
Rest jam 11.34 am until Jam 12.30 pm, makan bekal yang ibuku bekalkan padaku. kadang-kadang rasa malu jua, umur dah genap 20 tahun tapi makan minum masih ibu jua yang buatkan. Kalau takda bawa bekal, nah melantak air susu berperisa strawberry, buah pear/apple sebijik, maggie (dari jarang2 makan maggie terus jadi makanan rutin bila dah kerja ni), keropok + ais krim con RM1.30, kalau masih tak kenyang-kenyang jua, jalan terus pi Restaurant Mayang Sari (belakang G*mart ja) order my favourite food mee goreng ayam. With this my food routine, no wonder why i'm weighed 58 kg (before eat lunch) then add 1 kg after finished my lunch.
Kembali rest jam 3.30 pm until jam 4.30 pm, ni kali stock makanan dah habis ngapp. tinggal sepackett coffee mix 3 in 1 dan sebiji apple fuji RM1.50 buat pengalas perut. nah jongga, perut mula berlagu dangdut sekitar jam 7 pm. nak menenguk air mineral pun tak sempat & lupa dek kaunter tak kering dengan customer.
Habis kerja lebih kurang jam 9.45 pm, lepak menunggu lagi. Sampai rumah dekat jam 10 pm lebih. Mengadap Astro 391 cerita Cinderella's Stepsister kebetulan baru mula episod 1. Ramai genk kata, best sungguh drama ni. Dulu ada jua ak intai2 drama ni, tapi masa tu tak tertarik pula. Bila dah tengok episode 1 ni rasa nak sambung tengok lah pulak...
Ada seketika aku teringat di masa lalu bila tengok beberapa scene dalam drama tu (baru tengok episode 1 dan 2 ), bila masuk scene belajar dan mengajar tu teringatkan seorang dua kawan aku masa di sekolah menengah dorang ilul & Gd dan poli. hm, apa lah khabar sifu2 aku tuh. lama dah tak dengar berita dorang, dah jadi warga pendidik yg berjaya ke? hehe
Apapun esok shift full jua. Dan aku masih dengan keyakinanku untuk online pada waktu jam 1.12 am ni. Kalau offline skg pun belum tentu p masuk tidur. Banyak urusan yang belum selesai, terutamanya baju kerja untuk esok. . .
No comments:
Post a Comment