Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa.
Alhamdulillah, hari Ahad ini aku ada aktiviti bagi mengisi cuti yang tak terasa. Jam 8.30 am, aku keluar dari rumah, lengkap berpakaian sukan dan berkasut sukan. Warming up segala sendi-sendi, kumulakan dengan berlari anak mengelilingi gelanggang bola keranjang di kolej kediaman wanita wang ulu ni. 30 minit ja, aku dah kurang larat nak bersenam. Perghh! descending sungguh stamina aku ni, lama tak berlatih lah katakan...
Tugasan Berkumpulan Bahasa Melayu Universiti
Tajuk tugasan "Penggunaan Bahasa Slanga Dalam Kalangan Pelajar". Kesemua ahli ada 6 orang, yang lain 5 orang saja dalam satu kumpulan. Tugasan ini perlu dibuat dalam bentuk poster bersaiz A3. Kumpulan lain dah siap bincang, bagi tugas masing-masing lagi. Kumpulan aku? Hm, banyak berlaku penangguhan masa dan tempat. Tak lantik ketua pun, jadi entah. Bukan nak mementingkan siapa nak jadi ketua, tapi sekurang-kurangnya ada juga lah orang tertentu yang nak dirujukkan.
Dah dua kali cuba merancang pertemuan sesama ahli kumpulan untuk bincang mengenai tajuk ini, tapi, belum ada jodoh bertemu bersama-sama walaupun hakikatnya kami satu kelas. Atas segala apa yang berlaku ini, secara automatik aku jadikan alasan untuk tak buat tugasan BMU ni; tapi dah ambil sumber rujukan lah. Itu ikut rasa hati aku, memang aku malas nak buat. Tapi, Alhamdulillah, aku cuba jua buat saringan info yang penting, supaya bila kena buat perbincangan secara tiba-tiba, tidaklah aku terkial-kial nak ambil tahu apa yang patut aku buat kan? Aku hantar pesanan kepada Hazman, dia kata buat selepas cuti. Hm, okei lah kalau macam itu. Hope I will ready for the meeting. Aku terima pesanan dari kak Aisyah, Ujian BMU ditunda pada 15 Nov 2013, nampaknya plan untuk buat ulangkaji, aku tangguhkan lagi. "Lama lagi." detik hati kecilku. Apapun, Chaiyo2 Mal!
Kemas
Serabut. Serabut dengan meja, almari, dan katil. Tangan mula melangkah menyusun kertas-kertas lalu beralih ke buku-buku yang baru wujud di bilik dek membeli di gerai buku hari lalu. 2 buku karya Kaoru, 2 buku karya Hilal "Sebelum Aku Bernikah", dan "Untuk Kita Pendosa", serta buku menjawab soalan pelajar tulisan Dr. Muhaya. Belum baca habis lagi. Itu berkaitan dengan buku, kemas-kemas, akhirnya, siap juga lah. Bab kemas mengemas ini, tak sinonim sangat dengan mood aku tapi, kadangkala kekemasan itu perlu dilakukan walaupun bukan dengan kehendak hati. Ok?, Cheer up lah Mal.
Sekian.
No comments:
Post a Comment