Akhirnya, cerita ini sama saja seperti cerita-ceritaku yang lalu.
Kasih lahir yang dipendam tanpa diluahkan mana mungkin kan bertaut.
Setelah sekian lama aku cuba untuk mengakhirkan segalanya yang bertumpuk di jiwa.
Aku cuba lupakan, lenyapkan, hilangkan, berhenti daripada mengharap dia kan ada untukku.
Namun gagal.
Beberapa waktu yang lalu,
Aku kumpulkan keberanian untuk melihat wallnya.
Rasa seperti senyumku sudah hilang manisnya.
Tawar tak bergula.
Sudah berapa kali aku ingatkan diriku,
Sudah berapa kali aku pujuk hatiku untuk lupakan saja dia yang jauh di sana,
Entah bila masa pula hati ku kembali yakin yang kami kan bertemu jugak suatu hari nanti.
Padahnya, hatiku kecewa tak retak namun pudar cerianya.
Bolehkah aku tegaskan pada diriku,
Aku tidak pernah memiliki sesiapa pun,
Maka, tidak seharusnya aku lantang merasa kekecewaan seperti pasangan yang putus cinta.
Dia hadir di waktu aku mengosongkan hatiku dari sesiapa pun.
Di saat aku mempercayai tiada lagi kaum adam yang mampu mengetuk jendela hati.
Di saat itu lah, kepercayaan yg cuba ku perkuatkan, diruntuhkan begitu saja.
Sekali lagi aku jatuh dalam bayangan baik budinya.
Namun tidak semua yang aku kesali,
Perilakunya sering mengingatkan aku supaya kembali ke fitrah beragama.
Wajarlah, aku merasa rendah diri bila berjumpa dengannya.
Dia bagaikan cermin yang memperlihatkan aku dalam kesamaran.
Menyedarkan aku bahwa bukan ini lagak gaya yang sepatutnya aku gunakan dalam kehidupan.
Setapak membuatkan aku menyedari bahawa perempuan ini begitu berharga.
Cara layanannya yang baik dan sopan berbeza dari selalu yang aku terima.
Banyak perkara yang tak ku jangkakan darinya.
Tapi sedarlah mal, itu semua masa lalu.
Sengaja ku coretkan di sini sebagai kenangan.
Mungkin juga sebagai pedoman hidup.
Aku harap aku lali dengan semua ini.
Aku yakin Jodoh itu rahsia Allah.
Aku yakin rahsia itu manis. InsyAllah.
[ Aku doakan agar aku dan dia bahagia masing-masing. Hidup ini penuh dengan perkara yang tak dijangka, salah satu perkara itu; aku tak jangka aku pernah rapat dan mengasihi dia dalam waktu sesingkat ini. Selamat tinggal dari Hatiku. Be strong, Mal.]
Thursday, 6 June 2013
Monday, 3 June 2013
The Hand
Sampai sekarang aku masih ingat lagi keadaan itu. Masa seakan-akan terhenti di ketika itu.
Kejadian ni dah lama sangat tapi still segar dalam ingatan. Masa tu aku baru tamat sem 1 sesi Julai 2009, student lain yang habis peperiksaan terus enjoy giler berjalan dengan kawan-kawan dorang, nyata aku berbeza. Jadual harianku dipenuhi dengan latihan taekwondo untuk mewakili Politeknik Kota Kinabalu ke Majlis Sukan Politeknik (MSP) bertempat di Polisas, Pahang.
Bagai impian jadi nyata, aku teringin sangat naik kapal terbang. Akhirnya, buat kali pertama aku naik kapal terbang. Best juga kot. hehe.
Sebenarnya, banyak yang berlaku semasa aku berada di Polisas tuh, but I better keep some of them to myself cause most of them were about to know myself deeply [ Even I don't know myself either].
Seperti biasa sebelum bertanding, kena warming up dulu. So, kami buatlah di tengah-tengah gelanggang dalam dewan tu. Dari warming up hinggalah ke asas-asas defend dan block. Entah macamana aku silap mengatur langkah, terjatuh terduduk ketika berundur ke belakang. Terkedu dan malu seketika mencengkamku erat buat aku tunduk memandang lantai gelanggang.
Dan pada ketika itu,
" Amal."
Bila aku mendongak ke atas,
My senior K gave his hand to help me standing. I was like, 'what kind of is this feeling?'. Akalku kata jangan namun tanganku menurutkan kata hati. Pada saat itu, hariku seakan-akan lebih ceria dari yang biasa.
My final game, ada 2 pusingan. Pusingan pertama aku sudah mulai letih dan penat. Masuk pusingan ke dua, West yg jaga aku masa tu, aku penat + letih + sakit + semangat low, aku bingung dan kehilangan arah dalam mengatur langkah. Then, he was there. He shouted " Amal, angkat ja kaki kau! [ yg bermaksud tendangan chopping kick yang menyasarkan markah di kepala.]". Cuba mengumpul segala tenaga yang masih bersisa, aku push diriku untuk mendapatkan markah terakhir. Wisel berbunyi bagai meragut segala sisa kekuatanku pergi, malunya aku jatuh terduduk di atas lantai itu lagi. Bergelar juara bagi kategori itu, rasa macam nak peluk semua team member, namun kali ini akal berkuat kuasa. 3 pingat emas dan 1 pingat perak di MSP 2009 berakhir. Hanya tawa dan segala kata-kata mengusik yang kedengaran.
Senior K , thanks for letting me reach out to you. You've been encouraged me for most of the moment. Saranghae ehh.. thank you. hehehe just kidding. Cerita dulu-dulu bah kan. heheh
Sekian.
Thursday, 30 May 2013
Aku dan 30 May 2013
Assalamualaikum
Annyeonghaseyo
Konbanwa
Oh Bulan
Setelah sekian lama, akhirnya dia datang melawatku lagi. Wujud kembali kerisauan yang lazim ekoran dari lawatannya yang sekali sebulan tu. Aku harap Cik Senggu tak datang melawatku jua namun sangkaanku meleset. Shift aku afternoon hari ni. ID aku telah digunakan pada kaunter 2, maknanya aku kena masuk bertugas terus. Selalunya, aku memang dah mula nak naik emosi marah sebab kena guna nama untuk buka kaunter. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku cuba untuk memahami keadaan dan pasrah memandangkan semua cashier mengalami nasib yang sama. Aku bawa sekali cermin kecil untuk letak depan kaunter, manatau dapat juga aku tengok keadaan tudung aku yang selalu senget tanpa disedari. Hehe. Namun, adakalanya bila aku ternampak muka aku serius sangat dalam cermin tu, sedaya aku cuba untuk senyum eceria yang mungkin. Hehe
Masa Rehat
Masa berdetik menghampiri jam 3.30 petang, aku segera menyelesaikan urusan pelanggan yang terakhir dan kak Bibi tolong tutup laluan ke kaunterku. Kak Suziana mempelawa supaya aku rehat jam 4.30 ptg nanti tapi keadaan perutku yang tak selesa ini memaksa aku untuk menolak pelawaan tersebut sebab aku makan nasi goreng jak sebelum pergi kerja [Sorry ya kak Suzi] Perutku mula terasa lapar yang mungkin ada kaitan dengan Cik Senggu. Kebetulan lagi hujan renyai2, kira mau pi pasar malam tapi jauh pula lagipun aku tak yakin sangat dengan badan ni nak bergerak jauh. Aku dengan gerakan solo pun terus menuju ke Restoran Mayang Sari yang terletak di belakang Gmart jak pun. Sejenak aku duduk, terus pesan Nasi Goreng Ayam dan Neslo panas. Masa macam ni tak boleh minum air sejuk sangat, nanti makin menjadi lah cik senggu tuh.
Tengah aku makan tuh, aku perasan seseorang berjalan menghampiri meja makan lalu menarik kerusi di hadapan aku tuh. Rupanya Khai pula. Dengan selambernya dia sound aku sebab aku tak tunggu dia jalan. Terus aku fikir, sejak bila pula aku be'partner' nak pergi rest ni dan dan satu fakta yang aku ingat yang dia kata dia tak mau rest bersama-sama dengan aku. [masa tu, aku dengan khai tak ber'ngam' sangat, selalu bising bergaduh, last2 aku ignore jak dia sampai semuanya kembali aman sedikit] On the spot, "Lol pa hal jua dengan budak ni." melintas di minda aku. Tapi entah, aku lupakan jak apa yg berlaku dan biarkan jak dia duduk situ. Ingatkan dia pesan makan tapau. So, aku teruskan makan dengan Silent yang berpicu. hehe.
Sekali tiba minuman gelas biru. Hm, sahlah dia makan kat situ jua. Sekali lagi aku tak ambil kesah dan biarkan dia dengan apa adanya. hehehe, again without any words. [Awkward!] Selesai aku makan, memandangkan aku sebenarnya nak cuba memperbaiki cara aku berkomunikasi dengan rakan sekerja atau lebih tepat lagi cuba mengelak keadaan yang janggal, aku cuba juga mencoret perbualan sekadar menjernihkan keadaan yang janggal. Satu lagi fakta, nasib baiklah budak Khai ni peramah lah jugak orangnya so tak lah aku ni macam orang yang melukut di tepi gantang bila bawa dia bercerita. So, the story end there about my rest time.
Masuk Kerja
Jam 4.30 ptg, thumbprint, Verified. Dari mula aku masuk bertugas tu pelanggan tak habis beratur membayar barang di kaunter. Alhamdulillah, rasa macam tak ada yang buat aku bengang sangat masa bertugas tuh. Aku rasa mood aku baik hari ini kerana perancanganNya. Aku jumpa kak Hasmirah, bekas lawan aku masa jemputan silat di ums dulu, aku cuba ringan-ringankan mulut untuk bertanya khabar. Alhamdulillah bermanfaat, semoga persahabatan ini dapat diperkukuhkan dan diberkati, aamiin. Selepas tuh, aku jumpa pelanggan yang merupakan staf dari Watson, aku cuba bawa bercerita pendek mengenai watson. Lastly, dia kata ada kerja kosong. Mulanya, aku ingat dia tanya pasal kerja kosong di Gmart ni tapi bila aku fikir-fikir balik, aku rasa dia cuba bagitau aku yang masih ada kekosongan di watson tempat dia bekerja. Nampaknya aku dah salah bagi respon jawapan. Moralnya, dengar dengan baik apa yang diperkatakan baru nak respon. hehe
Aku mula rasa tak selesa. Sakit itu semakin jelas buat aku terpaksa mematikan kipas yang terlalu sejuk, membongkokkan diriku agar lega sedikit. Namun, kerja mesti diteruskan jua. Aku cuba menepis segala hasutan dan bisikan yang boleh buat aku bengang dengan karenah pelanggan. Cuba untuk menyelesaikan urusan mereka secepat mungkin walaupun badan memujuk untuk duduk.
Lama kelamaan, sakit itu mulai reda di sekitar jam 7 malam namun pelanggan kian bertambah. Berseorangan beroperasi di kaunter sendiri sama seperti rakan-rakan cashier yang lain. Kemunculan Mamat di tepiku buat aku hairan seketika. Macam kata Mamat ini kali pertama dia membantu membungkus barang di kaunter dan memang pertama kali jua aku lihat dia berada di kaunter cuba untuk membungkus barang. Aku cuba bagi Mamat tips2 packing barang basah, kering, sabun. Oleh kerana aku sibuk scan barcode barang, jadi aku rasa info yang aku bagi tu cuma sekadar yang umum saja. [Sorry sebab tak berapa nak tunjuk ajar, terima kasih juga sebab datang membantu aku di kaunter, Thanks Mat ].
Lewat jugak Gmart tutup hari ni sebab ramai pula pelanggan membeli di saat akhir kami nak tutup.
Apapun hari ni, Alhamdulillah.
Gaji masuk sudah di Bank Rakyatku.
Urusan Bisnes mula menerja fikiranku.
Apa kaan tuh? Insyallah.
Sikit-sikit mendaki bukit kan.
Oyasuminasai, Mata Ashita.
Wednesday, 29 May 2013
The guy Next Wall And SJC
Assalamualaikum W.B.T
Annyeonghaseyo
Konbanwa
28 Mei 2013, Dewan Tun Said Kota Belud.
Sabah Job Centre
Kebetulan aku dijadualkan untuk kerja waktu tengahari, Alhamdulillah. Ini kerana Sabah Job Centre mengadakan program di Dewan Tun Said. Aku bersyukur sangat program ni diadakan, manalah tau ada nasib aku di situ pula kn. [Anticipated] Walaubagaimana pun keterujaan aku tu, aku lewat bangun la pula. Belum susun lagi dokumen2 yang perlu dibawa. Susun punya susun, jalan dekat jam 10.30 am jugak lah.
Tiba di depan dewan, sengaja aku letak motor depan-depan supaya dekat sikit jarak nak berjalan nanti. Ada meja pendaftaran di depan pintu dewan. Aku tengok senarai, hm? tak banyak orang datang? Apa pun, daftar dan dapat beg beserta buku SJC percuma.
Ketika aku sedang masuk, beberapa orang berada di hadapan dan mereka bercakap melalui mikrofon [ not paying attention ]. Aku menuju ke tempat kerusi untuk meneliti apa yang ada dalam beg percuma tu. Sementara aku menuju ke situ, mataku terfokus tepat ke muka seorang lelaki yang sedang duduk selang beberapa kerusi ke hadapan dariku. Dia jua memandangku lama dari yang aku jangkakan macam bila orang asing pandang kita, dorang alihkan pandangan dan buat tak kesah sebab dorang tak kenal pun. Hm, macam pernah nampak tapi di mana ar? Mungkin di Poli kot, tapi mustahil sebab jarang aku nampak. Gagal mengingati puncanya, aku lupakan terus dan perhatianku beralih ke beberapa meja yang sedang mengadakan temuduga terbuka di situ.
Kedengaran seperti namaku di panggil, rupanya kak Linda berada di situ bersama-sama kumpulannya. Mulanya aku ingat kak Linda bertugas sebagai ajk rupanya sangkaan ku meleset. hehe. Mereka semua pakai baju Azam Kerja berwarna oren. Tak pa kot kalau silap sangka dorang jadi ajk. hehehe
Kebanyakan agensi-agensi yang hadir terdiri daripada bank, spa, kolej yayasan sabah, cake, and so on. Tiada satu pun hadir seperti aku harapkan yang berkaitan dengan kejuruteraan / mekanikal / pembuatan dan seangkatan dengannya. Sedikit kecewa, aku beralih ke meja informasi berkenaan sjc. Duduk melayari laman sjc, seorang pegawai di situ datang mendekatiku. Dari corak perbualan, aku ringkaskan, encik tu hanya bertugas untuk membantu pendaftaran ke sjc dan tak berminat untuk melayani karenahku yang menginginkan penjelasan mengapa kurang sangat peluang pekerjaan bahagian mekanikal di negeriku yang tercinta ni. So, aku pun mengambil keputusan untuk berlalu keluar dari dewan bersama sijil2 ku.
Keluar dari dewan, aku menuju ke motorku. Duduk sekejap memerhati sekeliling [ Lepak jap ]. Kelihatan 3 orang sedang keluar dari dewan tadi, and he was there, the guy that I forgot about where I had met him before. Dia menghantar 2 orang kawannya ke kereta sementara dia berdiri berhampiran dengan meja pendaftaran dan berhadapan dengan tempat aku sedang lepak bersama motorku. Dia berdiri santai sambil memandangku dengan muka tanpa reaksi. Tiba-tiba aku teringat! Ya, aku ingat pandangan itu.
The Guy Next Wall
Mengimbau kenangan aku bersekolah di SMK Pekan 1 masa 2004. Aku masuk kelas tingkatan 1 Melati, tempat dudukku di bahagian tengah dan paling belakang sekali. Masa tu bermula kelas subjek Sejarah, aku berpusing separuh ke belakang untuk mengambil buku dari beg sorong yang aku letak di bahagian kanan kakiku[lucu pula bila ingat beg tuh]. Bila aku angkat muka, tiba-tiba aku ter'bertentangan' mata dengan dia tepat melalui lubang yang terdapat pada dinding boleh lipat yang memisahkan kelas aku dan kelas dia. Dah tu, lubang dinding tu buat aku nampak jelas mukanya. Lagipun jarak antara meja aku dan dinding tu tak lah jauh sangat. Malu, aku cepat2 pusing depan.
Masa rehat sekolah, masih tidak dapat menyesuaikan diri, aku pergi ke kantin bersendirian tanpa kawan-kawan. Selesai makan, aku jalan-jalan meneroka kawasan sekolah sementara menunggu masa rehat habis. Sekali lagi aku terserempak dengan lelaki itu, tetap memandangku dengan mukanya yang tanpa reaksi sambil berjalan melimpasiku. Adeh! Hanya kerana dua situasi itu lah, aku ingat mukanya sampai sekarang walaupun tidak pernah berbicara hatta mengenalinya sekalipun. Yang aku tau, dia tua setahun dari aku, dari kelas sebelah 1 Melati. Hah tu aje. Dari hari terakhir aku jumpa dia bulan januari 2004 hingga lah Mei 2013, wah 9 tahun juga berlalu. Tapi aku tak pasti la pula kalau dia kenal aku ke tak. Ala tak penting mana pun. Apa pun, aku harap kita dapat kerja yang baik dan halal ok! kot2 dia sesat blogwalking kat blogku ne. satu ja pesanku "Kalau kenal, tegur2 bah." hehehe
Bah, oyasuminasai, mata ashita everyone. Assalamualaikum.
Wednesday, 15 May 2013
Keputusan Instep PTP-1 Ambilan Julai 2013
Assalamualaikum W.B.T, Annyeonghaseyo, Konnichiwa~
Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari ini merupakan hari keputusan temuduga instep diumumkan. Sebenarnya, aku menunggu sms macam tahun lalu tu, tapi tak juga kunjung tibanya. So, I decided to check it up online.
After several times trying to memorize the password, then I got in.
My status was : Tidak Terpilih.
Well honestly, felt a little bit shock but a few second later, I feel relief. It's not my destiny to be chosen. I'm agreed with that statement. So, I wish good luck to the others. Good luck, Chaiyo2.
-End-
Tuesday, 14 May 2013
My Nokia 2730 Classic
Assalamualaikum W.B.T, Annyeonghaseyo Konbanwa~
Selasa, 14 May 2013.
Waktu kerja aku bermula pada jam 12.30 tghri dan bertugas di kaunter atas [kaunter 7].
Rehat jam 3.30 pm, perut sudah mulai bergelora minta diisi. Masa jalan dari rumah, tak sempat aku menjamah nasi. Agak malas nak masak lauk. Aku buat keputusan untuk ikut kak Suzianah, Shazanah, dan Suzilah pergi beli makanan di Pasar Malam. Sebenarnya, aku pun hairan kenapa tiba-tiba aku rasa nak join dorang. Selalunya aku buat gerakan solo jak. Hm, dah terbiasa solo-molo dari sejak zaman budak kecik lagi.
Sekembalinya kami ke Gmart, aku mula mencari spot tempat duduk yang selesa. Tengah syok aku menguar nasi + lauk kari ayam + lekor tu, aku pandang atas tangga. Huh! Ada pula manusia di situ, yang sebenarnya aku agak kurang berkenan dengan kehadirannya kerana kes matanya sungguh detail bila melihat orang dan bercakap tanpa diplomasi, jadi aku pun tukar posisi tempat duduk bermaksud untuk membelakanginya.
Sekali tuh, tuink tuink, aku dengar bunyi benda jatuh. Tengok-tengok zip beg memang terbuka. Sah, telefonku jatuh! Yo` yang duduk bersama 2 orang supplier tu tanya apa yang jatuh. Pergh~ Malu jua aku sikit masa tu, tapi dengan selamber aku jawab, " Ah, nanti lah ambil tu, makan dulu." Tapi mata sibuk jeling2 bawah tangga tu.
Siap makan, aku cuba call guna telefon kak Suziana, dapat voice mail lah pulak. Aku sedar telefonku tu memang dah low battery tapi takkan lah secepat itu pulak sudahnya. Louis datang duduk berehat di tangga. Masa tu aku dah sibuk pasal telefon tu. Dia cuba suluh tempat tu dengan hpnya. Akhirnya, dia jumpa battery. Patutlah voice mail, battery dah tercabut dari badan.
Aku cuba pula dari tempat belakang, lol! penuh dengan susunan raga lah pulak! Masa tu aku fikir pasal sim card jak. Tiada satu nombor pun yg aku ingat melainkan nombor telefon aku sendiri. Nda kah kalut namanya tuh.
Ada satu orang supplier yg tengah duduk tu, mirip macam muka Mr. B, honest! Bila aku tengok dia terus teringat ma Mr. B. Nampak rupa macam dia nak tolong. Badannya kecik jak, aku rasa memang muat masuk dari tangga tuh.. hahaha .. [jahat jap ni fikiran]. Tapi aku tolak dengan buat lawak yg tak berapa nak kena dengan situasi. Aku announce sapa yang dapat ambil telefon tu, aku belanja kfc Dinner Plate. Ni kali lah, yang penting aku dapat balik tekefon aku tuh.
| One Of My Picture Book |
Entah bila dan bagaimana, aku dengar suara mamat di bahagian belakang dekat raga tu. Eh? Bila masa pula mamat ada kat situ. Bila aku pusing belakang, dah hampir separuh raga tu dialihkan. Aku pun nda dapat mau tolong apa-apa sebab tempat tu sempit. Jadi aku berdiri jak sambil tengok mamat alihkan barang tu. Blurr ni. Tiba-tiba, budak yg mirip Mr. B tu datang mendekati dan tanya
" Dapat sudah ka?"
" Belum. "
" Sini, saya masuk sna. "
Aku no komen. Mamat masih jua di situ mengalihkan raga-raga. Then the budak, decided to let Mamat help me. Setelah berapa minit kemudian, dapat juga aku telefon nokia ni balik. Alhamdulillah. Free-free mop yg di jemur tu landing di rambut Mamat. Ahaha, Sorry mat! Esok ku belanja dinner plate walaupun esok aku cuti. hehe. Dah 3 kali aku menyusahkan ko Mat. Aigoo~ Sorry diii~
| My Nokia 2730 Classic |
Sekian untuk hari ini.
Sunday, 12 May 2013
Menjahit Part 1
Assalamualaikum W.B.T, Annyeonghaseyo, Konnichiwa.
"Sebelum tuh, aku nak cuba membahasakan diri guna 'Saya' atau pun dengan nama aku yang Alhamdulillah unik dalam setiap entri aku selepas ni. Step by step. hehehe"
Entri kali ini dipaparkan mengenai bagaimana kita nak jahit tudung secara simple menurut versi Amal. Sebelum itu, kita kena sediakan bahan dan peralatan tertentu bagi memudahkan proses menghasilkan projek 'Tudung Putih' ini. hehe
1. Bahan dan Peralatannya adalah seperti berikut:-
| Rajah 1.1 1 Meter Kain |
Saya dah jumpa jenis kain yang sesuai untuk buat tudung idaman tapi dek kerana masalah kewangan yang kurang stabil, beli yang murah saja lah seperti yang ditunjukkan pada rajah 1.1. Lagipun, nak buat tudung pergi kerja saja kan.
| Rajah 1. 2 Jarum, Benang putih, dan Gunting Kain |
Selain daripada bahan utama iaitu kain, turut memainkan peranan penting sebagai pemotong dan pengikat ialah gunting kain digunakan untuk memotong kain dan benang kain. Tambahan lagi, jarum dan benang sebagai alat yang digunakan untuk mencantumkan bahagian kain secara kekal.
2. Langkah-langkah pemotongan dan penyusunan.
2.1 Selarikan susunan tepi kain yang bersaiz 1 meter tersebut seperti yang ditunjukkan pada rajah 2.1.
| Rajah 2.1.1 Kain diselarikan berdasarkan tepinya. |
2.2 Guntingkan lebihkan kain yang tidak diperlukan. Bagi mengelakkan proses kerja yang tidak teratur dan berisiko untuk mencacatkan potongan kain, tekapkan tangan pada bahagian kain yang dikehendaki semasa memotong lebihan kain supaya susunan tepi kain tidak terjejas dengan teruk.
| Rajah 2.2.1 Tangan kiri digunakan untuk menekap susunan kain semasa proses pemotongan kain dilakukan. |
Peringatan : Kedudukan gunting semasa menggunting kain hendaklah berada tegak 90 darjah bertentangan dengan permukaan kain. Bukan seperti kedudukan yang digambarkan pada rajah 2.2.1 [tengah tangkap gambar tu, hehe].
| Rajah 2.2.2 Keadaan sejurus siap pemotongan kain |
Lebihan kain tu, terserahlah nak buat apa. hehehe
| Rajah 2.2.3 Hasil dari pemotongan |
| Rajah 2.2.4 Kedudukan kain disusun mengikut kehendak. |
Bahagian pada rajah 2.2.4 tu, terpulang kepada citarasa masing-masing. Sapa nak labuh sikit, kena tarik sikit bahagian lapisan kain di atas tu sehingga kelihatan lebih kecil berbanding lapisan kain di bahagian bawah.
| Rajah 2.2.5 Lipat susunan kain membentuk ala tudung 3 segi [ yg mcm bnyk seginya ] |
| Rajah 2.2.6 Pandangan kain pada lipatan tengah |
| Rajah 2.2.7 Pandangan kain pada bahagian hujung lipatan |
3. Langkah-langkang menjahit tudung.
Bagi penjahit amatur seperti saya ni, tak berapa suka nak tetapkan susunan kain dengan menggunakan jarum peniti. Jadi saya ambik pendekatan lain dengan menggunakan barangan elektrik iaitu streka atau dalam bahaga Inggerisnya IRON. hehehe
| Rajah 3.1 Streka pada bahagian kain yang hendak dijahit |
Proses menstreka pada bahagian kain yang hendak dijahit adalah bertujuan untuk memudahkan proses menjahit nanti.
| Rajah 3.2 Keadaan lipatan kain yang telah distreka. |
4. Langkah-langkah menjahit lipatan.
Di sini salah satu proses menjahit kunun. hehehe
| Rajah 4.1 Hasil jahitan |
5. Alhamdulillah siap!
| Rajah 5.1 Siap untuk dipakai. |
Mata-Ashita~
Subscribe to:
Posts (Atom)