Thursday, 6 June 2013

What am I Letting Go ?

Akhirnya, cerita ini sama saja seperti cerita-ceritaku yang lalu.
Kasih lahir yang dipendam tanpa diluahkan mana mungkin kan bertaut.
Setelah sekian lama aku cuba untuk mengakhirkan segalanya yang bertumpuk di jiwa.
Aku cuba lupakan, lenyapkan, hilangkan, berhenti daripada mengharap dia kan ada untukku.
Namun gagal.

Beberapa waktu yang lalu,
Aku kumpulkan keberanian untuk melihat wallnya.
Rasa seperti senyumku sudah hilang manisnya.
Tawar tak bergula.

Sudah berapa kali aku ingatkan diriku,
Sudah berapa kali aku pujuk hatiku untuk lupakan saja dia yang jauh di sana,
Entah bila masa pula hati ku kembali yakin yang kami kan bertemu jugak suatu hari nanti.
Padahnya, hatiku kecewa tak retak namun pudar cerianya.

Bolehkah aku tegaskan pada diriku,
Aku tidak pernah memiliki sesiapa pun,
Maka, tidak seharusnya aku lantang merasa kekecewaan seperti pasangan yang putus cinta.

Dia hadir di waktu aku mengosongkan hatiku dari sesiapa pun.
Di saat aku mempercayai tiada lagi kaum adam yang mampu mengetuk jendela hati.
Di saat itu lah, kepercayaan yg cuba ku perkuatkan, diruntuhkan begitu saja.
Sekali lagi aku jatuh dalam bayangan baik budinya.

Namun tidak semua yang aku kesali,
Perilakunya sering mengingatkan aku supaya kembali ke fitrah beragama.
Wajarlah, aku merasa rendah diri bila berjumpa dengannya.
Dia bagaikan cermin yang memperlihatkan aku dalam kesamaran.
Menyedarkan aku bahwa bukan ini lagak gaya yang sepatutnya aku gunakan dalam kehidupan.
Setapak membuatkan aku menyedari bahawa perempuan ini begitu berharga.
Cara layanannya yang baik dan sopan berbeza dari selalu yang aku terima.
Banyak perkara yang tak ku jangkakan darinya.
Tapi sedarlah mal, itu semua masa lalu.
Sengaja ku coretkan di sini sebagai kenangan.
Mungkin juga sebagai pedoman hidup.

Aku harap aku lali dengan semua ini.
Aku yakin Jodoh itu rahsia Allah.
Aku yakin rahsia itu manis. InsyAllah.

[ Aku doakan agar aku dan dia bahagia masing-masing. Hidup ini penuh dengan perkara yang tak dijangka, salah satu perkara itu; aku tak jangka aku pernah rapat dan mengasihi dia dalam waktu sesingkat ini. Selamat tinggal dari Hatiku. Be strong, Mal.]

No comments:

Post a Comment