Monday, 21 September 2009

First Time Masuk Politeknik♥

Bersyukur ke Hadrat Ilahi, rasanya dah genap sebulan aku Menjadi Pelajar poli ne. Tak terasa masa begitu cepat berlalu. Hinggakan aku hampir2 nak lupa keadaan semasa aku mengurus masuk pi poli ne.Sandi wei.
♥ Surat Tawaran Politeknik ♥ time kawan2 lain dah dapat surat tawaran p politeknik, aku masih lagi tertunggu-tunggu.mana kah surat tawaran aku ne…timbul jg prasangka yang aku ne nda dapat masuk pi politeknik. sekali check punya check, aku pla yang silap tulis alamat surat menyurat. Adeh, aneh betul taw. semua kolej atau university yang aku isi tak salah pun alamatnya, sampai jg pi rumah aku ne, padahal aku tak juga beria nak terima semua tawaran tu. Cuma satu ja yang ter’set di kepala aku ne nak sambung pelajaran Politeknik Kota Kinabalu sejak kali kedua aku ikut tournament taekwondo di politeknik ne dan sejak aku putuskan nak pilih aliran teknikal sains di SMATS masa ting 4. Lepas tu, aku bersama-sama ngan parents aku pun datang pi politeknik nak tanya pasal ne.
Semasa nak dekat sampai pi politeknik, ada satu kereta ne Hilux kut, biasalah nak cepat kut, overtac (uiseh, btul kai to..hehehe) kami..so, kami stay still jg la belakang keta tu, rupa2nya destinasi kami ne sama, pi politeknik kk juga.hahahaha. masa bertembung ngan dorang di pejabat hal ehwal Pelajar tu, bertegur jg la dorang ngan parentsku ne, katanya nak urus petukaran aliran pi kejuruteraan awam.uiseh, k. awam tu. aku ne kejuruteraan mekanikal pembuatan ja. Tapi aku ne kira ok ja la.Terima ja tawaran tu, cz malas dah aku nak urus2 ne sebenarnya…hehehe
07 Julai 2009
♥ Hari Pendaftaran Pelajar Semester 1 di Politeknik ♥ sebenarnya, hari ne tak berjalan seperti yang aku sangkakan. Awal dah kami jalan pada pagi tu jam 1o lebih kut, aku pun lupa2 uda, sempat lagi bersms dengan Edut. masa aku d persimpangan pi tun said, Edut dah dekat Kampus Intan sabah.uina, awalnya c edut ne. padahal aku ne, bkan mo direct terus mendaftar pi poli, nak buka akaun Bank Islam lagi..tekanan juga aku dalam kereta time tu, rasa cam mo nangis ja, kena tegur coz aku lambat urus semua ne..tapi, aku sendiri tiada pengalaman dalam hal mengurus benda2 camne.Tabah ja la aku dalam kereta tu. hampir jam 2 baru selesai aku dekat bank islam tu. direct terus pi politeknik. Sampai di politeknik, aku semakin panic la knun, lupa sudah bab kena marah2 tadi tu, hehehe. aku tengok ramai betul orang ne. Hari tu, aku pakai baju hitam berbunga biru dan tudung tiga segi biru. hei, kira first tima la aku pakai tudung tiga segi ne lepas tamat dari tingkatan 5. jadi, perasaan kekok berpakaian tu pun turut bercampur baur dengan perasaan aku mo mendaftar ne. dahlah, kasut ne pun aku salah pilih size(perasan size kaki besar sngt..padahal kicik bha..hehehe)seblum aku memulakan pendaftaran ku ini kunun, pi dlu pejabat Hal Ehwal Pelajar, mo ambil surat tawaran politeknik. wah, ramai juga pla yang baru dapat surat tawaran ne, sampai berlist2 bha. sampai aku pi pejabat tu, ada dua orang yg salah seorangnya adalah pensyarah Jabatan kejuruteraan Mekanikal (JKM). pensyarah tu, tolong kami wat salinan lagi ntuk surat tawaran tu. Thankz a Lot Miss. Lepas tu pegi dewan Rafflesia, dari sana aku kena mendaftar sorang diri, parents tak bleh ikut. mak aih, tambah lagi aku sajuk ne. Aku tgk papan tanda pemeriksaan disiplin kai tu..aku tgk takde orang pun, aku direct terus pi perpustakan, berpandukan papan2 tanda, dan anak panah kat situ. Masa aku kaku depan perpustakaan poli tu, terserempak pla dengan pensyarah dari JKE. bila kena tegur, aku terus gugup ne, coz aku dirct jalan ja pi library tanpa ada pemeriksaan disiplin. Sir tu tengok aku atas ke bawah. dalam hatiku ne, sajuk deh. nanti tak pasal2 tak kena terima pasal nda berdisiplin.tpi, aku pass la pemeriksaan disiplin tu.hehehe, sia2 ja aku sajuk semacam. pastu, time pemeriksaan dokumen pla, terserempak pla ngan Amirul, terkejut gaban juga la aku nampak amirul kat situ, nak aku menegur juga tu, tp masing2 bz ngan pendaftaran. so, aku carry on ja la…hehehe, habis urusan dari library tu, kena suruh pi ambik gambar pla dkt Dewan kuliah Utama (dku, yg sebenarnya direct depan library tu) tapi, aku ne biul2 jg, nda nampak pintu masuk tu.kebetulan aku nampak budak sem1 jg naik dari tangga tu, bila aku tanya dia mana tempat ambik gambar tu, dia pun tak thu..hei, malu jg aku sikit, bila aku jenjalan sekeliling citu, baru aku nampak dku tu. adeh, kat sini pla. bergambar la kunun ne dengan senyuman YB (senyuman paksaan) hahaha..habis aku bergambar tu, budak yg aku tanya tdi tu, bru dtg tgh pilih2 coat…aku pun chow, pi berbaris ambik barang kat bahagian koperasi. aku dapat beg, fail, dan baju batik ja.baju bengkel baru ja aku dapat seminggu yg lalu…size S lg tu, bagi aku baju tu mcm kecik ja sma aku, tp roomate aku kata ok ja pun baju tu ngan aku. ntah lah, dah terbiasa kut aku pakai baju besar2 di SMATS ne, bila pilih baju pun pilih yang size M klu nda pun Size L. cma skrg ne, aku blum dpt bju MSK dan bju Polibriged.so, skrg ne, bila hari polibriged, terpaksa la aku menebalkan muka pakai baju sukan besa. habis pendaftaran tu, angkut barang2 pi bas politeknik. wah, pi kamsis naik bas. hari tu, rasa cam jauh ja kamsis tu, tpi, skrg ne, rasa cam dekat besa ja.besalah, kebaru-baruan.hehehe. AKu punya bilik KA5-004.maksudnya blok A, tingkat 5, bilik 004. adeh nah, terkejut juga aku, tingkat 5?!! hui, kurus la aku kalu mcmne..(padahal mc gumuk jg.hahaha) masuk2 aku begitu, terkejut juga aku, nampak lelaki jadi ajk bilik citu…mybe hari pendaftaran, so kelonggaran sikit kut. parent aku tolong angkat barang lagi. deh, anak derhaka juga aku tgk aku ne, suruh2 parents angkat barang. sampai di bilik, Wings 1, bilik 004. time kat ruang legar tu, tersrempak dengan c family Pari.Best jg,cz dorang peramah. bila masuk bilik, wui na, terkejut jg aku la skit. (ei, brapa banyak kali dah aku terkejut di poli ne…hahahaha)kira lengkap la kemudahannya ne, ada katil, beserta tilam, cma nda da bantal la, coz kata dorang bantal selalu kena tapau so kena ada sendiri la, meja belajar beserta rak, cermin, locker, ampaian kecil. aku pilih bahagian yang dekat tingkap punya. Bila malam kan, kalau aku tengok kilang depan blok aku tu, cantik betul, mcm layaout profile netlog aku ne.Rupanya mcm sebuah bandar kecik yang dihiasi dengan cahaya putih, biru dan kuning.memang lawa la bha..so, kalau dai luar, bilik kami ne betul2 di bawah huruf A kat blok A tu. Lebih kurang jam 4: 30 pm begitu, kena suruh berkumpul kat dewan…duduk ikut jabatan masing2. time tu, aku ne masih lagi blur2..lonely betul aku time tu. masa aku cari jabatan mekanikal tu, aku tgk majoriti ramai lelaki deh. klu majoriti pompuan, jabatan hospitaliti n perdagangan lew.Aku pi duduk barisan Diploma kejuruteraan mekanikal (DKM1&2), sepatutnya aku duduk barisan kedua, masih dalam jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) juga tpi aku ambik Diploma Teknologi Pembuatan (DTP1), so kena duduk kat barisan kedua.hui, 5 orang ja perempuan dalam dtp 1 ne, 38 org lagi lelaki. Ramai di antara dorang ne dari sekolah menengah teknik la.Aku ja sana dari skolah agama.
♥ Minggu suai Kenal ♥ Selama aku join Minggu Suai Kenal (MSK) tu,tak banyak yg aku kenal, masa tu aku kenal yati, awa, ryna, nurul, aizudin, dan sharul ja. yang lebih parah lagi, aku langsung tak dapat nak bezakan muka dorang ne semua. rasa mcm sama ja.Ada ka, aku jadi pendiam sna.Cuma kaki ja la yg bising sna.asyik goyang kaki ja la aku sna. Sudah la, kebetulan hari first mndaftar tu aku demam dan selsema…dalam hati aku ne (ada la bha orang yang hari first mendaftar kena kuarantin ne)..mybe, pasal tu la, aku diam ja coz takut dorang tau aku ne demam n selsema.nanti jdi suspek H1N1 pla…pdahal aku ne baru ja habis ikut perkhemahan taekwondo di KG. Tengkurus iaitu pada jumaat, sabtu dan ahad. hari selasanya, aku kena mendaftar pi politeknik sudah.itu yang demam tu, habis latihan taekwondo terus pi mandi sungai.hahahha.tpi aku kira kejam juga la ne, coz selang beberapa hari, aku tengok orang yang duduk sebelah aku pla selsema.tak tahu la klu dorang tu demam juga..tpi selsema tu aku pasti la.hehehe..masa makan petang pla, bru aku terserempak dengan dorang saudah, fauziah, dan rafi J.nampaknya, dalam sem 1 ne cma 4 orang ja exsmats yang aku kenal ada sini.saudah blok A juga tp dia tingkat 4. Fauziah blok C. Rafi J pla Satu program ngan aku..DTP 1.saudah ambik kejuruteraan elektrik tp dia skrg ne tgh urus nak tukar pi kejuruteraan awam, fauziah pla klu aku nda silap perdagangan, amirul kejuruteraan awam.herm..apa lagi mo tulih ne ar… nda tersusun sudah memory aku ne..terlalu banyak sudah perkara yang berlalu bha, tu yang susah mo di ingat…
♥ pertandingan Catur ♥ haah, time ne, keluar sikit tebiat aku nak mencuba semua ne. aku ajak Edut masuk pertandingan catur time msk tu. 4 orang ja pompuan ikut tu.bru aku sedar, aku dan edut blok A, yang 2 lagi tu dari blok C.uiseh..mcm wakil blok pla ne…hahahah..Apa pun aku lawan 1 menang, 3 kali kalah..ish2.apa nda, 2 org yg kami lawan tu, mmg dah pernah jadi wakil catur dah. aku ne stakat main catur dalam dorm ja.hahahaha..cuma ada satu kali masa game aku yang kedua tu, tetiba semangat mo menang ne membuak2 pla..eiceceh, so aku main la betul2. tapi, silap aku letak bishop tu, dari sana terus, aku blank nak wat apa. hancur semuanya.aku ne klu dah susun betul2, tak ble ada salah, klu ada salah tu, memang dah blackout la mind ne…hehehe, dan itu seterusnya menjadikan kekalahan aku yang kedua.(^_^).
♥ Makan ♥ selama seminggu di politeknik ne, makanan memang di tanggung, tapi lepas seminggu ne, tanggung sendiri la.adeh. ne la first time aku berdikari makan ne…hehehe, klu di asrama mmg disediakan udah.klu di rumah, kena masak. tapi di poli ne, klu ada duit makan, kalau takda duit..huhuhu…no money no talk meh la….hehehe…bila aku kira bajet aku makan ne…huhuhu, nda lari juga rm300 satu bulan taw.adeh. Baru la, aku tgk duit ne memang auranya..fuh!
 Subject: Amalan Bengkel Mekanikal ♥ hari first, aku pinjam baju bengkel edut coz baju bengkel ku tak da lagi. kami membersihkan bengkel ja hari tu.next weeknya, bru masuk bengkel gegas.adeh, aku sebenarnya tak tahu pa yang mo di buat ne. kebetulan hari tu, aku puasa qadha. sekali masuk bengkel, memang, sikit lagi aku nak pitam, dah lah nda’ sahur. last2, tak tahan, aku buka ja.isk2. memalukan ja la.
ni lah serba sedikit pasal aku masuk poli.sebenarnya banyak lagi aku mo tulis ne tapi, sekarang dah 2 bulan lebih dah aku kat poli ne. banyak dah aku lupa lantaran assignment dan subject yang ala-ala addmath dan fizik gitu.hehehe, t aku upgrade kalau aku rajin lew. assignment pun malas mo buat apa lagi mo menulis di blog ne…hahahaha
p/s : transfer dri friendster...^____^

No comments:

Post a Comment