Kem Taekwondo
July 5, 2009 by loveqie
Kem Taekwondo GTF
4 - 5 Julai 2009
3 Julai 2009 (petang)
Aku sma ofu, awal lg dah packing ntuk perkhemahan esoknya. takut tak sempat pla nanti. herm, aku ni. 7 julai ne, nak masuk mendaftar sudah, tapi belum lagi aku packing barang2 ntuk persediaan pi poli ne. baju pun malas lagi aku mo jahit kc siap. tapi, ntuk p’khemahan ne, semangat pla aku, coz kata dorang mandinya kat sungai..uiseh…len2 ja la aku ne..hahaha
4 Julai 2009
Awal jam 5 am jam hpku ni dah pun berbunyi. itu pun, dah postpone punya alarm. Dah aku ne susah mo bangun, apatah lagi si ofu ne. si puen awal dah bangun, tpi sana mengadap depan cermin. ish2, takazut juga aku.
Setelah banyak betul masalah persiapan kami di rumah tu, barulah dapat bertolak pergi gim pagi2 tu. Kata pergi kg. tengkurus sebelum jam 6 am. kami jalan dari rumah, pass2 jam 6. itupun lepas aku wat muka stress giler smbil mulut aku ne pun kira tahap membebel. Sampai di gim, rupanya dorang belum lagi jalan. Ai, aku pula dorang mo kc kena balik. tapi, yela. sepatutnya sampai jam 6 am kata sir. Dah banyak kali dah aku alami situasi begini ni. bila kumpul2 semuanya, bleh stress juga aku ne.huhuhu. lebih kurang jam 6:45 am lebih la begitu, barula kami berangkat dari gim.Kami adik-beradik naik kenderaan sendiri, yang lain pla ikut kereta pick up. Dorang bobby ikut keta sir paison.
Dalam, Perjalanan ke kg tengkurus. kebetulan lalu tempat perkhemahan taekwondo juga masa 2004. mak aih, teringat juga aku kenangan tu taw. perkhemahan ala tentera btul. masa semua kena tepat pada masanya. kalau mandi tu, adeh na. nda cukup masa. alih2, kering baju tu dibadan juga(nda sempat tukar baju.haha)pastu,Main teriak2 yuk.. Habis ja, dari perkhemahan tu, phobia juga aku sekejap kalau kena teriak2 tu. bergegar jantung beb..kuikuikui. jalan pi kg. tengkurus ne terasa mcm jalan pi kg. rosok la pla.dahlah berbukit, berbatu lagi tu(ei, ngam kah.? (^_^) ). Lebih kurang jam 8:05 am tu, sampai la kami di dewan kg tengkurus, berdekatan dengan sk. tengkurus. Mula la, kc bersih sket dewan tu. segala barang2 dgn peralatan m’masak suma angkut masuk pi dewan.aiya, masak sendiri lagi tu. nasib bek ada di antara kami yang ada bawa beras, sardin, meggi.lantak saja la, lgpun ada juga kantin sekolah kat situ. nda la kebulur sangat.hehehe
Pendaftaran. Sir ada 4 orang, sir paison, sir alex, sir ralph, sir andrew. peserta pla, klu aku nda silap la, ada lebih kurang 36 orang begitu ka. tapi ada juga yang balik sudah lpas hri pertama.. Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan. Ketua Kump 1- aku sendiri(hehehe), Kump 2- Cassandra, Kump 3 - Puen, kump 4 - Ofu, Kump 5 - Bobby, Kump 6 - Raymon..7 orang dalam group aku ne, Christiano dylan, Andrew, Qadir, Saiful, Azizi, Farhana dan termasuk le aku.. Pagi2 tu, terus pakai Dobox, jogging pi padang sk Tengkurus. Sana kami buat beberapa gerakan lew. Ada yang senang, ada juga susah seket, bagi aku lew. Kump kami buat jumping star ke, klu aku tak silap namanya tu. pastu kami bertukar gerakan bersama kumpulan lain. gerakan tu dibuat mengikut bilangan ahli kumpulan. Tapi ada juga yang buat sampai 10. Orait le tu. Pastu jogging, sambung di dewan. Jam 12 hingga jam 2, cool down. sana la kami memasak ntuk makan tengahari. itu pun masak nasi ja. lauk tu, sardin sma meggie ja. yang penting kenyang.hehehe
jam 2 tu, sambung buat pattern oleh sir Ralph. adeh na, nda berhenti bhe. nda da la aku sempat melap peluh di muka, ai banjir muka aku oleh peluh taw. Dari basic movement 10 kup - 4 kup, nda berhenti-henti. Penat tu nda berapa juga la, tapi semput deh! Lepas tu, Sir paison pla, sambung mengajar mengikut kup. mula2 tu, kup 10. yang lain rest dulu. Sambil kami yang rest ne, sempat la pla main2. Main2 pun, bkan main apa, belajar pattern, kicking, semi sparring d atas pentas dewan tu. aku pun ikut la juga dorang practise sikit.hehehe. latihan itu sampai 6 kup saja, memandangkan hari pun dah nak senja benar.Lagipun, nak mandi mandi kat sungai lagi. kami pergi sungai, jalan kaki saja. Ei, best betul mandi sungai ramai-ramai taw. tapi, dorang sir2 tak ikut mandi. cuma kami yang anak murid ja yg mandi…ah` lantak lew..First, aku masuk dalam air tu. mak aih, sejuknya!!! kebetulan banjir lagi time tu, macam milo ja air tu.hahaha. masuk2 ja, sudah paras leher aku, itu pun, main jengket atas batu. Aku mandi kat tepi2 ja, sebab manalah aku pandai berenang. Jeles betul aku tgk dorang casandra sma budak dalam group aku ne, kecik2 lagi dah pandai berenang. ada juga yang nda pandai berenang sana tu selain kami 3 orang adik-beradik. kira orait la, ada juga kawan nda pandai berenang(kejam.hahahaha)…Ada sekali tu, cassandra dan ariah bawa aku terjun kat tempat yang dalam sket dekat bambu tu. mula2 tu, aku ingat sama ja dalamnya. sekali aku terjun gitu, adui na, tenggelam aku sana, nasib bek la, cassandra sempat pegang aku surut berpaut kat pokok bambu tu. sekali aku berpaut, terkena lagi bekas bambu yang dah patah. nda sudah aku peduli luka ka nda, berpegang ja aku situ. mo naik balik, impossible betul, coz tebing tu tinggi sangat. terpaksa aku b’inut2 berpaut daun-daun, akar-akar di tepi tu pegi balik tempat aku mandi first2 tu.sana baru aku lew dapat naik. air tu, ei, jan cakap la, masuk hidung, masuk telinga. ei, terminum lagi aku air tu…hahahaha…tpi, nda juga aku serik2 taw kalau ada kawan mandi. terjun juga aku di tmpat dalam tu.hahaha. Tapi kali ketiga, nda sudah aku ikut terjun sana, coz kali ketiga tu, aku terover la pla terjun sampai ke tengah skit, dah tau tak pandai berenang maw jua ikut sana, aku helpless ne, nda tau mana mau berpaut. sampai terpaksa c suhaimi yg angkat tgn aku, bawah pg tmpat yg nda dalam. aih,malu jg aku sket taw.aah~ kecoh betul. habis kami mandi tu, terus balik pi dewan.
makan malam, first time la, aku jadi ketua ne, manala aku tahu mengurus budak2. hei, tak suka la jadi ketua ne. apa pun, i’ll try la. Habis makan tu, dorang buat pasang khemah dalam dewan tu jg. ada 6 khemah, kena susun 3-3 baris. kami di khemah baris kedua memanjang. Malam tu teda pla acara kami. aku ingat ada acara, jadi aku tahan ja ngantuk aku tu. selama tu, aku join sekejap budak2 group aku ne. Aktif betul dorang menanya taw, hinggakan aku sendiri nda terjawab soklan2 dorang. last2 tu, aku sendiri blah dari situ, lagipun khusyuk juga dorang bercerita sna.hahaha. Dorang sir pla, tak tahu kemana. klu aku tak silap, time aku sma cassandra masuk khemah mo tidur tu, ada sudah dorang datang. mata tu ngantuk sudah, tapi nda dapat tidur taw. bukan pasal budak2 tu bising main, tapi pasal sakit pinggang aku ne, nda dapat mengiring…lagi2 dorang kacau khemah tu, digoyang2, ntah sapa la tu tertendang kepala aku. Kurang asam betul. Ada pun aku tertidur, sekejap2 terbangun balik. adeh, aku bangun, duduk. aku tgk cassandra tidur uda. aih jelesnya. pastu, datang pla sir alex, tanya kenapa nda dapat tidur. Mo juga aku ckap pasal sakit pinggangku ne, tapi, apa juga boleh dibuat. last2 tu, sir suruh ambik beg bikin bantal, ya tak ya pla. aku bawa cassandra ambik barang bikin bantal, aku buat ja sapu tangan tu jadi bantal. tudung aku jadi selimut.hahaha. Tu baru la, selesa skit n dapat tidur, itupun tidur2 ayam ja, sebab bergema dewan tu oleh suara orang bercerita. jam 4:48 am begitu, ntah sapa la pegi goyang2 khemah tu. awal betul dorang bangun. aku ne terbangun sudah, tapi, nda dapat bergerak betul sebab sejuk betul, ngam2 khemah kami dekat kipas besar tu. menggigil aku dalam khemah tu. tak lama tu, baru ada orang matikan kipas. Hei, satu pembukaan hari yang unik la.(^_^).
5 Julai 2009
pagi2 tu kami jogging naik bukit. Seperti biasa la, aku ne memang group belakang kalau lari. time tu, cuma aku, ziemah, irfan, dan azlan ja tertinggal di belakang. yang lain sudah, jauh di depan. Apa ndanya, dorang jogging, kami ne berjalan ja. (^_^). Time jalan tu, lawa jg permandangan gunung kinabalu dari situ taw..Oleh kerana kami berjalan saja, sampai satu simpang tu, terpksa sir paison tunggu kami. Aku ingatkan jauh lagi, rupa2nya dah nak sampai dah. rugi juga aku nda jogging betul2(menyesal xberguna lagi~).(-_-). Sampai di gelanggang sepak takraw depan dewan tu, kami buat baik kombinasi gerakan yang kami buat di padang tu. Selesai saja, kami diarahkan ntuk pungut sampah di sekeliling dewan tu, coz tengahari ini kami pulang sudah. sarapan sekejap dengan roti yang dorang ziema bawa.Lepas sarapan tu, mandi lagi. uiseh, kami ne semangat mo mandi di sungai ja ne.al-maklum lah, jarang jumpa sungai ne.hahahaha. dalam perjalanan kami pergi kesungai, tetiba aku terdengar namaku di panggil, puas aku mencari, rupa-rupanya c Taibah, roomate aku masa dorm 10 aspuria sebelum aku pindah pi dorm 15. owh, di sini ka rumahnya? baru aku tau. aku peace ja.hehehe.. Sampai kami di sungai, Wah!!! airnya, hijau sungguh, dah tak banjir macam semalam. Kali ini, dah paras dada dah.pastu dorang bawa pla berenang pi seberang. Rupanya2, tak dalam pla. hei, kecoh betul ar kelmarin. baru aku rasa macam sungai aku taw.hahaha. tempat yang dalam seperti aku katakan itu, rupanya hanya pada paras mulutku saja.hehehe. berabis kami round sna.kali ini, baru dorang sir pison, sir ralph, sir andrew join mandi. cuma sir alex ja tak ikut pi sungai, rasanya dia stay kat dewan jer kot. kecian la pla.
Selesai mandi, kami sambung lathan. junior 10 kup dan 12 tahun kebawah diasingkan daripada 9 kup dan 17 tahun kebawah. Dorang belajar pattern, kami pla belajar breaking guna kicking. Sebelum tu, kami split kaki dlu. adeh na. angkat kaki pi bahu tu boleh tahan lagi la, tapi yang men paksa buka kaki tu. adeh. bleh kejang paha ku ne…tpi, kena tahan ja la, kalau mo lawa tu kicking..kalau bab2 kicking ne,ei, memang aku respect lew raymon. mantap kickingnya ba. tak hairan la kalau tahun depan dia naik pi tali pinggang hitam sudah…Respect (^_^).
Kami tamat latihan jam 12 tengahari. keta datang ambik jam 2 ptg. apa lagi ne, mandi la. Awal lagi tukar baju ne, aku, ofu, cassandra, irfan, fikri group first sampai pi sungai tu. cassandra ne ar, lari terus terus masuk sungai. ei, lawa la. sementara dorang dah masuk tu, ada la juga aku merakam seket guna hp c ofu ne. tak lama kemudian bru yang lain sampai. parents ziema pun ada sama. tu baru la…lagi ramai-ramai. dorang bawa main kejar2 lagi ne, mula2 tu hanafi yg jadi, tapi kejang kakinya. bila kami tgk di darat, hui, lembam wei. tapi, tak lama pastu ok la…dah taw dia ok, aku terjun balik pi sungai. aku try la bljr berenang skit2 ne. memang tak dapat lor. nafas pun nda cukup..hahaha. sekali tu, kami berkumpul di seberang, tgk dorang sir2, wat breaking batu. ada yang pecah yuu`. ada jg dorang suruh aku try breaking guna batu kecik, itu pun aku tak dapat.sakit pla yg aku dapat. slowly, aku pi lepak jauh2 sket.malu wei…heheheh.setalah lama mandi tu, kami balik awal pi dewan. lapar deh, tgk lg d kantin ada sudah dorang christiano, bobby, hanafi tgh mkn meggie. tidak bawa2 org dorang ne taw..(^_^).lpas makan tu, jenjalan aku mencari line ntuk antar sms sma mother aku. susah betul mencari line celcom di kg tengkurus ne. ada line pun, di sungai. tgk lagi sms yg masuk, adeh na. Sorry le tak dapat balas sms korang ye(sapa yg ada sms aku time tu la) bukan aku marah, tapi memang teda line kt kg tengkurus tu..(^_^)..
Sambil menunggu kereta datang ambik, aku join ariah baring atas pentas tu. penat jg pla mandi sungai ne..hahaha..Tak lama terbangun aku, hurm, leceh betul. aku tgk balik rakaman tdi kat sungai tu, baru aku sedar, yang aku ne tak bleh jadi perakam video coz bising betul mulut aku merakam tu..hihihi..jam 2 lebih, baru keta pick up sampai. time angkat barang tu, bercerita lg ngan dorang sir. ala sir, sorry la, mybe aku nda dapat ikut perkhemahan yang seterusnya ne di kg Sorob. Coz lusa ne, insyallah, aku nak mendaftar masuk pergi poli. Ei, ada 2 sesi pekhemahan aku tak dapat ikut taw. sayang betul, tai tak pa lew. Wish korang happy go lucky lew for da next camping…
p/s: Jumpa Lagi Kg. dan Sungai Tengkurus ♥ ♥ ♥
No comments:
Post a Comment