Sunday, 16 December 2012

16 Disember 2012 (Belajar Motor + Shift Afternoon)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama dah menyepi diri dari post baru. Oke ni kali lah, update my recent aktiviti. 

Hari ini work shift afternoon dan baru sekarang aku sedar bila aku tengok punch card aku, mostly aku daat shift afternoon semenjak pekerja sementara masuk sempena bulan 12 ni. Sebenarnya bersyukur juga la, sebab bulan Disember 2012 ni, aku agak sibuk dengan event baru iaitu aktiviti mengambil lesen kereta dan motor. Bayaran secara ansur-ansur bermula dari bulan November lagi sebenarnya. Mula belajar pula bulan Disember. Ya la, mau tunggu lesen 'L' tu matang sebulan.

Jam 8 sepatutnya aku dah naik motor dan round-round di litar Institut Memandu namun hakikatnya aku baru nak buka mata bangun dari tidur. Kedengaran bunyi kuali dikuar-kuar dari dapur, hah tu mesti my beloved mom tengah masak sarapan. Nak ku salahkan jam penggera telefon Nokia Classicku yang tak berbunyi pun bukan salahnya sebab dia landing2 sana meja ruang tamu, jarak 4 - 5 meter dari telingaku. Hadui. . . Lincah bersiap semuanya, sempat lagi sarapan tu. aku pun sampai di Institut Memandu jam 8.30 am.



Nampaknya pelajar sikit ja pada hari Ahad ni berbanding dari hari kelmarin iaitu hari Sabtu. Ramai giler~ Banyak bersaing kalau mo belajar menggunakan motor. Belajar di bahagian II bermula dari pusingan angka 8, jalan berselekoh, menunggang tidak kurang dari 7 saat di titian, melalui bahagian halangan kon, dan yang terakhir me'rempit' untuk brek kecemasan. hehe. . .Dorang sediakan 3 buah motorsikal yang masing-masing dengan kelebihan dan kekurangannya. So, mau tak mau, kena biasakan dengan ketiga-tiga motor tu, takot-takot masa ujian JPJ, kena dgn motor yang tak biasa aku guna..fuh~

Sudah siap bahagian II, terus ke bahagian I pula iaitu laluan motorsikal. Yang ni berhampiran dengan litar memandu kereta, kebetulan ada juga orang belajar kereta. Giliran aku belajar kereta hari Rabu. Hari Sabtu dan hari lain2 pula belajar motor, macam hari ni. Tengah aku tunggang motor mengikut laluan tu, sempat jua aku lirik-lirikan mata ke bahagian belajar kereta dan aku nampak Saudara itu. Macam biasa, senyum. Whoa, dari jauh pun aku boleh nampak dia senyum. Hehe. Rupanya, dari tadi lagi dia ada kat pondok memandu tu. Mungkin tengok-tengok kami tunggang motor sementara tunggu giliran memandu. 

Aku rasa sama-sama jua tarikh kami mendaftar motor dan kereta. Mula-mula pun jumpa masa bengkel motor. selepas tu, masuk bengkel kereta pun terserempak dengan Saudara tu. Kali ketiga terserempak di kedai, senyum sambil angkat tangan. Pastu masuk bengkel motor kali kedua, sama-sama baru sampai dan bingung2 nak masuk mendaftar dulu atau terus ke bengkel..haha

Ada sorang lagi, yang ni aku detect asal aku pi laluan, mesti dia yang follow dari belakang. dah masuk kali ketiga, aku berhenti. bagi peluang orang lain pulak. Anyway, bro ni always ceria n senyum sokmo lak tuh. haha. apa pun, it's time to go to work so, i decided to go back home early. Esok kena pergi lagi. Padahal, esok shift aku morning..aihh lama suda nda shift morning.

Sampai ke tempat kerja, parking motor + pasang kunci basikal (hehe) kat tayar belakang, aku pun masuk punch card dan thumb print. Take kaunter Fida di kaunter 3 sehinggalah dorang habis rest. Buat kerja-kerja Afternoon, pi trip-trip jadi sale assistant ni susun barang di bahagian candy-mandy dan gardenier (my favourite routine, rasa macam shelving buku, nostalgia sungguh.hehehe), jarang dah masuk bahagian dapur untuk bungkus sayur-mayur. Ikut kak Mas pi Polyclinic jap, pastu continue susun barang-barang. Jam 3 ptg, naik ambik duit kaunter, aku dapat kaunter 2. Ganti Rimie yang shift morning kat situ. Suddenly, I realized! Mostly, bila aku shift after ni, aku take after Rimie. Rimie ni budaknya pendiam sungguh, sampaikan aku segan mau bercakap ma dia. takut2 teda respon. (Rimie, if you read this, please don't misunderstood me ya.) Aku memang tak peramah dengan kawan2 yang pendiam. Kadang-kadang aku pun terus jadi pendiam jua...paling kurang pun kena ada 3 orang baru aku boleh berkata-kata dengan seperti biasa. hehe. Walaupun aku suka dengan orang yang agak pendiam, tapi only for diam-diam ubi berisi. Bila berkata-kata penuh dengan ilmu dan segala-nya yang baik dan perlu sahaja. 

Berdepan dengan situasi pelanggan pula, boleh2 dia kata ada kawannya di telefon bahawasanya dia sedang berada di Negeri Melaka sedangkan dia tengah berdiri di hadapanku untuk membayar barang2nya di G*mart, Kota Belud, Sabah. Amboi. Respon paling jujur dari kak Aya dan Fida, ketawa depan-depan pelanggan tuh. Aku? ketawa dalam hati, senyum di bibir. :D

Tengok reportku, alhamdulillah. BALANCE! Walaupun wujud dugaan dan perasaan was-was yang bergelumang di minda sentiasa. Nasib baik aku terdetik nak masukan duit RM 0.10 yang berada di kakiku. Sebab kadang-kadang, aku sendiri tak sedar kalau ada duit yang terjatuh sewaktu kira duit atau bagi baki duit kepada pelanggan. Bila sound music dah kuat dalam kedai, bunyi jatuh duit pun nda kedengaran. Sebab tu, kena hati-hati. Ni pesan dengan diri sendiri dan juruwang sedunia yang masih bekerja. setakat ni, aku short RM 6.85 pada hari ke 16 di bulan Disember 2012. Aku dah bayar RM5.85. So, tinggal RM 1.00 lagi kena bayar. Tetiba jak rasa mau bayar short duit on the spot, supaya tak banyak yang nak bayar pulak selepas pinjaman setengah bulan atau gaji nanti.

Ingat jadi juruwang di senang ke? Short duit kat kaunter, juruwang tu sendiri ja yang bayar. Staff yang ganti masa dia pergi rehat/makan/tandas/me tak tolong dia bayar cuma tolong ganti dia jaga ja. So, jangan tau nak blame juruwang bila dia decide nak ambil masa kira duit yang kita beri kat dia atau baki duit kita, ni tak! tau mo cepat ja. ehh teda kaitan hehe. sorry, emosi sikit. sebab selalu kena dengan pelanggan yang asyik nak cepat ja. Cuba kalau aku kira nak buat jahat, kasi kurang seringgit ke, 50 sen ke.. Sapa untung, sapa rugi? nahh pokoknya bersabar dong bu. Dalam sehari tu, mungkin kita berurusan ma dia sekali, tapi dia berurusan ma puluhan manusia dgn pelbagai tabiat dalam sehari. Cuba-cuba la bertimbangrasa sedikit. paling kurang pun, bermula dari cara bagi duit ma juruwang. Bagi la dengan cara beradap sopan. Bayangkan lah kalau juruwang tu bagi balik baki duit kita seperti mana cara kita bagi kat dia. Agak-agak kita boleh senyum dan kata terima kasih ke dok? surung-surung papan, tarik-tarik papan, silap haribulan, kena maki depan-depan.

Esok ialah hari Isnin dan aku punya shift afternoon. Pagi ada bengkel motor masih belum pass titian 7 saat dan selekoh. Doakan aku berjaya eya, di dunia dan di akhirat. Aamiin.

Andai aku terkasar bahasa dan melukakan hati lantas membuahkan rasa derita jiwa, maafkan lah aku ya. Usah malu untuk menegur kesilapanku, kerana aku seperti mereka jua bisa melahirkan kesilapan. Maafkan aku ya, Insyallah, andai ada peluang aku menjengah kembali. . .

:D Publueberrylish.

Monday, 3 December 2012

3 Disember 2012

Sayup-sayup kedengaran ibu memberitahuku ketika masih mamai bangun dari tidur yang dorang hantar adik aku, Ofu, pi kursus di Giatmara. 

"Eh, sejak bila pula adik aku join kursus di Giatmara? " detikku, tapi lantas membiarkan saja dan sambung tidur balik.

Entah jam berapa, baru aku bangun, risau jua lewat pi kerja. Siap makan around jam 11 am, call ibu. Rupa-rupanya dorang terus direct pi Tuaran tengok motor. Walawei~ menumpanglah nampaknya. Hari ni aku rasa macam nak bawa baju spare, baju hijau RP. hehe

Memang dah tau keadaan kat taman nikmat ni lambat dan jarang dapat kereta tumpang. Bermula lah lagi kali ketiga babak aku berjalan dari Taman Nikmat ke pekan Kota Belud. Tapi mana tahan wei. dari mula aku berjalan. Aku lambai2 tangan kanan, manatau ada kereta yang berhenti dan tumpangkan aku. Akhirnya, dari jauh aku spotlight van biru. Dapat juga kereta tumpang pada jam 12 tghari...

Aku dan Khai sama shift. So, kak Debra shift morning evening, khai take di kaunter 6 sementara aku buat kerja-kerja pembersihan dan susun barang dekat kaunter. Selepas tu swith la pula, aku take kaunter kak Debra di kaunter 6 dan khai monitor budak part time kat kaunter 3. 

Tiba masa cash out di kaunter 6, entah rasa macam teruk masa tu. Selepas cash out, macam biasa punch barcode barang customer. Masa punch telur tu, aku dah dapat rasakan perasaan yang pelik dan merisaukan sebab aku nampak cover telur tu dah terbuka. Hampir masa aku nak masukkan telur ke dalam plastik, tiba-tiba jatuh telur tu dan kena pada baju ku. wei nah~ terus stress ni. Ambik kain lap utk lap telur tu, letak dalam baldi. buka baju putih nasib baik ada pakai baju hijau RP tu. Aku jaga kaunter 6 sehinggalah Shazanah datang pi kaunter 6, dia shift morning. Aku tukar pi Kaunter 2. Fuh, kaunter baru, tukar baju, dan tukar mood. That's all for today.


Sunday, 2 December 2012

2 Disember 2012

Suara ibu membangunkan aku untuk bersiap pergi bekerja, bingkas bangun melihat jam di hpku. Jam 8.05 mula bertolak dari rumah, singgah sebentar ke gerai kuih-muih membeli sebungkus mee goreng halus RM 1.00 dan beberapa jenis kuih-muih yang lain. Duduk makan bersama ibu di dalam kereta kancil putih sementara menunggu masa masuk kerja.

Hari ini shift full lagi tapi bukan lagi di kaunter 6, kali ini d kaunter 7 iaitu di kaunter atas. Kaunter yang paling jelas dengar radio Sabahfm dan merangkap kaunter yg kurang sikit kesibukannya berbanding kaunter d bawah. Bagi mengisi kelapangan yang sementara tu, cashier tolong staff hardline dan softline tangging dan label item..


Saturday, 1 December 2012

1 Disember 2012

Niat kusemat kukuh untuk bulan Disember 2012 ini, target utama kerja sebagai juruwang G*mart Kota Belud ;- kehadiran awal tuk Thumbprint dan punch Card bagi mendapatkan elaun RM50 bagi staff junior seperti aku. Dah genap 5 bulan aku kerja sebagai cashier di sini dan berusaha mendapatkan elaun kedatangan tu selama 4 bulan namun gagal. Bergh~ Baru sedar sikit macamana susah mau kumpul duit simpanan dengan hasil pendapatan yang minimum.

Hari pembukaan bulan Disember, shift aku full dan kena pada kaunter 6 yang umumnya kaunter paling banyak tanggungan seperti Rokok, Susu Anmum/Lactogen/Similac, Nescafe, ubat-ubatan, coklet-molet, dan jua seiringan dengan kaunter kad ahli. Sering berhadapan dengan situasi:
1. Pelanggan nak bayar barangannya.
2. Pelanggan nak beli rokok terus mau jalan.
3. Pelanggan nak pelbagai jenis susu baby.
4. Pelanggan nak beli ubat-ubatan.
5. Pelanggan nak ambil coklet.
Dan pelbagai lagi ragam pelanggan dan situasi. Adakalanya situasi tu bergabung 5 sekaligus di kaunter 6, rasa nak marah terjerit-jerit pun mula membuak-buak, tapi alhamdulillah setakat ni masih dalam kawalan senyuman menahan amarah. paling kurang pun senyum dh low charge and never look at them. (belum tercetus agaknya, ^_^

Cashier part time pun mula join bulan disember sempena Christmas & New Year & Back to School preparation.

Rest jam 11.34 am until Jam 12.30 pm, makan bekal yang ibuku bekalkan padaku. kadang-kadang rasa malu jua, umur dah genap 20 tahun tapi makan minum masih ibu jua yang buatkan. Kalau takda bawa bekal, nah melantak air susu berperisa strawberry, buah pear/apple sebijik, maggie (dari jarang2 makan maggie terus jadi makanan rutin bila dah kerja ni), keropok + ais krim con RM1.30, kalau masih tak kenyang-kenyang jua, jalan terus pi Restaurant Mayang Sari (belakang G*mart ja) order my favourite food mee goreng ayam. With this my food routine, no wonder why i'm weighed 58 kg (before eat lunch) then add 1 kg after finished my lunch.

Kembali rest jam 3.30 pm until jam 4.30 pm, ni kali stock makanan dah habis ngapp. tinggal sepackett coffee mix 3 in 1 dan sebiji apple fuji RM1.50 buat pengalas perut. nah jongga, perut mula berlagu dangdut sekitar jam 7 pm. nak menenguk air mineral pun tak sempat & lupa dek kaunter tak kering dengan customer.

Habis kerja lebih kurang jam 9.45 pm, lepak menunggu lagi. Sampai rumah dekat jam 10 pm lebih. Mengadap Astro 391 cerita Cinderella's Stepsister kebetulan baru mula episod 1. Ramai genk kata, best sungguh drama ni. Dulu ada jua ak intai2 drama ni, tapi masa tu tak tertarik pula. Bila dah tengok episode 1 ni rasa nak sambung tengok lah pulak...

Ada seketika aku teringat di masa lalu bila tengok beberapa scene dalam drama tu (baru tengok episode 1 dan 2 ), bila masuk scene belajar dan mengajar tu teringatkan seorang dua kawan aku masa di sekolah menengah dorang ilul & Gd dan poli. hm, apa lah khabar sifu2 aku tuh. lama dah tak dengar berita dorang, dah jadi warga pendidik yg berjaya ke? hehe

Apapun esok shift full jua. Dan aku masih dengan keyakinanku untuk online pada waktu jam 1.12 am ni. Kalau offline skg pun belum tentu p masuk tidur. Banyak urusan yang belum selesai, terutamanya baju kerja untuk esok. . . 

Friday, 2 November 2012

Yang terbuang~


Sesekali dibuang,
mungkinkan setiap hari yg dilalui kian terasa pahit,
terasa bagai dicarik kekecewaan,
Namun itu lebih baik kerna wujudnya kejujuran,
Daripada berdiam membiarkan,
Gantung tanpa bertali,

Andainya ada peluang sekali lagi,
sisa pahit itu mungkin telah pudar namun masih terasa,

mengenal erti kekecewaan saat belum bersedia,
impaknya sesuatu yg tak terjangka,

biarpn dasar tampak gagah melangkah,
terselindung di sebalik bayang2,
keluhan hati yg tak terungkap,
rintihan hati yg cuba bertahan,
air mata kebuntuhan,

Bangkit tuk cuba berdiri,
menyulam kata-kata inspirasi dari segala sudut memori,
menghasilkan simpulan untuk harapan,
berdasarkan keyakinan,
keazaman tuk merempuh sempadan,
yg kononnya tuk melindungi drpd kekecewaan,
mungkin akhirnya kan berakhir persis seperti dulu,
tapi dgn izinNya, aku yakin,
Rasa pahit yg mendatang tak akan sepahit yg dulu,
Insyallah, Aamiin.

* bila dah selalu dengar Simfoni Sabah Fm...makin deep touchin' ni..

Wednesday, 24 October 2012

Kronologi Cita-citaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Soalan yang sering diajukan oleh guru tanpa mengira siapa pun anak muridnya, " Apa cita-cita kamu?"

"Masa sekolah rendah: Askar, wartawan, peguam dan guru."
Bagai terikut-ikut dengan semangat kawan-kawan yang lain dan suasana persekitaran yang sering didedahkan. Aura menarik minat dari rancangan televisyen yang berunsurkan perjuangan tentera, keterujaan penyampaian sang wartawan, kepetahan si peguam berbicara mempertahankan hujahnya dan dididik oleh warga pendidik di sekolah seakan-akan mempengaruhi minda untuk mengikuti jejak langkah mereka.

"Sekolah Menengah (Ting 1-3) : Orang yang berguna kepada masyarakat. . . (kerja yang umum, sukarelawan kot)"
Bagaikan layang-layang terputus talinya, segala yang dipelajari bagaikan hanya sekadar pengetahuan am semata-mata untuk membentuk rohani dan proses meningkatkan kecerdasan otak untuk lebih berfikir. Lantas melibatkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum seperti Taekwondo, Bola baling, Kawad kaki dan Silat. Sekali-sekala melupakan kepentingan akademik demi berjuang untuk mendapatkan sijil, pingat, dan hadiah yang tampak praktikal dan kekal di ingatan sebagai kenangan. Keseronokan bagai melenyapkan kesedaran tentang peredaran masa, dan masa teruskan berlalu tanpa mempedulikan sesiapa.

"Sekolah Menengah (Ting 4-5) : Guru Lukisan Kejuruteraan / Jurulatih Taekwondo."
Mujur kasihNya, tidak biarkan diri terus hanyut dengan keseronokan sementara buat para remaja.

Guru Lukisan Kejuruteraan:
Tinggal di bilik asrama seramai 20 orang yang secara totalnya berbeza generasi dan kelas selain berkongsi minat serta kelab yang sama, membuka minda dan mencungkil rasa ingin tahu. Memerhatikan dua kakak senior yang asyik dan teliti menyiapkan lukisan kejuruteraan walau jam sudah menjangkau angka 11 malam hinggakan terpaksa bertemankan lampu koridor berdepan Dorm 11 (2006), menjentik minatku tuk mendalami subjek tersebut. Lantaran suntikan minat baru itu, aliran teknikal sains menjadi dandang penjana semangat menguasai subjek LK. Namun, nampaknya minat yang mendalam tak sebanding dengan kemampuan diri. Adakah jantina penentunya? Benarkah subjek ini mustahil bagi kaum hawa? Semangat tekad untuk merempuh dakwaan itu, sanggup dan redha akan keputusan SPM yg bakal ditempuhi. Hanya berbekalkan usaha yang berteraskan minat mendalam tanpa mengira lulus atau gagal. Akhirnya, benar kata pepatah "Usaha tangga kejayaan". Sejurus itu, walaupun pernah sesekali selingan kata-kata sinis mengisi gegendang telinga, aku tetap ingin menjadi seperti mereka. Benar rezeki dan ilham itu datang dari Allah. Andai saja, aku tidak terasa dengan kata-kata itu, mungkin A1 itu tidak pernah akan kuperolehi. Bagai, berjaya setelah dicabar.

Jurulatih Taekwondo:
Melibatkan diri dalam kelab Taekwondo GTF dari tahun 2004 pada asalnya kerana untuk membina keyakinan dan sebuah imuniti pada diri susulan daripada gurauan yang berlebihan dengan harapan kan dapat mempertahankan diri dan membalasnya sekira perlu. Latihan demi latihan dijalani setiap hari Ahad pagi selepas perjumpaan asrama di kantin sekolah bagaikan satu tayangan teater kepada pelajar-pelajar yg singgah/lepak di situ. Semua rembesan titik peluh, jeritan saat otot dan sendi yang kadang kejang, sepakan demi sepakan tak kira adam atau hawa semasa latihan, sering merobotkan diri saat bergerak dek rasa sakit yg mendera kadang meleret dua hingga ke tiga hari. Cemburu dan keinginan mencabar diri untuk mencuba nasib di setiap kejohanan. Semirip plot drama, percubaan demi percubaan sering menemukan rasa dan erti kekalahan. 'Sparring' dan 'Pattern'. Namun, jurulatihku sentiasa memberikan semangat dan sindiran yang membina. akhirnya, team pattern sekolahku dapat johan masa kejohanan di Politeknik Kota Kinabalu. Menamatkan tingkatan lima dengan tali pinggang warna Biru, azamku untuk meneruskan latihan TKD ke Poli KK supaya bila dah tali pinggang hitam boleh mohon buka kelas latihan untuk melatih sebagai jurulatih.

Politeknik Kota Kinabalu : Juruteknik Mekanikal.
Impian sekolah menengah menjadi kenyataan, mengejar jejak langkah guruku dan peluang berlatih taekwondo bila tawaran PKK menjelma di Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) atau lebih dikenali dengan Diploma Teknologi Pembuatan (DTP). Seiring dengan dorongan teman sebilik (yus), peluang yang  terbentang di hadapan, rasa ingin mencuba dan ingin tahu menguatkan langkahku ke temuduga Rakan Pustaka untuk Julai 2009. Sah bergelar RP, kian mengisi masa lapangku di Pkk. Berbekalkan kata-kata yg kulontarkan sewaktu temuduga rp di hadapan kak lina dan kak mas, ku cuba galas segala tanggungjawab yang ada dengan sedaya mampu kebolehan dan pengetahuanku. Lebih terdedah dengan persekitaran orang dewasa berkerja selain daripada pensyarah dengan pelajarnya, kuperhatikan suasananya, tekanan yg digalas,. Memasuki semester 4, semester untuk menjalani praktikal di unit pembangunan & penyelenggaraan pkk. Rasa seperti terbuang seketika dari semua keseronokan yang selama ini dikecapi apabila memasuki dunia orang bekerja. Rasa lebih tanggungjawab di atas semua gerak geri, keletihan, mementingkan diri sendiri, kesunyian walau tika berada di keramaian manusia. Semua yang kupelajari ternyata berbeza dengan apa yang aku buat, bagaikan teori tu cuma serpihan debu daripada apa yang aku jalani sewaktu praktikal. Ternya membuka minda aku lebih luas mengenai peluang untuk cita-citaku. Memang merumitkan! Sekali sekala ku cuba mencari erti di sebalik pengorbanan itu semua termasuk diriku yang perlu belajar demi peperiksaan walau terpaksa memerah otak berfikir, menampung air mata di saat kejahilanku, mengorbankan masa tidurku di waktu tengah pagi untuk membaca nota2, hanya untuk sekerat diploma. Tapi, itu semua dulu. Masa belajar kosong-kosong untuk peperiksaan.

"Tamat Belajar Politeknik (Menunggu majlis konvo): Jadi orang yang berguna pun jadilah.."
Ini lah masa yang selalu aku nantikan. Bagaimana? Aku ingat dugaan masa belajar yang paling sandi rupanya tu baru sipi-sipi ja.Ni kali la merasa tanam anggur tu macamana..haha. Pendek kata, susah mo cari kerja yang sesuai dengan bidang aku. Apa pun dapat kerja jadi juruwang di supermarket gmart kb. Di sinilah aku faham perjalanan hidup seorang juruwang. Sandi membayar balik kalau duit kaunter tak seimbang, terutamanya kalau rugi. Membayar tok. Kalau duit lebih pla, kena simpan je. Bila banyak yang sowt dan kena bayar balik guna duit gaji, semangat kerja pun tenggelam timbul. tapi sedar tak sedar dah nak masuk 4 bulan aku kerja jadi juruwang kat supermarket ni. Apa pun usaha untuk mencari peluang pekerjaan baru masih diteruskan disamping menunggu peluang menyambung pelajaran. Sedangkan kawanku yang gaji pun dah cecah seribu pun still go to interview.  Apa kan lagi kawan-kawan yang lain. Well, Cheer up, Amal.

Sunday, 30 September 2012

Andainya senyum itu pahit, maka ketawalah!

Bila hati terluka,
bicara si kawan,
seperti,
senyumla walaupn hatimu menangis,

demi si kawan,
senyuman diukir indah hnya di bibir,
namun mengapa derita dihati kian menghiris,
tiap kali terkenang kenangan lalu,
kini senyum itu,
tidak lagi berupaya,
sama sekali tidak mampu utk mendamaikan,
rasa hati yg semakin jauh,
hati bagai ingin bersengketa,
namun akal masih mendominasi,
seakan-akan memujuk hati,
mencari pokok permasalahannya...

andainya senyum itu menyakitkan,
bila bersama kawan-kawan,
cuba lah tuk ketawa,
biarlah tawa itu membawa rasa itu pergi bersamanya,

seandainya bersendirian,
berdiri lah keluar,
pejamkan matamu,
rasakan alunan angin menyisir di pagi hari,
lihatlah apa yg ada di depan mata,
usah dikerah otak untuk mentafsir situasi,
kosongkan minda,
dongaklah ke langit,
lihatlah cebisan awan putih di langit yang biru,
betapa indahnya biru langit itu,
tenangkan minda,

andai rasa tenang,
pandanglah kehadapan,
hembuskan nafas selega-leganya,
seperti segala rasa itu dibawa bersama hembusan nafas lega,
tentukan matlamat,
bukan matlamat yang berteraskan kebahagian orang lain,
bukan jua matlamat yg menyusahkan orang lain,
tetapi,
matlamat sebenar untuk diri sendiri,
sejujurnya,
hanya untuk diri sendiri,
kerana disaat mula menyayangi diri sendiri,
disaat itulah masa yg tepat utk mengerti erti sayang pada org lain..

--amal
--30 september 2012
--11:19 pm

Friday, 28 September 2012

Soal si Dia: Pegang atau lepaskan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. . .

Hari ini hati bertekak dengan akal. Hati inginkan dia namun akal menghalang. Rasa hati nak meluahkan hasrat di hati namun gusar dia kan menolak sekaligus menjauhkan diri. Nak ku jauhkan diri, rasa tak sanggup. Di setiap waktu pergerakkan aku teringatkan dia. Padahal, mungkin dia di sana tak pernah teringatkan aku.

Bila tengok dia bergambar dengan sapa, rasa hati ini semacam luntur. Teringat lagi rakan-rakannya yang sememangnya layak untuk dia. terasa kecil diri ini jika digandingkan dengannya. Lantaran beza umurnya yg lebih muda dariku. orang sebaik dia layak untuk dapat gandingan yang baik.

Mungkin dia layak untukku tapi adakah aku layak untuk dia?

Orangnya baik, ceria, sopan, berilmu, beragama, dan agak sensitive sikit kot. hehe. Dia layan aku baik dan sopan sangat. Tak pernah kawan aku yang dah kenal tabiat aku layan macam tu. Mungkin kah kerana cara dia layan aku seperti seorang adik dengan kakaknya? Gosh! Aku kot yang silap mengertikan layanan dia.

Tapi tidak lama kemudian, kata-katanya hampir-hampir saja merobek hatiku. Kenapa perlu aku dipasangkan dengan yang lain. Andai niatnya untuk menjauhkan diriku dengan dirinya, aku pasrah. Mungkin kerna dia sendiri tidak pasti akan keadaan ini dan ingin aku yang memulakan segalanya.

To Be Continued. . . . .

Wednesday, 19 September 2012

Lemang Burner Part 1

Assalamualaikum Dan salam Sejahtera.

Selepas tamat belajar di Politeknik ni, ada masa lapang terkenang pula aku kenangan sewaktu belajar di poli. Salah satunya kenangan semasa semester 6 buat projek akhir kumpulan kami iaitu projek pembakar lemang. Aku satu kumpulan dengan Noor Eman Utok, Asdar Ahmad, Mohd Aizuddin, dan si bos (ak lupa dh namanya, slalu kwn panggil nya c bos...hehe). Group ni dah ditentukan mengikut group bengkel. Pada mulanya, aku memang risau pasal group ni. Mungkin disebabkan faktor keakraban yg kurang, kepercayaan yg ada pada aku masa tu. Tapi di sepanjang aku bersama dorang dalam projek ni, segala tanggapan2 tu meleset ar. they are great person if u know la walaupun nampak sempoi je. low profile org bilang.hehe

Pada asalnya, c bos yang cadang buat pembakar Lemang ni, dan sebenarnya aku tak percaya projek ni diluluskan kerana dah banyak mesin pembakar Lemang yang wujud dan canggih lagi hasil dari pelajar-pelajar di institusi lain bila aku cuba search di Internet ni. Projek cadangan ni dah diterima semasa semester 5, so dah tak boleh buat apa lagi dah. Just move on.

So, aku cadang nak wat post pasal projek ni, walaupun dah lama berlalu. just for old time sake.hehe

Mula-mula tu, kami minta barang dari bengkel, apa yang ada jer la. pastu eman bawa balik cuti. Habis dari cuti, aku tengok dah siap rangka untuk projek ni.

 ---Hollow Steel---
1

2

3

4

5

6
Siap dah rangka untuk projek pembakar Lemang ni. So, setakat ni dulu ya. ^_^

Wednesday, 12 September 2012

11 Anjakan Strategik Untuk Sistem Pendidikan Negara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:

  1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan statndard antarabangsa.
  2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.
  3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni.
  4. Menjadikan perguruan sebagai profession pilihan.
  5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah.
  6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan.
  7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia.
  8. Menambah baik keupayaan enyampaian dan kapasiti kementerian.
  9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta.
  10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja.
  11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.
*Sekadar berkongsi hasil dari bacaan surat khabar New Sabah Times, Rabu 12 September, 2012.

Wow Mereka. . .Aku?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Wow mereka. . .Aku?
Kata hati nak tulis tajuk macam ni, I follow jer. =D
Perbezaan dan perbandingan itu berulang lagi.
Tak akan pernah berhenti sehingga lah ke penamatnya.

Alam persekolahan dan alam pekerjaan. Kebanyakkan rakan seperjuanganku sudah pun melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Degree. Kembali menjadi student tapi kali ini di tahap yang lebih tinggi. Tidak kurang lebihnya dengan sebahagian rakanku yang sudah bekerja samada tetap mahupun sementara seperti aku. Namun dengan pekerjaan yang selari dengan bidang mereka, jadi mekanik, kerani, guru, kakitangan pentadbiran dan yang sehaluan dengannya. 

Aku? Dari bidang mekanikal pembuatan beralih ke laluan sebagai juruwang di sebuah supermarket berhampiran dengan kediamanku. Hurm, what's the big deal? NO CONNECTION ok! Acapkali bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan sewaktu bekerja. Ada yang menegur dan ada yang buat macam tak kenal jo. Takpa, mungkin muka aku ne makin matang kot sampai dorang tak perasan hahaha. No big deal, tak kesah lah. Besa la tu. Padahal dalam hati, nee! =)

Masa study dulu, aku giat merancang, nak buat itu ini, sebab dah jelas matlamat aku untuk berada dalam keadaan seimbang dan sekaligus membaik taraf pengurusan harian. Tapi sekarang, rasa macam sukar nak rancang buat apa dan satu fakta yang aku sedar. Aku dah tak jelas apa matlamat aku sekarang ni. Pada waktu sebegini aku sedar faktor kegagalan bermula dari kegagalan diri sendiri untuk merancang. Fuh~!

Sekarang ni dalam perancangan nak ambil lesen memandu kereta dan menunggang motorsikal, baru ja siap daftar tadi. Baru daftar je ok. Semoga perancangan ni berjalan dengan lancar. Umur nak genap 20 tahun, baru nak ambik lesen memandu kereta dan motorsikal. Kalau bawa kereta dan motorsikal cara haram tu ble lah, tapi kena berlesen juga tau. hehehe. Takpa, pelan-pelan ja. Nda lama aku akan sampai jua. Sampai ke mana? Tengok saja nanti, Semoga kepada yang lebih baik dan bahagia. Aamiin, InsyAllah. (n___n) v

My Creation Image with Gimp (3)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sejak kerja neh, rasa macam dah hampir lenyap aku di alam maya ne. Di entri kali ini, memuatkan beberapa cebisan-cebisan yang sempat ku layarkan.

1
2

3

4

5

6

7

8

9

10

11


12

13

14

15
Rasa macam sikit ja aku buat, bila siap label rupanya sampai 15 image dah. Ngeee, honestly aku suka tengok yang No. 4 tu. hehehe. perasaan yang aku dapat masa tu ialah " Masih ada sinar harapan walau berada di saat tasik kegelapan". Yang mana, menjelaskan ak suka berharap akan ada suatu keajaiban. Ngee.. Pa pun, takat ni la dulu. Chow dlu. Assalamualaikum.

Friday, 7 September 2012

Hati Ini

Hati ini
Unik dan pelik
semakin aku meningkat dewasa
semakin aku tidak dapat memahami dan mengawalnya
namun aku sentiasa cuba memujuk dan merawatnya

Hati ini
seringkali terasa lemah
tidak seperti yg dipamerkan dgn kekuatan jasadnya
ya, mungkin aku boleh mengangkat berat seberat tubuhku
tapi hati ini sungguh pelik
sedangkan aku sebagai pemilik pinjamnya pun tak mengerti
akan apa kemahuannya

Sigu kata
hati paling sukar dijaga ialah hati perempuan
betulkah tu?
kalau boleh, aku nak didik hati seperti lelaki didik hati dorang
itupun kalau boleh lah

Pernah aku cuba tanya
"Boleh kah kita buang perasaan kita"
dalam erti kata lain
hidu sebagai manusia yang tiada berperasaan
~kosong~
segala teguran dan nasihat aku cuba terima
tapi hati ini masih berdegil

Bukan aku tak pernah mencuba
semester 5
Aku cuba menyibukkan diriku
dengan pelbagai kerja, tugasan, dan aktiviti
yang memang aku akui cukup-cukup memenatkan diri dan fikiranku

Hasilnya
aku rasa kosong, tak bererti, bersendirian melalui detik perjalanan hidup
seakan-akan cuma aku dan bunyi detikan jam yang berputar di bilik yang padat dengan lampu yang malap
dari situ aku tersedar seketika
hidup itu perlu dijalani dan dinikmati
bersama rakan yang sentiasa bersamaku
ingin saja aku coretkan sekarya penghargaanku buat mereka (maybe later, haha)
pemikiranku yang kosong dan penat di dekati oleh rakan-rakan
yang sanggup bersamaku setelah aku berubah sejak aku kenal mereka sampai lah sekarang
tidak kira apa yang telah aku lakukan kepada mereka
buat aku sedikit terharu dan menghargai

Hati ini
Hati yang gembira berteman
namun sukar untuk membuka ruang untuk mereka menembusi tembok kepercayaan
kawan yang rapat dengan aku mungkin perasan hal ini atau pun tak
Sukar untuk aku menceritakan segala duka dan masalah aku kepada mereka
kerana itu aku lebih selesa mengekalkan jarak antara aku dan mereka
andainya terlebih rapat
adakalanya seseuatu perkara itu berlaku
hasilnya akan menjarakkan aku dan mereka
Itu membuatkan hati dan rasa aku lebih teruk dari yang sebelumnya

Hanya satu keputusan dan penyelesaian yang harus ku lakukan
demi kebaikan ku dan mereka yang rapat dan ku sayangi
Hanya itu saja yang boleh ku lakukan
Tabahkan hatiku dan teruskan berjuang
berbekalkan prinsip yang baru dalam hidup
Ya, aku tunggu pengakhiranya.
Let's see this to The End.
...The End...

-amal-

Saturday, 25 August 2012

Aku dan Dia

Rasa macam tak kerja pula hari ini, stay up sampai jam 2.48 am padahal esok kerja jam 12.30 pm. 
Dalam melayan rasa angau aku yang tak sudah, hm sabo je la.
Orang kata, mabuk cinta~?

PADAHAL

Aku ne kasih bertepuk sebelah tangan ja kali. Bak lirik lagu mana tu, dalam diam aku mencintaimu. Haha. Entah kenapa, tak sikit dan tak banyak, ada juga kawan yang percaya aku untuk memberikan sepatah dua kata pasal hubungan dorang. Untuk makluman, aku tak pernah bercinta pon. Dah bagitau dah, tapi tetap juga nak minta pandangan so aku bagi ja apa yang ada. Ikut logik kunun. So, bila ada kawan minta buah fikiran macamana nak handle perkara macam ni, senang ja kalau ikut teori aku. Kalau mahu rasa bahagia, bagitau direct dgn orang tu pasal perasaan tu segala. Kalau mahu rasa derita cinta sebelah pihak, takyah trafik jammed nak bagitau, duduk diam ja. Tapi kena bersedia untuk terima risikonya lah. Apa risikonya? tau-tau je la, bila dah kena reject tuh...takpa, aku faham tuh. hehe

Mengenai orang yang aku angau ne, memang kasihan lah. Dia tak tahu pun aku ne kira minat ma dia lah. Apa tidaknya, bila dia ada, aku buat-buat tak nampak ja, padahal dalam hati tu hanya tuhan saja lah yang tau betapa nervous happy aku jumpa dia. Bila bercerita tu, hampir nak semua kawan di situ aku bawa bercerita, tapi nak bercerita dengan dia, rasa lidah ni kelu pula. Takda idea jon. Selalu kalau part dia bercerita, aku secara autonya menjadi pendengar cerita. Lagi tetiba tu, mulut ni jadi sopan santun pula, asyik nak senyum dan ketawa senantiasa (tak dapat cover rasa nervous happy punya pasal). Tapi lain cerita lah, kalau aku sudah over-excited gembira tak kira asal apa, dia ada kat situ ke, takda ke, aku bantai ja, nak menyanyi, aku nyanyi, nak menari, aku menari. Aku memang hampir lupa diri kalau dah over-excited tu. Sekali sekala kunun.

Kadang-kadang bahaya jua tu, kalau aku dah seronok sangat, semua nak terluah. Hari tu dah terlepas cakap, orang ni aku suka tengok gaya dia dan suara dia sopan. Aku cakap direct, aku suka tengok dia depan kawan-kawan di 1B. Fuh! Macam nak meletop ja, saluran darah aku selepas aku sedar aku cakap tuh. Itu kira pertama kali aku cakap direct ma orangnya. Nasib baiklah, orang tu budaknya baik. Kalau tak baik, memang dah jadi bahan permainan cinta monyet kot aku. Dia anggap aku macam kawan biasa jua. Syukur. hehe. Seperkara lagi, selepas aku dah luahkan tu, perasaan aku seperti rasa lebih baik. Seakan-akan melepaskan beban yang tergalas di hati. Sekarang ni, aku anggap orang tu macam kawan biasa yang boleh dibawa main game bowling with no such feeling. 1 team ok. Tu kira dah setel. haha

"Lelaki ni macam bluetooth, Perempuan macam Wireless" ni la pepatah aku jumpa di fb. Ya ka? kalau aku tengok-tengok (x fikir lah), betul jua. Persepsi kita tengok dan kita fikir ni agak berbezakan? Ada beza tuh. Kononnya, perempuan ni suka banyak jejaka lah, tapi di antara banyak jejaka tu, dia akan suka orang yang paling menambat hatinya. Ceh, ayat tu ar. Itu lah perihalnya aku ni. Aku suka dia, tapi tak tau kalau dia suka aku. Kerana aku malu nak luahkan lalu kudiamkan saja. Tunggu perasaan tu pudar dan hilang. Seperti dulu jua. 

Kenapa? Kenapa aku tidak luahkan? Seandainya kuluahkan, mungkin kah akan direject? tu biasa.  Hahaha. Bagaimana halnya kalau dia pun sama? Jadi ayat "Ya, kami kapel" tu pun akan wujud dalam kamus hidup aku. Mungkin bagi setengah orang berpendapat bahawa aku ini masih katak dibawah tempurung, tapi itu lah aku kot. Dari aku sekolah menengah, istilah orang couple tu, hanya untuk orang yang bakal nak kahwin dah. Kalau tiada bermatlamat nak sampai ke jinjang pelamin, tak berkesudahan la jawabnya. So, di saat ini aku masih berpegang kepada kata-kata itu. Ye la manatau, sok lusa aku berubah, kot2 nak bercouple sakan pula dah. huhuhu. Iman tu tak boleh dijangka. Hasilnya, aku tidak menolak rempah ratus cintan cintun ne, tapi mungkin lebih baik aku diamkan saja. 

Aku sangka mengasihi orang dalam diam ni, kira ok lah, tak menganggu dan menyusahkan dia. Rupanya aku. Aku pula yang huru-hara sendiri. Merindu tak sudah. Apa boleh buat. Itu jalan yang aku pilih. Hm, mungkin dah tiba masanya untuk aku lupakan semua yang berlaku di sana mengenai dia dan mulakan hidup serta hari yang baru. Pastinya tidak mudah bagi aku kerana terlalu banyak kenangan jatuh bangun aku bersama dia. Bila memikirkan semua ini, rasa derita di hati lantas ingin membenci. Namun mampu kah aku untuk membenci dia yang selama ini sering buat aku tersenyum dan tertawa serta sedar akan kekurangan diri dalam menongkah arus kehidupan? Apa pun, aku harap dia gembira dan jangan pilih orang macam aku, sebab lebih baik dia pilih aku kan (cewah, promote lagi) daripada orang lain. haha. Gurau je. Semoga dia berjumpa dengan orang yang terbaik untuk dia sebab dia memang layak untuk mendapatkan yang terbaik (pinjam kata2 abg Andy).

Friday, 10 August 2012

My Life As a Cashier

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Lantang ja aku tulis title post dalam bahasa Inggeris kan? padahal entry penuh dengan bahasa rojak sayur. haha, Apa boleh buat, begitulah zaman kami belajar dulu-dulu. Mostly belajar bahasa melayu, jawab exam pla ada subtitle english. hehe

Hari ini hari Jumaat dan aku bertugas untuk shift 'Full'. Awal pagi kena taklimat ringkas dari ketua juruwang dan jua dari Bos. Aku jaga kaunter 7 merangkap kepada kaunter di tingkat 1. Hm, aku jangkakan hari ini biasa-biasa saja, nampaknya jangkaanku meleset. 

Kelmarin baru keluar gaji bonus, so sepatutnya aku lebih bersedia untuk dibanjiri dengan pelbagai manusia beserta karenah mereka. Tapi aku wat macam biasa ja.

Bermula dengan barisan pelanggan yang beratur panjang sehinggakan kaunter sebelah tu pun dibuka. Disertai  dengan pelanggan yang datang nak pulangkan dan tukar barang. Fuh~ Sabar lah jiwa. Belum masuk hal pelanggan yang ada masalah dengan harga barang. Memang terasa macam kaunter pertanyaan. Aku rasa banyak menyusahkan Kak Mas, Kak Jehan, Kak Nia, Kak Tika, Kak Liza, Kak Lina, Kak Masni, Jeff. Sorry banyak-banyak ar. . .Terima kasih sebab sudi bantu aku masa tu, kalau tak, aku pun tak tau la macamana nak handle semua tu.

Jam menunjukkan jam 9.33 pm, pelanggan masih berurusan di kaunter. "Duh, bila lah mau pulang ni", detik hati kecil ini.

Setelah banyak perkara yang berlaku yang tak larat aku nak cerita di sini, semuanya berakhir jam 10.15 pm, iaitu masa aku punch card dan thumb print. Fuh~ Tahniah untuk warga rakan seperjuangan sekalian, Esok masih ada, Teruskan berjuang! InsyAllah. . .Aamiin.

Tuesday, 31 July 2012

Gaji Pertamaku Sebagai Juruwang!

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, Gaji pertama aku bekerja sebagai juruwang di G*mart. Setelah dapat tahu staf bahagian jabatan lain dah dapat gaji kelmarin, hari ini baru dapat gaji sekaligus bayar baki jumlah duit yang aku 'short' iaitu RM5.10.

Memandangkan aku dah buat pinjaman RM 200 masa 20/07/2012 tu, secara automatik kena tolak dari gaji. Basic gaji RM 450, so sepatutnya tinggal RM 250 lg. Tarikh aku masuk kerja 22/06/2012, secara totalnya, gaji aku kalau aku tak ambik pinjaman hari tu dan jumlah hari aku kerja 'full time' ialah sebanyak RM692.95, tapi kena bayar EPF'YER dan SOCSO'YER, tinggal RM 420.70. 

Memang agak pelik dan janggal bagi aku dengan perkataan EPF'YER dan SOCSO'YER, dan banyak lagi yang tertera dalam slip gaji tu, tanya ibu dan bapa, baru faham-faham lah jua sikit-sikit. hehehe

Angpau Gajiku
Dapat gaji dari office, punch card dan thumbprint, direct terus shopping. Yeah, akhirnya aku join kelab Kerja OMG..."Orang Makan Gaji"...Semoga sumber pendapatanku ini, halal dan diredhaiNya, aamiin.

Sekian, Terima Kasih.

Wednesday, 18 July 2012

Bila aku belajar Naik Motorsikal?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Orang kata, kalau nak belajar tunggang motorsikal, kena pandai kayuh basikal. Kena belajar imbangan tu. Hm, macam tu pula. Okay.

Bermulanya kisah aku belajar tunggang motorsikal ni semasa aku menjalani latihan industri di Unit Pembangunan Dan Penyelanggaraan. Pelajar yang praktikal di UPP untuk semester tu, ada lima orang semuanya:

Sharul Effendi (Sarul) - SKA
Mohammad Jazil (Jazil) - SKA
Nurul Saqdah (SaQQ) - DTP
Amal (aku lah tu) - DTP

Memandangkan kerja praktikal kami ni, banyak memerlukan pemantauan. pihak UPP pun menyediakan motorsikal untuk kegunaan pemantauan. Aku memang mahu belajar menunggang motorsikal ni. So, aku mohon tunjuk ajar ma kawan praktikal ni sebab dia guna motor dia pi kerja, sarul nama dia atau lebih dikenali sebagai 'boy', Dua lebih tua daripada aku.

Sarul
Bila aku kata minta ajar tu, jan dok pikir len noh. Aku sorang ja tunggang motorsikal tu. Dia, jazil, tambey, dan saqq tengok aku dari garaj. Dia cuma bagi arahan ma aku pas tunjuk mana tempat tukar gear, break, dan macamna nak bagi jalan motor tu. Dan mula lah aku belajar perlahan-lahan naik motor tu... Sekarang, aku boleh tunggang motorsikal tapi belum ada lesen la...apa pun thanks sarul. Senang hati aku jenjalan dengan motor tu masa aku praktikal. Jalan pusing-pusing poli ja keja aku. haha




nota kaki: Tak berkesempatan nak ucap terima kasih kepada Sarul sebab dah ajar aku tunggang motorsikal. (^_^)V

Saturday, 14 July 2012

Hari Ke-23 Sebagai Cashier

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Hari ini merupakan hari yang ke-23 aku bekerja sebagai cashier di G*mart. Nyaris-nyaris terlewat pergi kerja untuk shift Afternoon (masuk kerja jam12.30) sebab tabiat aku yang suka bertangguh-tangguh. 

Target aku pada hari ini adalah memastikan kuantiti duit berada dalam keadaan "BALANCE" dalam erti kata lain, ngam-ngam gitu. Tak terlebih dan tak terkurang. Sebab kalau lebih (OVER), tak baik untuk kepercayaan pelanggan terhadap cashier, kalau kurang (SHORT) pula, kena potong dari gaji. So, Aku berusaha untuk berhati-hati ketika mengira jumlah duit masuk, baki duit pelanggan, dan jumlah duit keluar. Selebihnya, aku berserah kepada Allah. Aku hanya mampu merancang

Bagi shift after, kena jaga kaunter dulu sementara cashier yang sebelum tu, pergi rehat untuk satu jam. Habis tu, baru buat kerja-kerja buang sampah, cuci kain lap. Selesai buat kerja pembersihan, kena masuk pi bahagian sayur. Tolong kakak-kakak staf yang lain packing dan label harga pada sayur. baru hari ini, aku belajar nak buat label harga untuk sayur di samping aku cuba mengenali jenis-jenis sayur (aku tak kenal sangat jenis-jenis sayur sebelum ni). satu pengalaman dan pengetahuan baru untuk aku pada hari ini.

Kaunter Tiga. masa ramai pelanggan, kak Mar datang tolong aku packing barang dan kadang-kadang tu switch aku pula yang packing bila barisan mulai memanjang. Jam3.30 pm masa rehat, aku pi main mesin yang bentuk bola-bola tu. Nak sangat pakai rantai murah tu. Dapat juga la. hehe. pastu pi makan sorang ja, masa nak habis makan baru kawan yang lain sampai dari beli lauk. Perut lapar punya pasal, tak sempat tunggu kawan. haha

Masa kerja tu, jumpa Adik angkat aku sewaktu program OPKIM di Kg. Benoni, pak cik saudara aku, dan Aziela kawan di sekolah dulu.

Habis kerja, kawan-kawan cashier buat pembersihan sementara yang cash out duit. Masuk pejabat dan tengok report, Alhamdulillah, target aku hari ini untuk Balance tercapai. Sebaik ja aku nampak warna putih tu (balance ar tu). Tetiba aku ucap Alhamdulillah dengan suara yang kuat. Entah, aku rasa macam over-acting pula aku masa tu. Tak fikirkan perasaan kawan-kawan lain yang short duit tu... Sorry ya kawan. huhu


Wednesday, 4 July 2012

Pengalaman Bekerja Sebagai Cashier G*mart KB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Untuk makluman, ini kali pertama aku kerja dapat gaji.Kerja sebagai Cashier di sebuah kedai yang agak sibuk jua la. Nama tempat aku kerja tu G*mart asalnya merupakan kedai Superstore.

21/06/2012 - kena panggil untuk temuduga lisan dan mengira, bagi dua keping gambar passport.
22/06/2012 – Hari Jumaat. masuk kerja sebelum jam 8.30 am (Shift Morning).
 Ada 3 shift, iaitu :-
Shift Morning                    - Jam 8.30 am hingga jam 5.30 pm
Shift Afternoon                                - Jam 12.30 pm hingga jam 9.30 pm
Shift Full                               - Jam 8.30 am hingga jam 9.30 pm

Dah 12 hari aku kerja berturut-turut dan akhirnya pada hari yang ketiga belas iaitu pada hari Rabu bersamaan dengan hari ini, aku dapat cuti sehari. Ertinya aku kerja 6 hari seminggu dan cuti setiap hari Rabu.

Hari Pertamaku 22/06/2012, Hari Jumaat.

Sementara menunggu masuk kerja, aku berkenalan dengan dorang Fidah dan yang lain. Aku kena tegur pasal pakaian, rupanya tak boleh pakai baju kemeja putih lengan panjang. Mesti lengan pendek. Adui, hari pertama lagi aku dah buat hal. Sudah la, ku kena take in baju tu. Sabo ja la.

Kena ajar macamana nak guna punch card. Sebelum masuk kerja jadi cashier kena tolong bahagian pembungkusan sayur dulu. Banyak soalan demi soalan diajukan untuk mengenali aku. Soalan yang buat aku terkejut ialah “ Sudah kahwin?” Kahwin? Di usia 20 thn ni, itu pn belum genap 20 thn lgi. Rupanya di antara cashier tu, Cuma aku ja yang masih bujang la kiranya. Kalau yang belum kahwin pun, memang dah ada teman lelaki sudah. Kebanyakan staff sudah berkahwin. Jadi kena hati2 jua lah. Hehe. Ok2.

Tepat jam 9.00 am baru masuk pejabat untuk urusan cashiering. Sebenarnya ak dapat masuk bahagian cashier ni pn sebab ada sorang cashier tu nak berhenti kerana dapat tawaran untuk sambung belajar dalam bidang undang-undang syariah. Kira ak ni pengganti dia, o ya, nama dia Farah. So, ak berada dalam pengawasan dan belajar dgn dia la untuk hari tu sebab ak kerja guna ID dia. Aku masih ingat, kaunter pertama aku ialah kaunter 3 dan pelanggan pertamaku ialah seorang perempuan yang agak berumur. Banyak yang ak perlu belajar masa tu:-
·         kena belajar macamna nak kira duit syilling dgn cara yang simple dan cepat.
·         Cara nak cash in dan cash out.
·         Cara packing barang mengikut saiz plastik.
·         Asingkan bahan kering dan basah, sabun, makanan.
·         Macamna nak guna fungsi voucher dan coupon.
Farah pesan sebelum bagi baki duit pada pelanggan, kena kira dua kali supaya tidak salah kira. Sebab kerja sebagai Cashier ni banyak risikonya, silap2 boleh kena potong gaji. Fuh~ Ralatnya:-
·         Short – Bagi pelanggan baki duit lebih dari yang sepatutnya.
·         Over – Kuantiti duit di kaunter berlebihan dari yang sepatutnya.
·         Balance – ngam-ngam, tepat.
So petang tu, sampai ja aku di rumah, terus mengampai di tilam. Penat Sungguh! Tapak kaki aku terasa sungguh perit untuk berdiri. Apa tidaknya, berjam-jam aku berdiri. Duduk paling lama pun aku rasa tak sampai 5 minit. Esoknya aku dijadualkan shift morning jua.

Hari Kedua

Kedengaran sayup-sayup suara ibuku membangunkan aku. Sekali aku buka mata, tangan terus capai nokia aku. Jam dah 8.10 am. Nampaknya aku dah lambat untuk shift morning. Rasa mau menangis pun ada masa tu. Tak sedar langsung. Maklumlah terbiasa bangun tengahari kan cuti. Hehe. Ibu siap offer mau hantar, ak paham maksudnya tu kalau drive tu memang ala-ala racing fast furious  ar. Mandai ja ak ni. Haha. Aku hantar mesej minta tukar pi shift Afternoon. Ni baru la, hari kedua dah pandai2 minta tukar shift secara last minute lagi tu. Ertinya, hari kedua , aku dah mula kerja shift after iaitu dari petang sampai malam.

Dalam fahaman ak, boleh pakai seluar jeans warna biru, so aku pun bersiap-siap la dengan jeans biru aku tu. Jam 12.20 pm, ak dah sampai ke tempat kerja. Kena sound lagi, rupanya cashier mesti guna seluar slack atau jeans yang berwarna hitam sahaja. Ayat paling aku sentap “Pecah rekod ko ni taw, teda org pernah buat mcm ko lagi di sini). Nah, lagi la aku rasa sandi betul. Kalu pecah rekod sebab kerja bagus, tak apala, ni tak, langgar peraturan berpakaian.huhu. Terus ni telefon ibu minta hantar seluar warna hitam tapi dah tak sempat. Namun ibu tetap datang jua, bagi aku seluar hitam kat counter 2. Aduh ibu, thanks a lot, tapi ak tak pakai jua seluar tu. Hmn..

Masa aku di counter 2 tu, aku berada dalam pengawasan kak bibi. Ada seketika tu, kak Mas pn ada situ. Aku nervous sungguh, terasa setiap gerak geriku diperhatikan. Apa pun aku cuba buat macam biasa ja. Aku Cuma tengok barang-barang, duit, monitor , dan plastic. Khusyuk betul ni. Sampai muka pelanggan pun aku tak tengok langsung. Sebab aku takut short duit. Alahai…

Dan begitu lah hari aku seterusnya. Banyak masalah jua yang ak jumpa. Pelbagai ragam, emosi, kehendak, situasi, dan nasihat yang aku terima. Kakak senior cashier memang banyak membantu. Memberi nasihat dan tunjuk ajar supaya aku tak mengulangi kesilapan lagi. Tapi ada satu hari tu, aku terasa hati sikit la. Maklum lah, aku ni kira orang baru, so banyak perkara yang aku tak tahu. Ya lah. AKU TAK TAHU APA AKU TAK TAHU. Sejak dari tu, aku lupakan apa yang telah buat aku terasa hati, sebab kalau tidak, memang aku akan malas nak datang kerja. Aku pegang prinsip, “Malu, Rugi”. Apa benda yang aku tak tahu, akan aku tanya ja. Peduli lah kalau ada orang cakap aku ni banyak tanya. Sebab aku tak tanya lah aku dapat banyak masalah. So lebih baik aku tanya kan? Mungkin perkara tu kira remeh temeh untuk mereka, tapi kalau aku buat salah yang remeh temeh tu pasti aku kena jua kn. So, I better ask them. Sila lah tunjuk ajar saya ya.

Bila bahagian berhadapan dengan pelanggan pula, hah ni. Ada hari tu, memang aku rasa mau mengamuk sudah. Seharian melayani pelbagai kerenah pelanggan. Tak semua lah. Tapi yang sikit-sikit tu yang bikin spoil mood.

Situasi 1
Letak barang atas kaunter, macam nak humban barang pun ada.

Situasi 2
Ada yang tak sabar-sabar lagi tu, belum aku siap scan harga barang si A, si B dah letak barang-barang dia atas kaunter, kalau sikit tu tak pa la. Boleh juga aku bezakan mana satu barang si A dan barang si B. Ini tidak. Aku scan sekali dengan barang si B tu, bila aku tanya balik, jawab pastu tengok aku macam nak maki aku je.  Di situ la juga, aku akan tanya dulu takat mana barang-barang pelanggan tu. “Ini saja ka pacik?” “Ini ja kan aunty?”. Bila aku renung ayat tu, ada bunyi2 macam menyindir, tapi jujur la, nanti aku yang silap scan barang-barang.

Situasi 3
Potong barisan lah pula. Siap lalu dari belakang terus letak barang-barang depan kaunter padahal pelanggan dah baris memanjang di belakang tu. Pastu tengok aku, dengan muka tak puas hati lagi tu. Nak cuba buat aku serba salah lah tu. Jadi kalau aku dahulukan dia, pelanggan yang di belakang tu pula yang tengok aku macam nak makan aku ja. Dalam situasi macam ni, aku memang tak tengok wajah pelanggan, silap haribulan, aku yang hot sendiri atau lemah semangat mau bekerja.

Situasi 4
HARI TANPA PLASTIK. Merupakan hari yang penuh dengan dugaan. Kena rajin bertanya dan teliti dengan duit-duit ni. Sebelum nak packing, kena tanya pelanggan:
“aunty, mau guna plastic? Satu plastic, 20sen ya.”
“Pak cik, mau guna satu plastic atau bg asing-asing plastic? Satu plastik, 20sen.”
Selalu ayat-ayat macam tu la yang aku guna dan respon dari pelanggan pun tak kurang sama. Terlalu banyak untuk aku list jawapn tu, ada yang siap menyindir, buat lawak untuk menceriakan suasana, dan banyak lagi la.

Secara ringkasnya, banyak pengalaman suka duka aku bila jadi juruwang ni. Bila menghadapi hari yang tenang dan gembira, aku bersyukur kerana ianya menguatkan lagi semangatku untuk berkerja. Namun bila menghadapi hari yang huru-hara dan menyedihkan, aku cuba kuatkan semangat dan katakana pada diriku bahawa ini hanyalah salah satu pengalaman kerja sebagai juruwang dan berusaha lebih kuat serta berhati-hati pada hari yang mendatang supaya tidak berulang kembali. Insyallah. Doakan aku untuk yang terbaik di sini dan di sana nanti. Aamiin.

Thursday, 21 June 2012

Hari Temuduga pertamaku sebagai Cashier

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tepat jam 8.44 am, di saat ak hendak kembali melelapkan mata, telefonku berdering minta diangkat. Panggilan dari tempat aku mohon kerja pada dua hari yang lalu. Suruh aku datang jam 10 am beserta dua keping gambar passport dan salinan buku bank. Rasa bersyukur dan teruja serta takut gak, hehe.

Tepat jam 10, aku baru bertolak dari rumah. Bertuah sungguh aku kan? haha. Apa la pandangan pertama yang aku bagi ma majikan aku ne. odoi. 12 minit menunggu, akhirnya baru ada kereta tumpang pi pekan Kota Belud dari Taman Nikmat neh! , kereta kenari ar. Bukan alang-alang. . .

Jejak ja kaki aku atas tanah, sempat aku kaku sekejap, memikirkan bagaimana aku nak menjawab kalau kena soal karang. Langsung tiada persediaan ni. Pasrah ja aku melangkah menuju ke destinasi.

Sampai dekat pejabatnya, aku disuruh duduk. Masa nak bagi gambar tu, pegawai tu tanya pasal salinan buku bank aku. Astagfirullah, AKU LUPA BAWA! 

Aku ingat kena temuduga ja. Tiba-tiba encik tu bagi aku 1 helai kertas soalan dan sehelai kertas untuk mengira. Ada 24 soalan semuanya berkenaan dengan matematik proses tambah, tolak, darab, bahagi. Terus terang, aku nervous masa tu. Sebab aku tak pandai sangat darab bila melibatkan titik perpuluhan. Kira tanpa kalkulator lagi tuh. Nasib baik ada contoh juga la. Sabo je la. Habis jawab, encik tu check terus jawapan, depan-depan aku. Jawapan aku betul 22 daripada 24 soalan. Alhamdulillah. hehe

Habis jawab tu, bermula lah sesi temuduga aku dengan encik tu. Tak banyak jua encik tu tanya, pasal latar belakang keluarga, bidang pengajian aku di politeknik, cerita pasal DTP, kemahuan aku untuk sambung belajar. Terus terang aku cakap, aku memang tunggu tawaran INSTEP dalam masa 1 bulan ni. Taknak berselindung, nanti menyusahkan aku pula nanti. Akhirnya encik tu kata, dia tiada masalah terima aku untuk bekerja dan dia offer aku mula kerja esok bermula jam8.30 am siap bagitau cara pekerja berpakaian. Alhamdulillah. Gembiranya aku masa tu. hehe

Tepat jam 11.00 am, aku habis kat situ. Aku rasa gembira tapi bingung tak tau nak buat apa. Lama aku berkeliaran di Pasar Besar tu, baru terdetik nak cari kasut hitam, stokin la, baju kemeja putih, dan semua la yang berkaitan.

Sebenarnya, aku kira nak mohon pasal kekosongan kerja yang ditawarkan secara sementara pada masa tu berdasarkan iklan, kebetulan pula ada 1 kekosongan kerja yang tetap. so, aku apply la. ehehe

Lain yang ditawarkan, lain pula aku pi mohon. (^_^)


Sekian, perjalanan hidupku hari ini...
Aku hanya mampu merancang, Allah yang menentukan...

Friday, 15 June 2012

Keputusan Temuduga Instep PTP-1 Ambilan Julai 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Keputusan bagi sesi temuduga Instep PTP-1 Ambilan Julai 2012 telah diumumkan.
Boleh check result tu kat sini

Tahniah dan Good Luck ok...