B5001 - Engineering Mathematics Test.
Itulah kod dan nama subjek ujian yang aku hadapi hari ini. Bangun pagi tadi dah jam 7.12am, niat mahu sambung tidur lagi. Tapi nasihatkan hati ini supaya sabar dulu, nanti tak pasal-pasal menyesal tak sudah lagi parah. Bergerak ke sana sini, bersiap itu ini, aku keluar dari bilik jam 8.50am terus menuju ke cafe, sarapan dengan 2 bun berintikan kacang hitam dan air mineral.
Lantas bergerak menuju ke Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu, dengan niat nak menjenguk mereka di sana. masuk ke bilik kerja, ada c Feya, (online selley, hehe). Belajar matematik sambil lepak bersama-sama yang lain yang ada ujian mathematik hari ini. ada yang ujiannya jam 9am, jam 10, pastu baru kami jam11 am sampai jam 12 (1 jam ja pun). Aku guna sweater c raem, sebab aku tau dewan raflesia tu sejuk sangat. Mengigil kesejukan duduk dalam tu lama-lama. Kena-kena lagi hari ini tetiba merupakan hari aku dilawat sang bulan. haha. Harap2 ja tak kena Cik. Senggu bila jawab ujian tu.
Jam11 am baru kami dibenarkan masuk ke dalam dewan, bila aku dah siap duduk siti, keluarkan barang keperluan yang patut. Tiba-tiba aku sedar ada ada satu benda aku kurang, KALKULATOR!. Mak aih, c Eman yang duduk sebelahku pun tanya 'Napa kau, Mal?'. aku pun apa lagi, cepat-cepat naik pi Library, sampai di bilik kerja, scanning seluruh meja aku guna tadi, teda ar kalkulator tu. C Alif pun pass kalkulator c Feya. Dapat ja kalkulator, aku rush up balik p dewan. Hampir semput aku bila sampai ke meja, siap batuk2 lagi. Ye lah, lama tak latihan stamina. Hehe, tetiba latihan stamina sebelum ujian pla tu..haha.
Masa jawab soalan tu, tawakal ja aku. apa nda, aku ingat tak ingat ja jalan penyelesaian bagi soalan-soalan maths tu. memang Hancoh lah jua aku di situ, hm, pengajarannya study kok awal-awal. aku memang tak ingat ada ujian hari ne, masa kelmarin(hari Jumaat) tu, sebab kelmarin sibuk satu hari dari jam8 am sampai jam 4ptg kami buat Pameran Projek Akhir semester 6 bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Pastu direct makan malam di tempat pameran juga. Balik2 pi bilik, mandi dulu. balik mandi, aku terima 2 miss call dari Ibu. Oh ibu, macam tau-tau ja aku pokai dah..huhu..kenal sudah anaknya ne..hehe..Habis bercerita ma ibu, duduk-duduk jap. Terasa sangat penat lelahnya, terus direct tidur. Kesimpulannya, tak ada aku belajar maths malam semalam tu.
*tak semangat mau tahu result ujian maths ne...-sapa suruh?hehehe.
No comments:
Post a Comment