Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .
Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera. . .
Jam pengera telefonku yang dipasang di speaker memainkan lagu Ungu, membangunkan aku dari tido. Sebenarnya kali ke-3 ia berbunyi baru aku betul-betul bangun. Haha. Jam 6.14 am, ibuku telefon dari Kota Belud, katanya nak jalan dah ke Politeknik Kota Kinabalu. Menurut anggaranku jarak perjalanannya mengambil masa 1 jam iaitu pada jam 7.14 am ibu bapa dan wena akan tiba. Namun, sangkaanku meleset, jam 6.57 am, mereka dah sampai ke Politeknik Kota Kinabalu. Fuh, lajunya bapa aku bawa keta.
Semasa dalam perjalanan ke Menara Petronas, aku sibuk berceloteh dan bercerita pengalaman aku mencari Menara Petronas sampai masuk pi Kg. Sembulan Lama dengan Ibu dan Bapa, Wena pula sibuk dengan main game di hpku. Kami sampai di Menara Petronas setelah silap masuk jalan ke Wisma Muis. Haha. Rupanya, kami parking sebelah kereta senior RP aku, Bonnyface dan berhadapan dengan dorang Asdar yang merupakan rakan sekelas dan seprojekku. Sejurus itu, aku nampak beberapa pelajar PKK, dorang Awangku Syukri (aku sllu panggil dia 'Penghulu' sebab dia penghulu batch kami semasa MSK) dan classmatnye. Sebelum aku pi mendaftar tu, Ibu siap suruh aku touch up sikit muka aku ne, ya lah, nak temuduga kena nampak terurus sikit. Sandi ne kalau bab2 touch up. Hehe
Jam 8.00 am mula pendaftaran dan kena isi borang Borang Permohonan di Dewan Sri Kinabalu, di situ Penghulu sempat sapa aku, tak sedar dia duduk di situ. Haha, ok next! Bila aku tengok keperluan borang tu, aku mula kaget. Sebab aku bawa apa yang dinyatakan pada surat panggilan temuduga, rupanya borang ne perlukan:
- Surat Beranak DAN kad pengenalan.
- Sijil-sijil pengajian, persekolahan dan kemahiran.
- Sijil berhenti DAN sijil Akuan Sekolah.
Aku cuba untuk tidak mengendahkan itu dan membina keyakinan terhadap dokumen dan sijil-sijil yang aku dah bawa. Setelah semua calon temuduga hadir, sedikit taklimat dari wakil INSTEP Pn. Wan mengenai INSTEP ne. Sebelum tu, Pn. Wan tanya asal calon-calon, dan kebanyakkannya dari Tawau, Keningau, Papar, Kota Kinabalu, Kimanis, dan lain-lain. Dipendekkan cerita, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan besar yang mana kumpulan 1 terdiri daripada calon yang tinggal jauh dan ingin balik pada waktu petang manakala aku dan Asdar termasuk dalam kumpulan 2 yang tak urgent sangat nak balik. Sedikit info dari taklimat Pn. Wan.
- Kursus PTP-1 : 6 bulan belajar di INSTEP dan 6 bulan praktikal.
- Penginapan, pengangkutan dan makan minum ditanggung oleh Petronas.
- Tiada jaminan terus dapat kerja.
- Elaun semasa belajar - RM250
- Elaun semasa praktikal (makan minum tak ditanggung) - RM900
|
Sesi taklimat |
Jam 9.00 am, kumpulan 1 mengambil ujian IQ iaitu sebanyak 100 soalan dalam masa 45 minit manakala kumpulan 2 dikehendaki untuk menjalani ujian buta warna ke tak. Aku tertanya-tanya macamana ujian buta warna ini dilakukan dan rupa-rupanya begini:
Ujian Buta Warna
Kalau diperhatikan imej ini, kita akan nampak '15' yang terbentuk melalui susunan bulat-bulatan berwarna Hijau-hijauan. Tunjuk imej '15' tersebut dengan seakan-akan melakar 15 tu.
Imej ne sekadar contoh lah, ada 4 imej aku dapat dan keputusannya 4 per 4 betul..hehe
Ujian IQ
Selang 45 minit kemudian, kumpulan 2 mula memenuhi Dewan Sri Kinabalu untuk ujian IQ.
- 1 buku soalan yang mengandungi 100 soalan yang menguji:-
- English grammar.
- Mathematik
- Fizik
- Bahagian Teknikal
- Mengenalpasti 2 rekabentuk yang sama.
- Cara-cara Pengendalian Alat pemadam Api.
- Tiada penggunaan kalkulator mahupun telefon.
Walaupun ada juga aku dapat clue pasal kategori soalan dari blog2 laen, tetap juga aku tak cukup masa nak jawab 100 soalan dalam 45 minit neh. Hampir 30 soalan tu, aku main tanda ja jawapan. Harap2 mengena lah. Hehe. Sebelum bersurai tu, En Faiz (klu ak tak silap namanya), bagi sedikit tips. Katanya kalau kena temuduga oleh dia:-
- Pakaian kena kemas, kalau boleh ber'neck tie'.
- Recall balik pengalaman semasa buat projek semester akhir.
- Pengalaman semasa Latihan Industri.
- Cerita pasal aktiviti luar seperti ko-kurikulum.
Interview
Jam 2 masuk mendaftar untuk interview. Cik. yg daftarkan aku tu syorkan agar aku isi ruang Pengalaman Kerja dengan pengalaman semasa aku latihan industri. Oh boleh pula~ hehe. Tengah aku sibuk-sibuk isi ruang tu, tetiba la pula ada call masuk. C Tambey rupanya. Tanya aku pasal interview padahal aku belum lagi masuk interview. siap offer nak bagi tips lagi, so aku tanya,
" Kenapa ko mau masuk INSTEP?"
Mula la dia menjawab dengan panjang lebarnya seperti biasa dengan keyakinannya juga, pada mulanya aku serius mendengar sambil-sambil mengisi ruang tu, ntah dah nak masuk minit yang keberapa, aku hanya mampu ketawa tanpa suara ja dengar dia bercakap di hp tu. Akhirnya, pesanan terakhir minta tips2 pasal temuduga. Tau sangat lah aku..adedei..hehe
|
Keadaan menunggu untuk ditemuduga (Asdar) |
- Penemudugaku ada 3 orang. Mulanya hanya 2 orang tapi hampir masa suku akhir (cewah, haha) tambah sorang lagi.
- Aku kena perkenalkan diri dalam bahasa inggeris dan kalau boleh penemuduga tu nak aku speak English ja. Huh, Mampu ka aku?
- aku mampu Broken English ja. hahaha..needs to improve more, i think?
- Kena tanya pasal projek akhir semester.
- Cerita tempat dan kerja teknikal yang aku buat semasa Latihan Industri.
Mereka cadangkan aku masuk dalam bahagian Pengeluaran, sebab kata dorang, dalam bidang mekanikal ne selalunya bekerja secara giliran di laut dan mostly lelaki jarang-jarang ada perempuan. Nak bagi masuk dalam Instrumentasi atau elektronik tak boleh, sebab aku tiada asas elektronik. Siap kena provoke lagi. Huhu, Sabo je la. Aku hanya mampu ketawa ja la padahal dalam hati tu. (^_^")
Soalan aku untuk diorang " Kalau saya sambung belajar selepas 6 bulan tak ditawarkan pekerjaan, dan andaikata ada tawaran pekerjaan, saya tolak atas sebab saya sedang sambung belajar, adakah nama saya akan disenarai hitamkan?"
jawapannya, Ya. Huhu, oh okay. hehe (^_^") speechless!
Jam 4 ptg aku habis temuduga. Akhirnya, selesai satu acara penting dalam kalenderku, Alhamdulillah.