Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera
Di hari aku temuduga INSTEP pada 19 Mei 2012, Ibu Bapa dan Wena sanggup datang awal pagi ke Politeknik Kota Kinabalu semata-mata nak hantar aku pergi temuduga di Menara Petronas Kota Kinabalu. Padahal di awal rancanganku, aku cari jalan nak ke Menara Petronas tu dengan menumpang bas seawal pagi baru jalan kaki selama 30 minit dari perhentian bas depan RTM.
Dorang sanggup tunggu aku habis temuduga dari jam8 am sampai lah jam 4 pm. Ibu memang kenal sangat dengan perangai aku yang serabai-mabai ne. Ibu siap sediakan aku alat2 untuk touch up dan sebuah beg yang aku tengok remaja sekarang pakai. Berbanding dengan ala-ala beg sekolah yang aku bawa iaitu beg yang aku dapat dari program OPKIM ke-11 warna oren. Nampak sangatlah aku macam budak-budak. huhu. Masa berkumpul untuk taklimat tu, aku sempat tengok calon perempuan yang datang, mmg tak da yang bawa beg macam beg sekolah.
Comel beg Ibu Bagi |
Mulanya aku malu pakai beg tu, bukan apa, aku tak biasa pakai beg macam ne. Tapi beberapa minit kemudian, timbul rasa minat aku nak guna beg ne. (Haha)
Sementara menunggu temuduga aku yang dijadualkan pada Jam 2 ptg, kami jalan pergi ke Centre Point Sabah (selalu panggil CP ja) untuk mengisi perut yang lapar. Selesai makan di KFC, naik ke ground floor, bapaku kata nak cari cd lagu Wali Band sementara Ibuku pula di kedai jual tudung. Ibu belikan aku 2 helai tudung. Mulanya tudung warna kelabu dan hijau, tapi aku ne demand pula nak tukar dengan warna hitam padahal aku tau ibu dah pilih tudung tu. Lewat aku tersedar kata-kataku dah mendahului sebelum sempat aku berdiam. Ibu dengan senang hati ja, tukar tudungnya dengan tudung hijau tu. Hm, sekali lagi aku nak ingatkan lidahku ne. Huhu, demand sangat.
warna kelabu dengan hiasan buah Epal |
Warna hitam dengan hiasa manik-manik kecil |
Terima kasih Ibu sebab sangat memahami perangai anakmu ini,
Terima kasih Bapa sebab sanggup tunggu anakmu ne habis temuduga walaupun aku tau bapa banyak kerja,
Terima kasih Amal Safwena sebab menghiburkan hati kakakmu ne dgn ayat "kau ne, budak kecil" hehe.
No comments:
Post a Comment