Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. . .
Cuti bermaksud hari kelepasan, libur. Dalam erti kata lain, cuti merupakan masa yang dibenarkan untuk tidak bekerja kerana sebab tertentu seperti hari perayaan, masa untuk berehat, dirawat kerana sakit, dan lain-lain.
Saja ja aku nak sebut cuti sebab tak nak terima hakikat yang aku dah tamat belajar di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) selama 3 tahun. Tak terasa masa berlalu. Terlintas juga nak cari kerja tapi siapa lah yang nak ambik pekerja sementara dalam waktu yang singkat. Nak dijadikan cerita, aku post di FB sekadar untuk mengetahui pendapat rakan FB. Salah satu respon yang aku terima dari shahrill,
Seringkali aku dengar niat kawan-kawan sewaktu cuti semester menjelang. Part-time job! Tak kira lah, nak kerja di mana, di restoran, kedai, bengkel2 dan lain-lain. Ada yang nak tolong perniagaan keluarga, maklum lah, bisnes. Tak lain dan tak bukan, niat mereka nak kumpul duit poket. Bajet untuk yuran dan kegunaan harian semester depan.
BELAJAR MEMASAK
Aku memang jarang jumpa ma periuk belanga sebab 5 tahun tinggal di sekolah berasrama penuh pastu sambung belajar selama 3 tahun di politeknik, pun tinggal di kamsis, mana boleh masak. Kalau setakat masak nasi, air, telur, ikan tu, dan apa ja yang perut aku dapat makan, alhamdulillah, aku boleh. Tapi kalau nak masak bagi makan pada orang lain, keyakinan tu aku belum ada lgi. Padahal, kebanyakan kawan aku lelaki yang pandai masak. Fuh, takpa2. Boleh belajar tu perlahan-lahan.
BELAJAR MENJAHIT
Nak kata aku tak tahu menjahit, tu kira menipu pula sebab aku dah tahu cara asas menjahit. Cuma aku tak mahir ja. Dulu ambik kelas menjahit pun tak habis belajar, cukup sampai buat kemeja, seluar, dan baju kurung biasa ja. Sekarang dah lupa cara buat kemeja dan seluar, nasib baik buat baju kurung masih ingat. Kalau tidak, memang sia-sia lah aku habiskan masa belajar tu. Nak mahirkan semula ne. hehe
BELAJAR PELBAGAI KEMAHIRAN
Sekiranya kita dah mahir memasak, menjahit, atau apa sahaja kemahiran. Molek kiranya mempelajari kemahiran dalam bidang lain seperti kemahiran komputer, membaiki kereta, berniaga, dan lain-lain. Siapa tahu kemahiran tersebut boleh dijadikan sumber pendapatan suatu masa nanti.
AMBIL LESEN MEMANDU
Ibu syorkan aku supaya ambil lesen memandu kereta. Fuh, ada juga aku terfikir tu tapi ya lah, mana ada benda percuma sekarang ni. Nak seribu lebih jg kalau nak ambil lesen tu, however it is a great idea untuk mereka yang belum ada lesen memandu. Kalau bukan sekarang, bila lagi nak berlesen kan.
KEMAS DAN MENGEMAS
Ni kira masuk bab 5S. Kemas dan bersihkan almari, bilik, rumah, dan stor. Sekurang-kurangnya kepala tak berserabut bila tengok rumah bersih dan barang-barang tersusun cantik gitu. Tak menjadi masalah, nak deko-deko perabot rumah sekali-sekala kan, kan, kan.
MENIMBA ILMU PENGETAHUAN DAN PEKA TERHADAP ISU SEMASA
Keyword ni memang cukup besar buat aku sebab aku jenis yang tak kesah dengan dunia sekeliling. Benda ni banyak buat aku sentap sekali-sekala bila kawan-kawan aku kata "biar betul, kau tak tahu, semua orang tahu pasal tu". Rasa kejahilan tu, buatkan aku selitkan aktiviti ni untuk pengisian masa cuti, boleh mulakan dengan amalan membaca, Insyallah, ada manfaatnya.
BERAT BADAN?
Lazimnya, bila tengah cuti tu, tanya kabar kawan2. 'Comel dah ko', 'bahagia ke cuti?' pertanyaan seumpama itu, andai tak banyak, sikit pasti ada yang mengusik. Apa kata, kita ubah pula. Bagi yang agak comel2 macam aku ne (Hehe), jom pakat kawal sikit pemakanan tu. Kira diet sikit lah. Ada jua kawan2 aku yang nak menaikan berat badannya, masa cuti ne la, masa yang sesuai untuk kamurang berusaha menaikkan berat badan, dan untuk aku pula, masa untuk menurunkan berat badan. Berat aku tak sesuai dengan ketinggian so kena kurangkan sedikit.Chaiyo2!
KATAKAN 'YA' PADA AKTIVITI SUKAN
Mungkin di waktu perkuliahan mahupun pejabat, kita tak banyak bersenam dan melibatkan diri dalam beriadah. Apa tidaknya, nak beriadah tu teringat pula kerja, tugasan, thesis belum siap. Belum kira kuiz dan ujian yang dibuat secara tiba2 dek pensyarah, kalau tak buat preparation memang sandi nak jawab soalan dalam kelas. So, masa perkuliahan dan pejabat itu ditebus dengan waktu cuti. Hari yang bebas untuk keluar dari kesibukan dan beriadah bersama keluarga serta rakan-rakan.
MELANCONG KE TEMPAT YANG MENARIK
Berehat dengan melancong ke tempat-tempat yang menarik sememangnya satu aktiviti sangat bermanfaat di samping mengenal adat resam, budaya, dan bahasa yang digunakan penduduk setempat. Survey tempat-tempat yang menarik ataupun minta pendapat kawan-kawan/saudara-mara mengenai pengalaman mereka melancong. Kalau aku, Poring Hot Spring di Ranau, Genting Highland Theme Parks di Pahang, memang yang terbaik lah setakat ne. (tak banyak berjalan) hehe
BERBLOGGING
Buat si pembaca yang ada blog mahupun yang baru nak berkecimpung di dunia blog macam aku ne, ini lah masanya untuk mengemaskinikan dan memantapkan lagi pengisian blog mengikut citarasa masing-masing. (^_^)
REUNION (rakan kelas, rakan pejabat, ahli kelab, keluarga)
Merancang pertemuan kembali bersama rakan kelas yang berpisah bertahun lama di waktu cuti-cuti semester sememangnya menyeronokkan. Tiba masanya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang renggang dan berkongsi cerita perkembangan hidup masing-masing. Aku kira nak buat reunion dengan member kelas 5 Teknik 2008 dalam bulan 6/2012, semoga semuanya dapat bersama-sama dalam reunion ne. InsyAllah.
Setakat ini saja, Semoga bermanfaat InsyAllah, Sekian.
WAAAA blaja msk ke
ReplyDeleteterer da msk ni?
blum smpai tahap terer lg...
Deleteon progress..hehe