Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa~
Setiap detik, pasti ada ceritanya.
Setiap detik yang ku lalui, pasti menjadi cerita di setiap halaman novel hidupku.
^_^
Jalan-jalan Beli Tudung.
Malam ni, jalan dengan housemate, Shira dan Mar. Ni kali kedua keluar, sebab yang pertama tu Amal ada keluar juga, shopping untuk sarapan pagi di kedai Sungai Baru Tengah. Singgah sekejap dekat gerai jualan yang ada di dewan terbuka wang ulu tu yang diadakan sempena hari keusahawanan kot.
Memang dah lama nak beli tudung, ada satu jenis tudung tuh, tapi sampai sekarang tak jumpa2 lagi. Bila jalan-jalan tengok satu tudung ni, rasa berkenan lah pula. RM10.00 jer. Likely, tak kecik sangat. Harap-harap tak salah pilih tudung noh. hehehe
Shopping Di Kedai
Kali ni Amal, duk luar ja. Tunggu housemate shopping jap. Tengah menunggu housemate, ternampak kelibat Ketua Kuliah bersama the geng. Amal dengan ketua kuliah tu, ok-ok ja, tapi yang tak ok ni salah seorang dari the gengnya tu, classmate Mal juga la. Dah mata bertentang mata, mamat tu pandang bukannya sekilas tapi lama ni, macam hairan nampak Amal di situ, mahu tak mahu, Amal senyum ja la, ok itu sememangnya senyuman yang main paksa punya lah. Ngeh~ mengada-ngada kau mal!
Kisahnya,
Bukannya teruk sangat pun, tapi dah awal-awal buat Aku sentap. Giler ke apa mamat ni. Meh aku story skit, hari tu, baru ja habis kelas Engineering Drawing untuk pengenalan ja la. So, aku bertembung lah dengan mamat ni masa nak keluar dari kelas. Masa aku nak keluar tu, aku dengar;
" Sabah bah."
Aku berpaling, mamat tu tengok aku and aku sure dia yang bersuara masa tu. So, aku pun kira nak bertegur sapa la kan.
" Eya, kamu dari mana?"
" Sungai Petani, Kedah"
"Oh, Kedah. Ni dekat dengan Matlufthi kan?"
" Matlufthi tu kat Kodiang."
Memandangkan baru-baru ini, aku masuk kelas bahasa melayu universiti, pensyarah tu ada bagitau serba sedikit pasal nama-nama tempat di negeri Kedah dan Perlis ni. Contohnya macam Changlun, bererti Gajah Turun, itu kata pensyarah lah. So, aku pun nak tau la pa maksud Kodiang tu.
"Ooh, apa maksud Kodiang tuh?"
"Tuh nama tempat."
"Ya la, tak kan tak tahu erti kodiang tu apa."
Sepatutnya, aku boleh ja nak end conversation ni, tapi tu lah, nak jadi peramah sangat, dia spontan jawab camni.
"Shut up you!"
Weh, macam rasa nak lempang ja mamat ni. Bukan, aku yang mulakan dulu ok. Tapi aku bukan nak lempang pun, cuma kaki aku dah automatik nak mengena di betisnya. Nasib baik, masih waras, so aku sekadar hayun slow ja. Aku just tersengih pastu blah. Hah, mula dari situ lah. Asal nampak muka dia, memang aku teringat ayat "Shut up you!" tu. Baru ja aku kata budak Kedah ni best terutamanya matlufthi [peminat..huahuahua]... Kacau daun je la mamat ni... Tak pa, lupakan-lupakan... jangan nak cari masalah dengan aku udah le... Tak nak banyak masalah ni.sungguh.
***Kot2 ada yang terasa bila baca post ni, Sila maafkan saya, kerana bukan anda yang saya maksudkan, kecualilah anda ialah mamat itu. Sorry Awak, maafkan saya ya, nama awak pn saya tak tau. kekekeke.
Sekian.
No comments:
Post a Comment