Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konnichiwa~
Hari ini dengan semangat yang timbul Amal nak share tips bekerja sebagai juruwang ni walaupun pengalaman kerja tu hanya 1 tahun dan 2 bulan lebih ja. Walaupun sebenarnya, assignment Static belum siap, kena hantar esok pagi daaaan petang ni jam 6.30 pm kena gerak pi Klinik Kampus Pauh untuk medical check student first year semester 1, tapi Amal tetap nak buat jua post ni. Huh, desperate? No, just killing the time kunun.
Tips-tips ni 80% berdasarkan pengalaman sendiri dan the other 20% tu adalah tips yang Amal rasa sesuai untuk dipraktikkan, God Willing.
1. Niat Bekerja kerana Allah S.W.T.
Ya, walaupun pada awalnya Amal memang kerja sebab nak cari duit belanja seharian sebab tak nak berharap sangat kepada parents memandangkan dah dewasa kunun. Tapi sebenarnya, bila Amal dah masuk kerja tu, memang agak menggugat jiwa juga lah. Kadang-kadang rasa, kerja yang Amal buat tu tak setimpal dengan gaji yang Amal dapat. Pinjam motto UTM jap, Untuk Manusia Demi Tuhan. Cakap senang, buat susah kn, tapi percaya lah, bila sampai suatu tahap tu, hati rasa tenang ja bila bekerja.
2. Datang Awal Sebelum Giliran Bertugas.
Amal pernah datang awal sangat, lambat sangat pun pernah. Kira macam dah lumrah alam pekerjaan. Dan yang pasti, teguran kasih sayang dari senior staff pun kena anggap lumrah juga lah. hehe. Mungkin ada yang tak kesah pasal lambat datang kerja, tapi sebenarnya ianya amat mengganggu perjalanan tugas seharian dan lebih teruk jika senior juruwang lambat datang kerja. Hm, pahit pengalaman tu, trust me. hehehe
3. Jujur.
Memang banyak nilai-nilai murni yang patut ada dalam diri seorang juruwang dan di antaranya ialah Jujur. Jujur dengan siapa? Kalau boleh dan mesti jujur dengan semua orang. Jujur dengan Ketua, syarikat, rakan sekerja, dan terutamanya pelanggan. Kadang-kadang ada ketua yang silap bagi duit modal, pastu siap lupa lagi kalau2 kita dah bayar short duit atau belum. Kesian ketua tu sebenarnya, terlampau banyak fikirkan hal kewangan syarikat. tu yang banyak lupa tu. Jujur dengan pelanggan ni toksah cakap lah, berkata benarlah walaupun pahit, walaupun adakalanya wujud jua pelanggan yang tak nak terima apa kita dah utarakan hal yang sebenarnya.
4. Sabar.
Sabar ni memang kena sabar banyak-banyaklah. Memang dugaan terhebat untuk orang yang panas baran. hehehe. Kerja ikut shift yang kadang-kadang tak menentu memang kadang-kadang mengaktifkan emosi yang tak menentu. Paham-paham saja lah. Pelanggan beratur panjang, ada yang siap potong barisan, pastu pelanggan sound kita sebab biar pelanggan lain potong barisan, tak masuk lagi yang complaint pasal harga yang naik mendadak tu. Macamlah cashier ni, tukang update harga barang kan.
5. Cekap dan Proaktif.
Wah, ayaat. Sembarangan ja letak macam tuh kan. Tapi Betul. Jadi seorang juruwang ni kena cekap kira duit, punch harga barang, urus item-item pelanggan. Kalau tak, sure akan dengan " Mana ketua kamu?" ... Alaaa....macam ayat dalam television tu, padahal perkara kecik boleh setel dalam beberapa minit ja pun nak heboh hingga ke peringkat pengurusan. Proaktif, haah yang ni, bukan saja dalam bab yang berkaitan dengan pelanggan tapi lebih kepada urusan kerja kita dalam syarikat bersama rakan seperjuangan yang lain. Be the best among the best. Motivasi diri sikit.
To be continue....
Haa,sambung larh lagiii.
ReplyDelete