Wednesday 24 October 2012

Kronologi Cita-citaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Soalan yang sering diajukan oleh guru tanpa mengira siapa pun anak muridnya, " Apa cita-cita kamu?"

"Masa sekolah rendah: Askar, wartawan, peguam dan guru."
Bagai terikut-ikut dengan semangat kawan-kawan yang lain dan suasana persekitaran yang sering didedahkan. Aura menarik minat dari rancangan televisyen yang berunsurkan perjuangan tentera, keterujaan penyampaian sang wartawan, kepetahan si peguam berbicara mempertahankan hujahnya dan dididik oleh warga pendidik di sekolah seakan-akan mempengaruhi minda untuk mengikuti jejak langkah mereka.

"Sekolah Menengah (Ting 1-3) : Orang yang berguna kepada masyarakat. . . (kerja yang umum, sukarelawan kot)"
Bagaikan layang-layang terputus talinya, segala yang dipelajari bagaikan hanya sekadar pengetahuan am semata-mata untuk membentuk rohani dan proses meningkatkan kecerdasan otak untuk lebih berfikir. Lantas melibatkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum seperti Taekwondo, Bola baling, Kawad kaki dan Silat. Sekali-sekala melupakan kepentingan akademik demi berjuang untuk mendapatkan sijil, pingat, dan hadiah yang tampak praktikal dan kekal di ingatan sebagai kenangan. Keseronokan bagai melenyapkan kesedaran tentang peredaran masa, dan masa teruskan berlalu tanpa mempedulikan sesiapa.

"Sekolah Menengah (Ting 4-5) : Guru Lukisan Kejuruteraan / Jurulatih Taekwondo."
Mujur kasihNya, tidak biarkan diri terus hanyut dengan keseronokan sementara buat para remaja.

Guru Lukisan Kejuruteraan:
Tinggal di bilik asrama seramai 20 orang yang secara totalnya berbeza generasi dan kelas selain berkongsi minat serta kelab yang sama, membuka minda dan mencungkil rasa ingin tahu. Memerhatikan dua kakak senior yang asyik dan teliti menyiapkan lukisan kejuruteraan walau jam sudah menjangkau angka 11 malam hinggakan terpaksa bertemankan lampu koridor berdepan Dorm 11 (2006), menjentik minatku tuk mendalami subjek tersebut. Lantaran suntikan minat baru itu, aliran teknikal sains menjadi dandang penjana semangat menguasai subjek LK. Namun, nampaknya minat yang mendalam tak sebanding dengan kemampuan diri. Adakah jantina penentunya? Benarkah subjek ini mustahil bagi kaum hawa? Semangat tekad untuk merempuh dakwaan itu, sanggup dan redha akan keputusan SPM yg bakal ditempuhi. Hanya berbekalkan usaha yang berteraskan minat mendalam tanpa mengira lulus atau gagal. Akhirnya, benar kata pepatah "Usaha tangga kejayaan". Sejurus itu, walaupun pernah sesekali selingan kata-kata sinis mengisi gegendang telinga, aku tetap ingin menjadi seperti mereka. Benar rezeki dan ilham itu datang dari Allah. Andai saja, aku tidak terasa dengan kata-kata itu, mungkin A1 itu tidak pernah akan kuperolehi. Bagai, berjaya setelah dicabar.

Jurulatih Taekwondo:
Melibatkan diri dalam kelab Taekwondo GTF dari tahun 2004 pada asalnya kerana untuk membina keyakinan dan sebuah imuniti pada diri susulan daripada gurauan yang berlebihan dengan harapan kan dapat mempertahankan diri dan membalasnya sekira perlu. Latihan demi latihan dijalani setiap hari Ahad pagi selepas perjumpaan asrama di kantin sekolah bagaikan satu tayangan teater kepada pelajar-pelajar yg singgah/lepak di situ. Semua rembesan titik peluh, jeritan saat otot dan sendi yang kadang kejang, sepakan demi sepakan tak kira adam atau hawa semasa latihan, sering merobotkan diri saat bergerak dek rasa sakit yg mendera kadang meleret dua hingga ke tiga hari. Cemburu dan keinginan mencabar diri untuk mencuba nasib di setiap kejohanan. Semirip plot drama, percubaan demi percubaan sering menemukan rasa dan erti kekalahan. 'Sparring' dan 'Pattern'. Namun, jurulatihku sentiasa memberikan semangat dan sindiran yang membina. akhirnya, team pattern sekolahku dapat johan masa kejohanan di Politeknik Kota Kinabalu. Menamatkan tingkatan lima dengan tali pinggang warna Biru, azamku untuk meneruskan latihan TKD ke Poli KK supaya bila dah tali pinggang hitam boleh mohon buka kelas latihan untuk melatih sebagai jurulatih.

Politeknik Kota Kinabalu : Juruteknik Mekanikal.
Impian sekolah menengah menjadi kenyataan, mengejar jejak langkah guruku dan peluang berlatih taekwondo bila tawaran PKK menjelma di Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) atau lebih dikenali dengan Diploma Teknologi Pembuatan (DTP). Seiring dengan dorongan teman sebilik (yus), peluang yang  terbentang di hadapan, rasa ingin mencuba dan ingin tahu menguatkan langkahku ke temuduga Rakan Pustaka untuk Julai 2009. Sah bergelar RP, kian mengisi masa lapangku di Pkk. Berbekalkan kata-kata yg kulontarkan sewaktu temuduga rp di hadapan kak lina dan kak mas, ku cuba galas segala tanggungjawab yang ada dengan sedaya mampu kebolehan dan pengetahuanku. Lebih terdedah dengan persekitaran orang dewasa berkerja selain daripada pensyarah dengan pelajarnya, kuperhatikan suasananya, tekanan yg digalas,. Memasuki semester 4, semester untuk menjalani praktikal di unit pembangunan & penyelenggaraan pkk. Rasa seperti terbuang seketika dari semua keseronokan yang selama ini dikecapi apabila memasuki dunia orang bekerja. Rasa lebih tanggungjawab di atas semua gerak geri, keletihan, mementingkan diri sendiri, kesunyian walau tika berada di keramaian manusia. Semua yang kupelajari ternyata berbeza dengan apa yang aku buat, bagaikan teori tu cuma serpihan debu daripada apa yang aku jalani sewaktu praktikal. Ternya membuka minda aku lebih luas mengenai peluang untuk cita-citaku. Memang merumitkan! Sekali sekala ku cuba mencari erti di sebalik pengorbanan itu semua termasuk diriku yang perlu belajar demi peperiksaan walau terpaksa memerah otak berfikir, menampung air mata di saat kejahilanku, mengorbankan masa tidurku di waktu tengah pagi untuk membaca nota2, hanya untuk sekerat diploma. Tapi, itu semua dulu. Masa belajar kosong-kosong untuk peperiksaan.

"Tamat Belajar Politeknik (Menunggu majlis konvo): Jadi orang yang berguna pun jadilah.."
Ini lah masa yang selalu aku nantikan. Bagaimana? Aku ingat dugaan masa belajar yang paling sandi rupanya tu baru sipi-sipi ja.Ni kali la merasa tanam anggur tu macamana..haha. Pendek kata, susah mo cari kerja yang sesuai dengan bidang aku. Apa pun dapat kerja jadi juruwang di supermarket gmart kb. Di sinilah aku faham perjalanan hidup seorang juruwang. Sandi membayar balik kalau duit kaunter tak seimbang, terutamanya kalau rugi. Membayar tok. Kalau duit lebih pla, kena simpan je. Bila banyak yang sowt dan kena bayar balik guna duit gaji, semangat kerja pun tenggelam timbul. tapi sedar tak sedar dah nak masuk 4 bulan aku kerja jadi juruwang kat supermarket ni. Apa pun usaha untuk mencari peluang pekerjaan baru masih diteruskan disamping menunggu peluang menyambung pelajaran. Sedangkan kawanku yang gaji pun dah cecah seribu pun still go to interview.  Apa kan lagi kawan-kawan yang lain. Well, Cheer up, Amal.

No comments:

Post a Comment