Thursday 21 June 2012

Hari Temuduga pertamaku sebagai Cashier

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tepat jam 8.44 am, di saat ak hendak kembali melelapkan mata, telefonku berdering minta diangkat. Panggilan dari tempat aku mohon kerja pada dua hari yang lalu. Suruh aku datang jam 10 am beserta dua keping gambar passport dan salinan buku bank. Rasa bersyukur dan teruja serta takut gak, hehe.

Tepat jam 10, aku baru bertolak dari rumah. Bertuah sungguh aku kan? haha. Apa la pandangan pertama yang aku bagi ma majikan aku ne. odoi. 12 minit menunggu, akhirnya baru ada kereta tumpang pi pekan Kota Belud dari Taman Nikmat neh! , kereta kenari ar. Bukan alang-alang. . .

Jejak ja kaki aku atas tanah, sempat aku kaku sekejap, memikirkan bagaimana aku nak menjawab kalau kena soal karang. Langsung tiada persediaan ni. Pasrah ja aku melangkah menuju ke destinasi.

Sampai dekat pejabatnya, aku disuruh duduk. Masa nak bagi gambar tu, pegawai tu tanya pasal salinan buku bank aku. Astagfirullah, AKU LUPA BAWA! 

Aku ingat kena temuduga ja. Tiba-tiba encik tu bagi aku 1 helai kertas soalan dan sehelai kertas untuk mengira. Ada 24 soalan semuanya berkenaan dengan matematik proses tambah, tolak, darab, bahagi. Terus terang, aku nervous masa tu. Sebab aku tak pandai sangat darab bila melibatkan titik perpuluhan. Kira tanpa kalkulator lagi tuh. Nasib baik ada contoh juga la. Sabo je la. Habis jawab, encik tu check terus jawapan, depan-depan aku. Jawapan aku betul 22 daripada 24 soalan. Alhamdulillah. hehe

Habis jawab tu, bermula lah sesi temuduga aku dengan encik tu. Tak banyak jua encik tu tanya, pasal latar belakang keluarga, bidang pengajian aku di politeknik, cerita pasal DTP, kemahuan aku untuk sambung belajar. Terus terang aku cakap, aku memang tunggu tawaran INSTEP dalam masa 1 bulan ni. Taknak berselindung, nanti menyusahkan aku pula nanti. Akhirnya encik tu kata, dia tiada masalah terima aku untuk bekerja dan dia offer aku mula kerja esok bermula jam8.30 am siap bagitau cara pekerja berpakaian. Alhamdulillah. Gembiranya aku masa tu. hehe

Tepat jam 11.00 am, aku habis kat situ. Aku rasa gembira tapi bingung tak tau nak buat apa. Lama aku berkeliaran di Pasar Besar tu, baru terdetik nak cari kasut hitam, stokin la, baju kemeja putih, dan semua la yang berkaitan.

Sebenarnya, aku kira nak mohon pasal kekosongan kerja yang ditawarkan secara sementara pada masa tu berdasarkan iklan, kebetulan pula ada 1 kekosongan kerja yang tetap. so, aku apply la. ehehe

Lain yang ditawarkan, lain pula aku pi mohon. (^_^)


Sekian, perjalanan hidupku hari ini...
Aku hanya mampu merancang, Allah yang menentukan...

Friday 15 June 2012

Keputusan Temuduga Instep PTP-1 Ambilan Julai 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Keputusan bagi sesi temuduga Instep PTP-1 Ambilan Julai 2012 telah diumumkan.
Boleh check result tu kat sini

Tahniah dan Good Luck ok...


Wednesday 13 June 2012

Kisah Aku, Dia dan Si Bidadari - kawanku

Kisah aku, dia dan si Bidadari...

Dua orang kawanku yang terbaik untukku.
Walau apapun yang telah terjadi
Kamurang Tetap Terbaik dalam kenanganku.

Kisah Aku dan Dia 

Dia memang kawan baik.
Mungkin di antara kawan yang terbaik yang pernah aku jumpa setakat ini.
Melayan aku dengan baik, caranya yang tersendiri.
Tapi mungkin tak baik untuk diriku.

Hari demi hari 
aku rasa semakin selesa bersamanya
Banyak kenangan gembira bersamanya
Akhirnya setelah sekian lama
Sehingga aku rasa
Aku telah menemukan seseorang kawan yang boleh aku percaya
Yang boleh aku kongsikan segala rasa yg terbuku di hati
Dia buatku ketawa dikala kupujuk hatiku sedang sedih
Dia buatku terhibur dengan telatahnya dikala kubiarkan hatiku sarat dengan tekanan 
Dia buatku rasa dihargai dikala kupujuk hatiku yang rasa dipinggirkan
Silap haribulan memang boleh jatuh hati dengan dia (hehe)
Tapi aku sedaya upaya tolak benda macam tu jauh-jauh
Walaupun sekali sekala mengusik jiwa ni
Seboleh-bolehnya
Aku tak nak benda macam tu dalam persahabatan ni
Sebab aku tak boleh handle benda macam tu
Aku dah tengok macamana benda tu boleh hancurkan ikatan persahabatan
Andaikata aku jatuh hati pun
Biarlah kekal dengan ikatan persahabatan

Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari
Ternyata kasihku pada kawanku ini
Tidak dapat dipertahankan 
Semuanya bermula bila aku dikuasai dengan perasaan marah
Aku paling benci diriku apabila berada keadaan marah
Kerana perasaan amarah itu tidak dapat ku kawal
Dengan perasaan marah itu, aku rasa seperti serigala jadian
Tak sedar apa yang aku lakukan
Hanya sedar selepas segalanya terjadi
Kemudian menyesal tak sudah

Walaupun aku dah minta maaf padanya
Perasaan bersalah itu tidak dapat ku elakkan
Sebab keadaan begini lah
Aku lebih selesa memaafkan orang walaupun ianya sebenarnya menyakitkan
Berbanding membalas kembali perbuatannya
Kegembiraan dalam membalas perbuatan jahat dengan perbuatan jahat
Merupakan kegembiraan di permulaan tapi berakhir dengan kesesalan dan penderitaan
Aku hanya cuba nak hidup dengan gembira di dunia ini

Aku tahu dan aku sedar
Keadaan tak mungkin akan jadi seperti dulu lagi
Apa pun kenangan bersamanya merupakan diantara kenangan yang terbaik aku rasa
kenangan bersamanya telah menyedarkan aku
Masih ada kebaikan untuk mempunyai kawan rapat

Kisah Aku dan Si Bidadari

Sejak dari peristiwa sekolah menengah tu lagi
Aku mula sedar
Aku tak akan pernah ada seorang kawan yang boleh bersama-samaku
Yang boleh aku percaya akan kejujurannya
Yang boleh aku kongsikan suka dan dukaku
Yang boleh berada bersamaku ketika aku susah dan senang
Tak akan 
Tak akan pernah lagi

Hanya kerana kisah ku bersama si 'Bidadari'
'Bidadari yang aku percaya
Sangat baik padaku
Sangat baik dan cantik seperti bidadari
Memang aku sanggup buat apa saja yang aku mampu untuk mengembirakan si Bidadari
Kerana aku percaya si Bidadari adalah kawanku yang sejati dalam dunia ni
Ditakdirkan aku terjumpa coret-coretan itu
Aku cuba untuk tidak percaya
Namun apalah erti rasa hatiku 
Coretan si Bidadari yang memecahkan kepercayaanku
Sejak itu, aku tak pernah percaya seseorang atas nama  kawan rapat/baik/sejati
Aku tak akan
Tak akan pernah lagi percaya.

Namun itu dulu
Dia datang dan buat aku kembali percaya 
Hatiku terusik kembali teringatkan si Bidadari
Ku cuba usir jauh ingatan itu
Cuba meyakinkan diriku sendiri
Dia berbeza dengan kisahku bersama si Bidadari
Walaupun sebenarnya Dia dan si Bidadari itu hampir mirip perwatakan mereka
Tapi aku yakinkan juga pada diriku
Kisah kali ini pastinya berbeza
Dan memang ternyata amat berbeza sekali
Rupanya pada kali ini
Aku yang menjadi titik puncanya

Seringkali aku berdoa
Agar persahabatan ini kekal dengan baik
Namun, tak ku duga
Ternyata aku sendiri yang merosakkannya

Maafkan aku duhai kawanku
Aku yakin
Semua yang berlaku, pasti ada hikmahnya 
Ini akan menjadi satu pengajaran buatku
Untuk memperbaiki lagi kekurangan diri.

SEmoga kau kekal dengan perwatakanmu,
Keperibadianmu yang menarik hati,
Membuatkan orang yang berada di sekelilingmu berasa gembira untuk bersamamu.
Semoga kau dapat yang terbaik, kerana kau memang layak untuk mendapatkan yang terbaik 
(pinjam kata2 abg Andy)

Tuesday 12 June 2012

Ole-ole dari Kembara Ilmu Sesi Disember 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bila online Facebook, nampak post2 gambar Rpeanz bergambar semasa dorang ikut Kembara Ilmu untuk semester Disember 2011. Terkenang diriku yang tak dapat join kerana kononnya nak ikut kejohanan Taekwondo tapi tak jadi yang kebetulan kena masa tu juga, sabar ja la, nasib baik ada juga kekecewaan tu terubat dengan panggilan temuduga INSTEP pada 19 haribulan bersamaan dengan hari kedua mereka dalam Kembara Ilmu pi KL, JB, Melaka, Negeri Sembilan dan jua Singapura. Yang ak teruja sangat pasal kembara ilmu ne, sebab dorang berpeluang pi Singapura. wee~ memang jeles, tapi apa kan daya. hehe.



Ak saja ja post nak ole-ole berupakan gambar sepanjang dorang di kembara ilmu. Sebab tu yang paling simple tak payah dorang nak bajet lebih. just snap picture ja. Lupa pla nak mention, nak gambar yg tiada model dlm tu. hehe. Pastu, ak post; nak dorang bawa balik singa putih spesel dari Singapura tuh untuk aku. Siap di sokong oleh si Biru Mata Karabau lagi. Haha. Tapi sebenarnya, aku saja ja, nak wat lawak yg tak jadi. Tak akan pula dorang nak bawa singa putih yang betul2 dari Singapura tu kan. 

Tak lama selepas dorang balik dari kembara ilmu tu, setelah lepak beberapa hari di Kolej Kediaman PKK, dorang (Kak pija, abg Andy, Edut, Hamka) nak balik dah. Nasib aku sempat jumpa dorang lagi masa tu. Oh ya! ak tak sangka dpt ole-ole masa tu. Happy sangat la pla. 

Dari Abg Andy
Tabung berupa Merlion dengan set chacha dlm tu. Comel ni. Terus teringat pasal postku di RPeanz tu. Erk, kebetulan kot...hehe(^_^)v

Kakak Pija
Key Chain dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). yeah, dpt key chain dri PIS. v(^_^)v


Thanks a lot kakakku Pija n Abg Andy. 
you are my precious elder sister and brother
I'm glad that I know both of you.
(^_^)

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Staf Politeknik Kota Kinabalu Bagi Tahun 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Tahniah dan Syabas kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Staf Politeknik Kota Kinabalu bagi tahun 2011.

Ak jumpa pengumuman ni di laman web polikk.. ALhamdulillah, rasa gembira bila tengok beberapa nama pensyarah yang pernah mengajar ak dan termasuklah staf-staf dari unit UPP dan Perpustakaan yang ak kenal menerima anugerah ne. Sememangnya mereka layak untuk mendapat yang terbaik hasil usaha mereka. Semoga ini akan menjadi pemangkin semangat warga penggerak Politeknik Kota Kinabalu untuk berusaha meningkatkan prestasi seterusnya mencapai visi dan misinya...InsyAllah. 


BIL.
NAMA
JAWATAN SEKARANG
GRED
1
CHERRYCIA YOAG
PPPT
DH41
2
DOREEN SUALIN
PPPT
DH41
3
KASMAWATI BINTI SENAWING
PPPT
DH41
4
SAIMA BINTI SALENG
PPPT
DH41
5
AZILAH BINTI ABD RAHIM
PPPT
DH41
6
LIAN BIN LIUN
PPPT
DH41
7
ZARRA BANU HANNANI BT. AB RAHIM
PPPT
DH41
8
AHMAD MUJAHID BIN HAMZAH
PPPT
DH41
9
ASLAMAITULAKMA BT MOHAMAD
PPPT
DH41
10
CHICHA BT BAGU
PPPT
DH41
11
MUHAMMAD AMIN BIN HARUN
PPPT
DH41
12
OSWELLA WILLIAM
PPPT
DH41
13
ROHAYA BT CHALO
PPPT
DH41
14
SIERAH GINSOS
PPPT
DH41
15
TONY ONTOK
PPPT
DH41
16
SHARIFAH ADAWIAH BINTI SYED AHMAD
PPPT
DH41
17
QAMARIAH BINTI MAKMUD
PPPT
DH41
18
ALBINUS BERNARD
PPPT
DH41
19
TING EE LEE
PPPT
DH41
20
ERMINEYANTI BINTI BACHTERAN
PPPT
DH41
21
MOHD RAZHAN ARIFF BIN MOHD ZAIN
PPPT
DH41
22
NOR AIZILA BINTI GOREP
PPPT
DH41
23
LUCIAN ZARATANG
PPPT
DH41
24
DAILY BINTI TAYOK
PPPT
DH32
25
WEITTY PALIPI
PPPT
DH29
26
EDWARD JOHN
PEGAWAI KOKUM
DH41
27
BAKRIN BIN SAMID
JURUTEKNIK
J22
28
HANISAH BINTI NURIJIM
PEMBANTU AKAUNTAN
W17
29
SITI SHARIFA BINTI SALAMAT
PEMBANTU TADBIR
N17
30
IMADUN BIN ABD RAHMAN
PEMBANTU TADBIR
N17
31
SHAIRUL BIN LUDIN
PEREKA
B17
32
YUNUS BIN BALUMBUM
PEMANDU
R3
33
RAINI BT JAFARUDDIN
PEM.AM PEJABAT
R3

Sumber : http://www.polikk.edu.my

Sunday 10 June 2012

Muet Registration November 2012 Session PKK

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera



Untuk makluman pelajar Politeknik Kota Kinabalu bagi semester 5 dan 6, pendaftaran MUET Sesi November 2012 akan dibuka berdasarkan ketetapan berikut:

  • Tarikh         : 9 - 26 Julai 2012
  • Masa          : Waktu Pejabat beroperasi
  • Tempat       : Jabatan Pengajian Am


Para pelajar yang berminat untuk mengambil MUET pada sesi November 2012, dikehendaki:

  1. Membeli nombor PIN BSN ( Bank Simpanan Nasional ) dan,
  2. Membawa Pin tersebut beserta Kad Pengenalan untuk pendaftaran

Sekiranya pelajar membuat pendaftaran online secara sendiri, ANDA TIDAK AKAN DIDAFTARKAN SEBAGAI CALON POLITEKNIK SEBALIKNYA SEBAGAI CALON PERSENDIRIAN. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Miss Anna Alicia (JPA) atau mana-mana pensyarah Jabatan Pengajian Am.

Sekian, terima kasih.

Friday 8 June 2012

Kempen Selamatkan Generasi Pendekar Penyu

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya.

Penyu tergolong dalam haiwan Vertabrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, labi-labi dan tuntung. Ia mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercengkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu bada yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin.

Antara punca-punca spesis ini berada di ambang kepupusan ialah:

  • Berlakunya pencemaran laut seperti pembuangan sampah sarap.
  • Selalu terperangkap di dalam alat penangkapan hidupan laut seperti pukat tunda udang.
  • Kawasan pembiakannya terancam kerana manusia menjadikan telur penyu sebagai sumber pendapatan.
Salah Satu langkah untuk mengelakkan kepupusan spesis penyu ne, jom kempen, jangan makan telur penyu ar~

JOM Kita
~klik~Klik~Klik~ Fahamkan dan amalkan..Supaya generasi akan datang sempat mengenali generasi Pendekar Penyu~! hehehe


http://amal92.says.com/recommendations/wwf-turtle-eggs

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyu

My Creation Image with Gimp (2)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Susulan daripada karya yang pertamaku. Sebahagiannya tercetus hehehe hasil daripada kesilapan tapi nampak menarik jadi aku pun terus save lah. Ada yang aku tak sangka-sangka boleh transform jadi buruk dan sebaliknya. Sepanjang aku buat ni, baru aku faham macamana nak gunakan fungsi layer tu sedikit demi sedikit. Dulu, aku tak tahu nak tanya dengan siapa pasal ni. Apa pun itu dah tak kira lah. Baiklah teruskan dengan scroll down ke bawah lah ok. . .(^_^)

Light Colourful
1400 x 900 

Coklat Bunga Palang
1000 x 900

Black Light Pink
900 x 900

3 Sparkle Rainbow
900 x 900

Soft Pink Flower
1200 x 900

Rainbow Cross
1200 x 900

Rectangular Black With Light Sparkle
1200 x 900

3 Spot Like Mickey
1200 x 900

BroGreen Flower
1200 x 900

Bamboo Snake Shadows
1200 x 900

Pada asalnya, aku nak hasilkan image yang berlatar belakangkan warna yang lembut dan juga mengandungi warna-warna kesukaanku. Tapi ada masanya, kemahuan itu terpaksa diketepikan untuk memberi peluang kepada sesuatu yang baru untuk mempamerkan keunikannya. Ada beberapa karya di sini yang menggambarkan rasa perasaanku di waktu-waktu yang tertentu. Pendek kata, karya-karya tersebut mewakili perasaanku dan mengingatkan pada babak-babak kehidupanku.

Nota KaKi: aku mengalu-alukan sebarang tunjuk ajar dan respon yang dapat membantu aku untuk memperbaiki lagi sebarang kekurangan pada hasil-hasilanku ini. . .(^_^)v

My Creation Image with Gimp (1)

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Tak tau nak mula macamana sebab teruja sangat. (^_^). Sebenarnya dah lama aku tertanya-tanya, macamana nak buat wallpaper yang abstract. Seiring dengan tu, minat aku untuk mula belajar bagaimana nak buat wallpaper. So, langkah pertama yang aku buat, cari di youtube. Jumpa klip video yang gunakan Gimp sebagai software untuk buat image tu. Memandangkan aku pernah juga guna Gimp ni dulu, jadi aku putuskan untuk download software Gimp 2. Berdasarkan tutorial di video klip tu, aku pun mula lah beroperasi dan hasilnya seperti di bawah:-

Hasil yang pertama aku buat: Tadaa~

Orange with Pink 
640 x 480 pxl


Cyan and Red Ball
640 x 480 pxl


Orange Sparkle
1440 x 900 pxl


Blue Sparkle
1400 x 900 pxl


Blue Light Sparkle
1400 x 900 pxl


Brown Sparkle
1400 x 900 pxl

Purple Sparkle
1400 x 900 pxl


Green Sparkle
1400 x 900 pxl


Cyan light Sparkle
1440 x 900 pxl

Ini merupakan karya-karya aku yang terhasil daripada cubaan pertama. Hasil tangan orang baru, katakan. Jika dibandingkan dengan karya mereka yang lain mungkin aku ni tak seberapa. Tapi, apa pun keterujaanku untuk melihat hasil ini, sangat-sangat comel. Hehehe. Namun, Alhamdulillah, akhirnya aku dah dapat titik permulaan kepada sesuatu bidang yang aku minat sejak dari aku mula mengenal bidang seperti ini seperti merekabentuk latar belakang, pencahayaan pada latar belakang, abstrak. Sukanya aku.hehehe

Nota KaKi: aku mengalu-alukan sebarang tunjuk ajar dan respon yang dapat membantu aku untuk memperbaiki lagi sebarang kekurangan pada hasil-hasilanku ini, yeah~

Tuesday 5 June 2012

Aktiviti Di Musim Cuti

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. . .

Cuti bermaksud hari kelepasan, libur. Dalam erti kata lain, cuti merupakan masa yang dibenarkan untuk tidak bekerja kerana sebab tertentu seperti hari perayaan, masa untuk berehat, dirawat kerana sakit, dan lain-lain.
Saja ja aku nak sebut cuti sebab tak nak terima hakikat yang aku dah tamat belajar di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) selama 3 tahun. Tak terasa masa berlalu. Terlintas juga nak cari kerja tapi siapa lah yang nak ambik pekerja sementara dalam waktu yang singkat. Nak dijadikan cerita, aku post di FB sekadar untuk mengetahui pendapat rakan FB. Salah satu respon yang aku terima dari shahrill,


Berbekalkan maksud kata-kata tu, aku pun cari info-info mengenai aktiviti yang berfaedah untuk dilakukan semasa cuti mahupun di masa lapang. Memang banyak yang aku jumpa tapi aku berminat sebahagiannya ja.

KERJA SEMENTARA
Seringkali aku dengar niat kawan-kawan sewaktu cuti semester menjelang. Part-time job! Tak kira lah, nak kerja di mana, di restoran, kedai, bengkel2 dan lain-lain. Ada yang nak tolong perniagaan keluarga, maklum lah, bisnes. Tak lain dan tak bukan, niat mereka nak kumpul duit poket. Bajet untuk yuran dan kegunaan harian semester depan.

BELAJAR MEMASAK
Aku memang jarang jumpa ma periuk belanga sebab 5 tahun tinggal di sekolah berasrama penuh pastu sambung belajar selama 3 tahun di politeknik, pun tinggal di kamsis, mana boleh masak. Kalau setakat masak nasi, air, telur, ikan tu, dan apa ja yang perut aku dapat makan, alhamdulillah, aku boleh. Tapi kalau nak masak bagi makan pada orang lain, keyakinan tu aku belum ada lgi. Padahal, kebanyakan kawan aku lelaki yang pandai masak. Fuh, takpa2. Boleh belajar tu perlahan-lahan.

BELAJAR MENJAHIT
Nak kata aku tak tahu menjahit, tu kira menipu pula sebab aku dah tahu cara asas menjahit. Cuma aku tak mahir ja. Dulu ambik kelas menjahit pun tak habis belajar, cukup sampai buat kemeja, seluar, dan baju kurung biasa ja. Sekarang dah lupa cara buat kemeja dan seluar, nasib baik buat baju kurung masih ingat. Kalau tidak, memang sia-sia lah aku habiskan masa belajar tu. Nak mahirkan semula ne. hehe

BELAJAR PELBAGAI KEMAHIRAN
Sekiranya kita dah mahir memasak, menjahit, atau apa sahaja kemahiran. Molek kiranya mempelajari kemahiran dalam bidang lain seperti kemahiran komputer, membaiki kereta, berniaga, dan lain-lain. Siapa tahu kemahiran tersebut boleh dijadikan sumber pendapatan suatu masa nanti.

AMBIL LESEN MEMANDU
Ibu syorkan aku supaya ambil lesen memandu kereta. Fuh, ada juga aku terfikir tu tapi ya lah, mana ada benda percuma sekarang ni. Nak seribu lebih jg kalau nak ambil lesen tu, however it is a great idea untuk mereka yang belum ada lesen memandu. Kalau bukan sekarang, bila lagi nak berlesen kan.

KEMAS DAN MENGEMAS
Ni kira masuk bab 5S. Kemas dan bersihkan almari, bilik, rumah, dan stor. Sekurang-kurangnya kepala tak berserabut bila tengok rumah bersih dan barang-barang tersusun cantik gitu. Tak menjadi masalah, nak deko-deko perabot rumah sekali-sekala kan, kan, kan.

MENIMBA ILMU PENGETAHUAN DAN PEKA TERHADAP ISU SEMASA
Keyword ni memang cukup besar buat aku sebab aku jenis yang tak kesah dengan dunia sekeliling. Benda ni banyak buat aku sentap sekali-sekala bila kawan-kawan aku kata "biar betul, kau tak tahu, semua orang tahu pasal tu". Rasa kejahilan tu, buatkan aku selitkan aktiviti ni untuk pengisian masa cuti, boleh mulakan dengan amalan membaca, Insyallah, ada manfaatnya.

BERAT BADAN?
Lazimnya, bila tengah cuti tu, tanya kabar kawan2. 'Comel dah ko', 'bahagia ke cuti?' pertanyaan seumpama itu, andai tak banyak, sikit pasti ada yang mengusik. Apa kata, kita ubah pula. Bagi yang agak comel2 macam aku ne (Hehe), jom pakat kawal sikit pemakanan tu. Kira diet sikit lah. Ada jua kawan2 aku yang nak menaikan berat badannya, masa cuti ne la, masa yang sesuai untuk kamurang berusaha menaikkan berat badan, dan untuk aku pula, masa untuk menurunkan berat badan. Berat aku tak sesuai dengan ketinggian so kena kurangkan sedikit.Chaiyo2!

KATAKAN 'YA' PADA AKTIVITI SUKAN
Mungkin di waktu perkuliahan mahupun pejabat, kita tak banyak bersenam dan melibatkan diri dalam beriadah. Apa tidaknya, nak beriadah tu teringat pula kerja, tugasan, thesis belum siap. Belum kira kuiz dan ujian yang dibuat secara tiba2 dek pensyarah, kalau tak buat preparation memang sandi nak jawab soalan dalam kelas. So, masa perkuliahan dan pejabat itu ditebus dengan waktu cuti. Hari yang bebas untuk keluar dari kesibukan dan beriadah bersama keluarga serta rakan-rakan.

MELANCONG KE TEMPAT YANG MENARIK
Berehat dengan melancong ke tempat-tempat yang menarik sememangnya satu aktiviti sangat bermanfaat di samping mengenal adat resam, budaya, dan bahasa yang digunakan penduduk setempat. Survey tempat-tempat yang menarik ataupun minta pendapat kawan-kawan/saudara-mara mengenai pengalaman mereka melancong. Kalau aku, Poring Hot Spring di Ranau, Genting Highland Theme Parks di Pahang, memang yang terbaik lah setakat ne. (tak banyak berjalan) hehe

BERBLOGGING
Buat si pembaca yang ada blog mahupun yang baru nak berkecimpung di dunia blog macam aku ne, ini lah masanya untuk mengemaskinikan dan memantapkan lagi pengisian blog mengikut citarasa masing-masing. (^_^)


REUNION (rakan kelas, rakan pejabat, ahli kelab, keluarga) 
Merancang pertemuan kembali bersama rakan kelas yang berpisah bertahun lama di waktu cuti-cuti semester sememangnya menyeronokkan. Tiba masanya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang renggang dan berkongsi cerita perkembangan hidup masing-masing. Aku kira nak buat reunion dengan member kelas 5 Teknik 2008 dalam bulan 6/2012, semoga semuanya dapat bersama-sama dalam reunion ne. InsyAllah.

Setakat ini saja, Semoga bermanfaat InsyAllah, Sekian.