Thursday 27 February 2014

To My Partner (Self Ice Breaking)

To: My partner.(teda fb pula)

Everytime we try to be new or starting a new goal, there something can bring us down, problems! Problem leads to excuses, but challenges, either face it or leave it. So, Problem changes to be a new challenge. Where come from all this? Ah... just read a book of motivation.. hehehe.

So honestly, I dont know anything about you and I was worried about how we are gonna work as a team before but I think, I must take this opportunity together with you as a challenge for myself. Besides, I wonder how long am I gonna leave my comfort zone while doing a group task with my comfortable members. while someday, I know that, there will be a time like this appear soon or later. If this is all about those prizes, I dont have the urge to aim those except only to do and finish this task completely. All the things that I want from you is your commitment, and talking about creative and innovative ideas, I could be placed at the last rank of the world even I'd gone through all those kind of technical subject and practical, sorry for the lacking piece of me. I hope we can face all those obstacle in this task, support each other, and have a great teamwork together. Sa that's all as for my ice breaking.. Thanks.

Tuesday 25 February 2014

Masih Sayang

Entah bila, aku mula memasang angan-angan untuk memiliki smartphone.
Baru-baru ini aku balik ke Sabah.
Wena, adikku yang paling bongsu memiliki handset Samsung.
Reason kenapa dia nak beli handset, sebab nak main game pau jak.
Yakin kan adik aku sorang ni.
Aduhai..
Aku masih lagi dengan handset Nokia 2730 Classic.
Hari tu, ibu pun bercerita pasal handset ni.
Ayat 'Nantilah.' itu buat aku penasaran.
Ibu nak belikan aku handset ke? hehehe

Sekembalinya aku di UniMAP.
Keluar ke pekan Kangar bersama Nisa dan Kak Aisyah.
Nisa kata nak tunjukkan tablet dekat kedai depan Aneka.
Aku ikut saja, niat nak beli itu ada cuma aku tak bawa bersama wang.
Sudahnya, Nisa beli handset jenama Lenovo.

BR1M dah masuk akaun.
Aku telefon ibu, bagitau ibu tentang plan aku nak beli handset baru dengan duit BR1M tu.
Ibu bagi 'green light'.
Alhamdulillah.

Tapi,
Aku,
Bila memikirkan bakal kehadiran handset baru ini,
Hatiku berat nak buat keputusan untuk beli handset baru.
Bila handset baru nanti,
Kena tukar sim dari handset lama pi handset baru.
Banyak kenangan aku dengan handset Nokia 2730 Classic tu.
Itu lah handset berkamera yang pertama aku terima dari ibu.
Masa tu, ibu belikan di Indah Permai (IP),
Tahun 2010,
Aku tengah praktikal di Politeknik Kota Kinabalu,
Sebabnya, aku nak guna kamera untuk tangkap gambar kerja LI.
Ibu belikan saja, masa tu harga RM300 lebih kut.

Selain tu,
Banyak mesej lama-lama yang masih aku simpan,
Kadang-kadang rindu nak baca kan,
Ya la, semua tu tinggal kenangan.

Kini aku sedar,
Serba sedikit karakter aku ni,
Sukar menerima perubahan,
Aku hairan juga,
Sebelum ini,
Aku rasa aku ni jenis orang yang cepat bosan.
Entah bila pula berubahnya.
"People change, Heart change, Forever? there no such things in this world except Allah"
Aku rasa aku cuba terima kenyataan ini.
That's better, right?.

Memandangkan aku masih sayang dengan handset lama aku ni,
Amacam ni mal?
Masalahnya (ke alasan semata-mata),
Tahap komunikasi sekarang semakin canggih,
Dengan segala Whats app bagai,
FB ni dah agak kurang penggunaannya,
Even pensyarah pun, deliver their mesej through whats app.
Ada member kelas yang rajin,
Dapatlah tengok print screen dekat Fb.
So, kesimpulannya?
Hm, biar aku fikir masak-masak dulu.
Kalau takat nak call bagai, takde maknenye lagi sekarang bagi aku...
Zaman remajaku dah berlalu..
Wahahahaha

Sekian, Arigatoo Gozaimasu~

Friday 21 February 2014

Luahan: Malam Sebelum Program Chit Chat.

Hai.
Sekadar untuk meluahkan rasa di jiwa.
Agar kurang sedikit rasa yang bercelaru di dalam hati ini.
Esok merupakan program chit chat bersama senior.
Aku rasa gemuruh.
Kakiku sejuk namun berpeluh.
Mataku seakan-akan tidak mahu lelap.
Sedih berbaur rindu.
Baru saja aku layari laman sesawang.
Melihat keindahan Tasik Melati.
Indah, sungguh indah, Subhanallah.

Di sebalik keindahan itu,
Memandang indah pemandangan itu,
Ku harapkan dia ada di sini,
Tidak lekang jauh dariku,
Sentiasa menemaniku,
Bersama-sama gurau sendanya,
Senyum cerianya,
Sayang,
Hadirnya cuma di kenangan lalu.

Bagaimana hendak aku nikmati pemandangan indah ini,
Bila saja di setiap keindahan itu,
Dibayangi oleh bayangannya,
Senyum tawanya, buat hati ku gembira.

Sayu semakin sayu,
Air mata, ku tahu kau lama ditadah,
Sabarlah buat seketika lagi,
Ini bukan saatnya,
Ini bukan tempatnya,
Ini bukan kerananya,
Ini bukan kerana siapa-siapa,
Itu pilihan aku sendiri untuk mengharungi laluan ini.

Detik-detik yang berlalu,
Hari demi hari,
Minggu berganti minggu,
Tahun silih berganti,
Bayangannya masih segar dalam ingatanku,
Tidak kira betapa lama aku cuba,
Aku masih berharap.
Ya, harapan itu masih ada.

Diary Seorang RPeanz (Bab 2)

Malam cuti hujung minggu, Myrr Maro ajak Song Ha Na berkumpul ramai-ramai dengan rpeanz yang lain di rumah En. Rahul. Song Ha Na segan namun, menghabiskan malam berseorangan di dalam bilik, memang bosan.

Ingin ikut membantu di dapur, ramai dah ada dalam dapur. Song Ha Na tidak tahu nak buat apa, tidak mahu menghalang perjalanan keluar masuk ke dapur, dia ikut duduk di ruang tamu bersama rpeanz yang lain. Rpeanz yang lain sedang rancak bercerita, Song Ha Na, senyum sambil mendengar cerita. Kebanyakan cerita mereka berada di luar pengetahuannya, sukar untuk mencelah dan turut bercerita sama. 

Rancangan Merlin bermula di kaca televisyen, Song Ha Na mengubah posisi duduknya, diam sendiri duduk bersila mengadap televisyen. Akhir-akhir ini, rancangan itu semakin menarik minatnya. Tekun menonton rancangan Merlin, kehadiran Kang Maru di duduk di sebelah kanannya disedari namun tidak diendahkan, anggapnya Kang Maru juga meminati rancangan Merlin itu.

"Ha Na Noona, nak tahu sesuatu? Kalau noona tekan sini nanti bla. bla. bla. bla." kata Kang Maru sambil menunjukkan tapak tangannya. Mustahil. Mana akan jadi macam tu, fikir Song Ha Na. Apa yang nak dibuat budak ni, fikir Song Ha Na. Nak buat lawak ke nak perbodoh-bodohkan aku, getus hatinya. Tengok riak wajah Kang Maru yang bersungguh-sungguh, serba salah pula nak menolak dengan kata-kata. Perlahan Song Ha Na meletakkan telunjuk jarinya di atas telapak tangan Kang Maru.

Lantas kang Maru ketawa. 

"Ha Na noona percaya ke?" katanya, masih lagi ketawa yang bersisa.

Song Ha Na hanya mampu menahan malu. Apa hal dengan budak ni, aku tak kacau dia pun, hatinya berdialog seketika. 

"Ha Na noona, tahu tak. . . ." dengan permulaan ayat itu, Kang Maru meragut perhatian Song Ha Na daripada tertumpu ke kaca televesyen yang menayang rancangan Merlin. Malam itu, Kang Maru bercerita sambil memberi tazkirah. Song Ha Na, tidak menyangka, di sebalik penampilan sederhana itu juga ada personaliti sebegitu. 

Akan bersambung. . .

Diary Seorang RPeanz (Bab 1)

Sibuk.
Kelihatan seorang gadis remaja, memerhati telus ke luar tingkap. Satu persatu urusan mulai beratur di mindanya. Selesai sahaja kelas ini, dia perlu bergegas ke suatu tempat. Sejurus pensyarahnya menamatkan kelas, dia keluar, laju menuruni tangga, berjalan pantas menuju ke arah destinasi. Tidak peduli siapa yang memandang, tampak bersahaja namun huru hara, Song Ha Na.

Tiap baris nama, disusun dan diatur, ada yang berdasarkan jadual mereka dan ada yang berdasarkan permintaan. Gembira, semuanya berjalan dengan lancar. Hari rabu itu, Song Ha Na langsung tak menyangka satu nama yang muncul menjadi satu kisah baru dalam hidupnya.

Kang Maru, memasuki ruang utama, nama itu menjadi sebut-sebutan diiringi dengan kejayaannya baru-baru ini. Song Ha Na, tertanya-tanya siapa gerangan tuan empunya nama. Ada yang mengatakan paras rupanya 'handsome' lah, itu lah, ini lah. Song Ha Na masih tidak dapat mengenali siapa gerangan orangnya, sekadar mengucapkan tahniah di dalam hati.

Hari Rabu tiba lagi, walaupun tempat itu ibarat rumah keduanya dan penghuninya sudah dianggap seperti ahli keluarganya sendiri, namun apabila tiba setiap hari Rabu, tugas yang perlu dilaksanakan membuatkan Song Ha Na ketepikan soal ketenangan dalam rumah keduanya, keramahan berkeluarga. Tugas itu satu amanah, yang akan dipertanggungjawabkan nanti, itu prinsipnya dari dulu.

Lantang suaranya, memaksa ahli lain untuk bertugas. Dibenci kerana melakukan tugas? Song Ha Na, cuba untuk tidak ambil peduli itu semua, yang penting dia menjalankan tugasnya. Bukannya dia tidak peka pada keadaan sekeliling, bahkan ada ahli yang sendiri bersuara melontarkan respon balas pada tindakannya, bagi Song Ha Na, dia bertindak apa yang perlu. Mana-mana respon yang diterima, dipertimbangkan baik buruknya. Song Ha Na sudah sedia maklum risiko menerima tugas ini, oleh kerana tugas ini, sedikit sebanyak dia mengenali siapa yang mampu berada di samping dia di saat susah dan senang. 

Setiap buku-buku yang siap disusun, diteliti nombor susunannya. Adakalanya fikirannya hilang meresap ke celah-celahan buku, memaksa Song Ha Na memulakan kembali pemeriksaannya. Apabila terdapat kedudukan buku yang salah, dia hanya perlu menarik separuh buku tersebut, cukup untuk memastikan rpean itu tahu terdapat kesilapan di situ. Hairan juga, namun setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Atas sebab itu, Song Ha Na mengarahkan agar membuat 3 kali pemeriksaan susunan buku sebelum dia dipanggil untuk membuat pengesahan. 

Ketika waktu junior, Song Ha Na berada di semester lalu pun, dia pernah terkena setelah taraf penyusunan buku-buku di perpustakaan melalui program shelving perdana. Song Ha Na masih ingat lagi, sewaktu dia duduk menunggu untuk menandatangai kehadiran untuk menyusun buku setelah selesai menyusun buku, En. Rahul datang menghampiri dia.
" Song Ha Na, dah siap shelving ke?"
" Dah encik, errr...tapi tak tahu lah ..."
Setiap susunan buku di rak 500-599 itu diteliti, Song Ha Na jadi tak keruan, risau kerana kelekaannya untuk memeriksa kembali setiap susunan buku di rak tersebut dan terus duduk bersenang lenang menunggu kertas kehadiran. Satu buku, kerana kesilapan kecil itu, buat Song Ha Na cuba untuk lebih teliti memeriksa susunan buku di setiap rak. Berpinar-pinar matanya melihat semua nombor, bukan masalah baru. Memang begitu lah kejadian.

Dari kejauhan, kelibat seseorang menunggu gilirannya untuk Song Ha Na memeriksa rak bukunya. Dia, Kang Maru, duduk di meja berhadapan dengan rak buku yang sedang diperiksa oleh Song Ha Na. Sesekali dia datang mendekati dan menegur, supaya Song Ha Na tidak lupa giliran rak bukunya pula selepas itu. Entah sebab apa, Song Ha Na minta dia dan seorang lagi rpean untuk menolongnya memeriksa bersama-sama setiap susunan buku di rak 600 itu, dek kerana terlalu banyak dan padat barangkali.

Tiba di giliran Kang Maru. Dengan wajah yang ceria dan petah berbicara, mulanya Song Ha Na berasa hairan tapi selepas itu dia berpendapat bahawa mungkin memang kerana personalitinya begitu. Pada petang itu, buat kali pertamanya Song Ha Na memeriksa rak buku dengan senang hati kerana terhibur dengan gelagat Kang Maru yang ala-ala juru jual yang mempromosikan buku.

Akan bersambung. . .

Thursday 20 February 2014

Festkon Vs Chit Chat

21 Februari 2014, Jumaat.

Alhamdulillah, kadang terlupa untuk bersyukur atas nikmat yang diberik7an tatkala menjalani kehidupan seharian. Tadi, aku baru jak melalui keadaan yang buat aku serba salah untuk membuat pilihan sama ada berdasarkan kemahuanku atau pun keperluanku. "Wants or Needs?" As my mother said before.


Festival Convocation Festkon 9
Permohonan yang aku hantar masa semester 1 sesi 2013/2014 terjawab pada beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah, aku diterima sebagai dekart untuk program ini. Sejujurnya, aku tak tahu apa-apa pun berkenaan dengan program Festkon ini, tapi disebabkan aku sendiri dah berazam nak mula aktif dalam beberapa program nanti masa semester 2, aku cabar diri untuk ikut program ini. Memandangkan aku menghabiskan semester 1 sebagai pelajar yang tidak aktif mengikuti mana-mana program. Adakalanya, perasaan bosan menyelubungi diri dan buat aku banyak terkenang masa lalu serta masa yang lapang tu aku buang begitu sahaja dengan pengisian agenda tidur, duduk terperap di dalam rumah. Sekurang-kurangnya, bila dah ikut program ini, aku lebih peka sedikit.

Selain itu, aku berharap dengan mengikuti program ini, aku didedahkan pada teknik-teknik pengurusan program, tempat-tempat yang menarik dan apa-apa saja yang berbentuk ilmu pengetahuan dan pengalaman, memandangkan aku ada satu rancangan yang aku sendiri tak pasti boleh dilaksanakan atau pun tidak, bergantung kepada kebolehan, keberanian, dan kesanggupan aku untuk menempuhi segala rintangan demi menjayakan rancangan aku.


Chit Chat
Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Keterujaan aku tidak bertapak lama. Program chit chat anjuran PPK Pembuatan yang diwajibkan untuk pelajar tahun 1 buat aku serba salah. RM20 untuk sehelai baju program itu, tak menjadi masalah bagi aku sebab aku masih mampu untuk bayar. Tapi program Chit Chat ini dibuat pada 22 Feb manakala Kursus Team Building Festkon pula dibuat pada 21 Feb - 23 Feb. Ada beberapa perkara kecil juga yang menjadi unsur negatif yang buat aku tak berapa nak ikut program Chit Chat ini. Almaklum sekarang ini cuaca di negeri Perlis Indera Kayangan, panas. Pokok-pokok yang dahulunya segar kehijau-hijauan sekarang tampak layu kekuning-kuningan. Aku nak jalan menuruni bukit dari tempat perhentian bas menuju ke bangunan PPK Pembuatan pun rasa nak sakit kepala, mata pun silau sikit, kira panas lah. Dah lah, stamina aku ni pun paras 20 - 30 ja. hoohoh

Walaupun ada sekelumit perasaan tak senang dengan perkara kecil macam tu, aku akui, jarang sangat dapat jumpa senior di PPK Pembuatan ini. Jadi, oleh kerana kesan positifnya, agak kukuh untuk dipertimbangkan, itu yang buat aku 50-50 nak pilih antara dua ni.

When Time Be The Answer
Aku bangun tepat jam 10 pagi memandangkan aku masih dalam 'cuti'. Bas yang bawah peserta Festkon akan bergerak pada jam 10.30 am. Bingkas bangun nak mandi, rupanya ada housemate tengah guna. Siap mandi dah jam 10.42 am dah. Hm, aku hanya mampu melihat jam. Duduk berteleku di kerusi, memandang kosong, perasaan seakan-akan samar-samar ku rasa. Dengan berat hati, aku hantar pesanan ringkas kepada nombor yang hantar khabar berita tu, yang mengatakan aku tak dapat nak ikut program disebabkan ada program Chit Chat untuk tahun 1. Lama tiada sebarang tindak balas. Aku pasrah.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi di corong pembesar suara, ternyata ianya 'panggilan terakhir' untuk peserta program Festkon. Aku kembali sedar, bersiap dengan baju biru UniMAP. 

Sampai sahaja aku di pondok perhentian bas, ternyata hanya ada sebuah bas sahaja yang dihidupkan namun tidak berpenghuni.

"Pak Cik, bas ke Pahlawan, Jitra dah jalan ke?"
"Dah, ni tertinggal ke?"
"Hm, tak. Nak jumpa kawan tadi."

Niatku, kalau sempat jumpa dengan mana-mana ajknya, aku nak tanya kalau aku boleh minta perlepasan untuk hari Sabtu tu, tapi dah begini kejadiannya, aku tak mampu nak kata apalah. 

Tiada hala tuju lain, aku kembali ke gerai Shafaz untuk makan tengahari. Nasi + Daging masak kicap, RM2.50. Kembali, ke rumah, cuba menenangkan perasaan sendiri. Aku pasrah buat kali kedua.

Sekian.

Monday 17 February 2014

Hari Pertamaku Menjejakkan Kaki di Perlis, Semester 2

16 Febuari 2014
Tok. Tok. Tok.
Terkejut aku dari lena, serentak bangun. Ternyata Eiyra juga terbangun di sebelahku. Bingkas bangun menuju ke arah pintu, selak dibuka, Ana dah sampai dari Kelantan bersama kawannya Aya. Kembali ke tilam yang bersusun di ruang tamu rumah, sambung tidur.

Tok. Tok. Tok.
Aku sekali lagi bangun, tertanya-tanya siapa gerangan yang berada di sebalik pintu. Ekin, kawan Nana datang nak pinjam pemutar skru. Malangnya, aku pun tiada pemutar skru.

Bangun, cuba mengatur agenda untuk seharian ini. 'List To Buy', siap. Jam menunjukkan 11 pagi. Angkat tilam masuk ke bilik, letih pula. Mengampai lagi di tilam, lena.

Buka mata, jam 12 tghri. Mandi, siap berpakaian, Eiyra bagitau bas untuk tengahari berkemungkinan tiada, dan akan ada pada jam 2.45 ptg. Waktu yang terluang, ku buka laptop, fail Korea, 49 Days, episod 1 hingga ke episode 2. Farah dah pulang ke rumah.

Jam 2.10 ptg, sinaran matahari yang terik seakan-akan menyengat rongga-rongga di pipiku, rasa macam nak batalkan jak rancangan ke The Store untuk beli barang, tapi aku cuba bersabar. Terserempak dengan Acap dan Cheh di perhentian bas, aku sekadar menyapa dengan tangan cuma, tidak membuka bicara sebab aku pun tak ada topik yang nak dibualkan.

"Amal, jom pi bowling."

Bowling, good one. Lama dah tak main bowling. Sudahnya, aku, nurul, acap dan cheh, men bowling, 2 round. Lenguh juga jari-jemari aku dibuatnya. Point range 97, second 74 gitu lah kot. Aih, teringat pula aku masa main bowling dekat 1B dengan RPeanz.

Selesai main, aku sambung agenda shopping di The Store, dorang pula pi Guardian. So, dua hala tuju yang berbeza, kembali ke misi utama aku untuk hari ini. Kategori buku dan alat tulis, siap tambah beli payung lagi. Payung warna coklat saiz besar punya sebab payung lama aku tu kecil sikit, kalau hujan, beg belakang confirm basah, kalau panas pula, bahangnya seakan-akan tembus sebab warnanya yang cerah kot. Kategori peralatan mandi + minuman, Alhamdulillah semua siap dibeli. Duit jangan ditanya, lebih RM100 juga lah.

Laju kakiku melangkah menuju ke tangga bangunan KWSP merangkap sebahagian bangunan UniMAP dan tempat perhentian bas UniMAP, aku cuba mencari tempat yang lapang untuk duduk berehat sambil menunggu bas. Dalam kabut aku meneroka tempat duduk di tangga tu, pandangan ku bertentangan seketika dengan sorang budak yang duduk berhampiran di situ. Seingatku, aku pernah jumpa jua budak ni. Pertama kali tu, masa aku duduk makan dengan kawan-kawan masa buat persembahan MSK. Kawan aku ajaklah dia dan dua orang rakannya duduk semeja di gerai tu, Kebetulan pula salah seorang rakannya tu, aku kenal dalam bas dan juga merupakan ahli persembahan masa MSK dulu. Dia duduk berhadapan aku. Aku selamba jak makan sebab aku tak kenal pon dia siapa, jadi aku tak rasa segan sangat lah. Tak sangka lah pula, dia perasan aku pernah buat persembahan masa MSK. Alamak toiii... Dah lah aku rasa awkward dengan persembahan aku tuh. Aku tak tau nak kata apa, sekadar menyapa dia dengan senyuman dan anggukkan kepala. hm, awkward~ huhu

Then, hari tu, dia duduk sebelah aku dalam bas. kali kedua pula, aku yang pi duduk sebelah dia, hm memang keadaan masa tu, kerusi kosong sebelah dia. Hm, kira 0-0 lah kot macam tu.. haha.. kali ini pula, aku duduk bahagian tangga atas, hujung dekat dinding bangunan, dia and the geng duduk di bahagian tengah. Ada sekali dua tu aku rasa dia berpaling mendongak ke atas, aku tak berani pandang arah dorang tu, nanti tak pasal-pasal bertentangan mata lagi, pastu timbul segala rasa perasaan, jiwa kacau kang awal-awal semester ni. aduyaii... Aku terserempak dengan Emon~ Happy toii jumpa geng lama... Kalau aku tak ingat dunia, memang aku dah sound ' Emon~ Emon~' macam selalu tu, tapi memandangkan tempat tu agak crowded dengan people , so aku just be simple and straightforward, 'Emon!', so, takda lah mo bilang aku sumbung kan...Berrghh tu ja ba pointnya.. haha

Balik ke wang ulu, Nana dah balik.. Baru rasa meriah kembali rumah ni, dengan farahnya, Eiyranya, Ananya, Syerahnya, cuma Aisyah lg yang belum balik. Mandi pastu keluar makan dengan Syerah selepas Isya'. Pak Cik dekat Shafaz tu mesra pelanggan sungguh. Tanya cukup cuti ke tidak, pastu sempat bergurau lagi. tapi bab bergurau tu aku tak catch up sangat sebab dia guna dialek skit, so aku tak berapa nak faham. hohoho.. Jumpa Hafiq menunggu makanan dia sorang-sorang, sapa dengan senyuman saja. Aku kalau jumpa orang yang rapat baru ringan sikit nak berbicara, kalau yang kenal tak rapat tu, ku sapa dengan senyuman saja lah. Kalau berbicara nanti, ku takut aku banyak mengangguk saja, sebab teda idea mo bercerita.

Habis makan lewat jam 11 pm lebih gitu. Aku online, facebook, sambil tgk Running Man episode 37. Nana nak iron baju, so aku bawa laptop masuk bilik, sambung tengok Running Man jak lah, sebab wayar untuk sambung Internet tu pendek ja. Dengar ada orang ketuk pintu rumah, aku pelik, sebab rasanya semua orang dah ada dalam rumah. Aku buka lah pintu memandangkan orang kat gelanggang pun belum surut lagi. Rupanya kawan Ana, depan rumah, datang cari Ana. Kata Ana dah tidur, dia nak tanya macamana penggunaan Dryer tu, oho, dari apa yang aku tau, aku terangkanlah sikit sambil refer manual penggunaan yang tertera atas Dryer tu.

Sedetik lebih aku tutup pintu, Syerah keluar dari bilik. muntah-muntah. Mula tu aku tak rasa pelik sebab Syerah ada kata dia pening-pening sebab jalan dari Kelantan ke Perlis tu berliku-liku. So, aku faham juga la, sebab kalau aku pun, memang tak akan bertahan naik kereta ruang tertutup + jalan berliku-liku = Muntah juga. Tapi bila dah berlarutan ke jam 1 pagi. Aku tak tau nak buat apa. Sebab aku tak tahu nak handle orang kurang sihat. Sudahnya, kami telefon pengetua kolej kediaman, minta hantarkan pi Hospital Tunku Fauziah. Alhamdulillah, puan pun baik dan ramah. Walaupun tengah pagi-pagi buta ni pun sanggup datang hantar kami pi Hospital.

Nombor 3015, nombor semasa pada masa tu 3012, rasa macam sikit ja kan. Tapi punyalah lama menunggu, satu nombor nak bertukar tu hampir makan masa sejam setengah. Duduk dekat dengan air conditioner yang kuat lagi. Sejuk jangan bilang, hohoho. Sambil menunggu tu, ada rancangan di saluran MedikTV, aku rasa rancangan ini sangat menarik kerana ianya padat dengan informasi pasal kesihatan, senaman yang berkualiti, cara memasak makanan sihat, penerangan berkenaan penyakit jantung, parkinson, gastrik, dan lain-lain. Dari situ, aku sedar bahawa penting untuk mengetahui fakta-fakta berkenaan dengan kesihatan diri kita. Ayat macam skema jak kan, tapi betul. Yang Penting ok.

 Jam 4 pagi baru sampai giliran kami. Aku ikut masuk dalam bilik 3, temankan syerah. Tertidur juga aku di katil pesakit dalam tu. Sesekali terlintas di benak fikiranku, kalau aku sakit nanti, sapa lah yang akan tolong jagakan aku. Layan sayu ja. Aku memang tak banyak cakap sepanjang masa tu, sebab aku pun tak tau nak cakap apa, dan aku sendiri blur. Aku ngeri tengok cara doktor tu masukkan ubat pada tangan syerah, aku tak takut sangat dengan jarun ni tapi ntahlah, aku rasa ngeri pula tetiba..

Jam hampir menunjukkan jam 7, kami dah boleh pulang, aku dan syerah balik, sampai rumah, aku terus masuk bilik, letih dan mengantuk. Sempat berberita dengan Nana juga, pasal pi Hospital pastu aku dah tak ingat macamana aku terlelap. hohoho.. Memory lose.. hahaha.. Nasib baik hari ini aku takda kelas.. huhuhu

Sekian...