Monday 17 February 2014

Hari Pertamaku Menjejakkan Kaki di Perlis, Semester 2

16 Febuari 2014
Tok. Tok. Tok.
Terkejut aku dari lena, serentak bangun. Ternyata Eiyra juga terbangun di sebelahku. Bingkas bangun menuju ke arah pintu, selak dibuka, Ana dah sampai dari Kelantan bersama kawannya Aya. Kembali ke tilam yang bersusun di ruang tamu rumah, sambung tidur.

Tok. Tok. Tok.
Aku sekali lagi bangun, tertanya-tanya siapa gerangan yang berada di sebalik pintu. Ekin, kawan Nana datang nak pinjam pemutar skru. Malangnya, aku pun tiada pemutar skru.

Bangun, cuba mengatur agenda untuk seharian ini. 'List To Buy', siap. Jam menunjukkan 11 pagi. Angkat tilam masuk ke bilik, letih pula. Mengampai lagi di tilam, lena.

Buka mata, jam 12 tghri. Mandi, siap berpakaian, Eiyra bagitau bas untuk tengahari berkemungkinan tiada, dan akan ada pada jam 2.45 ptg. Waktu yang terluang, ku buka laptop, fail Korea, 49 Days, episod 1 hingga ke episode 2. Farah dah pulang ke rumah.

Jam 2.10 ptg, sinaran matahari yang terik seakan-akan menyengat rongga-rongga di pipiku, rasa macam nak batalkan jak rancangan ke The Store untuk beli barang, tapi aku cuba bersabar. Terserempak dengan Acap dan Cheh di perhentian bas, aku sekadar menyapa dengan tangan cuma, tidak membuka bicara sebab aku pun tak ada topik yang nak dibualkan.

"Amal, jom pi bowling."

Bowling, good one. Lama dah tak main bowling. Sudahnya, aku, nurul, acap dan cheh, men bowling, 2 round. Lenguh juga jari-jemari aku dibuatnya. Point range 97, second 74 gitu lah kot. Aih, teringat pula aku masa main bowling dekat 1B dengan RPeanz.

Selesai main, aku sambung agenda shopping di The Store, dorang pula pi Guardian. So, dua hala tuju yang berbeza, kembali ke misi utama aku untuk hari ini. Kategori buku dan alat tulis, siap tambah beli payung lagi. Payung warna coklat saiz besar punya sebab payung lama aku tu kecil sikit, kalau hujan, beg belakang confirm basah, kalau panas pula, bahangnya seakan-akan tembus sebab warnanya yang cerah kot. Kategori peralatan mandi + minuman, Alhamdulillah semua siap dibeli. Duit jangan ditanya, lebih RM100 juga lah.

Laju kakiku melangkah menuju ke tangga bangunan KWSP merangkap sebahagian bangunan UniMAP dan tempat perhentian bas UniMAP, aku cuba mencari tempat yang lapang untuk duduk berehat sambil menunggu bas. Dalam kabut aku meneroka tempat duduk di tangga tu, pandangan ku bertentangan seketika dengan sorang budak yang duduk berhampiran di situ. Seingatku, aku pernah jumpa jua budak ni. Pertama kali tu, masa aku duduk makan dengan kawan-kawan masa buat persembahan MSK. Kawan aku ajaklah dia dan dua orang rakannya duduk semeja di gerai tu, Kebetulan pula salah seorang rakannya tu, aku kenal dalam bas dan juga merupakan ahli persembahan masa MSK dulu. Dia duduk berhadapan aku. Aku selamba jak makan sebab aku tak kenal pon dia siapa, jadi aku tak rasa segan sangat lah. Tak sangka lah pula, dia perasan aku pernah buat persembahan masa MSK. Alamak toiii... Dah lah aku rasa awkward dengan persembahan aku tuh. Aku tak tau nak kata apa, sekadar menyapa dia dengan senyuman dan anggukkan kepala. hm, awkward~ huhu

Then, hari tu, dia duduk sebelah aku dalam bas. kali kedua pula, aku yang pi duduk sebelah dia, hm memang keadaan masa tu, kerusi kosong sebelah dia. Hm, kira 0-0 lah kot macam tu.. haha.. kali ini pula, aku duduk bahagian tangga atas, hujung dekat dinding bangunan, dia and the geng duduk di bahagian tengah. Ada sekali dua tu aku rasa dia berpaling mendongak ke atas, aku tak berani pandang arah dorang tu, nanti tak pasal-pasal bertentangan mata lagi, pastu timbul segala rasa perasaan, jiwa kacau kang awal-awal semester ni. aduyaii... Aku terserempak dengan Emon~ Happy toii jumpa geng lama... Kalau aku tak ingat dunia, memang aku dah sound ' Emon~ Emon~' macam selalu tu, tapi memandangkan tempat tu agak crowded dengan people , so aku just be simple and straightforward, 'Emon!', so, takda lah mo bilang aku sumbung kan...Berrghh tu ja ba pointnya.. haha

Balik ke wang ulu, Nana dah balik.. Baru rasa meriah kembali rumah ni, dengan farahnya, Eiyranya, Ananya, Syerahnya, cuma Aisyah lg yang belum balik. Mandi pastu keluar makan dengan Syerah selepas Isya'. Pak Cik dekat Shafaz tu mesra pelanggan sungguh. Tanya cukup cuti ke tidak, pastu sempat bergurau lagi. tapi bab bergurau tu aku tak catch up sangat sebab dia guna dialek skit, so aku tak berapa nak faham. hohoho.. Jumpa Hafiq menunggu makanan dia sorang-sorang, sapa dengan senyuman saja. Aku kalau jumpa orang yang rapat baru ringan sikit nak berbicara, kalau yang kenal tak rapat tu, ku sapa dengan senyuman saja lah. Kalau berbicara nanti, ku takut aku banyak mengangguk saja, sebab teda idea mo bercerita.

Habis makan lewat jam 11 pm lebih gitu. Aku online, facebook, sambil tgk Running Man episode 37. Nana nak iron baju, so aku bawa laptop masuk bilik, sambung tengok Running Man jak lah, sebab wayar untuk sambung Internet tu pendek ja. Dengar ada orang ketuk pintu rumah, aku pelik, sebab rasanya semua orang dah ada dalam rumah. Aku buka lah pintu memandangkan orang kat gelanggang pun belum surut lagi. Rupanya kawan Ana, depan rumah, datang cari Ana. Kata Ana dah tidur, dia nak tanya macamana penggunaan Dryer tu, oho, dari apa yang aku tau, aku terangkanlah sikit sambil refer manual penggunaan yang tertera atas Dryer tu.

Sedetik lebih aku tutup pintu, Syerah keluar dari bilik. muntah-muntah. Mula tu aku tak rasa pelik sebab Syerah ada kata dia pening-pening sebab jalan dari Kelantan ke Perlis tu berliku-liku. So, aku faham juga la, sebab kalau aku pun, memang tak akan bertahan naik kereta ruang tertutup + jalan berliku-liku = Muntah juga. Tapi bila dah berlarutan ke jam 1 pagi. Aku tak tau nak buat apa. Sebab aku tak tahu nak handle orang kurang sihat. Sudahnya, kami telefon pengetua kolej kediaman, minta hantarkan pi Hospital Tunku Fauziah. Alhamdulillah, puan pun baik dan ramah. Walaupun tengah pagi-pagi buta ni pun sanggup datang hantar kami pi Hospital.

Nombor 3015, nombor semasa pada masa tu 3012, rasa macam sikit ja kan. Tapi punyalah lama menunggu, satu nombor nak bertukar tu hampir makan masa sejam setengah. Duduk dekat dengan air conditioner yang kuat lagi. Sejuk jangan bilang, hohoho. Sambil menunggu tu, ada rancangan di saluran MedikTV, aku rasa rancangan ini sangat menarik kerana ianya padat dengan informasi pasal kesihatan, senaman yang berkualiti, cara memasak makanan sihat, penerangan berkenaan penyakit jantung, parkinson, gastrik, dan lain-lain. Dari situ, aku sedar bahawa penting untuk mengetahui fakta-fakta berkenaan dengan kesihatan diri kita. Ayat macam skema jak kan, tapi betul. Yang Penting ok.

 Jam 4 pagi baru sampai giliran kami. Aku ikut masuk dalam bilik 3, temankan syerah. Tertidur juga aku di katil pesakit dalam tu. Sesekali terlintas di benak fikiranku, kalau aku sakit nanti, sapa lah yang akan tolong jagakan aku. Layan sayu ja. Aku memang tak banyak cakap sepanjang masa tu, sebab aku pun tak tau nak cakap apa, dan aku sendiri blur. Aku ngeri tengok cara doktor tu masukkan ubat pada tangan syerah, aku tak takut sangat dengan jarun ni tapi ntahlah, aku rasa ngeri pula tetiba..

Jam hampir menunjukkan jam 7, kami dah boleh pulang, aku dan syerah balik, sampai rumah, aku terus masuk bilik, letih dan mengantuk. Sempat berberita dengan Nana juga, pasal pi Hospital pastu aku dah tak ingat macamana aku terlelap. hohoho.. Memory lose.. hahaha.. Nasib baik hari ini aku takda kelas.. huhuhu

Sekian...







No comments:

Post a Comment