Tuesday 31 July 2012

Gaji Pertamaku Sebagai Juruwang!

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, Gaji pertama aku bekerja sebagai juruwang di G*mart. Setelah dapat tahu staf bahagian jabatan lain dah dapat gaji kelmarin, hari ini baru dapat gaji sekaligus bayar baki jumlah duit yang aku 'short' iaitu RM5.10.

Memandangkan aku dah buat pinjaman RM 200 masa 20/07/2012 tu, secara automatik kena tolak dari gaji. Basic gaji RM 450, so sepatutnya tinggal RM 250 lg. Tarikh aku masuk kerja 22/06/2012, secara totalnya, gaji aku kalau aku tak ambik pinjaman hari tu dan jumlah hari aku kerja 'full time' ialah sebanyak RM692.95, tapi kena bayar EPF'YER dan SOCSO'YER, tinggal RM 420.70. 

Memang agak pelik dan janggal bagi aku dengan perkataan EPF'YER dan SOCSO'YER, dan banyak lagi yang tertera dalam slip gaji tu, tanya ibu dan bapa, baru faham-faham lah jua sikit-sikit. hehehe

Angpau Gajiku
Dapat gaji dari office, punch card dan thumbprint, direct terus shopping. Yeah, akhirnya aku join kelab Kerja OMG..."Orang Makan Gaji"...Semoga sumber pendapatanku ini, halal dan diredhaiNya, aamiin.

Sekian, Terima Kasih.

Wednesday 18 July 2012

Bila aku belajar Naik Motorsikal?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Orang kata, kalau nak belajar tunggang motorsikal, kena pandai kayuh basikal. Kena belajar imbangan tu. Hm, macam tu pula. Okay.

Bermulanya kisah aku belajar tunggang motorsikal ni semasa aku menjalani latihan industri di Unit Pembangunan Dan Penyelanggaraan. Pelajar yang praktikal di UPP untuk semester tu, ada lima orang semuanya:

Sharul Effendi (Sarul) - SKA
Mohammad Jazil (Jazil) - SKA
Nurul Saqdah (SaQQ) - DTP
Amal (aku lah tu) - DTP

Memandangkan kerja praktikal kami ni, banyak memerlukan pemantauan. pihak UPP pun menyediakan motorsikal untuk kegunaan pemantauan. Aku memang mahu belajar menunggang motorsikal ni. So, aku mohon tunjuk ajar ma kawan praktikal ni sebab dia guna motor dia pi kerja, sarul nama dia atau lebih dikenali sebagai 'boy', Dua lebih tua daripada aku.

Sarul
Bila aku kata minta ajar tu, jan dok pikir len noh. Aku sorang ja tunggang motorsikal tu. Dia, jazil, tambey, dan saqq tengok aku dari garaj. Dia cuma bagi arahan ma aku pas tunjuk mana tempat tukar gear, break, dan macamna nak bagi jalan motor tu. Dan mula lah aku belajar perlahan-lahan naik motor tu... Sekarang, aku boleh tunggang motorsikal tapi belum ada lesen la...apa pun thanks sarul. Senang hati aku jenjalan dengan motor tu masa aku praktikal. Jalan pusing-pusing poli ja keja aku. haha




nota kaki: Tak berkesempatan nak ucap terima kasih kepada Sarul sebab dah ajar aku tunggang motorsikal. (^_^)V

Saturday 14 July 2012

Hari Ke-23 Sebagai Cashier

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Hari ini merupakan hari yang ke-23 aku bekerja sebagai cashier di G*mart. Nyaris-nyaris terlewat pergi kerja untuk shift Afternoon (masuk kerja jam12.30) sebab tabiat aku yang suka bertangguh-tangguh. 

Target aku pada hari ini adalah memastikan kuantiti duit berada dalam keadaan "BALANCE" dalam erti kata lain, ngam-ngam gitu. Tak terlebih dan tak terkurang. Sebab kalau lebih (OVER), tak baik untuk kepercayaan pelanggan terhadap cashier, kalau kurang (SHORT) pula, kena potong dari gaji. So, Aku berusaha untuk berhati-hati ketika mengira jumlah duit masuk, baki duit pelanggan, dan jumlah duit keluar. Selebihnya, aku berserah kepada Allah. Aku hanya mampu merancang

Bagi shift after, kena jaga kaunter dulu sementara cashier yang sebelum tu, pergi rehat untuk satu jam. Habis tu, baru buat kerja-kerja buang sampah, cuci kain lap. Selesai buat kerja pembersihan, kena masuk pi bahagian sayur. Tolong kakak-kakak staf yang lain packing dan label harga pada sayur. baru hari ini, aku belajar nak buat label harga untuk sayur di samping aku cuba mengenali jenis-jenis sayur (aku tak kenal sangat jenis-jenis sayur sebelum ni). satu pengalaman dan pengetahuan baru untuk aku pada hari ini.

Kaunter Tiga. masa ramai pelanggan, kak Mar datang tolong aku packing barang dan kadang-kadang tu switch aku pula yang packing bila barisan mulai memanjang. Jam3.30 pm masa rehat, aku pi main mesin yang bentuk bola-bola tu. Nak sangat pakai rantai murah tu. Dapat juga la. hehe. pastu pi makan sorang ja, masa nak habis makan baru kawan yang lain sampai dari beli lauk. Perut lapar punya pasal, tak sempat tunggu kawan. haha

Masa kerja tu, jumpa Adik angkat aku sewaktu program OPKIM di Kg. Benoni, pak cik saudara aku, dan Aziela kawan di sekolah dulu.

Habis kerja, kawan-kawan cashier buat pembersihan sementara yang cash out duit. Masuk pejabat dan tengok report, Alhamdulillah, target aku hari ini untuk Balance tercapai. Sebaik ja aku nampak warna putih tu (balance ar tu). Tetiba aku ucap Alhamdulillah dengan suara yang kuat. Entah, aku rasa macam over-acting pula aku masa tu. Tak fikirkan perasaan kawan-kawan lain yang short duit tu... Sorry ya kawan. huhu


Wednesday 4 July 2012

Pengalaman Bekerja Sebagai Cashier G*mart KB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Untuk makluman, ini kali pertama aku kerja dapat gaji.Kerja sebagai Cashier di sebuah kedai yang agak sibuk jua la. Nama tempat aku kerja tu G*mart asalnya merupakan kedai Superstore.

21/06/2012 - kena panggil untuk temuduga lisan dan mengira, bagi dua keping gambar passport.
22/06/2012 – Hari Jumaat. masuk kerja sebelum jam 8.30 am (Shift Morning).
 Ada 3 shift, iaitu :-
Shift Morning                    - Jam 8.30 am hingga jam 5.30 pm
Shift Afternoon                                - Jam 12.30 pm hingga jam 9.30 pm
Shift Full                               - Jam 8.30 am hingga jam 9.30 pm

Dah 12 hari aku kerja berturut-turut dan akhirnya pada hari yang ketiga belas iaitu pada hari Rabu bersamaan dengan hari ini, aku dapat cuti sehari. Ertinya aku kerja 6 hari seminggu dan cuti setiap hari Rabu.

Hari Pertamaku 22/06/2012, Hari Jumaat.

Sementara menunggu masuk kerja, aku berkenalan dengan dorang Fidah dan yang lain. Aku kena tegur pasal pakaian, rupanya tak boleh pakai baju kemeja putih lengan panjang. Mesti lengan pendek. Adui, hari pertama lagi aku dah buat hal. Sudah la, ku kena take in baju tu. Sabo ja la.

Kena ajar macamana nak guna punch card. Sebelum masuk kerja jadi cashier kena tolong bahagian pembungkusan sayur dulu. Banyak soalan demi soalan diajukan untuk mengenali aku. Soalan yang buat aku terkejut ialah “ Sudah kahwin?” Kahwin? Di usia 20 thn ni, itu pn belum genap 20 thn lgi. Rupanya di antara cashier tu, Cuma aku ja yang masih bujang la kiranya. Kalau yang belum kahwin pun, memang dah ada teman lelaki sudah. Kebanyakan staff sudah berkahwin. Jadi kena hati2 jua lah. Hehe. Ok2.

Tepat jam 9.00 am baru masuk pejabat untuk urusan cashiering. Sebenarnya ak dapat masuk bahagian cashier ni pn sebab ada sorang cashier tu nak berhenti kerana dapat tawaran untuk sambung belajar dalam bidang undang-undang syariah. Kira ak ni pengganti dia, o ya, nama dia Farah. So, ak berada dalam pengawasan dan belajar dgn dia la untuk hari tu sebab ak kerja guna ID dia. Aku masih ingat, kaunter pertama aku ialah kaunter 3 dan pelanggan pertamaku ialah seorang perempuan yang agak berumur. Banyak yang ak perlu belajar masa tu:-
·         kena belajar macamna nak kira duit syilling dgn cara yang simple dan cepat.
·         Cara nak cash in dan cash out.
·         Cara packing barang mengikut saiz plastik.
·         Asingkan bahan kering dan basah, sabun, makanan.
·         Macamna nak guna fungsi voucher dan coupon.
Farah pesan sebelum bagi baki duit pada pelanggan, kena kira dua kali supaya tidak salah kira. Sebab kerja sebagai Cashier ni banyak risikonya, silap2 boleh kena potong gaji. Fuh~ Ralatnya:-
·         Short – Bagi pelanggan baki duit lebih dari yang sepatutnya.
·         Over – Kuantiti duit di kaunter berlebihan dari yang sepatutnya.
·         Balance – ngam-ngam, tepat.
So petang tu, sampai ja aku di rumah, terus mengampai di tilam. Penat Sungguh! Tapak kaki aku terasa sungguh perit untuk berdiri. Apa tidaknya, berjam-jam aku berdiri. Duduk paling lama pun aku rasa tak sampai 5 minit. Esoknya aku dijadualkan shift morning jua.

Hari Kedua

Kedengaran sayup-sayup suara ibuku membangunkan aku. Sekali aku buka mata, tangan terus capai nokia aku. Jam dah 8.10 am. Nampaknya aku dah lambat untuk shift morning. Rasa mau menangis pun ada masa tu. Tak sedar langsung. Maklumlah terbiasa bangun tengahari kan cuti. Hehe. Ibu siap offer mau hantar, ak paham maksudnya tu kalau drive tu memang ala-ala racing fast furious  ar. Mandai ja ak ni. Haha. Aku hantar mesej minta tukar pi shift Afternoon. Ni baru la, hari kedua dah pandai2 minta tukar shift secara last minute lagi tu. Ertinya, hari kedua , aku dah mula kerja shift after iaitu dari petang sampai malam.

Dalam fahaman ak, boleh pakai seluar jeans warna biru, so aku pun bersiap-siap la dengan jeans biru aku tu. Jam 12.20 pm, ak dah sampai ke tempat kerja. Kena sound lagi, rupanya cashier mesti guna seluar slack atau jeans yang berwarna hitam sahaja. Ayat paling aku sentap “Pecah rekod ko ni taw, teda org pernah buat mcm ko lagi di sini). Nah, lagi la aku rasa sandi betul. Kalu pecah rekod sebab kerja bagus, tak apala, ni tak, langgar peraturan berpakaian.huhu. Terus ni telefon ibu minta hantar seluar warna hitam tapi dah tak sempat. Namun ibu tetap datang jua, bagi aku seluar hitam kat counter 2. Aduh ibu, thanks a lot, tapi ak tak pakai jua seluar tu. Hmn..

Masa aku di counter 2 tu, aku berada dalam pengawasan kak bibi. Ada seketika tu, kak Mas pn ada situ. Aku nervous sungguh, terasa setiap gerak geriku diperhatikan. Apa pun aku cuba buat macam biasa ja. Aku Cuma tengok barang-barang, duit, monitor , dan plastic. Khusyuk betul ni. Sampai muka pelanggan pun aku tak tengok langsung. Sebab aku takut short duit. Alahai…

Dan begitu lah hari aku seterusnya. Banyak masalah jua yang ak jumpa. Pelbagai ragam, emosi, kehendak, situasi, dan nasihat yang aku terima. Kakak senior cashier memang banyak membantu. Memberi nasihat dan tunjuk ajar supaya aku tak mengulangi kesilapan lagi. Tapi ada satu hari tu, aku terasa hati sikit la. Maklum lah, aku ni kira orang baru, so banyak perkara yang aku tak tahu. Ya lah. AKU TAK TAHU APA AKU TAK TAHU. Sejak dari tu, aku lupakan apa yang telah buat aku terasa hati, sebab kalau tidak, memang aku akan malas nak datang kerja. Aku pegang prinsip, “Malu, Rugi”. Apa benda yang aku tak tahu, akan aku tanya ja. Peduli lah kalau ada orang cakap aku ni banyak tanya. Sebab aku tak tanya lah aku dapat banyak masalah. So lebih baik aku tanya kan? Mungkin perkara tu kira remeh temeh untuk mereka, tapi kalau aku buat salah yang remeh temeh tu pasti aku kena jua kn. So, I better ask them. Sila lah tunjuk ajar saya ya.

Bila bahagian berhadapan dengan pelanggan pula, hah ni. Ada hari tu, memang aku rasa mau mengamuk sudah. Seharian melayani pelbagai kerenah pelanggan. Tak semua lah. Tapi yang sikit-sikit tu yang bikin spoil mood.

Situasi 1
Letak barang atas kaunter, macam nak humban barang pun ada.

Situasi 2
Ada yang tak sabar-sabar lagi tu, belum aku siap scan harga barang si A, si B dah letak barang-barang dia atas kaunter, kalau sikit tu tak pa la. Boleh juga aku bezakan mana satu barang si A dan barang si B. Ini tidak. Aku scan sekali dengan barang si B tu, bila aku tanya balik, jawab pastu tengok aku macam nak maki aku je.  Di situ la juga, aku akan tanya dulu takat mana barang-barang pelanggan tu. “Ini saja ka pacik?” “Ini ja kan aunty?”. Bila aku renung ayat tu, ada bunyi2 macam menyindir, tapi jujur la, nanti aku yang silap scan barang-barang.

Situasi 3
Potong barisan lah pula. Siap lalu dari belakang terus letak barang-barang depan kaunter padahal pelanggan dah baris memanjang di belakang tu. Pastu tengok aku, dengan muka tak puas hati lagi tu. Nak cuba buat aku serba salah lah tu. Jadi kalau aku dahulukan dia, pelanggan yang di belakang tu pula yang tengok aku macam nak makan aku ja. Dalam situasi macam ni, aku memang tak tengok wajah pelanggan, silap haribulan, aku yang hot sendiri atau lemah semangat mau bekerja.

Situasi 4
HARI TANPA PLASTIK. Merupakan hari yang penuh dengan dugaan. Kena rajin bertanya dan teliti dengan duit-duit ni. Sebelum nak packing, kena tanya pelanggan:
“aunty, mau guna plastic? Satu plastic, 20sen ya.”
“Pak cik, mau guna satu plastic atau bg asing-asing plastic? Satu plastik, 20sen.”
Selalu ayat-ayat macam tu la yang aku guna dan respon dari pelanggan pun tak kurang sama. Terlalu banyak untuk aku list jawapn tu, ada yang siap menyindir, buat lawak untuk menceriakan suasana, dan banyak lagi la.

Secara ringkasnya, banyak pengalaman suka duka aku bila jadi juruwang ni. Bila menghadapi hari yang tenang dan gembira, aku bersyukur kerana ianya menguatkan lagi semangatku untuk berkerja. Namun bila menghadapi hari yang huru-hara dan menyedihkan, aku cuba kuatkan semangat dan katakana pada diriku bahawa ini hanyalah salah satu pengalaman kerja sebagai juruwang dan berusaha lebih kuat serta berhati-hati pada hari yang mendatang supaya tidak berulang kembali. Insyallah. Doakan aku untuk yang terbaik di sini dan di sana nanti. Aamiin.