Wednesday, 24 December 2014

Mini Project Catia (Part: Technical Problem)

Technical Problem pula nak buka part Assembly.



Emosiku berkocak.
Buku final exam pun tak belek lagi ni.
29 ni dah mula Final Exam.

Nak progress futher pun sudah nda boleh.
Sebab guna part Assembly tu juga.
Doushite? Nokuro? Ngini eh? Wae? oh why?
Semalam buka okay ja.
Hari ni tak okay pula.
Esok dah nak kena hantar.
Nasib video assembly tu ok. Alhamdulillah.
Kalau tak,
bercucuran juga air mata aku on this instant.
Aku hanya boleh berharap pensyarah aku terima project ni.
Huhuhu


"Tamagawa"
Vocals: Spitz
Music, Lyrics: Kusano Masamune

Saturday, 8 November 2014

My Confession Story :"|

8 November 2014

Sejak seminggu dua ni, aku rasa emosi aku agak kacau bilau sikit. 
Salah satunya kenapa? Aku hampir saja nak buat pengakuan dengan orang yang aku rasa aku suka selama 2 tahun lebih ni. Tiba-tiba ja kan? 


Tapi yang aku hairan, masa bercerita tu, aku takda pun rasa hati aku ni berdebar-debar or fluttering something. Jadi aku ingat aku akan tenang lah, tapi bila aku buat keputusan nak bagitahu dia yang aku suka dia, secara automatik aku rasa gemuruh gila. Gemuruh macam berdiri di atas pentas perhimpunan, hah macam tu lah yang aku rasa. 


Masa tu motif aku, aku macam nak bagitahu dia, apa perasaan aku sama dia dan aku nak tahu juga apa perasaan dia terhadap aku. Dia dah berpunya ke belum. Kalau belum, aku nak tahu kalau dia boleh terima aku ke tak memandangkan aku ni tak lah secantik mana pun, berat pun dah bertambah-tambah sejak terakhir jumpa, tahap kepintaran aku pun tak setinggi mana, diiringi lagi dengan panas baran yang entah hilang ke mana button controlnya. 


Entah apa yang aku jangkakan dari semua ini. Aku cuma ada harapan. Aku harap kalau dia boleh terima aku, boleh kah dia tunggu aku sampai aku habis belajar di Perlis ni walaupun tanpa ikatan berpasangan. Kalau boleh, aku nak dia kenal baik buruk aku sebelum terima aku. Maklumlah, kehidupan kita ni lain-lain kan. Ada yang lemah lembut, ada yang baik sangat, ada yang kasar, ada yang bermacam-macam lagi lah.


Dan kalau dia tak terima aku, dalam erti kata lain, Tolak aku dalam kehidupan dia, aku rasa aku boleh terima hakikat tu. Dan sudah tentu, memang rasa sedih juga la kali. Hahaha, ya lah, sedih pula tu direject kan. Tapi, sekurang-kurangnya, aku tak lah menunggu sesuatu yang tidak pasti lagi kan. Lagipun, dia tu jauh di mata, dekat di hati seja. Dan aku rasa, dia tak tau kali yang aku suka sama dia. eh, yang aku sedar aku suka dia pun masa mo tamat semester akhir di poli. hahaha. 


However, there was once, it was during dinner. I was sitting behind him at that round table, He was sitting facing to the front, so all that I can see is his back. He was talking to the other girls in front of me. Suddenly, deep inside I feel a slip of jealousy. I don't know if he notice that I'm sitting on the same table, but as I remember, he don't even say hi to me. I don't think I can smile at that time. Sad. Yeah, a little bit sad there. I just joined the dinner because I want to meet him, but then all things not went well as I expected. Since then, I started to vanish my feelings for him.


Then back to the story line, aku tak jadi pun confess kat dia.
Entah kenapa tiba-tiba aku jadi takut, mula tu nak sangat confess kan. hahaha
Takut di terima atau takut direject, aku pun nda tau jenis ketakutan aku ni yang mana satu.
Tapi, ada pengajaran yang aku dapat masa tu,
Aku sedar yang aku masih tak layak nak luahkan itu semua kepada dia.
Lebih-lebih lagi bila aku buka fb,
Jumpa kata-kata motivasi nasihat berkenaan cinta ni,
Ada satu ayat tu, aku lupa ayat fullnya,
Maksudnya lebih kurang macam ni la,
"Bila kita luahkan perasaan cinta kita kat orang tu sebenarnya kita dah menzalimi orang tu."
Sebenarnya, aku pun tak faham sangat ayat tu,
dari sudut mana yang aku zalimi dia kalau aku luahkan perasaan aku padanya,
Tapi masa tu, aku faham akan keadaan aku,
Aku ni sekarang tengah sambung belajar,
Duit makan minum aku pun parentku yang tanggung,
Sekurang-kurangnya,
Biar habis belajar dulu,
Dapat kerja tetap,
Bagi stabil dulu kehidupan,
Mungkin masa tu baru lah sesuai aku nak cari dia balik ka.
Tapi,
Kalau aku terlambat macam mana?
Then, aku ingatkan diri,
Cuba tanam kata-kata itu dalam diri,
Aku kena percaya Rahsia Allah itu indah perancangannya,
Kalau dia bukan jodoh aku, maka memang bukan lah tu,
Mungkin memang dia yang aku suka,
Tapi tak semua yang diimpikan dapat dimiliki.


Selama dalam ingatan aku,
Dia seorang lelaki yang baik,
Aku sedar bila aku kawan dengan dia,
Dia layan aku baik-baik,
Buat aku rasa aku patut berperangai lebih seperti seorang wanita,
Bukan seperti layanan yang selalu aku terima dari kawan-kawan aku,
Kalau kawan aku, hm,
Layan aku,
Seakan-akan aku seorang lelaki,
Mungkin sebab aku belajar taekwondo kot,
Sebab tu kawan-kawan aku layan aku kasar-kasar,
Memang proses nak berubah, tu memakan masa yang lama,
Maklumlah, mostly kawan aku yang rapat sebelum ni pun semuanya lelaki.
Dan aku tak perlu jaga hati dorang ni sangat,
Nak gaduh ke,
Nak jalan dulu tinggalkan dorang ke,
Buat panas hati ke, bagi penyepak satu ke,
Tak perlu nak kisahkan sangat,
Hm, lelaki kan. Hahaha
Dan itu buat aku rasa janggal nak bergaul dengan kawan perempuan.
Sebab aku sendiri rasa,
Hati perempuan ni sukar nak jaga.
Senang nak terasa hati.
Senang rasa tersisih.
Dan banyak lagi lah.
Tapi, sejak aku ada dua tiga orang kawan perempuan masa tu,
Aku faham boleh faham sikit-sikit hidup ni macamana.
One way leads to another choice of ways.
Aku rasa aku banyak dah berubah.
Suara maybe dah tak selantang dulu.
Yalah, dulu kena kritik pasal suara kuat sangat kan.
Jalan pun dah lebih perlahan dari yang dulu.
Bukan lagi laju macam LRT,
Dan secara automatik pun, berat aku naik.
Oh ok. hahaha


Apa pun, aku rasa.
Aku hanya bertepuk sebelah tangan ja selama ni.
Ya, Itu yang aku yakin pasti.
Sebab, I just got the feeling that he no longer interested to talk to me anymore.
And I think I understand that sign of conversation.
I think I need to delete his phone number from my smartphone.
But I don't know why,
I still can't do it.
Maybe I will keep his phone number until the day,
Either he got married or me got married,
Then, at that time I will delete his phone number for sure.
But,
I wish I don't have to delete his number,
If he's gonna be mine after all, right?
Hahahahaha. Okay,
Amal, you're dreaming right?!
Yes, only in your dream la kali, mal.

Okay, lets live a life, mal.


Monday, 20 October 2014

My 19 October 2014

Assalamualaikum W.B.T / Annyeonghaseyo.

My second sister just called me at 9.35 am which wake me up from sleeping. She expect me going home this mid semester break, because my young brother and her are coming home for this mid semester break. I told her that I didn't going back to Sabah for this mid semester break. I didn't even open the air asia web page to look up for ticket. I decided to going back at the end of this semester, Insya-Allah.

So, I wake up, went to the living room with my laptop. Here I go again.
This time, was my exactly Catia Assignment. 4 Figures need to draw.

Question 1: Figure T6.5
As I saw straight line and rectangle shape, one word came out on my mind 'OFFSET'!
This will be a lot of offset line.
One of my lecturer commented as he saw my drawing progress,
"Banyaknya line Amal."
and I just smile without looking back. 
I'm just too immersed into this. 
HAhahaha
Step 1.
Let's start with the Sketcher.
I choose black color for the background with grid line. 

Step 2.
→Starting with select the zx plane one the specification tree then click 'Sketcher' icon.
[I'm not familiar with constructing line according to Vertical and Horizontal point s drawing, so actually I start with drawing a rectangle shape and offset those line until I got the intersection line. ]
→Remove all the aid lines so it will be looks like this.


Step 3.
→Got the zx plane view shape, click 'Exit Workbench' icon.
→Click the zx plane (the Sketch.1).
→Click 'Pad' icon until 'Pad Definition' pop up.
→Type: Dimension.
→Length : 42 mm
→Selection : Sketch.1
→Click 'Preview' then 'OK'.

Step 4.
→After pad operation, it will appear like this.
→Don't confuse with the 3 stripe white color, it because I forgot to turn of the lighting effect.
→So, I select the yz pad plane as shown in figure below then click 'Sketcher' icon.

Step 5.
→Entering sketcher, the plane will faced like this.
→By using aids from the offset lines, I drew the rectangle shape [red line].
→Click 'Exit workbench' icon.

Step 6.
→Click the 'Pocket' icon until the 'Pocket Definition' table pop up.
→Type: Dimension
→Depth: 10mm
→Selection: Sketch.2
→Click 'OK'.

Step 7.
→Repeat Step 4, 5, and 6 at the other side.
[Mr. Fendi had thought me how to do the mirror by using a plane, 
but suddenly, I forgot already the actual steps, so I just do it like this. If anyone have a better way to do this, I gladly appreciate it. =) ]
→Select the pad plane as shown below and click 'Sketcher' icon.

Step 8.
→Entering the sketcher, it may faced like this.
→The yellow lines are Offset line just find the middle.
→I drew the circle at the center with diameter of 10 mm.
[Oh ya! I'm not really sure about this, but as shown at the question. It stated that 'Through Hole 20 Diameter. Maybe it should be done by 'Hole' method, but yeah, I not quite sure how it works, so I just used 'Pocket' method.] So, this is how it looks after the pocket operation.

Step 9.
I just want to view this with another option,
so I select the 'Shading with edges and hidden edges' view. 
It's clearly show us the hidden drawing.


Step 10.(Extra but not so important) =D
→ Color: Red and white.
→Lighting: On
→ Just another classy finishing kunun. Ha3. Chill bro.

Xie Xie

Syukran

Arigato Gozaimasu

Kamsahamnida

Terima Kasih

Thank You

 for reading and judging? perhaps? hehehe

Alhamdulillah.

p/s: Have any suggestion? Just drop your comment below. I might consider it with calm and passion. Kunun. hehehe

Sunday, 19 October 2014

My 18 October 2014

Alhamdulillah, it's mid semester break.
Yet, it doesn't mean that me as a student may enjoy it like a honeymoon without assignments, tutorials, lab reports, and not to forget the list of mid semester test are waiting a head as soon as the mid semester break is over.

So, I began with my CAD's assignment.

My lecturers gave us 10 pieces of diagrams, 6 of it were our tutorial which should be done during class and another 4 pieces are our assignment.

Alhamdulillah, I had finished drawing 5 of 6 during the class session.
So, this would be the 6th diagram drawing session 
which I proceed at Kolej Kediaman Wang Ulu, Kangar, Perlis.

6th Drawing : Figure T5.12



Step 1.
Open Catia V5R16 

I used Part Design under Mechanical.

Step 2.
→Select the zx plane on the specification tree on the left side.
→Click the sketcher icon.
→ Draw the box with it's  width and height.
→ Oh! I used offset line to the the middle.


→Then, yes offset line again and again to get the intersection point. I just know the advantages of offset this semester. I never familiar with offset when I was learning Autodesk Inventor in my diploma at semester 5 (if I not mistaken) or AutoCAD during at degree semester 1.


→ Got the intersection point, I drew a new line based on it. Then remove all the offset line. So, This is how it's look like.


Step 3.
→After I got the shape on zx plane. 
→Click the icon 'Exit Workbench'.
→Click the 'Pad' icon.
→Select the sketch on zx plane until the 'Pad Definition' pop up.
→The diagram shown thickness in 40 mm, I wrote 40mm in the 'Length:' blank box.
→Likely, I prefer the pad went backward, so I clicked the 'Reverse Direction'.
→Then, click on 'Preview' to see how is it looks like.


Step 4.
→Select the xy plane on the specification tree.
→Draw the box, I used the offset method.


Step 5.
→Click 'Exit workbench'.
→Click 'Pocket' icon (the orange icon as shown below) until the 'Pocket Definition' table pop up.
→Type: Dimension.
→Depth : 18 mm
→Selection: Sketch 4 ( the box)
→Then, click 'Preview' to view the effect of pocket operation.


Step 6.
→This is how it supposed to be done.
→Then, select the pad as shown in the figure below.

Step 7.
→ Select the pad and click 'Sketch' icon.

Step 8.
→On the pad plane, draw a box shape.
→Click 'Exit Workbench' icon.
→ Click 'Pocket' icon, until the 'Pocket Definition' table pop up.
→Type: Dimension.
→Depth : 100 mm
→ Selection : Sketch.5 (the box shape)
→ Click 'Preview' to preview the effect after pocket operation.
→ Then, click 'OK'.

Step 9.
→ Then, tadaaaaa~
→It should be looks like this.

Step 10. (Extra option)
♥As my lecturer shown this function of coloring.
♥So, why not I applied it together in this drawing.
♥It because my lecturer encouraged us to play and used all the function in the CATIA software.
♥So, this feels like playing game.
♥I don't think I was studying or working at all.
♥Maybe, because I know how to do it? and it's quite fun?
♥I don't know or realize how long I spend my time to do only this figure T5.12.
♥Because sometimes, I found its quite confusing and hard to find a way to do the certain part,
but still, keep trying.
♥So, the final appearance of the Figure T5.12 is like this.
(^______^)v


Anyway, there are a lot ways can be used to draw this figure. 
This is the only way that I know how to do it.
It anyone have suggestion to do this better or improve my step in advance.
[Anything comment about grammar also can do. hehehe]
Just drop your comment okay.
I gladly appreciate it. ^____^
Thanks for reading.

P/s: I'm still a beginner and new to CATIA. So, don't ask me about the comparison of CATIA and other product or asking the advanced function of CATIA. Honestly, I don't know. I just spilled out here what I understand during my CATIA class lesson. Oh ya, I'm still weak at tangent though. =D

Saturday, 4 October 2014

My 4 October 2014


Di sana sini,
Status para facebookers,
Mesej whatssapian,
Masuk menaik di paparan dinding maya,
Tertera naik menaik seperti tangga di ruang sembang,
Alhamdulillah, 
Setelah 3 minggu lebih,
Tenggelam timbul di sebalik deretan tugasan, laporan, kuliah, dan kuiz,
Mereka selamat sampai di kampung halaman,
Berpeluang meluangkan masa bersama keluarga,
Mungkin lebih meriah dari hari sebelumnya.


Aku yang hanya tahu rasa rindu dan menyayangi,
Setelah berjauhan dengan keluarga dan teman tersayang,
Mungkin cara ini lebih baik buatku,
Kerana rasa rindu dan sayang itu bagai hilang ditiup angin,
Ianya berganti bahagia bila aku bertemu mereka,
Kadang bila bahagia mengaburi mata dan hati,
Rasa penghargaan itu berkurangan,
Dan kurang,
Jauh bezanya bila berjauhan.
Unik bila rasa itu seperti malam dan siang,
silih berganti gelap dan terang,
(tersengih)


Aku di sini,
Hanya suara mereka jadi pengubat hati yang penat,
Hanya gambar mereka jadi jadi lakaran senyuman tawa,
Hanya video lagak mereka jadi hiburan,
Hanya kata-kata mereka jadi simpulan kekuatan,
Aku dan perasaan yang malu untuk diungkapkan dalam kata kpd mereka,
Sayang, Rindu, dan ingat aku di sini.
(senyum sampai nampak gigi kuningku)

Friday, 3 October 2014

My 3 October 2014


Perasaan itu hadir lagi, 
Hadirnya tanpa diduga,
Entah mungkin sekadar singgah bersama angin yg lalu,
Namun risau pula nanti ia bertapa lama,
Tenanglah wahai hati,
Pandang dulu diri ini siapa,
Belum cekap mentadbir dunia sendiri.


"Ya tuhan, kalau dia bukan pendampingku dalam menuju ke destinasiku di dunia ini, hilangkanlah perasaan ini terhadapnya, agar hari-hariku berlalu dgn tenang dan biasa-biasa saja."


Biarpun lama bersua mahupun sekelip mata,
Jika tak diizinkan-NYA utk terdetik di dalam hati,
Tak akan terdetik walau semilimeter,
Kuyakin hatiku dalam genggaman-MU,
Kupercaya jatuh bangunku di dalam perancangan-NYA,
Penat menjaga hati sendiri,
Berikan aku pedoman menyelusuri kehidupan ini.


Bukan disisiku ini.

Mendung awan di langit biru.

Sunday, 21 September 2014

My 21 September 2014

Apa cerita kamurang hari ni?

Cerita aku...

Kawan kelas ajak buat tugasan CATIA, dan sorang lagi nak datang hantar buku yang aku pesan sambil buka juga tugasan CATIA, Nisa namanya, org Perak. Ada juga la, belajar CATIA, dia dah siap buat, aku pula belum mula satu apa pun.

Jadi kena siapkan tugasan yang pensyarah subjek CAD bagi pada hari Jumaat lepas (19 September 2014). Lukisan ada 4. Kami dah buat dua lukisan tu pada hari pertama kelas dalam masa 4 jam, sebab baru nak belajar guna CATIA kan.

Kertas Tugasan


Figure T2.4 (b)

Masa ini, aku ada masalah dengan bulatan kecil di bawah tu bila aku nak buat tangent dengan garisan lurus di atas tu. Secara automatik radius bulatan tu mengecil pula. Ini antara perkara baru yang aku jumpa masa buat tugasan CATIA ni. Geram juga kadang-kadang.

Dah siap! (Pada pandangan aku lah). Ada satu perkara yang aku hairan amat, sehinggakan aku bawa laptop aku berjalan pi jumpa dengan pensyarah di depan waktu kelas dah habis. "Kenapa ada dua warna, hijau dan putih?" Pensyarah kata itu biasa ja. Asalkan jangan warna ungu, sebab kalau warna ungu itu maknanya dah Over Constraint.

Pandangan setelah keluar dari Sketcher.
Oh ya! Ini aku guna paksi XY plane masa buat dalam Sketcher


Figure T2.4 (a)

Rakan kelas aku, Farahim, telefon tanya pasal nak buat 6 bulatan kecil tu, masa aku tengah buat lukisan di atas tu. Malangnya aku terlupa langkah-langkah nak buat rotation tu. Masa nak buat ini pun, aku pun hampir mati kutu nak ingat langkah-langkahnya. Alhamdulillah, ingatan aku masih di tahap yang ok lagi. Teringat cara-cara buat masa dalam kelas Jumaat lepas. Agaknya, kalau aku tak follow up dalam kelas, sah aku tak tahu nak buat rotation ni.

Bulatan yang beradius R105 tu, aku guna 3 point circle. 
Wujud juga perasaan 'Eh, betulkah juga ni?' masa aku buat tu, tapi entah lah, banyak style Try and Error ja yang aku buat dalam CATIA ni. Kena tanya pensyarah juga ni.

Alhamdulillah, dah siap. 
Mula tadi dalam jam 8.30 mlm, 
habis buat dua lukisan ni lebih kurang jam 11.58 mlm juga lah. Lama juga~! Takpa mal. 
Keep calm and upgrade, Insya-Allah.

Tiba-tiba rasa nak jadi pensyarah CAD pulak. hehehe


Al-Fatihah.

Selamat Malam, baca doa tidur ya.

Assalamualaikum, Konbanwa.





Saturday, 20 September 2014

Pengiktirafan RK84 di UniMAP?

Hari Sabtu. Secara rasminya, bermula sudah hari ko-kurikulum di Universiti Malaysia Perlis. Aku ambil peluang untuk melayari internet melalui laptop. Blog tak dapat buka melalui HP Lenovo aku ni. entah, aku yang tak reti nak guna kot. Ok, put that aside for now. Hahaha

Online dan online, tiba-tiba aku teringat pemohonan JPA dah dibuka pada 17 september 2014 hari tu dan akan ditutup pada 23 september 2014 ni. CGPA aku ni tak lah okay sangat dan tak memenuhi syarat pun, tapi aku nak cuba isi jua. At least, I can wish for it, can I? :D

Filling up the online form one by one. then, it's time to fill up my academic information. 

Awal tu aku dah kalut dah, tak jumpa nama program ijazah aku dalam suggestion list. Kalau tiada dalam suggestion list bermakna Ijazah yang aku ambil sekarang ni tak diiktiraf oleh badan-badan atau agensi yang memberi pengiktirafan. 

Akhirnya, selak tabs sana sini baru jumpa.

Aku jumpa di mana?

Di sini,

http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/esisraf/



Dan dengan itu, dah diiktiraf lah RK84 di UniMAP ni. Aku ada juga nampak notice pasal pengiktirafan ni di papan kenyataan di pusat pengajian kejuruteraan pembuatan, cuma kadang aku sendiri lupa. Alhamdulillah.

Tuesday, 9 September 2014

My 9 September 2014

Lecture EPT212 Dynamic,

Pensyarah baru terang pasal subjek, jam kredit, selak silibus topic by topic, ada 10 topik, dengan purata subtopiknya ada yg 13, ada 8. Paling hebat guna dua buku. Mak aih. Dah rasa macam takleh jawab jak masuk exam ni. perasaan apa kah ini?

Pesan pensyarahku:-
1 Credit hour = 3 Hours of self study.


makanya, subjek ni 3 jam kredit, ya haruslah 9 jam study sendiri dalam seminggu. belek2, 17 jam kredit sem ni, jadi secara totalnya 51 jam hanya untuk study sendiri.

Aku faham, tapi nak buat tu, mmg ada sedikit keraguan di situ. ehem.

Thursday, 4 September 2014

My 5 September 2014

1.03 am
Dah pagi. Macam nda biasa tidur lewat, tapi selalunya aku layan Facebook, Blog, dan Boomz. Namun kali ini, aku rasa macam nak bercerita dengan seseorang. Sepatutnya aku masuk tidur awal sebab esok (eh, hari ni) adalah hari penerbangan aku dari Kota Kinabalu ke Penang kemudian terus balik ke Perlis. Aku perasaan sejak malam nak jalan pi Keningau untuk Saga (kalau aku tak silap) 2011, perasaan gemuruh buat aku berjaga malam terutamanya apabila melibatkan perjalanan yang jauh. 

Gemuruh
Gemuruh, kenapa? Kenapa nak rasa gemuruh? Ini bukan kali pertama balik berseorangan dari KK ke Perlis. Ini kali kedua. Ada beberapa barang yang aku tak kemas lagi (sengaja lambat kemas, layan rasa gemuruh). Kalau ada barang yang tertinggal, Ibu dah pesan awal2 nda mau hantar ke Perlis. Hm. Cuma tiada perasaan mau balik Perlis.

Tekanan???
Kenapa tiada perasaan mau balik Perlis atau lebih tepat lagi, tempat aku belajar di UniMAP? Aku rasa macam masuk ke dunia yang penuh dengan:-
+ tekanan jiwa dalaman aku 
+ silibus pelajaran yang sukar aku nak pelajari 
+ tiada group assignment macam dorang c kojai, waji, uncle jo, jesmi, dan sorang lagi (aku tak sebut lah nama dia kat sini macam aku buat hari tu, tetiba ada block highlight kat nama dia, jadi aku anggap dia tak nak di sebut dalam blog aku ni, tapi aku bagi ja namanya tambey, senang.hahaha
& seorang perempuan kawan rapat aku dalam kelab RP, Che Mirnah 
& dan seorang kakak senior yang aku kenal dan rapat dalam kelab Taekwondo GTF merangkap teman sebilikku semester 2, kak Yui .

Geng Study Poli
Tapi point utama yang aku rasa kena sangat dalam kehidupan di UniMAP tuh, ialah ketiadaan gengku ni masa di Poli. Subjek di Poli tak susah kah? Bahagia kah hidup di Poli? Susah tu susah juga lah, namun aku beruntung ada kawan macam tambey, uncle jo, waji, jesmi, dan kojai. Kalau study group pun selalu dengan dorang ni. Selalunya aku satu kumpulan dengan 4 orang budak tuh, tapi bila keadaan kadang-kadang nda mengizinkan. Aku selalu Out Of The List, jadi terpaksalah cari ahli kumpulan baru, terutamanya bila kerja kumpulan dalam bertiga atau berdua. Sedih gilak perasaan macam tuh. Sebab aku ni nak kata pandai jauh sekali tapi endalah sampai tahap bodoh sangat. Tapi aku langsung tiada keyakinan dalam kerja berkumpulan jadi di sebabkan itu aku selalu berserah nasib jak kalau bab pilih member berkumpulan. Orang yang selalu pungut aku jadi member group dorang, c kojai ni lah. 

Dorang-dorang ni lah aku berani approach minta ajar kalau aku nda faham. Walaupun ada beberapa kalau aku agak terasa hati dengan dorang, tapi bila aku selidik puncanya, asal memang dari aku jua. Aku tak ingat berapa kali aku ulang cakap dengan dorang, "Kalau aku pandai nda jua aku minta tunjuk sma dorang." Namun begitu selalunya aku sabar jak minta ajar sama dorang, tapi kekasaran aku tu memang nda pernah hilang kalau sama dorang. Agaknya dorang dah kebal kot dengan tamparan c amal ni. hahaha. Cuma c kojai aku nda pernah lagi kot berkasar dengan dia, sebab kami rapat pun dekat akhir-akhir semester sudah. 

Bukan setakat belajar ja sama dorang, kalau sudah habis kelas tuh, ramai-ramai ni jalan pi gerai, duduk semeja, makan tengahari sama dorang. Kalau masa makan, c waji dgn c jesmi lah, makan konon guna sudu tapi bila part ayam, guna jua tangan. Haiya, kan bagus kalau makan guna tangan  dari awal. Aku ketawa dalam hati jak. Ada jua aku tanya kenapa dorang buat macam tuh, nanti bau ayam kata dorang. Alalala dorang ni. Hah, cakap bab makan ni, agaknya pertama kali aku jumpa orang yang paling lambat makan. Asal masa makan, dia lah paling lambat habis makan. Alahai tambey. Dari semester ke semeter ditegur, masih tetap macam tuh jua. Akhirnya kami menyerah kalah. hahaha.

Masuk bab gaduh, bergaduh ka kami? Hahaha, aku rasa memang pergaduhan tu nda boleh nda dalam group member. AKu nda tau lah antara dorang, tapi kalau aku, dengan c waji dan c jesmi ni, memang teda lah. C tambey, jangan cakap, aku rasa hampir setiap semester bergaduh dengan budak ni. Bila fikir balik, entah apa lah bah juga yang digaduhkan sangat tu. Kalau c uncle jo, pergh~! Dari semester 1 sampai semester 5 ok ja. Tiba-tiba masa semester 6, tup tap, perang dingin. Tu sebab masa tu aku emo gilak, puncanya sebab aku ni kurang sikit lah pandainya. Uncle jo ni macam biasa dengan lawak dia yang memang bikin panas, cuma selalunya aku nda take to the heart. Entah hari tu, aku tersinggung sikit dengan kata-kata uncle Jo. Habis tersisih sungguh aku kalau tugas berkumpulan masa semester 6 tu, nda bertegur langsung dengan uncle Jo. Tapi masa jamuan di rumah pensyarah, aku cuba buang ego aku dan perasaan aku, pi minta maaf sama uncle Jo. Luckily, he just cool about it, but then, seems awkwardness wont gone away. Hahaha. Apa boleh buat, yang penting everything now is okay. 

Banyak lagi cerita pasal dorang ni, baik, buruk, unik, jahat, nakal, dan aku rasa almost 80% perangai aku  dah exposed dengan dorang. Alhamdulillah, aku kawan juga dengan dorang hingga akhir semester. Sekarang ni, sorang member dah kahwin, c waji, dah ada anak seorang. Cepat gilak masa berlalu kan. haih.

Pergh~~ kalau cerita pasal dorang ni, nak jua satu special post yang khas. hahaha. Hilang sikit gemuruh aku nak jalan esok pagi ni walaupun hanya dengan bercerita pasal dorang melalui tulisan comot ni. hehehe. Gembira walau hanya mengenangkan mereka sepintas lalu dan mencurahkan perasaan itu melalui tulisan ini. I miss them so much ooh. It is impossible to find great member like them at UniMAP.


(Ibu selak langsir pintu bilikku)

"Kau belum tidur mal?"
"Belum."

Nampaknya ibu terjaga akibat lagu "Best English Love Song Ever || Top 50 Greatest Love songs of All Time (Part 1) yang aku pasang terus dari youtube. (Boring dengar lagu yang sama dalam laptop.)

Nak tidur ke tak?
Hm.


Wednesday, 3 September 2014

My 3 September 2014

3 September 2014
Jalan-jalan bersama Ibu di pekan Kota Belud. Berurusan di Pejabat Pos, lalu ke pasar tani membeli ikan dan buah-buahan. Keluar masuk di beberapa kedai kain, pi Gulam, habis berjalan terus pulang.
Rehat seketika, buka lappy the baby. Buka tabs Fb, mmog, blog, dan portal. Masuk portal, niat melihat selintas lalu. Pi lecturer note. Pergh~! Mantap. Dah ada update terbaru. agaknya macam ringkasan mengajar lah kot ni. 9 kuiz dan midterm dah ditetapkan pada setiap minggu.
Kalau dulu boleh sakit jantung rasanya bila tiba-tiba dengar " Sila keluarkan sehelai kertas, tulis nama dan nombot matriks." Sebab tak bersedia akibat turbulance of individu dan group assignment + group discussion yg tumbuh macam cendawan selepas hujan di permulaan dan pertengahan semester. Yg ni rasanya tak dapat lah nak beralasan tak bersedia, sebab jadual dah ada, unless kalau memang dah pelupa + pemalas tu. Go to mode survival okay.
Sekarang ni alhamdulillah masih di KB. tapi bila dah macam ni rasa macam UniMAP tu jauh sekilometer jak dari rumah aku. Hoh. Mampu ka ni? Baru nak buka sem, tapi jiwa dah jatuh. Mo struggle berdiri balik pun rasa rimas. Rasa mo duduk mendongak ke langit.

Monday, 1 September 2014

I have a small of hope

I have a small of hope.
I don't know and heard anything about him for a while.
I want to ask him but it took me hours just to create the question.
I just hope and wish.
I meet him somewhere even though that is impossible.
Recently, I keep thinking about him.
I know I shouldn't be like this.
It's been years since then.
There was nothing left.
He left me the unforgotten memories.
Thanks through him.
I learned some lesson through it.
However,
The laugh and happy memories.
Keep hurting inside silently.
I bear all of them through the time.
Even I know a way how to end all this.
But that wouldn't resolved all of it.
Because it already being a part of me.
Shape and fix some the worst of me.
Well, still in progress.
One of what he criticize was the volume of my voice.
I shout most of the time when I speak to the others.
It's hard for the first time,
So I learned the hard way to fix it myself.
I think a little bit better than before.
But then,
He no longer around.
To criticize me to be more women.
In his nice way.
I miss him.

He was so nice to me.
Just like the third character in love triangle drama.
Sometimes,
I think that he was just a dream.
One of my sweet dream.
Meet someone who treat me nice.
Be there to help me wherever he can.
If only that was just a dream.
I maybe already told him.
"Don't be so nice to me, or I will falling in love with you."
But it's not a dream,
And I couldn't told him that,
The moment I realize that he was so precious to me,
Is the moment I lose him.
On top all of that,
It was my fault.
My stupid mistake.

Now,
There is no use of telling him.
Because he is not around.
The distance widen more the gap between me and him.
Then I also don't have the courage to take things seriously.
That's why,
I try to forget him.
But the moment I trying to forget him.
Amazingly,
Seems like he know that he will be forgotten,
He sent me notification by liking my post.
But it just that.
Nothing more.
And the I forgot to forget him again.
Again and again.

I should try my best.
All the best, Amal.

Wednesday, 27 August 2014

Saat-saat paling cemas bila kereta kehabisan minyak.

Saat-saat paling cemas bila kereta kehabisan minyak.

27 Ogos 2014
Hari ini, hujan lebat amat. Dengan kepercayaan kepada meter ukur minyak kereta yg nda berapa berfungsi, aku nda tau yang minyak kereta hampir habis. Tergerak hati mo isi minyak kereta. Tiba-tiba, masa belok masuk ke Petronas dekat sekolah lama aku tu, kereta terhenti betul2 dalam laluan kereta berlawanan arah. Ku cuba menghidupkan kereta tapi gagal dihidupkan. Kereta mula berhenti, menunggu aku beralih dari laluannya. Cubaan kali kedua tetap gagal. 

Dalam hujan yg amat lebat, aku keluar dari kereta. Mencecah kakiku di atas jalan raya, air hujan sudah separas buku lali. Segala kekuatan yang ada, tolak kereta sekuat mungkin masuk ke kawasan petronas supaya tidak menghalang laluan jalanraya. Sekali tolak, tidak tergerak langsung kereta. Kelam kabut mengatur langkah, kedua-dua selipar tertanggal. Berkaki ayam menolak kereta. 

Akhirnya, tolakan itu berhasil namun, roda kereta berada dalam kedudukan membelok, ingin ku arahkan adikku yg berusia 8 thn itu meluruskan kedudukan roda kereta. Tapi aku masih waras. Berlari secepat mungkin ke jendela pemandu, kuputar sekuat mungkin. Dalam kelajuan yang aku harap aku boleh perlahankan, kereta itu terundur ke belakang, kembali mendekati laluan jalanraya. Berjaya meluruskan kedudukan roda kereta, sewaktu aku berpusing kembali ke bonet kereta, sekilas ku lihat kereta hillux berwarna hitam, datang dari arah laluan kereta keluar selepas dari petronas, laju lalu memakirkan keretanya tidak jauh dihadapanku. 

Aku masih berusaha menolak kereta, tiba-tiba seorang lelaki bertubuh gempal, berbaju merah dan bertopi, datang berlari anak mendekati kereta. 

"Kenapa ni?!"
"Teda minyak kali."
"Bah ko masuk (masuk kereta, kawal stering)."

Aku laju masuk ke dalam kereta. Pak cik itu menolak kereta kami hingga dekat ke stesen minyak 1. Keluar dari kereta, pak cik itu sudah bergegas pergi ke keretanya. 

"Terima kasih pak cik" aku separuh menjerit.

Pak cik itu hanya berpaling dan seakan menerima laungan penghargaanku meskipun tidak kenal antara satu sama lain.

Sedar yang aku masih berkaki ayam, aku berlari menuju ke jalanraya, nampaknya seliparku tengah berenang di air yang bertakung. Siap isi minyak, pak cik dekat stesen minyak tu tolong aku isi minyak sambil tersengih ja tengok aku yang dah basah kuyup kena hujan. Kelam kabut sungguh lah.

Masa ini, bukan aku nda perasan, ada orang lain di Petronas tu, tapi teda yang datang tolong masa aku terkial-kial nak tolak kereta jauh dari jalanraya. Itu buat aku sedar sedikit hidup ini macam mana. Kadang-kadang, pertolongan itu hadir dari arah yang kita nda sangka-sangka akan datang. Kadang-kadang, orang jauh yang pi tolong walaupun orang dekat itu ada di sekitar kita.

 Alhamdulillah, ada pak cik yang masuk dalam kawasan petronas dan turun tolong sa walaupun nda kenal antara satu sama lain.. Terima kasih pak cik sebab sudi tolong sa masa tengah-tengah hujan tadi. Semoga Allah memberkati dan dimurahkan rezeki Pakcik sekeluarga.

Tuesday, 26 August 2014

Meaningful Quote In My life (1)

" Always help someone. 
You might the only one does."


Maybe,
He is the type of person who treats people around him nicely and fun.

However,

For me,
He was the one among them who being nice to me while the others don't,

Since the day,
I carried out my duty,
I never step out away from my own world.

Knowing him,
Being around him,
Feels like,
He hold my hand,
Slowly stepping out from my own world,
To learn everything around me,
To gain something,
He show me the way to adapt in new situation in different way.
And I thanked him because of that,
Even I never tell this to him.

Because,
I already fall for him,
without me noticing this myself.

Again,
Writing about him again.
But with a little less feeling.

"Sila kuat."

Saturday, 23 August 2014

Pisang Gorengku Yang Pertama

"Masuk hari ini, 13 hari lagi sebelum hari keberangkatanku ke Perlis untuk memulakan semester 1 tahun 2 dalam Kejuruteraan Rekabentuk Produk di UniMAP. 
Ibuku sudah mula mengingatkan aku untuk mengemas 
barang-barang yang patut aku bawa balik ke sana.
 Semakin hampir hari nak balik ke kolej kediaman wang ulu ni, 
semakin tak nak pula aku berdaya cita nak ke sana. 
Setelah banyak konflik mengenai perpindahan sama ada ke Kg. Wai atau pun tetap di Wang ulu, akhirnya diumumkan kami tak jadi pindah. 
Jadi tetap tinggal di wang ulu untuk semester 1 tahun 2 ini. 
- AMAL"

Aku sebenarnya bukan mahu cerita mengenai perasaan nak balik ke UniMAP, tapi dah terkarang seperenggan jadi tak mengapa, anggap saja ja luahan rasa orang yang nak balik belajar. hehehe. Baiklah, aku bukan  nak tulis resepi rasmi atau jadi tukang buat kuih. Ini cuma perkongsian pengalaman, kalau ada yang anda nak tanya, "kuantiti gula tu perlu banyak atau tidak?" atau "perlukah masukkan majerin dalam adunan tu?", aku minta maaf awal-awal tulus dari lubuk hati yang paling dalam, aku tak tahu. hehehe

Memandangkan sekarang ini musim buah, ada beberapa jenis buah yang terperap dalam dapur rumah ni di antaranya ialah buah Tarap, Rambutan, Langsat, Pisang, dan Durian. Oh ya, aku tak makan Durian. Segalanya bermula selepas aku siap masak lauk untuk makan malam. Aku ternampak seikat pisang dekat tempat masak tu. Siap masak, aku menuju ke ruang tamu di mana Ibu sedang menjahit skrit Puen, 

"Ibu, tepung apa kena guna kalau mo masak kuih pisang?"
"Tepung Gandum."
"Tapi habis sudah kan? yang ada tepung beras ja sama tepung ni."
"Cuba cari di bilik."

Aku masuk ke bilik Ofu, selokar balik plastik yang berisi bahan-bahan yang dibeli untuk buat kuih semasa hari raya lepas. Jumpa sebungkus tepung gandum.

Resepi dari Ibu
→ Tepung Gandum.
→ Gula sebanyak 3 sudu makan.
→ Garam sebanyak 1/3 sudu makan.
→ Sebiji telur ayam.
→ Pisang.

So, let's the journey begins.

Pertama sekali, sediakan semua bahan. aku gunakan mangkuk warna hijau untuk Gaulkan semua bahan. Masukkan Tepung gandum, gula, garam, dan telur ayam. Gaul sehingga sebati dan pekat. 




Potong pisang macam ni, 
tapi kalau amatur macam aku ni, slalu guna penatakan. 
Saja pose untuk gambar hiasan.
Thanks wena sebab jadi mamarazi. hahaha

Jadi macam ni la rupanya kalau sudah dipotong, sebenarnya, 
Ibu berhenti menjahit sekejap, masuk dapur dan buat demo macam mana nak potong pisang ni. 
Aku ikut jak. hehehe

Masukkan pisang tadi ke dalam adunan tepung dan gaul.

Proses menggoreng bertiga atau berempat. Takut melekat.  hehehe

Tadaa~!
Yang hangus pun ada, sebab leka nak selca kan proses lain. 
Tapi tak pa. Rupa tak cantik takpa, yang penting sedap.
Fighting Amal. I can do it!

It's My Semester Break (1st Year, 2nd Semester)

I ended my last final exam paper on 14th June 2014, which was also my mother anniversary birthday. Then, I stayed at Kolej Kediaman Wang Ulu, UniMAP untill 27 June 2014. Why wasting time staying when I have the chance to go home earlier than anyone else? The only reason I stayed was the UniMAP partnership program with Western Digital. I was listed on the list to apply the program, but then my roomate and friend said that there would be second elimination from 800 to 250 student. 

Believe or not, I only know that I was confirmed to be selected as one of the 250 student the program a day before my flight back to Sabah. My flight was on 27th June 2014. Before that, I already asked several time but there was no response. The last thing I did was a phone call. I call the cic office to figure out about the WD, but unfortunately my level of confidence to stay longer for the partnership program was drop down because the answer given was really not convincing me at all. But I appreciate that, at least the conversation was nice.

27 June 2014. I returned Eiyra, Syera, and my key to the office. I was in hurry at that time because there are some unsettle things that need to be done, but the staff who in-charge for the returned key was sitting in front of the counter and still checking her phone. The "Miss, I already finish filling and signed this, could you please hurry up?" almost spilled out from my mouth, but I hold it back. That was really testing me level of patience. huh.

My bus left Kangar at 9.05 am off to Butterworth. It took almost 3 hours of journey. I sat with my friend Vanin. We shared story almost about the life we had in Perlis, one week of holiday, part time job. After that, a girl name Mira, asking if I went back to Kota Kinabalu (KK), I said yes. Seems she also a Sabahan. She offered to share the taxi together for saving cost. As we arrived at Butterworth, another girl show up from the back, she is Nabila, I had been talked to her while we sat at the same row in the UniMAP bus. Yes, she Sabahan too. At the end, I have 2 friends with me in this flight. It feels nice to have friend along the journey back home. 

Wednesday, 13 August 2014

My Plain Holiday (Up until 14 August 2014)

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Setelah Ramadhan berlalu, hatiku rasa tawar di pagi 1 syawal. Ramadhan yang muncul sekali dalam setahun itu, kulalui dengan penuh leka dan lalai. Keratan post di FB buat aku sayu sendiri. Rata-rata mesej itu berbaur menyampaikan peringatan, 
"Mengapa Hari Raya Aidilfitri terasa hambar? Renungkan bagaimana amal ibadah sendiri di bulan Ramadhan."
Sedih.

BALIK KG. KENINGAU
Malam 1 August kami balik ke Kg. Keningau untuk menghadiri majlis pertunangan aunty Ita dan uncle victor pada 3hb, nampaknya kami sekeluarga masih muat di kereta kancil ibu. Ingatkan tak muat dah, sebab aku agak comel 70 kg sekarang ini. Kami pilih jalan Kimanis, nasib baiklah jalan bukit tinggi [Tersangat lah condong yang buat Ibu, Aku, Puen, dan Ofu turun dari kereta, jalan kaki naik pi atas bukit] itu sudah ditarah ke tahap rendah.

Kami tumpang tidur di rumah nenek. Persiapan untuk majlis pertunangan aunty Ita agak meriah. Aku? Hampir tidak dikenali kerana terlalu comel dari yang sebelum ini 54 kg sahaja, jujurnya aku nombor 2 lebih berat dalam keluarga kami selepas bapa. 

Petang selepas rasminya pertunangan Aunty Ita dan Uncle Victor, kami bersiap pulang dari Keningau ke Kota Belud. Dalam perjalanan kami, aku rasa macam nak terbako je hati aku tengok gelagat pemandu-pemandu kereta besar macam Hilux lah contohnya [perangai pemandu ya, bukan pasal brand kereta], mentang-mentanglah kereta kami ni kecil dan lambat sikit kalau nak naik bukit, suka hati ja nak potong di selekoh, dah lah di selekoh nak naik bukit pula tuh. Sabar ja lah.

Hampir di Kinarut, bapa aku cadang nak tukar pemandu sebab bapa kata dia letih. Pilihan itu sama ada Ibu atau aku saja. Tapi yang pasti, Ibu tak bagi aku pandu dan ibu pun takut nak pandu sebab waktu malam dan tak berapa ingat jalan. Akhirnya, bapa jua yang pandu tapi ya lah, dengan tak semena-menanya aku pun kena marah sebab tak hafal jalan nak balik ke Kota Belud. Masa tu, aku agak terasa hati juga lah. Selalunya, aku tidur ja kalau jalan balik kampung, sebab bila kami balik pun, pada waktu malam, bapa kata tak banyak kereta. Laju gila bapa aku bawa.

Asal nak selekoh tu, selalu bahagian bawah kereta tempat aku duduk tu berbunyi sebab berseret dengan jalanraya. Agakku, sebab berat badanku yang buat sedikit lantunan sping dan mungkin dah berapi kali di bawah tu. Hati aku pun masa tu rasa macam terseret-seret jua. Asal dalam kereta laju, aku rasa ngeri. Paling aku kurang gemar perjalanan ke Kota Kinabalu dan ke Keningau [It's a long journey].Terutamanya bila jadi penumpang. Hm, tambah-tambah lagi perangai pemandu yang sememangnya aku rasa, dorg nak jumpa ilahi cepat tuh [maaf, ayat kurang adab sikit]. Sabar tak sabar ja aku dalam tuh. 


TAWARAN UPU 2014/2015
Keputusan upu untuk kemasukan pelajar Ijazah 2014/2015 telah pun diumumkan. Adik aku dapat tawaran di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Labuan dalam bidang dia, perbankkan, apa tah. Aku tak baca betul-betul kos dia tuh. Yang penting dia dapat apa yang dia pohon, fikirku itu sudah memadai. 

Sehubungan dengan keputusan ini, ada seorang yang aku nak tanya pasal ni, rasa ingin tahu itu hampir saja melayangkan jari-jemariku untuk melangkaui sempadan yang berulangkali aku gariskan. Fikir punya fikir, aku batalkan saja hasrat itu. Siapa aku untuk ambil tahu hal perkembangan dia. 

"Kenapa?". 

Dia melontarkan soalan itu bersahaja merujuk kepada perbuatanku. Aku tergamam diterpa soalan sependek itu. Pandanganku larikan pantas disusuli dengan ketawa, dalam hati berharap dia tidak menanyakan soalan lebih lanjut. Ketenangan hatiku berkocak, adakah terlalu jelas di situ? Sepatutnya, aku hanya perlu mengangguk dan teruskan fokusku ke kaca televisyen. Tapi entah, bila dia ada, aku kadang tak terkawal dari terus melindungi perasaan jiwa. Mujur ada penyelamat memanggil dia untuk terus berlalu ke surau, solat maghrib.

Baru-baru ini, dia muncul dalam mimpiku. Seperti dulu, dia menenangkan dan menggembirakan hatiku dengan kehadiran dan telatahnya. Namun, semua itu lenyap sekelip mata. Mimpiku bertukar rupa. Dia hadir sekejap saja. Seperti yang sekarang ini. Kegembiraan yang ditinggalkan, adakala jadi satu kesedihan yang memeritkan.

Aku harap dia sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera, ada orang yang dia percayai untuk berkongsi suka dan dukanya, ada orang yang bersama dia di kala suka dan dukanya. Dulu, aku ingat aku dah jadi orang yang rapat dengan dia. Dia muncul tika aku diam bersendirian, dia ada di setiap tawaku. Dia nampak gembira di mataku, tapi jarang ku lihat dia bersedih mahupun berduka. 

Suatu hari, aku dengar dia sakit dari temanku. Saat itulah, aku rasa aku masih jauh dari dia. Aku mendekati dan cuba memberi kata semangat kepadanya, tapi waktu itu, aku sangat teruk dalam berkomunikasi secara baik. Aku tidak tahu bagaimana untuk jadi orang yang boleh memberikan motivasi dan semangat melalui kata-kata. Dia mengelak dari menjawab pertanyaanku mengenai kesihatannya, entah kenapa, aku rasa sangat sedih sebab dia tidak mahu menceritakan hal itu kepadaku. 

Terasa diri ini tidak dipercayai. Aku cuba menyedapkan hatiku, mungkin itu hal peribadinya yang tak perlu aku ambil tahu. Dia diam dan nampak muram. Kecewa kerana aku tidak mampu untuk buat apa-apa yang boleh menceriakannya, akhirnya, aku berlalu pergi meninggalkan dia bersama teman baiknya. Well, itu cerita dulu.

Ehem, nampaknya masih lagi kuceritakan tentang dia di sini.

"Stop Amal. You can do this. I know you can. There is nothing you can do about this. This is only your past memories that had shape you to who you are today. You lowered you voice more than usual. You realize how important to have more knowledge. There were so many small things. I know this kind of hard, but still, there is no use of waiting and hoping like this. Be strong Amal. He just a very nice and great guy that you meet along your journey to your destiny. Keep your head up, and keep walking."


"STOP EATING!"
Nampaknya berat badanku mulai menjadi salah satu punca tekanan dalam hidup aku dari saat ini. Banyak dah baju dan seluar yang tak muat untuk dipakai. Seluar yang aku pakai semasa bekerja di GMART pun, sudah lama tidak disentuh. Tak Muat. Memandangkan semester baru akan bermula tidak lama lagi. Ibu ajak aku shopping pakaian di tamu hujung minggu. Aku lebih suka beli pakaian dari tamu  berbanding pakaian kedai, kerana harganya yang murah, pelbagai pilihan dan pelbagai saiz. Hahaha. 

Kami terserempak dengan pak cik saudara sebelah bapa. Sebahagian daripada keluarga sebelah bapa yang kenal kami, tahu yang aku selalu ikut kejohanan taekwondo atau pun silat olahraga. Pak cik tanya sama ada aku masih ikut lagi kejohanan, dari riak mukanya aku boleh agak dia terkejut lah kot tengok aku nampak gemuk daripada yang dulu. Aku mengangguk dan kata aku masuk kategori yang berat, Kelas E atau F bagi kejohanan silat olahraga. 

Pak cik berjalan ditemani oleh 3 orang anak muda. Yang sorang tu, pernah kerja di Gmart, patutlah macam kenal ja. Akmar. Nampaknya masih ingat nama aku. Hahaha, malu aku nak tegur. Ada lagi sorang aku jumpa di tamu, bekas rakan sekerja di Gmart juga, tapi aku lupa suda namanya. Cukup sekadar senyum dan angkat tangan ja.

Balik rumah, mungkin kerana aku tak lepak dengan jam dan tak tengok cuaca malam ka siang kah. Aku sedar yang aku masuk dapur, pi makan tiga kali selang beberapa jam. Sehinggakan, Ibu kata "Stop eating" berkali-kali. Aku hanya tersengih. Tapi sungguh, aku memang lapar sangat. Mungkin kerana Ibu, Puen dan Wena tengah makan buah durian, aku pula sekadar duduk atas sofa sambil makan buah belunu. Selalunya, aku buat endah tak endah ja dengan bau durian, tapi yang ini, sejujurnya, baunya tersangatlah kuat menusuk hidung. Aku pula tak makan durian, jadi mungkin pasan itu kot aku membalun nasi berkali-kali tuh.. hahaha. 

Sebenarnya, dah banyak kali ibu suruh aku kawal permakananku. Siap suruh pi bersenam lagi tapi tah, malas aku mau berpeluh-peluh sekarang ni. Mungkin, kalau dia tau, dia siap kira berat aku sama dengan berapa biji tong gas kot. Eh, ingat dia lagi. Zzz.



-END-