Saturday 23 August 2014

Pisang Gorengku Yang Pertama

"Masuk hari ini, 13 hari lagi sebelum hari keberangkatanku ke Perlis untuk memulakan semester 1 tahun 2 dalam Kejuruteraan Rekabentuk Produk di UniMAP. 
Ibuku sudah mula mengingatkan aku untuk mengemas 
barang-barang yang patut aku bawa balik ke sana.
 Semakin hampir hari nak balik ke kolej kediaman wang ulu ni, 
semakin tak nak pula aku berdaya cita nak ke sana. 
Setelah banyak konflik mengenai perpindahan sama ada ke Kg. Wai atau pun tetap di Wang ulu, akhirnya diumumkan kami tak jadi pindah. 
Jadi tetap tinggal di wang ulu untuk semester 1 tahun 2 ini. 
- AMAL"

Aku sebenarnya bukan mahu cerita mengenai perasaan nak balik ke UniMAP, tapi dah terkarang seperenggan jadi tak mengapa, anggap saja ja luahan rasa orang yang nak balik belajar. hehehe. Baiklah, aku bukan  nak tulis resepi rasmi atau jadi tukang buat kuih. Ini cuma perkongsian pengalaman, kalau ada yang anda nak tanya, "kuantiti gula tu perlu banyak atau tidak?" atau "perlukah masukkan majerin dalam adunan tu?", aku minta maaf awal-awal tulus dari lubuk hati yang paling dalam, aku tak tahu. hehehe

Memandangkan sekarang ini musim buah, ada beberapa jenis buah yang terperap dalam dapur rumah ni di antaranya ialah buah Tarap, Rambutan, Langsat, Pisang, dan Durian. Oh ya, aku tak makan Durian. Segalanya bermula selepas aku siap masak lauk untuk makan malam. Aku ternampak seikat pisang dekat tempat masak tu. Siap masak, aku menuju ke ruang tamu di mana Ibu sedang menjahit skrit Puen, 

"Ibu, tepung apa kena guna kalau mo masak kuih pisang?"
"Tepung Gandum."
"Tapi habis sudah kan? yang ada tepung beras ja sama tepung ni."
"Cuba cari di bilik."

Aku masuk ke bilik Ofu, selokar balik plastik yang berisi bahan-bahan yang dibeli untuk buat kuih semasa hari raya lepas. Jumpa sebungkus tepung gandum.

Resepi dari Ibu
→ Tepung Gandum.
→ Gula sebanyak 3 sudu makan.
→ Garam sebanyak 1/3 sudu makan.
→ Sebiji telur ayam.
→ Pisang.

So, let's the journey begins.

Pertama sekali, sediakan semua bahan. aku gunakan mangkuk warna hijau untuk Gaulkan semua bahan. Masukkan Tepung gandum, gula, garam, dan telur ayam. Gaul sehingga sebati dan pekat. 




Potong pisang macam ni, 
tapi kalau amatur macam aku ni, slalu guna penatakan. 
Saja pose untuk gambar hiasan.
Thanks wena sebab jadi mamarazi. hahaha

Jadi macam ni la rupanya kalau sudah dipotong, sebenarnya, 
Ibu berhenti menjahit sekejap, masuk dapur dan buat demo macam mana nak potong pisang ni. 
Aku ikut jak. hehehe

Masukkan pisang tadi ke dalam adunan tepung dan gaul.

Proses menggoreng bertiga atau berempat. Takut melekat.  hehehe

Tadaa~!
Yang hangus pun ada, sebab leka nak selca kan proses lain. 
Tapi tak pa. Rupa tak cantik takpa, yang penting sedap.
Fighting Amal. I can do it!

No comments:

Post a Comment