Wednesday 13 August 2014

My Plain Holiday (Up until 14 August 2014)

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Setelah Ramadhan berlalu, hatiku rasa tawar di pagi 1 syawal. Ramadhan yang muncul sekali dalam setahun itu, kulalui dengan penuh leka dan lalai. Keratan post di FB buat aku sayu sendiri. Rata-rata mesej itu berbaur menyampaikan peringatan, 
"Mengapa Hari Raya Aidilfitri terasa hambar? Renungkan bagaimana amal ibadah sendiri di bulan Ramadhan."
Sedih.

BALIK KG. KENINGAU
Malam 1 August kami balik ke Kg. Keningau untuk menghadiri majlis pertunangan aunty Ita dan uncle victor pada 3hb, nampaknya kami sekeluarga masih muat di kereta kancil ibu. Ingatkan tak muat dah, sebab aku agak comel 70 kg sekarang ini. Kami pilih jalan Kimanis, nasib baiklah jalan bukit tinggi [Tersangat lah condong yang buat Ibu, Aku, Puen, dan Ofu turun dari kereta, jalan kaki naik pi atas bukit] itu sudah ditarah ke tahap rendah.

Kami tumpang tidur di rumah nenek. Persiapan untuk majlis pertunangan aunty Ita agak meriah. Aku? Hampir tidak dikenali kerana terlalu comel dari yang sebelum ini 54 kg sahaja, jujurnya aku nombor 2 lebih berat dalam keluarga kami selepas bapa. 

Petang selepas rasminya pertunangan Aunty Ita dan Uncle Victor, kami bersiap pulang dari Keningau ke Kota Belud. Dalam perjalanan kami, aku rasa macam nak terbako je hati aku tengok gelagat pemandu-pemandu kereta besar macam Hilux lah contohnya [perangai pemandu ya, bukan pasal brand kereta], mentang-mentanglah kereta kami ni kecil dan lambat sikit kalau nak naik bukit, suka hati ja nak potong di selekoh, dah lah di selekoh nak naik bukit pula tuh. Sabar ja lah.

Hampir di Kinarut, bapa aku cadang nak tukar pemandu sebab bapa kata dia letih. Pilihan itu sama ada Ibu atau aku saja. Tapi yang pasti, Ibu tak bagi aku pandu dan ibu pun takut nak pandu sebab waktu malam dan tak berapa ingat jalan. Akhirnya, bapa jua yang pandu tapi ya lah, dengan tak semena-menanya aku pun kena marah sebab tak hafal jalan nak balik ke Kota Belud. Masa tu, aku agak terasa hati juga lah. Selalunya, aku tidur ja kalau jalan balik kampung, sebab bila kami balik pun, pada waktu malam, bapa kata tak banyak kereta. Laju gila bapa aku bawa.

Asal nak selekoh tu, selalu bahagian bawah kereta tempat aku duduk tu berbunyi sebab berseret dengan jalanraya. Agakku, sebab berat badanku yang buat sedikit lantunan sping dan mungkin dah berapi kali di bawah tu. Hati aku pun masa tu rasa macam terseret-seret jua. Asal dalam kereta laju, aku rasa ngeri. Paling aku kurang gemar perjalanan ke Kota Kinabalu dan ke Keningau [It's a long journey].Terutamanya bila jadi penumpang. Hm, tambah-tambah lagi perangai pemandu yang sememangnya aku rasa, dorg nak jumpa ilahi cepat tuh [maaf, ayat kurang adab sikit]. Sabar tak sabar ja aku dalam tuh. 


TAWARAN UPU 2014/2015
Keputusan upu untuk kemasukan pelajar Ijazah 2014/2015 telah pun diumumkan. Adik aku dapat tawaran di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Labuan dalam bidang dia, perbankkan, apa tah. Aku tak baca betul-betul kos dia tuh. Yang penting dia dapat apa yang dia pohon, fikirku itu sudah memadai. 

Sehubungan dengan keputusan ini, ada seorang yang aku nak tanya pasal ni, rasa ingin tahu itu hampir saja melayangkan jari-jemariku untuk melangkaui sempadan yang berulangkali aku gariskan. Fikir punya fikir, aku batalkan saja hasrat itu. Siapa aku untuk ambil tahu hal perkembangan dia. 

"Kenapa?". 

Dia melontarkan soalan itu bersahaja merujuk kepada perbuatanku. Aku tergamam diterpa soalan sependek itu. Pandanganku larikan pantas disusuli dengan ketawa, dalam hati berharap dia tidak menanyakan soalan lebih lanjut. Ketenangan hatiku berkocak, adakah terlalu jelas di situ? Sepatutnya, aku hanya perlu mengangguk dan teruskan fokusku ke kaca televisyen. Tapi entah, bila dia ada, aku kadang tak terkawal dari terus melindungi perasaan jiwa. Mujur ada penyelamat memanggil dia untuk terus berlalu ke surau, solat maghrib.

Baru-baru ini, dia muncul dalam mimpiku. Seperti dulu, dia menenangkan dan menggembirakan hatiku dengan kehadiran dan telatahnya. Namun, semua itu lenyap sekelip mata. Mimpiku bertukar rupa. Dia hadir sekejap saja. Seperti yang sekarang ini. Kegembiraan yang ditinggalkan, adakala jadi satu kesedihan yang memeritkan.

Aku harap dia sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera, ada orang yang dia percayai untuk berkongsi suka dan dukanya, ada orang yang bersama dia di kala suka dan dukanya. Dulu, aku ingat aku dah jadi orang yang rapat dengan dia. Dia muncul tika aku diam bersendirian, dia ada di setiap tawaku. Dia nampak gembira di mataku, tapi jarang ku lihat dia bersedih mahupun berduka. 

Suatu hari, aku dengar dia sakit dari temanku. Saat itulah, aku rasa aku masih jauh dari dia. Aku mendekati dan cuba memberi kata semangat kepadanya, tapi waktu itu, aku sangat teruk dalam berkomunikasi secara baik. Aku tidak tahu bagaimana untuk jadi orang yang boleh memberikan motivasi dan semangat melalui kata-kata. Dia mengelak dari menjawab pertanyaanku mengenai kesihatannya, entah kenapa, aku rasa sangat sedih sebab dia tidak mahu menceritakan hal itu kepadaku. 

Terasa diri ini tidak dipercayai. Aku cuba menyedapkan hatiku, mungkin itu hal peribadinya yang tak perlu aku ambil tahu. Dia diam dan nampak muram. Kecewa kerana aku tidak mampu untuk buat apa-apa yang boleh menceriakannya, akhirnya, aku berlalu pergi meninggalkan dia bersama teman baiknya. Well, itu cerita dulu.

Ehem, nampaknya masih lagi kuceritakan tentang dia di sini.

"Stop Amal. You can do this. I know you can. There is nothing you can do about this. This is only your past memories that had shape you to who you are today. You lowered you voice more than usual. You realize how important to have more knowledge. There were so many small things. I know this kind of hard, but still, there is no use of waiting and hoping like this. Be strong Amal. He just a very nice and great guy that you meet along your journey to your destiny. Keep your head up, and keep walking."


"STOP EATING!"
Nampaknya berat badanku mulai menjadi salah satu punca tekanan dalam hidup aku dari saat ini. Banyak dah baju dan seluar yang tak muat untuk dipakai. Seluar yang aku pakai semasa bekerja di GMART pun, sudah lama tidak disentuh. Tak Muat. Memandangkan semester baru akan bermula tidak lama lagi. Ibu ajak aku shopping pakaian di tamu hujung minggu. Aku lebih suka beli pakaian dari tamu  berbanding pakaian kedai, kerana harganya yang murah, pelbagai pilihan dan pelbagai saiz. Hahaha. 

Kami terserempak dengan pak cik saudara sebelah bapa. Sebahagian daripada keluarga sebelah bapa yang kenal kami, tahu yang aku selalu ikut kejohanan taekwondo atau pun silat olahraga. Pak cik tanya sama ada aku masih ikut lagi kejohanan, dari riak mukanya aku boleh agak dia terkejut lah kot tengok aku nampak gemuk daripada yang dulu. Aku mengangguk dan kata aku masuk kategori yang berat, Kelas E atau F bagi kejohanan silat olahraga. 

Pak cik berjalan ditemani oleh 3 orang anak muda. Yang sorang tu, pernah kerja di Gmart, patutlah macam kenal ja. Akmar. Nampaknya masih ingat nama aku. Hahaha, malu aku nak tegur. Ada lagi sorang aku jumpa di tamu, bekas rakan sekerja di Gmart juga, tapi aku lupa suda namanya. Cukup sekadar senyum dan angkat tangan ja.

Balik rumah, mungkin kerana aku tak lepak dengan jam dan tak tengok cuaca malam ka siang kah. Aku sedar yang aku masuk dapur, pi makan tiga kali selang beberapa jam. Sehinggakan, Ibu kata "Stop eating" berkali-kali. Aku hanya tersengih. Tapi sungguh, aku memang lapar sangat. Mungkin kerana Ibu, Puen dan Wena tengah makan buah durian, aku pula sekadar duduk atas sofa sambil makan buah belunu. Selalunya, aku buat endah tak endah ja dengan bau durian, tapi yang ini, sejujurnya, baunya tersangatlah kuat menusuk hidung. Aku pula tak makan durian, jadi mungkin pasan itu kot aku membalun nasi berkali-kali tuh.. hahaha. 

Sebenarnya, dah banyak kali ibu suruh aku kawal permakananku. Siap suruh pi bersenam lagi tapi tah, malas aku mau berpeluh-peluh sekarang ni. Mungkin, kalau dia tau, dia siap kira berat aku sama dengan berapa biji tong gas kot. Eh, ingat dia lagi. Zzz.



-END-

No comments:

Post a Comment