Saturday 4 January 2014

Aku, Dia dan Lagu

Perjuangan dalam mengharungi tempoh minggu peperiksaan ini, aku masih ada 12 hari lagi sebelum subjek Computer Programming dan Statics. Seperti pelajar UniMAP yang lain, aku mula selangkah demi selangkah meringkaskan nota sambil bertemankan lagu yang bermain di corong radio.

Perjalanan penku terhenti seketika bila telingaku mendakap senikata lirik lagu yang sedang dimainkan pada waktu itu. Silapku tidak perasan tajuk lagu itu dimainkan. Bait-bait kata lagu itu buat aku mengimbau kenangan lama. Lagu itu bukannya untuk pasangan yang sedang hangat bercinta mahupun telah berpisah. Hm, ada lah.. hahaha.. Temanya aku labelkan sebagai penantian, perasaan yang tak terungkap.

Mulanya, dia hadir memenuhi hari-hariku yang tenang bersendiri hingga jadi ceria dan bahagia. Mana mungkin aku sedar akan perubahan itu. Sedih tapi realiti. Aku mula sedar bila aku kehilangan dia, wajarnya dari kesilapanku. Sedar tak sedar, aku kembali teringat dia sekarang ni. Senyum pada kenangan lalu, sayu pada realiti. Dulu rapat sekarang menjauh, tegur pun tidak, kembali seperti orang asing, cuma ada pada facebook dan handphone.

Setiap hari kusirami kata-kata semangat supaya aku boleh menghadapi semua ini. Sedarkan diri aku sendiri. Ayat macam pelik, tapi itu lah yang aku buat, dah memang aku jarang kongsi dengan orang dalam bab-bab macam ni, Tuhan saja yang tahu detailnya, even aku pun keliru dengan diri sendiri.

Hal hati dan perasaan ini, aku seringkali cuba abaikan.
Sebab kalaupun aku suka dia,
Aku tak nak luahkan,
Walaupun sebenarnya, aku boleh saja luahkan depan dia,

Rejection?
Aku rasa aku mampu menghadapinya apabila aku sudah tekad buat keputusan,

Humilation?
Aku pasrah saja, sebab dah luah tu, tanggung saja lah risikonya kan.

"Your love, Approved!"
Hah, yang ni aku tak tahu nak handle macamana. (Ceh! macam yakin ja kena terima kan. Hahaha), sebab aku akui yang aku ni bukan jenis orang yang pandai nak mengekspresikan perasaan. Well, mostly kawan-kawan aku kata aku ni, kasarlah, garang, jenis yang takda orang nak buat bini lah. Amboi, suka hati jak kan, dorang. Takpa, kawan aku tu cakap depan-depan muka aku, boleh lah aku terima sikit. hehehe.

Nampaknya nada coretan ini berubah secara mendadak! Hahaha
Sebab, kalau diikutkan perasaan kang, sedih meledih lah aku sekarang ni.
Padahal nak cerita pasal aku teringat dia dari lagu radio je pung...
Sekarang ini pun masih dalam proses nak menyahkan sisa-sisa perasaan yang masih beradu..
So, bila dengan lagu berunsurkan cinta cintun ni, memang ada big impak lah...
Kena ada timing jiwa aku teguh sikit, baru boleh layan.. Ada-ada ja lah .. hehe
:D

Sekian.
04.01.2014



Thursday 2 January 2014

Final Examku di Penghujung Disember 2013

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Tahun 2013 telah berlalu, berganti pula kalendar 2014. Aku mengambil kesempatan untuk menjengah ke laman blog, selepas dua hari berturut-turut menghadapi peperiksaan akhir semester 1 bagi sesi 2013/2014 di UniMAP. Rasa letih pun ada juga, namun itu semua aku anggap salah satu cabaran sebagai seorang pelajar.

30 Disember 2013

  • Peperiksaan subjek UUW235 - Hubungan Etnik. 

31 Disember 2013

  • Peperiksaan subjek UUW233 - Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara. Jam 9 am.
  • Peperiksaan subjek UVW410 - Bahasa Melayu Universiti

Jelas dapat diklasifikasikan bahawa ketiga-tiga subjek ini merupakan subjek teori secara 100%. Biarpun, berbekalkan hint2 yang bertempiaran di laman sosial facebook. Ternyata aku masih agak ketinggalan jika dibandingkan dengan yang lain, mereka lengkap dengan nota-nota ringkas beserta karangan yang digarap kemas bersisipkan isi penting bermakna untuk setiap markah. (ayat emo sikit, takpa kot..hehehe) tak apa, nak salahkan siapa? Salah sendiri kerana lambat menyedarkan diri dari lamunan cuti yang panjang.

Namun begitu, aku tetap bersyukur, nampaknya tempoh perperiksaan yang berlangsung selama 3 jam setiap satu ini, memberi aku masa yang cukup untuk berfikir dan menyiapkan karanganku. Dulu-dulu masa spm pun mana sempat nak siapkan karangan.. Hanya mampu sekerat dua saja. Kini aku hanya mampu berdoa dan bertawakal setelah berusaha semampuku.

Aku rasa terkilan juga kerana menganaktirikan BM, aku lebih fokus membaca dan mengulangkaji Hubungan Etnik dan TITAS yang aku anggap sebagai subjek teori yang kritikal kerana ia melibatkan sejarah yang tidak aku alami tapi hidup dengan menikmati hasilnya sahaja. Jujur, aku sedih kerana aku rasa telah menghampakan pensyarah BM aku. Beliau nampak sangat membantu kami sebagai pelajar dari segi memberi tunjuk ajar dan memberi bimbingan dalam menghasilkan tugasan agar dapat markah yang baik. Entah, rasa sedih bah. Setiap kali aku jawab objektif yang aku tak sempat nak ulangkaji tu, aku terbayang suasana pembelajaran di dalam kelas. Kalau kelas BM, aku memang beri perhatian sungguh-sungguh, sebab cara beliau mengendalikan kuliah itu buat aku rasa aku betul-betul berada dalam dunia bahasa Melayu. Namun kebetulan yang masuk final ini, topik yang dijadikan sebagai topik pembentangan pelajar dalam kelas,  jadi aku tak dapat nak fokus sangat memandangkan sibuk mengurus pembentangan kumpulan masing-masing. Takpa Mal. Hidup mesti diteruskan. Okay.

Untuk tahun 2013 ini, 3 subjek aku dan berakhir. Bermulanya tahun 2014 ini pula, dua lagi subjek teras kejuruteraan menanti iaitu subjek:-
  • EPT 162 - Computer Programming. [17.01.2014]
  • EPT 114 - Statics.[18.01.2014]

Ini bermakna aku ada masa lebih kurang 2 minggu untuk mengulangkaji dua subjek 'KILLER' ini. Pray for the best! Ya Allah, Permudahkanlah segala urusanku ini. Aamiin..

P/s: Untuk Emon, Tim, Amirul Farhan, Asnan, member kebudayaan dan taekwondo gtf UniMAP, All the best! Miss korang... :D