Saturday 15 October 2011

Happy Birthday to Me ^_^

14 Oktober 2011 bersamaan dengan hari jumaat. . .
Hari Ulangtahun kelahiranku. . .

Ingin ku ucapkan kepada semua yang mempunyai tarikh kelahiran yang sama
Selamat Menyambut Hari Ulangtahun kelahiran yang ke-. . .. 
hehehe

Hari ini, aku bercadang mau balik awal pi kamsis. . .
Sebab aku tau kalau aku stay lagi lama. . .
akan ada lah rancangan2 untuk mengenakan aku. . .
seperti yang berlaku kepada zaza. . . 
Ngeri..hahaha

Habis dari kelas pneumatik dan hidraulik, 
aku balik pi library.. 
nak jumpa en. Iz pasal kertas kerja annual dinner...
petang tu dah setel. . .
dalam kiraanku, malamnya dah tak perlu ak ke library. . .
tapi sempat gak aku terkena dengan dorang azwanshah dan kak ros..
mak aih. . . 

Special from Kak Ros and Azwansyah. . .

Balik pi Kamsis. . .
Bagi meraikan hari kelahiranku ini.  . .
konon nak treat special lah diri aku yg kurang terurus ne. . .
Buka Laptop trus pasang drama korea. . .
Drama Sad Sonata lagi tu. . .
hehehe. . .

Tak lama jam 7.53pm. . .
Kak Desiree sms aku. . .
katanya en. Iz nak jumpa pasal kertas kerja. . .
Sah memang firasat aku akan kena juga ne. . .
setelah lama berdolak dalik. . .
aku pun chow pi library. . .
masuk bilik kerja. . .
suma ak tengok cool je..hm..memang sah. . .
Ada something wrong somewhere neh. . .
tapi ak biar kan ja. .  .

Meeting Bersama Mekh dan En. Izz. .
Banyak gak yg dibincangkan tu. . .
dan di sepanjang perbincangan kami tu. . .
Mula2, mirna ketuk bilik en. Izz. .
Katanya mw pinjam Marker Pen. . .
Hmn, satu klu dah mai dah. . .
Tak lama pastu, Sharul c Superman pla dtg dgn tujuan yg sama. . .
Pinjam marker pen gak. . .
Setelah itu, aman seketika . .

Dan Kemuncaknya. . .
Anas masuk dengan lappynya. . .
intro ayat tu, cewah.
' En. Izz ble tengok video ne, macam ada masalah.'
aku pun ikut gak berpaling & melihat 'video yg dimaksudkan tuh. . .

Video yg dimaksudkan, ialah video nyanyian selamat hari jadi versi upin & ipin. . .
Sah aku dah kena memang lah..gimik sungguh perbincangan suma neh. . .hahaha

Serentak intro dari anas tuh, ramai RP jdi follower dri belakang ar. . .
Sekaligus bersama cek coklat yg kretif selley. . .hehe
Dengan beberapa drpd mereka sanggup meletakkan lilin pewangi tu kat tangan dorang. .  .
Kesiannya, tahan sungguh!!
apa tidaknya, lilin tu cair pastu melimpah kat tapak tangan dorang. . .
Terharu sket air mata ne dalam hati lah..hehehe


Karya Superman (Sharul Nizam)

-Kreatif gak idea RPeanz ne-


Special thanks to:-
En. Izz
 Desiree
 Mekhadtu
Mirna
Superman RP
Rahim
Sofea
Abg Asmar
Anas
Nico
Fazriee
Zaini
Iznie
Hafizan
Yan
Ariffin
Yusnainda
Farhan
JJ
Jadelyn

Yang hadir pada malam tu . . .hehehe

Monday 3 October 2011

Pen Kesayanganku.

Ini dia pen kesayanganku, pemberian ibu, baru sempat berkhidmat selama 3 minggu lebih bersamaku. Buat kali pertama, aku jumpa dakwat pen yang menepati citarasaku.cewah. . . hehehe


Tapi pada hari ini, dia kini tinggal kenangan, macamana pula? dakwatnya dah habis. huhuhu. . .
Kebetulan ketika aku tengah menyiapkan laporan bengkel M.I.G. last minute lg tu. . .
Tapi tak apa. . .
Akan kucari pengganti sepertinya jua. . . InsyAllah. . .
(^___^)v

Saturday 1 October 2011

Ujian Litar Cascade Aku Yang Ke-2



Hari merupakan hari Sabtu yang pada umumnya hari yang ditunggu untuk bercuti setelah 5 hari belajar/ berkerja. Tapi hari ni aku ada ujian (retest) litar cascade aku buat kali ke-2 setelah litar yg aku ma partner aku c Hazlan (Lanpek) pasang tak berfungsi dan tak sempat siap dalam 10 minit yg diberikan. So, En. Hanizam bagi kami buat retest pada hari Sabtu jam9 hinggalah jam11.

Pagi2 lagi wajimin call aku, dooi, mau remind aku pasal jam9 p makmal pneumatic. Sampai aku d Jabatan Kejuruteraan Mekanikal tepat jam 9.00 pagi. Call wajimin, rupanya masih dalam perjalanan pergi Politeknik. Dia suruh aku pergi makmal dulu..ok..hehe


Sampai ja ak dekat makmal tu, rupanya ada kelas lain juga turut berada dalam makmal. Datang2 ja terus kena suruh wat litar. Dengan berbekalkan lukisan litar A+ B+ A- B-, aku pun cuba la susun dulu komponen2 yang terdapat dalam lukisan litar tu.

Habis susun, masuk bab sambung menyambung saluran angin pi komponen2 ne. Mula lah aku kaget, sebab sebelum ne aku tengok dorang ali, joseph, dan wajimin ja wat litar tu. Tiada peluang aku menyelinap masuk memasang litar masa belajar pasang litar waktu kelas En Rozie. Teringat pula pesan En. Hanizam pasal
Pasang kena ikut nombor pada symbol.

Fuh dengan bermain ayat tu di otak aku ne, aku mula menyambung hos saluran angin mengikut litar yang simple dulu. Habis pemasangan simple, masuk pula sambungan yang memerlukan sambungan T, masa ne aku bertawakal ja menyambungnya. 


Bila aku dah yakin siap, minta En. Hanizam periksa, masa periksa tu, aku terkejut, start angin masuk, aku tekan Push Button, litar itu berfungsi(aku Happy sangat dah masa tu)!!!  TETAPI ,silinder A tak balik pi tempat asalnya (A-).  Ternyata lukisan litar aku salah! En. Hanizam suruh aku chek litar dengan kawan yang wat litar yang sama, aku pi makmal sebelah, Alhamdulillah, wajimin pun wat litar yang sama. 2 kali aku rujuk ma wajimin, aku tertukar a0 dan a1 rupanya. Dengan hati2 aku cuba tarik hos2 tu bagi tempat yang betul. Selepas semuanya siap, aku cuba, dan ternyata litar aku berfungsi sepenuhnya. aku GEMBIRA walaupun masa untuk aku menyiapkannya sepatutnya 10 minit telah berlanjutan sehingga 1 jam, Alhamdulillah yang penting litar ne berfungsi. . . v(^_^)v

Gambar 1: karya litarku yang pertama, hehehe.