Saturday 28 December 2013

Luahan Jiwa Yang Pudar : TITAS

Aku,
Bakal,
Menghadapi,
Peperiksaan Sesi 2013/2014,
Pelajar ijazah sarjana muda yang dah bakal menjelang,
Aku pula semakin tidak tentu hala tuju,
Tiba-tiba aku jadi hilang arah,
Tidak tahu macamana nak belajar,
Dan itu seringkali terjadi di saat aku bakal menghadapi peperiksaan.

******************//********************

Diploma dulu,
Aku cuba mengatasi keadaan,
Aku lihat kawan-kawan yang mula sibuk belajar,
Persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang,
Cuba untuk cemburu dengan kegigihan mereka,
Aku cuba mengikuti rentak,
Walaupun cemburu itu maya, yang sengaja aku adakan,
Alhamdulillah, paksaan yang aku wujudkan sendiri,
Buat aku meneroka ke jalan ku sendiri,
Dihalangi benteng kejahilan,
Aku mula meneroka sendiri,
Cuba melepasi benteng-benteng yang ada,
Tanpa perlu lagi aku merasa cemburu kepada kegigihan kawan-kawanku.

******************//*****************

Setahun lebih aku tinggalkan perjuangan pembelajaran itu,
Kini aku kembali lagi,
Dengan namanya ijazah sarjana muda,
Kadang buat aku lemas sendiri tatkala cuba sampai di seberang lautan,
Lautan yang 4 tahun lamanya untuk sampai,
Aku kembali berhadapan dengan situasi yang sama.

*******************//******************

Tiga set peperiksaan pertama yang berkonsepkan teori,
Teori = Hafalan,
Masih mampu kah aku?

**************//**************

Kubelak helaian demi helaian,
Membaca tiap baris perkataan,
Duduk aku menelaah,
Hatta gagal dalam ketabahan,
Aku teruskan membaca di tempat pembaringanku,
Bagaimana mungkin bisa aku tanamkan setiap idea cetakan di helaian ini,
supaya tersemat kukuh di ingatan,
Agar boleh ku huraikan semula bila aku memerlukan,
Baca dan teruskan membaca,
Tamadun Islam, 
Tamadun Melayu,
Tamadun India,
Tamadun China,
Bila saja kubelek sekilas bab Tamadun India,
Hampir saja aku kehilangan motivasi untuk meneruskan pembacaan,
Kelahiran tamadun, Agama yang wujud, 
kepelbagaian ajaran yang berkonsepkan prinsip masing-masing,
Sumbangan tamadun2 yang aku kira jauh dari suasana persekitaranku,
Yakinku mustahil sungguh penerangan sepanjang ini,
Menyerap masuk ke mindaku yang lena ini.

*******************//********************

Helaian kertas berbutirkan tulisan cincaiku,
Kucapai laju,
Meskipun butiran secincai itu,
Itu merupakan coretan-coretan tips yang ku dengar,
Meskipun tanpa kesahihan yang benar 100%,
Kukumpulkan kembali keyakinan dan semangatku yang pudar,
Kuandaikan masa begitu mencemburuiku,
Walhal, di hari yang lalu aku bergoyang kaki,
Bersenang hati suka,
Fokusku cuma atas coretan cincai itu,
Selebihnya aku hanya mampu bertawakal.

Monday 16 December 2013

Bayanganmu

Aku memandang bayangmu berdiri sepi,
Meskipun dirimu jauh,
Bayangmu mendekat,
Seakan-akan sentiasa dekat menemaniku,
Walhal itu cumalah khayalanku,
Mengapa harus penantianmu jelas di pemandanganku,
Buatku selalu tertanya-tanya,
Siapa gerangan dia yang kau nantikan?

Friday 6 December 2013

Langkah terakhir

Bila pintu hatiku diketuk,
Termanggu aku dilemma,
Buat tempoh yang lama,
Mencapai kekuatan yg ada,
Aku menuju ke pintu itu,
Tanpa aku sedari ketukan itu telah lama terhenti,
Kerana ada insan dah mempelawanya,
Aku hanya mampu tersenyum,
Memandang langkah terakhirnya yang berlalu pergi,
Jauh meninggalkan ke arah ku,
Setiap detik ada laluannya,
Cepat atau lambat saja penentuannya,
Biarpun yang pertama kalinya buatku,
Namun jika ianya bukan untukku,
Sememangnya detik kelengahan itu,
Ada hikmahnya buat orang lain,
Segalanya berhikmah,
Sabar itu prosesnya pengorbanan kehendak,
Bagi menunjukkan indahnya keperluan sebenar.

-Budak Bintang-

Thursday 5 December 2013

Ukiran Memori DI Hati

" Terima kasih atas segalanya,
Yang telah kau beri amat ku hargai,

Semua ku simpan di dalam hati,
Penuh riang tawa mesra,
Terus terukir di hati " - Terima Kasih oleh Iamneeta.


Kedengaran setiap bibit ayat yang dialunkan,
Menyeret ingatan ku kepada perasaan lalu,
Yang aku cuba redakan,
Namun pasti ada saja,
Yang buat aku teringat padanya.

Aku kata ingin lupakan perasaan itu,
Namun aku tak buat apa-apa pun selain menyibukkan diriku,
Walaupun aku mampu,
Dek kerana kesibukkan,
Keazamanku untuk berpegang kepada kata-kataku,
Aku lama tak follow up news dari dia,
Tak tanya khabarnya,
Kerana aku sendiri rasa tiada arah,
Tiada benda yang nak dibicarakan,
Akhirnya, aku hanya menunggu,
Menunggu sesuatu yang tak pasti.

Mungkin kerana itu,
Sesekali aku terlupa akan dia,
Adakalanya sehingga berminggu-minggu lamanya,
Bila aku tersedar hakikat itu,
Mulanya gembira kerana aku fikir aku telah dapat bebaskan bayangannya dari hidupku,
Lama kelamaan, aku rasa sesuatu,
Jauh di sudut hati,
Jauh dari senyuman wajahku,
Jauh dari gerakku yang lincah,
Yang cuba menghadapi hidup ini seadanya,
Aku,
Rasa,
Kosong,
Kosong yang tak tercapai dasarnya,
Apa dayaku, selain berdoa,
berharap yang terbaik dari Tuhan yang Maha Mengetahui segalanya,
Di sebalik semua kejadian.


Tuesday 3 December 2013

Bachelor Of Engineering (Honours) (Product Design Engineering) Semester 1, Year 1

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa.


Post kali ini kutampilkan khas buat mereka yang meminati bidang 
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Rekabentuk Produk).

Mengapa Tiba-Tiba Nak Buat Post Ini?

Berdasarkan pengalaman aku semasa nak pilih kos untuk sambung ijazah sarjana muda,
aku cari silibus di internet ini punyalah susah untuk setiap kos yang aku mohon dalam upu. 
Sebab aku nak tahu juga apa yang aku akan belajar kalau aku nak ambil kos tu kan,
tak lah aku rasa macam salah pilih kos seperti masa aku pilih kos untuk diploma di politeknik dulu.


Diploma? Apa Kaitan?

Minat Lukisan Kejuruteraan, nak jadi guru Lukisan Kejuruteraan, perkara pertama aku terfikir "Arkitek".
Tapi masa itu, aku tak tahu pun nak jadi arkitek tu nak ambil diploma apa. 
Apa yang aku tau, ada kaitan dengan kejuruteraan awam. jadi pilihan pertama aku untuk poli tu, 

1. Diploma Kejuruteraan Awam

Pilihan kedua pula, aku buka majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said (SMATS), Alhamdulillah, disertakan kelulusan akademik bagi setiap guru SMATS, ringkasnya, aku rujuk diploma guru LK aku masa tu, tambahan pula, ada dua orang guru aku yang ambil diploma yang sama iaitu,
Cikgu Sharul ( ajar LK, Addmaths, Teknologi Kejuruteraan),
 Cikgu Norwati kalau aku tak silap, sorry cikgu T_T  (ajar Fizik) jadi aku isi pilihan kedua:-

2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)

Ditakdirkan, aku dapat pilihan yang kedua iaitu kos mekanikal (pembuatan), sepanjang melalui 3 tahun tu ada sekali sekala perasaan SALAH PILIH KOS PENGAJIAN itu wujud dalam jiwa dan bermain di minda terutamanya bila aku berdepan dengan subjek yang berteraskan pengiraan yang aku rasa tak mampu nak hadapi, ditambah lagi dengan dugaan-dugaan markah kuiz, ujian, dan tugasan yang rendah. Memang adakalanya, air mata jatuh sebagai pengaduanku tanpa kata, 
hati dan perasaan yang calar balar menggores ego untuk memberitahu kebodohanku,
kepala sakit tak cukup tidur dan banyak berfikir, 
jari berbalut tisu sebab last2 minggu perabih membalun menapis nota-nota,
semua itu aku lalui demi menghakis kejahilan yang ada dalam dunia mekanikal pembuatan,
yang aku kira agak jauh bezanya untuk menuju ke arah cita-cita sebagai seorang Guru LK.

Ok, itu secara ringkas bagaimana aku pilih diplomaku.


Struktur Kurikulum bagi Tahun 1, Semester 1.

Berikut merupakan subjek atau lebih dikenali sebagai kos yang ditetapkan dalam bidang kejuruteraan Rekabentuk Produk.

Kos Teras Kejuruteraan

  1. EPT103/3 - Materials
    • Siapa yang ambil diploma kejuruteraan mekanikal pembuatan macam aku dulu, kos ini merupakan rangkuman subjek teknologi bahan 1 dan teknologi bahan 2. Sudah tentunya, teori melulu.
  2. EPT152/2 - Engineering Drawing
    • Lukisan Kejuruteraan! Kalau dibandingkan dengan LK yang aku ambil masa SPM 2008, memang ada perbezaan sedikit lah. sebab yang ini, kami advance lagi, belajar autocad sekaligus melukis kembali logo yang sedia ada menggunakan autocad. Mungkin bagi sekolah lain, terutamanya sekolah teknik belajar lagi advance kot, tapi untuk aku yang aliran teknikal sains di sekolah agama ini, ambil kos ini, banyak belajar benda yang baru juga lah.
  3. EPT191/2 - Workshop and Studio Practice
    • Kos ini lebih menjurus kepada mendedahkan dunia lukisan kepada pelajar, seperti yang terdapat dalam post aku sebelum ini. Pensyarah ajar dari asas macamana nak melukis dari asas garisan-garisan hinggalah melukis melalui sudut perspektif. Apa orang putih kata "Free Hand sketching" gitu. Sekarang ni (Disember 2013), kami ditugaskan secara berkumpulan untuk merekabentuk sebuah alat yang boleh menunjukkan masa, ringkasnya, redesign jam lah.
Kos Bukan Kejuruteraan
  1. EQT101/3 - Engineering Mathematics I
    • Engineering mathematics, what more I can say about this, calculation, deals with those differentiate, integration, well its maths anyway.
  2. EPT162/2 - Computer Programming
    • Setahu aku, pelajar jurusan elektik saja yang ambil subjek ini masa diploma dulu, tapi itu dulu lah. Faktanya, kena ambil juga kos ini. Belajar segala kod dan peraturan penggunaannya. Pada mulanya, aku berpendapat C.P. ni sama macam Visual Basic, tapi fuh, jauh bezanya, rasa macam senang lagi visual basic. Apa pun dua benda tu dalam satu jabatan yang sama lah. Kos ini guna perisian DEV C, bukan C++, so, mungkin ada beza sedikit lah.

Kos Keperluan Universiti
  1. UUW233/2 - Islamic & Asian Civilisations
    • Pernah dengar TITAS? hah ni lah Titas tu. Lebih kepada pengajian tamadun-tamadun Asia, Islam, China, India. 
  2. UUW114/2 - University Malay Language
    • Sejujurnya, aku tak sangka belajar bahasa Melayu di universiti. Tapi itulah hakikatnya, di Unimap ni, kena ambil jua BM ni. Tapi tak apa, pensyarah BM kami best, aku suka. Hahaha. kan best kalau pensyarah semangat mengajar macam tu. Pelajar pun semangat nak belajar. Penerangan yang detail. 
  3. UUW235/2 - Ethnic Relations
    • Hubungan Etnik lebih kepada pengajian hubungan etnik di malaysia. Ianya merangkumi banyak aspek terutamanya dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial. Ianya jua berkait rapat dengan sejarah sebelum merdeka, selepas merdeka, dan rancangan-rancangan  Malaysia yang menyentuh kepada penyatuan etnik. 
Ko-kurikulum
-Bergantung kepada pilihan badan unit beruniform masing-masing, majoritinya setiap badan unit beruniform itu mempunyai kiraan jam kredit yang tersendiri. Senang cerita, aku pilih Taekwondo GTF.

  1. UZW172 - Taekwon-Do GTF I
    • Nak dapat jam kredit yang penuh untuk Taekwon-Do ini, aku kena ambil mula dari semester 1 hinggalah ke semester 3 sebab ko-kurikulum ini menawarkan 3 peringkat untuk dilalui bagi memperolehi 3 jam kredit. Jadi untuk semester I ini, sistem kira ko-kurikulum Taekwon-Do GTf I aku tu sebagai 1 jam kredit. 
    • Setakat ini, latihan diadakan pada setiap malam Sabtu, mula dari jam 8.30 pm - 11.30 pm, ditempat yang ditentukan oleh pusat ko-kurikulum. Selalunya tempat itu, berubah-ubah mengikut jadual yang dipamerkan dalam portal pelajar. Jadi pelajar UniMAP ini, penting tengok portal. Kalau tak, silap haribulan sesat pergi tempat ko-kurikulum lah jawabnya. Setakat ini pun, banyak dah pelajar jadi mangsa tak datang ke latihan Taekwondo sebab tak tengok perubahan tempat dalam jadual ko-kurikulum pelajar.

Sekian Terima Kasih.

Sumber Fakta: Buku Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Sidang Akademik 2013/2014


_______________________________*************_______________________________

Celoteh-Moteh.


Itu merupakan silibus yang tertera dalam buku panduan akademik, jumlah jam kredit untuk semester 1 ini sepatutnya 19 jam kredit, sepatutnya lah. Tapi, entah kenapa kami kena ambil kos EPT 114/3 Statics pada semester 1 ini. Padahal kos EPT114 Statics itu, berada dalam silibus semester 2, tahun 1. Itu menjadikan jam kredit secara totalnya sebanyak 22 jam kredit.


Wujudnya pengecualian kredit (Transfer Credit) untuk pelajar yang merupakan lepasan diploma seperti aku, ibarat pucuk dicita ulam mendatang (betul kah perumpamaan aku ini). Jadi aku isi borang pengecualian kredit itu disertakan dengan salinan transkrip diploma sebagai bukti yang aku ini layak untuk mohon dikecualikan dari mengambil kos yang sama sekali lagi di peringkat sarjana muda ini. Wajib ada salinan transkrip diploma, sebab bila kita isi borang permohonan pengecualian kredit itu, akan ada penelitian yang dilakukan untuk menentukan sama ada kita layak diberi pengecualian kredit atau pun tidak. 


Setelah urusan pengecualian kredit aku diluluskan, jumlah jam kredit aku ialah sebanyak 16 jam kredit sebab aku tolak kos:-
  • Materials - bersamaan dengan subjek Teknologi Bahan 1 dan 2 masa diploma di Politeknik Kota Kinabalu.
  • Engineering Mathematics I - bersamaan dengan Engineering Mathematics 1, 2, dan 3 masa diploma dulu.

Pada mulanya aku nak kecualikan kos Materials saja, tapi Dr. Taufiq tawarkan aku supaya mohon pengecualian untuk Engineering Mathematics I juga sebab aku layak mohon, jadi aku pun bersetuju. Engineering Drawing pun aku layak mohon tapi memandangkan aku dah tinggalkan lukisan kejuruteraan ini bertahun lamanya, aku buat keputusan nak ambil kos ini, untuk mengembalikan memori lalu sekaligus cuba memantapkan kemahiran, aku kan ada cita-cita, Insya-Allah, semoga dipermudahkan segala urusanku, aamiin.


Sekian, Terima Kasih.