Tuesday 30 April 2013

My Facebook Gone to Vacation

Assalamualaikum & Annyeonghaseyo.

26 April 2013
I decided to deactivate my Facebook account for a day, a week, a month, a year, or even for forever. Somehow, I did it and through that period of time I got a plenty time for myself. So, this is life without facebook because I forgot how it was before I had a Facebook account. 

The second day, I tried to open my email but failed. Ahh!! eottoeke? All this time, I get used to connect it with Facebook until I forgot the password for my email already. That's how my Facebook Account being active back. (^_^")

The main reason for me to deactivate my fb?
A. Wasting time and spending to much on Fb.
B. Tired waiting someone.
C. To know someone who actually care about me.
D. Can't stand watching someone who actually happy with or without me.
E. All statement above.


Nothing special actually. Hehehe

Sunday 14 April 2013

Instep PTP-1 Ambilan Julai 2013

Assalamualaikum W.B.T & Annyeonghaseyo~


Hai, Nama aku Amal v(^_^)v

Akhirnya, selepas menyepi dari pengambilan PTP-1 2012, terdetik rasa nak mencuba lagi untuk pengambilan kali ini. Ini pun ekoran daripada gelaran dari seorang junior aku di Poli dulu, kata-kata ala jemputan dari kawan-kawan aku yang dapat Instep dulu dan pintu hatiku terbuka dengan izinNya, aku pun mula jeling-jeling laman web instep ni. 

Pengumuman
Buat pengetahuan semua, pengambilan Instep PTP-1 Ambilan Julai 2013 telah pun dibuka.


Semua lepasan Diploma kejuruteraan yang berkaitan dengan program yang ditawarkan digalakan memohon, terutamanya lelaki kut aku masuk kategori kejuruteraan Mekanikal sebab dulu aku ambik DTP di Politeknik Kota Kinabalu. 


Program yang Ditawarkan
Ptp-1 Program Teknologi Petroleum (1 tahun)
  • Elektrikal.
  • Instrumentasi.
  • Makmal.
  • Mekanikal.
  • Proses dan Pengeluaran.


Berdasarkan info dan pengalaman temuduga Instep aku yang lepaih, untuk program yang ditawarkan bagi lepasan diploma jurusan aku ni selalunya dan kebanyakkannya  golongan putera yang mendominasi, Encik panel kata nak tawarkan Instrumentasi tapi katanya wujud masalah sedikit sebab aku bukan ambik kos elektrik pun. Sebenarnya, lepas aku fikir semasak-masaknya pasal kata-kata panel yang aku terima hari tu, pintu hatiku dan tutup separuh untuk terus berharap masuk ke Instep. Pada tempoh menunggu keputusan tu, aku masih berharap akan berlaku keajaiban bahwa aku masih boleh diterima masuk namun kerana wujudnya harapan sebegitu, agak terasa sedikit kecewa tertonggeng la aku sendiri. Jadi, kali ini aku tanamkan semangat mencuba nasib memang dari dulu pun hahaha sementara menunggu keputusan upu lagi.


Syarat-syarat Permohonan



Panduan Permohonan


Serba sedikit info gambar yang aku gali dari telaga web Instep untuk rujukan aku di masa-masa yang diperlukan. Maklumat lanjut sila berziarah ke laman web Instep sendiri, ramai-ramai pun boleh. hehehe.

Mungkin lepas ni, kena pergi Bandaraya Kota Kinabalu (KK) untuk berurusan dengan CIMB Bank pada waktu aku cuti kerja. Al-maklum lah, Daerah Kota Belud (KB) ni belum ada perkhidmatan CIMB Bank lagi. Entah bila akan ada. ^_^

Selamat memohon! Kalau ada tips2 berguna, share lah. Hehe. 
InsyAllah, dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

Friday 5 April 2013

Aku dan UPU

Assalamualaikum W.B.T, Annyeonghaseyo Konbanwa~


Aku dan UPU, banyak jua kisah aku dengan upu ni. Kunun lah.

Buat masa sekarang ini, sebahagian daripada kawan sekelas aku dah sambung degree dan tak kurang juga yang suda mulai bekerja termasuk aku walaupun lari jauh dari kos pengajian, tak mengapa, pujuk diri supaya bersyukur dan ada hikmah disebalik semua ini.

Mengungkit masa lalu kenapa aku tak mohon upu, antara punca-punca utamanya, aku sendiri leka, lalai, dan sibuk dengan progress laporan projek. Memang masa tu, aku berserah seja lah. Saat aku mula sedar dan menyesal tak isi awal-awal bila kawanku Yus, tanya kalau aku sudah mohon upu. Masa tu beberapa minit lagi menuju ke jam 12 tengah malam, esoknya mo tutup permohonan secara online, dan aku pula masa tu tengah join final projek dorang yus. Nak terhenti jua aku masa tu, tapi perkara paling terer aku buat ialah pasrah dan membina azam baru. Hehe. Selain itu, aku labuhkan segala harapan ke permohonan Instep. Tapi tak lah tinggi sangat. Sebab kalau aku tak dapat Instep memang aku dah plan B jua. Nak kerja setahun dulu sementara menunggu next upu. Apa pun, lepas aku tau aku tak dapat tu, fuh! Nasib baik masa tu teda orang di rumah. Sabo jak lah air mata tuh.

Azam punya azam pun, lewat juga aku hantar surat permohonan upu tu. Dari cari cetakkan akreditasinya, bingung2 lagi pi minta pengesahan di pejabat pendidikan, mo guna pos laju ke sistem biasa ja. 5 April 2013, bersamaan dengan hari aku bertolak ke Politeknik Kota Kinabalu untuk majlis konvo, baru aku pi hantar. Aku ingat jam 8 tepat, buka lah Pejabat pos tu. Rupanya belum lagi.

Pejabat Pos belum buka, dah ada orang menunggu depan tu.
   
Bismillah, Moga perjalananmu selamat menuju ke destinasi. Aamiin.

Urusan selesai, Tata pejabat pos KB

Bersama Darling saya yang comel
Siap jak hantar surat tu, terus bergegas pulang ke rumah. Bersiap pula untuk ke Politeknik Kota Kinabalu for my convocation register.

Alhamdulillah, sekian.