Wednesday, 4 July 2012

Pengalaman Bekerja Sebagai Cashier G*mart KB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Untuk makluman, ini kali pertama aku kerja dapat gaji.Kerja sebagai Cashier di sebuah kedai yang agak sibuk jua la. Nama tempat aku kerja tu G*mart asalnya merupakan kedai Superstore.

21/06/2012 - kena panggil untuk temuduga lisan dan mengira, bagi dua keping gambar passport.
22/06/2012 – Hari Jumaat. masuk kerja sebelum jam 8.30 am (Shift Morning).
 Ada 3 shift, iaitu :-
Shift Morning                    - Jam 8.30 am hingga jam 5.30 pm
Shift Afternoon                                - Jam 12.30 pm hingga jam 9.30 pm
Shift Full                               - Jam 8.30 am hingga jam 9.30 pm

Dah 12 hari aku kerja berturut-turut dan akhirnya pada hari yang ketiga belas iaitu pada hari Rabu bersamaan dengan hari ini, aku dapat cuti sehari. Ertinya aku kerja 6 hari seminggu dan cuti setiap hari Rabu.

Hari Pertamaku 22/06/2012, Hari Jumaat.

Sementara menunggu masuk kerja, aku berkenalan dengan dorang Fidah dan yang lain. Aku kena tegur pasal pakaian, rupanya tak boleh pakai baju kemeja putih lengan panjang. Mesti lengan pendek. Adui, hari pertama lagi aku dah buat hal. Sudah la, ku kena take in baju tu. Sabo ja la.

Kena ajar macamana nak guna punch card. Sebelum masuk kerja jadi cashier kena tolong bahagian pembungkusan sayur dulu. Banyak soalan demi soalan diajukan untuk mengenali aku. Soalan yang buat aku terkejut ialah “ Sudah kahwin?” Kahwin? Di usia 20 thn ni, itu pn belum genap 20 thn lgi. Rupanya di antara cashier tu, Cuma aku ja yang masih bujang la kiranya. Kalau yang belum kahwin pun, memang dah ada teman lelaki sudah. Kebanyakan staff sudah berkahwin. Jadi kena hati2 jua lah. Hehe. Ok2.

Tepat jam 9.00 am baru masuk pejabat untuk urusan cashiering. Sebenarnya ak dapat masuk bahagian cashier ni pn sebab ada sorang cashier tu nak berhenti kerana dapat tawaran untuk sambung belajar dalam bidang undang-undang syariah. Kira ak ni pengganti dia, o ya, nama dia Farah. So, ak berada dalam pengawasan dan belajar dgn dia la untuk hari tu sebab ak kerja guna ID dia. Aku masih ingat, kaunter pertama aku ialah kaunter 3 dan pelanggan pertamaku ialah seorang perempuan yang agak berumur. Banyak yang ak perlu belajar masa tu:-
·         kena belajar macamna nak kira duit syilling dgn cara yang simple dan cepat.
·         Cara nak cash in dan cash out.
·         Cara packing barang mengikut saiz plastik.
·         Asingkan bahan kering dan basah, sabun, makanan.
·         Macamna nak guna fungsi voucher dan coupon.
Farah pesan sebelum bagi baki duit pada pelanggan, kena kira dua kali supaya tidak salah kira. Sebab kerja sebagai Cashier ni banyak risikonya, silap2 boleh kena potong gaji. Fuh~ Ralatnya:-
·         Short – Bagi pelanggan baki duit lebih dari yang sepatutnya.
·         Over – Kuantiti duit di kaunter berlebihan dari yang sepatutnya.
·         Balance – ngam-ngam, tepat.
So petang tu, sampai ja aku di rumah, terus mengampai di tilam. Penat Sungguh! Tapak kaki aku terasa sungguh perit untuk berdiri. Apa tidaknya, berjam-jam aku berdiri. Duduk paling lama pun aku rasa tak sampai 5 minit. Esoknya aku dijadualkan shift morning jua.

Hari Kedua

Kedengaran sayup-sayup suara ibuku membangunkan aku. Sekali aku buka mata, tangan terus capai nokia aku. Jam dah 8.10 am. Nampaknya aku dah lambat untuk shift morning. Rasa mau menangis pun ada masa tu. Tak sedar langsung. Maklumlah terbiasa bangun tengahari kan cuti. Hehe. Ibu siap offer mau hantar, ak paham maksudnya tu kalau drive tu memang ala-ala racing fast furious  ar. Mandai ja ak ni. Haha. Aku hantar mesej minta tukar pi shift Afternoon. Ni baru la, hari kedua dah pandai2 minta tukar shift secara last minute lagi tu. Ertinya, hari kedua , aku dah mula kerja shift after iaitu dari petang sampai malam.

Dalam fahaman ak, boleh pakai seluar jeans warna biru, so aku pun bersiap-siap la dengan jeans biru aku tu. Jam 12.20 pm, ak dah sampai ke tempat kerja. Kena sound lagi, rupanya cashier mesti guna seluar slack atau jeans yang berwarna hitam sahaja. Ayat paling aku sentap “Pecah rekod ko ni taw, teda org pernah buat mcm ko lagi di sini). Nah, lagi la aku rasa sandi betul. Kalu pecah rekod sebab kerja bagus, tak apala, ni tak, langgar peraturan berpakaian.huhu. Terus ni telefon ibu minta hantar seluar warna hitam tapi dah tak sempat. Namun ibu tetap datang jua, bagi aku seluar hitam kat counter 2. Aduh ibu, thanks a lot, tapi ak tak pakai jua seluar tu. Hmn..

Masa aku di counter 2 tu, aku berada dalam pengawasan kak bibi. Ada seketika tu, kak Mas pn ada situ. Aku nervous sungguh, terasa setiap gerak geriku diperhatikan. Apa pun aku cuba buat macam biasa ja. Aku Cuma tengok barang-barang, duit, monitor , dan plastic. Khusyuk betul ni. Sampai muka pelanggan pun aku tak tengok langsung. Sebab aku takut short duit. Alahai…

Dan begitu lah hari aku seterusnya. Banyak masalah jua yang ak jumpa. Pelbagai ragam, emosi, kehendak, situasi, dan nasihat yang aku terima. Kakak senior cashier memang banyak membantu. Memberi nasihat dan tunjuk ajar supaya aku tak mengulangi kesilapan lagi. Tapi ada satu hari tu, aku terasa hati sikit la. Maklum lah, aku ni kira orang baru, so banyak perkara yang aku tak tahu. Ya lah. AKU TAK TAHU APA AKU TAK TAHU. Sejak dari tu, aku lupakan apa yang telah buat aku terasa hati, sebab kalau tidak, memang aku akan malas nak datang kerja. Aku pegang prinsip, “Malu, Rugi”. Apa benda yang aku tak tahu, akan aku tanya ja. Peduli lah kalau ada orang cakap aku ni banyak tanya. Sebab aku tak tanya lah aku dapat banyak masalah. So lebih baik aku tanya kan? Mungkin perkara tu kira remeh temeh untuk mereka, tapi kalau aku buat salah yang remeh temeh tu pasti aku kena jua kn. So, I better ask them. Sila lah tunjuk ajar saya ya.

Bila bahagian berhadapan dengan pelanggan pula, hah ni. Ada hari tu, memang aku rasa mau mengamuk sudah. Seharian melayani pelbagai kerenah pelanggan. Tak semua lah. Tapi yang sikit-sikit tu yang bikin spoil mood.

Situasi 1
Letak barang atas kaunter, macam nak humban barang pun ada.

Situasi 2
Ada yang tak sabar-sabar lagi tu, belum aku siap scan harga barang si A, si B dah letak barang-barang dia atas kaunter, kalau sikit tu tak pa la. Boleh juga aku bezakan mana satu barang si A dan barang si B. Ini tidak. Aku scan sekali dengan barang si B tu, bila aku tanya balik, jawab pastu tengok aku macam nak maki aku je.  Di situ la juga, aku akan tanya dulu takat mana barang-barang pelanggan tu. “Ini saja ka pacik?” “Ini ja kan aunty?”. Bila aku renung ayat tu, ada bunyi2 macam menyindir, tapi jujur la, nanti aku yang silap scan barang-barang.

Situasi 3
Potong barisan lah pula. Siap lalu dari belakang terus letak barang-barang depan kaunter padahal pelanggan dah baris memanjang di belakang tu. Pastu tengok aku, dengan muka tak puas hati lagi tu. Nak cuba buat aku serba salah lah tu. Jadi kalau aku dahulukan dia, pelanggan yang di belakang tu pula yang tengok aku macam nak makan aku ja. Dalam situasi macam ni, aku memang tak tengok wajah pelanggan, silap haribulan, aku yang hot sendiri atau lemah semangat mau bekerja.

Situasi 4
HARI TANPA PLASTIK. Merupakan hari yang penuh dengan dugaan. Kena rajin bertanya dan teliti dengan duit-duit ni. Sebelum nak packing, kena tanya pelanggan:
“aunty, mau guna plastic? Satu plastic, 20sen ya.”
“Pak cik, mau guna satu plastic atau bg asing-asing plastic? Satu plastik, 20sen.”
Selalu ayat-ayat macam tu la yang aku guna dan respon dari pelanggan pun tak kurang sama. Terlalu banyak untuk aku list jawapn tu, ada yang siap menyindir, buat lawak untuk menceriakan suasana, dan banyak lagi la.

Secara ringkasnya, banyak pengalaman suka duka aku bila jadi juruwang ni. Bila menghadapi hari yang tenang dan gembira, aku bersyukur kerana ianya menguatkan lagi semangatku untuk berkerja. Namun bila menghadapi hari yang huru-hara dan menyedihkan, aku cuba kuatkan semangat dan katakana pada diriku bahawa ini hanyalah salah satu pengalaman kerja sebagai juruwang dan berusaha lebih kuat serta berhati-hati pada hari yang mendatang supaya tidak berulang kembali. Insyallah. Doakan aku untuk yang terbaik di sini dan di sana nanti. Aamiin.

2 comments:

  1. cashier at kdai mne tu? state la sket..mcm pasar raya je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ble pula lupa.. hehe.. thanks .. :D

      Delete