Saturday 31 March 2012

Ujian 2 B5001-Engineering Mathematic

B5001 - Engineering Mathematics Test.

Itulah kod dan nama subjek ujian yang aku hadapi hari ini. Bangun pagi tadi dah jam 7.12am, niat mahu sambung tidur lagi. Tapi nasihatkan hati ini supaya sabar dulu, nanti tak pasal-pasal menyesal tak sudah lagi parah. Bergerak ke sana sini, bersiap itu ini, aku keluar dari bilik jam 8.50am terus menuju ke cafe, sarapan dengan 2 bun berintikan kacang hitam dan air mineral. 


Lantas bergerak menuju ke Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu, dengan niat nak menjenguk mereka di sana. masuk ke bilik kerja, ada c Feya, (online selley, hehe). Belajar matematik sambil lepak bersama-sama yang lain yang ada ujian mathematik hari ini. ada yang ujiannya jam 9am, jam 10, pastu baru kami jam11 am sampai jam 12 (1 jam ja pun). Aku guna sweater c raem, sebab aku tau dewan raflesia tu sejuk sangat. Mengigil kesejukan duduk dalam tu lama-lama. Kena-kena lagi hari ini tetiba merupakan hari aku dilawat sang bulan. haha. Harap2 ja tak kena Cik. Senggu bila jawab ujian tu. 


Jam11 am baru kami dibenarkan masuk ke dalam dewan, bila aku dah siap duduk siti, keluarkan barang keperluan yang patut. Tiba-tiba aku sedar ada ada satu benda aku kurang, KALKULATOR!. Mak aih, c Eman yang duduk sebelahku pun tanya 'Napa kau, Mal?'. aku pun apa lagi, cepat-cepat naik pi Library, sampai di bilik kerja, scanning seluruh meja aku guna tadi, teda ar kalkulator tu. C Alif pun pass kalkulator c Feya. Dapat ja kalkulator, aku rush up balik p dewan. Hampir semput aku bila sampai ke meja, siap batuk2 lagi. Ye lah, lama tak latihan stamina. Hehe, tetiba latihan stamina sebelum ujian pla tu..haha.

Masa jawab soalan tu, tawakal ja aku. apa nda, aku ingat tak ingat ja jalan penyelesaian bagi soalan-soalan maths tu. memang Hancoh lah jua aku di situ, hm, pengajarannya study kok awal-awal. aku memang tak ingat ada ujian hari ne, masa kelmarin(hari Jumaat) tu, sebab kelmarin sibuk satu hari dari jam8 am sampai jam 4ptg kami buat Pameran Projek Akhir semester 6 bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Pastu direct makan malam di tempat pameran juga. Balik2 pi bilik, mandi dulu. balik mandi, aku terima 2 miss call dari Ibu. Oh ibu, macam tau-tau ja aku pokai dah..huhu..kenal sudah anaknya ne..hehe..Habis bercerita ma ibu, duduk-duduk jap. Terasa sangat penat lelahnya, terus direct tidur. Kesimpulannya, tak ada aku belajar maths malam semalam tu. 

*tak semangat mau tahu result ujian maths ne...-sapa suruh?hehehe.


Tuesday 20 March 2012

Saya ikut Pertandingan 'Like' gambar di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum dan salam Sejahtera. Jom like Pic ini. It is in a 'The most Liked picture' Competetion.

Picture: pemandangan politeknik kota kinabalu

How?

Just click the url and hit the like button..^_^_^
Thanks a lots~

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=392817594078923&set=a.389863324374350.103931.253149174712433&type=3&theater

Thursday 1 March 2012

Hidupku: Dari Sebuah Mimpi

Beberapa hari yang lalu, aku bermimpi. Berlatarbelakangkan Pekan Kota Belud. Di bahagian IT-Base (tempat aku belajar tuisyen dan kursus komputer dulu) tapi masa mimpi tu ia tempat menjual kain, baju, seluar jeans, bersama aku dan beberapa rakanku di Politeknik Kota Kinabalu, yang aku kenal rupa ja. ada 5 watak dalam mimpiku itu. 

Dalam mimpi tu, aku ne mau betul beli seluar jeans sebab keadaan aku masa tu. tapi aku takda duit. So, aku minta dengan orang pertama (lelaki), dia bagi aku 50 sen ja. Yg kedua (perempuan), dia bagi aku 1 ringgit. Yang ketiga (lelaki), bagi aku RM5. SO, aku ada RM6.50. 

Bila aku masuk kedai tu dan tanya harga seluar jeans, kata jurujual tu RM10 ja! Duit dalam tangan aku tak cukup! Aku pun takda cara lain, keluar ja. aku bagi balik semua duit dorang dan Aku pun sedar dari mimpi.

Entahlah, sejak aku mimpi tu, rasa macam tak tenang ja. Pastu aku rasa apa yang berlaku dengan aku sekarang ne, dah dapat agak tanda-tanda dari mimpi tu. Cumanya, aku tak mau rasa kecewa dengan apa yang berlaku dan memberikan aku harapan yang tinggi. Sukar untuk aku tidak meletakkan harapan yang tinggi bagi setiap perkara yang berlaku. Kekecewaan yang pertama aku rasai sudah cukup buat untuk aku jiwa kacau. Dan sekarang ne, aku cukup berhati-hati. InsyAllah.

Dari mimpi tu, perasaan kekecewaan yang timbul buat aku terkenang segala tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. (Termuhasabahkan Diri) Di Keadaan Realitinya sekarang ne, sebenarnya tugas yang patut aku galas dengan sepenuh jiwa dan ragaku:


  • Peranan sebagai timbalan biro pengurusan disiplin di Kelab RP.
  • Aku diberi peluang menjadi pengacara majlis untuk satu program. sebab aku dapat part itu pun, aku bagitu yang untuk semester ini aku mau kumpul banyak2 sijil. Okay itu dah berlalu kelmarin.
  • Peluang untuk buat persembahan Taekwondo di  Majlis Kempen Galakan Membaca.
  • Turun latihan untuk pemilihan peserta ke Majlis Sukan Politeknik (MSP) untuk taekwondo.
  • Ura-ura untuk bersedia bagi panggilan untuk pemenang Johan dan Naib Johan bagi latihan pusat demi mewakili Negeri Sabah ke Sukma, InsyAllah.
    • Yang ini, memang salah satu impian aku untuk menjadi wakil bagi negeri kelahiranku. Apa pun tawakal ja lah, Manusia hanya merancang, Allah s.w.t yang menentukan.
  • Struggle untuk result aku ne yang memang telah disetkan goalnya hm...Speechless...
Kadang-kadang bila aku fikir semua tu sekaligus, boleh buat aku 'hang' seketika. Sekarang ne pun masih kelam kabut nak buat semuanya serentak dalam hidup ne. Sering saja aku nasihatkan diri ini lebih daripada aku nasihatkan orang lain. namun acapkali jua aku terlupa dan terluka akibat keterlekaan. Sentiasa mencari sesuatu yang boleh memotivasikan diri ini. 

Takpa, sabar ja. Usaha tangga Kejayaan Kan? Takda tangga, kita guna lift.hahaha