Saturday 28 December 2013

Luahan Jiwa Yang Pudar : TITAS

Aku,
Bakal,
Menghadapi,
Peperiksaan Sesi 2013/2014,
Pelajar ijazah sarjana muda yang dah bakal menjelang,
Aku pula semakin tidak tentu hala tuju,
Tiba-tiba aku jadi hilang arah,
Tidak tahu macamana nak belajar,
Dan itu seringkali terjadi di saat aku bakal menghadapi peperiksaan.

******************//********************

Diploma dulu,
Aku cuba mengatasi keadaan,
Aku lihat kawan-kawan yang mula sibuk belajar,
Persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang,
Cuba untuk cemburu dengan kegigihan mereka,
Aku cuba mengikuti rentak,
Walaupun cemburu itu maya, yang sengaja aku adakan,
Alhamdulillah, paksaan yang aku wujudkan sendiri,
Buat aku meneroka ke jalan ku sendiri,
Dihalangi benteng kejahilan,
Aku mula meneroka sendiri,
Cuba melepasi benteng-benteng yang ada,
Tanpa perlu lagi aku merasa cemburu kepada kegigihan kawan-kawanku.

******************//*****************

Setahun lebih aku tinggalkan perjuangan pembelajaran itu,
Kini aku kembali lagi,
Dengan namanya ijazah sarjana muda,
Kadang buat aku lemas sendiri tatkala cuba sampai di seberang lautan,
Lautan yang 4 tahun lamanya untuk sampai,
Aku kembali berhadapan dengan situasi yang sama.

*******************//******************

Tiga set peperiksaan pertama yang berkonsepkan teori,
Teori = Hafalan,
Masih mampu kah aku?

**************//**************

Kubelak helaian demi helaian,
Membaca tiap baris perkataan,
Duduk aku menelaah,
Hatta gagal dalam ketabahan,
Aku teruskan membaca di tempat pembaringanku,
Bagaimana mungkin bisa aku tanamkan setiap idea cetakan di helaian ini,
supaya tersemat kukuh di ingatan,
Agar boleh ku huraikan semula bila aku memerlukan,
Baca dan teruskan membaca,
Tamadun Islam, 
Tamadun Melayu,
Tamadun India,
Tamadun China,
Bila saja kubelek sekilas bab Tamadun India,
Hampir saja aku kehilangan motivasi untuk meneruskan pembacaan,
Kelahiran tamadun, Agama yang wujud, 
kepelbagaian ajaran yang berkonsepkan prinsip masing-masing,
Sumbangan tamadun2 yang aku kira jauh dari suasana persekitaranku,
Yakinku mustahil sungguh penerangan sepanjang ini,
Menyerap masuk ke mindaku yang lena ini.

*******************//********************

Helaian kertas berbutirkan tulisan cincaiku,
Kucapai laju,
Meskipun butiran secincai itu,
Itu merupakan coretan-coretan tips yang ku dengar,
Meskipun tanpa kesahihan yang benar 100%,
Kukumpulkan kembali keyakinan dan semangatku yang pudar,
Kuandaikan masa begitu mencemburuiku,
Walhal, di hari yang lalu aku bergoyang kaki,
Bersenang hati suka,
Fokusku cuma atas coretan cincai itu,
Selebihnya aku hanya mampu bertawakal.

4 comments:

  1. Semoga berjaya...studi jangan tak studi ye dik ;-)

    ReplyDelete
  2. terima kasih pn Junainah... insya-Allah masih dalam perjuangan study.. :D

    ReplyDelete
  3. salam sis... saya ni lepasan diploma pembuatan.. sama mcm sis... sy buntu nk pilih course utk degree ni.. produk design ni sesuai ke sis???

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam Nurul Yiefa.
    pada pendapat sy, pemilihan course itu lebih kpda target & minat nurul. kalau ikut course yg di tawarkan di pusat pengajian pembuatan kt unimap ni (maaf sy rujuk based on Unimap, sbb dkt U lain sy tak pasti. ^_^) ada dua kos, kos pembuatan dan kos rekabentuk produk.

    bagi sy, sy pilih rekabentuk produk sebab sy lbih suka menterjemahkan idea dlm bntuk lukisan (rekabentuk) berbanding menghasilkan produk (pembuatan). Tapi kos rekabentuk produk hampir sama dgn kos pembuatan krna turut melibatkan menghasilkan produt berdasarkan lukisan. then, ada beberapa subjek lebih menjurus kpd bidang rekabentuk produk yg mmbezakannya dri kos pembuatan.

    and, as a advice, make sure background engineering and mathematic engineering ok ar, tak kira awk nak teruskan dlm kos pembuatan or bidang lain mcm kos product design. sbb klu mcm sy, tak brpa ok basic engineering, so sometimes payah sungguh nak catch up silibus, then kadang2 perasaan Salah Pilih Kos tu dtg mengganggu. hehehe. other than than, Insya-Allah, you will be fine.

    By the way, All the best for you..
    ^_^

    p/s: sorry if this answer not helping you. as you might know, I'm still a student.
    -peace-

    ReplyDelete