Thursday 29 August 2013

Fly From Sabah To Pulau Pinang

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo @ Konbanwa.

Apa khabar ? Khaifa Haluka? Nama Berita?

Ini kali ketiga, Amal naik kapal terbang Air Asia ke semenanjung Malaysia tapi kali pertama pergi bersama keluarga. Mungkin tak banyak yang nak di ceritakan sebab kebanyakkannya Ibu dan Bapa yang uruskan, Amal kembali menjadi budak kecil yang tahu ikut saja. Tak banyak nak ikut campur. Hm, leceh jua kalau macam tu kan? sebab bila dah sorang-sorang nanti, hok tu la, nak belajar berdikari sendiri. *Dah terbiasa dari dulu kn. Nak buat macamana?

Kota Kinabalu International Airport

Wena posing bersama barang2.

Tadaaa, my ticket sponsored by Ibuku

Airport View Hotel, dulu ada kursus spm 2008 di sini.


Kota Kinabalu International Airport snap from the belon window.

Scenery View from The Top
Amal duduk tepi, sebelah kanan seorang lelaki berbangsa Cina, kemudian sebelah lagi seorang perempuan berbangsa India. the guy asyik dengan ntah tablet ka iphone, aku tak tau. Jeling skit, lah rupanya main Plant vs Zombie. wah, best tu. hehehe

Amal duduk tepi dekat tingkap

Tak sangka jumpa ni dekat2 nak fly

Excited!

Kota Kinabalu (1)

Kota Kinabalu (2)

Kota Kinabalu (3)











Penang International Airport
Masa nak mendarat tu, seriusly, rasa setiap saraf dekat tengkuk hinggalah kepala Amal rasa bengkak nak meletup. Pergh, tapi still sempat snap pic jua la. hahaha


Penang International Airport


Sesampainya kami di Pulau Pinang, kami disambut mesra oleh keluarga Pn. Solahkiah. Baik dan peramah sungguh, hanya Allah yang dapat membalas jasa baik Pn Solahkiah, Haziq dan Haris. Siap bawa kami jalan-jalan lagi di sekitar Pulau Pinang. Memang best ooh..

Wednesday 28 August 2013

Baju Kurung (Part 2)

Assalamualaikum w.b.t.
Annyeonghaseyo @ Konbanwa.

Apa khabar hari ini? Rasanya dah lama tak update blog ni dek sibuk mengurus kemasukan ke Universiti. Apa pun, Amal akan update post by post. Smile~~

Pada post yang lalu, Amal ada post pasal baju kurung kan? Hah yang ni, pertama siap. Banyak konflik jua lah masa Amal nak buat baju kurung dari jenis kain ni. Ingatkan kain untuk baju kurung ni semua sama ja, rupanya tidak. Dulu waktu belajar jahit baju kurung, Amal biasa jahit jenis kain yang bercorak besar dan kecil. So, bila En. HR bagi kain yang bercorak tertentu, ni buat Amal bingung.







Haah, sejujurnya, ini kali pertama jahit baju kurung guna kain jenis ini. Amal siap cari contoh baju kurung di internet bagai. Akhirnya, Amal tanya ibu macamana nak jahit baju kurung jenis ini. Alhamdulillah, siap jua akhirnya.



Dalam menghasilkan baju kurung ini, buat pertama kalinya Amal cuba kaedah baru bagi Amal untuk potong kain ini. Pokoknya, kain itu tak cukup!!! 4 meter tak cukup??? Haah ambikmu mal. Part baju tu memang hasil buatan sendiri, tapi part skirt, Amal serahkan kat ibu, untuk siapkan sebab nak pergi kerja. Lagi pun baju ni kena siapkan sebelum Hari Raya. Sorry, sebab banyak menyusahkan ibu.


Rehat petang tu, hujan renyai-renyai, Amal pulang ke rumah untuk test baju tu.  Terpaksa adjust bahagian skirt sebab sempit sangat.Adjust sana-sini, ok siap.


Sebenarnya En. HR tempah 2 baju kurung. So, 28. 08.2013, baru Amal dapat siapkan baju kurung yang ke-2. Haah, corak macam ni lah yang selalu Amal jahit. Alhamdulillah, tak banyak masalah.





Sunday 25 August 2013

My Preparation To UniMap (Part 2)

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Ohaiyo Gozaimasu.

Resign at Gmart KB
25 Ogos 2013, tarikh kelmarin, secara rasminya Amal dah berhenti kerja di GMART KB mengikut tarikh yang telah Amal utarakan dalam surat Amal walaupun hakikatnya Amal dah tak kerja situ sejak 16.08.2013 lagi sebab nak habiskan cuti umum yang masih berbaki 8 hari. Insya Allah, plan nak buat post berkenaan masa study di poli Vs masa kerja di gmart. Coming soon lah deh~

Medical Check Up
Atas nasihat seorang sahabat kenalan poli di JKE dulu, Amal buat medical check up awal di Hospital Kota Belud pada 22.08.2013 bersamaan dengan hari Khamis bersama My Darling Red Motorcyle. Rupanya nak buat medical check up ni ada hari yang telah ditentukan seperti pada hari Isnin, Rabu, dan Khamis sahaja. Syukur Alhamdulillah, Amal datang pada hari Khamis hari tu. Kalau tak, kena buat medical check up pada hari pendaftaran di UniMap lah jawabnya. Sebenarnya, dah kira lambat dah tu. Amal tak tau pula nak buat medical check up ni kena buat appoinment dulu. Al-maklum lah, dulu mc nak ke Poli kk pun parents yang tolong uruskan. Sekarang semua kena buat sendiri, kalau tak belajar buat sendiri, bila lagi kan? For my medical check up, it costs me RM20.00.

Bilik 16, bilik tempat buat medical check up. Pergh, lama jua menunggu giliran. Kebetulan masa tu ada beberapa orang remaja yang buat medical check up jua. Most of them dapat UMS. Dari bilik 16 ke Bilik X-Ray ke bilik 16 ke tandas ke Unit Ujian air kencing. Siap untuk sesi pertama, nanti kena datang balik 28.08.2013 untuk sesi ke dua. Mulanya sister tu nak set 29 haribulan tapi itu hari nak berangkat dah. Insya Allah. Terpaksa tebalkan muka, negotiate pi 28. Nasib baik, sister tu understanding k. Kalau tak memang sandi kena dgn parents. hehehe

Beg Pakaian
24.08.2013 bersamaan dengan hari Sabtu. Petang, Ibu bawa pi shopping beg di Pekan Kota Belud. Nah, segala macam kedai kami masuk, nak cari beg pakaian yang besar, roda kena besar sikit, dan kalau boleh, murah lah. hehe. Ya, jalan lagi. Shopping-Mopping. hehehe. Check list, hampir semua yang nak di beli ada dalam kedai kain dan sedikit lah dari kedai Gui Brothers

  • 4 anak tudung. 2 hitam dan 2 putih.
  • 4 keronsang.
  • 4 meter kain untuk buat baju kurung, walaupun ada lagi 4 m kain di rumah yg belum di sentuh.
  • Dekat kedai kain tu, beli 4 meter kain hitam, kira nak buat 2 skirt panjang. Senang nak matching dengan mana2 baju pun. hehehe. 
  • 1 meter kain tudung labuh warna kuning dan hitam. ( menyesal pulak nda ambil  m setengah, sebab balik rumah, tengok pendek sangat, tapi apa boleh wat, mahal doh, semeter jak dah RM10.takpa2)
Menjahit
25.08.2013, Ahad. Dari pagi, jahit dan menjahit. Ibu tolong jahit tepi kain sebab Amal nda terer sangat. Dari adjust panjang baju kurung hinggalah buat skirt panjang hitam. Beberapa kali sentap belakang, 'Krak...Krak...Krak..' lenguh giler belakang ni doh. ambil masa baring sekejap pun, berbunyi lagi tulang belakang ni. Pergh. Siap adjust panjang baju dan sehelai skirt panjang hitam. tinggal lagi:-
  • Sehelai lagi skirt panjang warna hitam.
  • 2 pasang baju kurung.
  • 2 pasang tudung.
Cuci Baju
26.08.2013. Beg pakaian masih lapang ruangnya, nak tak nak, kena cuci semua baju yang nak di bawa berangkat hari ni jugak. Asing situ, sana, sini. 2 raga penuh juga nak kena cuci. Angkat pi belakang rumah, sedia 2 besen besar dan 2 raga, siap pakai seluar hujan lagi. Malaslah nak mencuci dengan pakaian basah-basah ni. Siap cuci, terus jemur semua. Tak muat di jemuran sangkut di pagar rumah. Biar kering, sekali jak angkat. hahaha. Memonopoli jemuran rumahku.

Sekali lagi.
Terasa malas sekali menyelubungi diri. 
Semakin dekat masa nak berangkat, semakin malas pulak. 
Anyway, 2 days to go. Insya Allah. Wish me luck with your tips. hehehe

Tuesday 20 August 2013

Air Bunga

Assalamualaikum w.b.t.
Annyeonghaseyo & Konbanwa

Flashback the old memories with the real picture to the time I was on Industrial Training (2010). 


After 5 pm, thumbprint. I gone up to library. 


While, I was chatting with the other rpeanz in the working room, someone had given me 1 Air Bunga. I guess at that time, I'm still not thirsty yet. hehehe


Somehow, I meet someone at the front library counter as I leaving the working room to go back to quarters. Suddenly, he gave me also, another Air Bunga, put it on the counter and left me behind. I was like . . . huh?


 Alhamdulillah, I felt happy just by the 2 of Air Bunga. 
Well that semester was the busiest and stressful one for me.
Too much self-reconstruction. hehe


aiya miss the two of them recently. How are you guys?


Air Bunga

Monday 5 August 2013

Ringkasan Laporan Harian Julai 2013

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa.

Kawan Ramadhan
Kira mo post gambar dorang sini tapi tiada peluang nak bergambar. Hm, takpa lah. Kawan baruku di bulan ramadhan ini sebenarnya tak jauh mana, yg kerja part time di Gmart juga bah. Walaupun dah hampir sebulan bekerja dengan mereka, ada sebahagian lagi part time yang masih aku nda kenal nama mereka terutamanya part time department lain. Kawan baru kenal ni ialah:- hehehe

  • Asirah
  • Azirah
  • Ariah ( member kelab taekwondo dulu )
  • Angela
  • Akmar
  • Alif
  • Missoh
  • Masliah
  • Noriehan
  • Norain
  • Azhar
Gembira bertemu dan bekerja bersama mereka. Suka duka tu, insya-Allah biasalah, adat bekerja. Masing-masing dengan ragamnya. isk2.. Comel-comel semuanya. :D


Peringatan
Sejak akhir-akhir julai, aku mulai sibuk memandangkan kak Mercyella dah resign, aku secara automatiknya ada shift yang tak berteman pagi mahupun malam. Nasib baik lah, kak Maiteh naik jadi senior cashier. Ada juga bertiga membuat kerja dan urusan di cashier room. Dalam kesibukan ni, aku tidak lupa kepada urusan utama dan pentingku iaitu persediaan ke UniMAP. Cuma banyak perkara yang aku masih ragu-ragu dan bingung. Salah satunya, ialah laporan medical check up.

Suatu hari, semasa aku tengah cash out counter cashier, aku terserempak dengan kawan ( study di pkk, jurusan elektrik sama dorang edut, duduk di barisan kedua selepas aku di bahagian kiri semasa exam listening muet, skg study di UTHM ). Selalunya, dia tegur aku dulu. Mungkin sebab sibuk sangat masa tu, jadi dia tak nampak aku lah. Aku lalu sambil menyapa dia. 

" Hai. . . . ^_^ v "

Selangkah pergi meninggalkan dia, dia berpusing dan bertanya,

" Sudah buat medical check up?" ( hampir serupa pertanyaan dengan peringatan )
" Hah, belum. Eh, bukan buat di Uni. . . . aa . . . di sana kah?" aku menjawab dan menyoal ragu-ragu.
" Mau buat awal-awal tu. Macam mau masuk poli."
" Oh ya ka? sebab dorang bilang ( surat bagitau ) mau buat di sana." sedikit keyakinan menjawab di situ.
" Boleh juga kau buat di sana, tapi banyak lagi urusan."
" hmm, eya jga kan. terima kasih ar." Kebingunganku terjawab.

 Alhamdulillah, ya Allah. Bantuanmu tiba di saat yang tak kujangka melalui seseorang kenalan yang belum pun ku kenali namanya walaupun setelah beberapa pertemuan. 

Kepada kawan ( study di pkk, jurusan elektrik sama dorang edut, duduk di barisan kedua selepas aku di bahagian kiri semasa exam listening muet, skg study di UTHM ), 
Maaf, namamu belum ku kenal. Tapi kau telah membantu ku dari sebuah pertanyaan ke susulan pertanyaan. Walaupun bukan destinasiku ini bukan di tempat yang sama, kau sudi bertanya khabar dan memberikan dorongan semangat. Terima kasih, semoga amalan kita diberkati Allah S.W.T. dan dipermudahkan segala urusan kita menuntut ilmu di negeri orang. Aamiin.

Baju Kurung
Ingat tahun ni, tak mau la beli kain/baju kurung. Mau save budget pi semenanjung. Ada kan aku story pasal tempahan baju kurung dalam port journalku yang lalu tuh, hah, deadline 07.08.2013 ni aku kena siapkan. In addition, encik hr tambah 2 lagi tempahan baju kurung, so that's mean ada tiga pasang la aku kena siapkan. 

Mulanya aku memang dah direct to the point nak tolak, cukup lah satu ja yang aku jahit. Pastu encik hr pula cakap direct to the point ma aku, katanya sebenarnya dia mo bagi sepasang tu ma aku. Memandangkan hari tu aku terlepas cakap pasal aku tak jahit/beli baju raya untuk tahun ni sebab mau save budget. Adui, pulak. Aku terus tak tahu nak buat muka macam mana. Nak tersengih, kang aku malu sendiri. Nak serius, hm, bukan cara ku pulaks. Aduh, Nak tak Nak, aku terima ja lah. Peralatan, alhamdulillah aku dah beli apa yang patut, tinggal nak jahit tepi lah dulu, Insya-Allah. 

Kebetulan lah pula, mesin jahit tepi Ibu pula nak kena repair. Hm, kena lah aku minta jahit tepi di kedai ni esok. Pastu menjahit 3 pasang baju kurung dalam tempoh masa yang sedang berjalan ni ( Tik! Tok! Tik! Tok!), kena hantar pada 07.08.2013 sebelum raya. ergh! sempat kah tu ya? aku sendiri konpius! Selepas tu, bersembang jap dengan encik hr, dari pokok perbualannya:-
1. Pasal baju kurung tu nak kena siap sebelum 7.08.2013.
2. Macam suruh aku pakai baju kurung dengan hasil jahitan kain yang diberikan (baru ja aku plan nak pakai pakaian ala punjabi supaya memudahkan pergerakanku.)
Ni kali lah. apa pun, Usaha tangga kejayaan, Mal. Yakin pada diri. Insya-Allah. Allah ada perancangannya tersendiri untukku.


Macam ada isi penting yang aku terlupa, ahhhh to be continue la nanti k. . .

Hehehe.

Jan lupa niat puasa esok ramadhan.
Good night. ^_^