Sunday 20 May 2012

Ibu dan Bapa serta Wena

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Di hari aku temuduga INSTEP pada 19 Mei 2012, Ibu Bapa dan Wena sanggup datang awal pagi ke Politeknik Kota Kinabalu semata-mata nak hantar aku pergi temuduga di Menara Petronas Kota Kinabalu. Padahal di awal rancanganku, aku cari jalan nak ke Menara Petronas tu dengan menumpang bas seawal pagi baru jalan kaki selama 30 minit dari perhentian bas depan RTM.

Dorang sanggup tunggu aku habis temuduga dari jam8 am sampai lah jam 4 pm. Ibu memang kenal sangat dengan perangai aku yang serabai-mabai ne. Ibu siap sediakan aku alat2 untuk touch up dan sebuah beg yang aku tengok remaja sekarang pakai. Berbanding dengan ala-ala beg sekolah yang aku bawa iaitu beg yang aku dapat dari program OPKIM ke-11 warna oren. Nampak sangatlah aku macam budak-budak. huhu. Masa berkumpul untuk taklimat tu, aku sempat tengok calon perempuan yang datang, mmg tak da yang bawa beg macam beg sekolah.

Comel beg Ibu Bagi
Mulanya aku malu pakai beg tu, bukan apa, aku tak biasa pakai beg macam ne. Tapi beberapa minit kemudian, timbul rasa minat aku nak guna beg ne. (Haha) 

Sementara menunggu temuduga aku yang dijadualkan pada Jam 2 ptg, kami jalan pergi ke Centre Point Sabah (selalu panggil CP ja) untuk mengisi perut yang lapar. Selesai makan di KFC, naik ke ground floor, bapaku kata nak cari cd lagu Wali Band sementara Ibuku pula di kedai jual tudung. Ibu belikan aku 2 helai tudung. Mulanya tudung warna kelabu dan hijau, tapi aku ne demand pula nak tukar dengan warna hitam padahal aku tau ibu dah pilih tudung tu. Lewat aku tersedar kata-kataku dah mendahului sebelum sempat aku berdiam. Ibu dengan senang hati ja, tukar tudungnya dengan tudung hijau tu. Hm, sekali lagi aku nak ingatkan lidahku ne. Huhu, demand sangat.

warna kelabu dengan hiasan buah Epal

Warna hitam dengan hiasa manik-manik kecil
Terima kasih Ibu sebab sangat memahami perangai anakmu ini, 
Terima kasih Bapa sebab sanggup tunggu anakmu ne habis temuduga walaupun aku tau bapa banyak kerja,
Terima kasih Amal Safwena sebab menghiburkan hati kakakmu ne dgn ayat "kau ne, budak kecil" hehe.

Saturday 19 May 2012

Aku dan Temuduga INSTEP

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera. . .

Jam pengera telefonku yang dipasang di speaker memainkan lagu Ungu, membangunkan aku dari tido. Sebenarnya kali ke-3 ia berbunyi baru aku betul-betul bangun. Haha. Jam 6.14 am, ibuku telefon dari Kota Belud, katanya nak jalan dah ke Politeknik Kota Kinabalu. Menurut anggaranku jarak perjalanannya mengambil masa 1 jam iaitu pada jam 7.14 am ibu bapa dan wena akan tiba. Namun, sangkaanku meleset, jam 6.57 am, mereka dah sampai ke Politeknik Kota Kinabalu. Fuh, lajunya bapa aku bawa keta.

Semasa dalam perjalanan ke Menara Petronas, aku sibuk berceloteh dan bercerita pengalaman aku mencari Menara Petronas sampai masuk pi Kg. Sembulan Lama dengan Ibu dan Bapa, Wena pula sibuk dengan main game di hpku. Kami sampai di Menara Petronas setelah silap masuk jalan ke Wisma Muis. Haha. Rupanya, kami parking sebelah kereta senior RP aku, Bonnyface dan berhadapan dengan dorang Asdar yang merupakan rakan sekelas dan seprojekku. Sejurus itu, aku nampak beberapa pelajar PKK, dorang Awangku Syukri (aku sllu panggil dia 'Penghulu' sebab dia penghulu batch kami semasa MSK) dan classmatnye. Sebelum aku pi mendaftar tu, Ibu siap suruh aku touch up sikit muka aku ne, ya lah, nak temuduga kena nampak terurus sikit. Sandi ne kalau bab2 touch up. Hehe

Jam 8.00 am mula pendaftaran dan kena isi borang Borang Permohonan di Dewan Sri Kinabalu, di situ Penghulu sempat sapa aku, tak sedar dia duduk di situ. Haha, ok next! Bila aku tengok keperluan borang tu, aku mula kaget. Sebab aku bawa apa yang dinyatakan pada surat panggilan temuduga, rupanya borang ne perlukan:

  • Surat Beranak DAN kad pengenalan.
  • Sijil-sijil pengajian, persekolahan dan kemahiran.
  • Sijil berhenti DAN sijil Akuan Sekolah.
Aku cuba untuk tidak mengendahkan itu dan membina keyakinan terhadap dokumen dan sijil-sijil yang aku dah bawa. Setelah semua calon temuduga hadir, sedikit taklimat dari wakil INSTEP Pn. Wan mengenai INSTEP ne. Sebelum tu, Pn. Wan tanya asal calon-calon, dan kebanyakkannya dari Tawau, Keningau, Papar, Kota Kinabalu, Kimanis, dan lain-lain. Dipendekkan cerita, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan besar yang mana kumpulan 1 terdiri daripada calon yang tinggal jauh dan ingin balik pada waktu petang manakala aku dan Asdar termasuk dalam kumpulan 2 yang tak urgent sangat nak balik. Sedikit info dari taklimat Pn. Wan.
  • Kursus PTP-1 : 6 bulan belajar di INSTEP dan 6 bulan praktikal.
  • Penginapan, pengangkutan dan makan minum ditanggung oleh Petronas.
  • Tiada jaminan terus dapat kerja.
  • Elaun semasa belajar - RM250
  • Elaun semasa praktikal (makan minum tak ditanggung) - RM900

Sesi taklimat
Jam 9.00 am, kumpulan 1 mengambil ujian IQ iaitu sebanyak 100 soalan dalam masa 45 minit manakala kumpulan 2 dikehendaki untuk menjalani ujian buta warna ke tak. Aku tertanya-tanya macamana ujian buta warna ini dilakukan dan rupa-rupanya begini:

Ujian Buta Warna



Kalau diperhatikan imej ini, kita akan nampak '15' yang terbentuk melalui susunan bulat-bulatan berwarna Hijau-hijauan. Tunjuk imej '15' tersebut dengan seakan-akan melakar 15 tu. 


Imej ne sekadar contoh lah, ada 4 imej aku dapat dan keputusannya 4 per 4 betul..hehe




 Ujian IQ

Selang 45 minit kemudian, kumpulan 2 mula memenuhi Dewan Sri Kinabalu untuk ujian IQ. 
  • 1 buku soalan yang mengandungi 100 soalan yang menguji:-
    • English grammar.
    • Mathematik 
    • Fizik
    • Bahagian Teknikal
    • Mengenalpasti 2 rekabentuk yang sama.
    • Cara-cara Pengendalian Alat pemadam Api.
  • Tiada penggunaan kalkulator mahupun telefon.
Walaupun ada juga aku dapat clue pasal kategori soalan dari blog2 laen, tetap juga aku tak cukup masa nak jawab 100 soalan dalam 45 minit neh. Hampir 30 soalan tu, aku main tanda ja jawapan. Harap2 mengena lah. Hehe. Sebelum bersurai tu, En Faiz (klu ak tak silap namanya), bagi sedikit tips. Katanya kalau kena temuduga oleh dia:-
  • Pakaian kena kemas, kalau boleh ber'neck tie'.
  • Recall balik pengalaman semasa buat projek semester akhir.
  • Pengalaman semasa Latihan Industri.
  • Cerita pasal aktiviti luar seperti ko-kurikulum.
Interview

Jam 2 masuk mendaftar untuk interview. Cik. yg daftarkan aku tu syorkan agar aku isi ruang Pengalaman Kerja dengan pengalaman semasa aku latihan industri. Oh boleh pula~ hehe. Tengah aku sibuk-sibuk isi ruang tu, tetiba la pula ada call masuk. C Tambey rupanya. Tanya aku pasal interview padahal aku belum lagi masuk interview. siap offer nak bagi tips lagi, so aku tanya,
" Kenapa ko mau masuk INSTEP?"
Mula la dia menjawab dengan panjang lebarnya seperti biasa dengan keyakinannya juga, pada mulanya aku serius mendengar sambil-sambil mengisi ruang tu, ntah dah nak masuk minit yang keberapa, aku hanya mampu ketawa tanpa suara ja dengar dia bercakap di hp tu. Akhirnya, pesanan terakhir minta tips2 pasal temuduga. Tau sangat lah aku..adedei..hehe

Keadaan menunggu untuk ditemuduga (Asdar)
  • Penemudugaku ada 3 orang. Mulanya hanya 2 orang tapi hampir masa suku akhir (cewah, haha) tambah sorang lagi.
  • Aku kena perkenalkan diri dalam bahasa inggeris dan kalau boleh penemuduga tu nak aku speak English ja. Huh, Mampu ka aku?
  • aku mampu Broken English ja. hahaha..needs to improve more, i think?
  • Kena tanya pasal projek akhir semester. 
  • Cerita tempat dan kerja teknikal yang aku buat semasa Latihan Industri.
Mereka cadangkan aku masuk dalam bahagian Pengeluaran, sebab kata dorang, dalam bidang mekanikal ne selalunya bekerja secara giliran di laut dan mostly lelaki jarang-jarang ada perempuan. Nak bagi masuk dalam Instrumentasi atau elektronik tak boleh, sebab aku tiada asas elektronik. Siap kena provoke lagi. Huhu, Sabo je la. Aku hanya mampu ketawa ja la padahal dalam hati tu. (^_^")

Soalan aku untuk diorang " Kalau saya sambung belajar selepas 6 bulan tak ditawarkan pekerjaan, dan andaikata ada tawaran pekerjaan, saya tolak atas sebab saya sedang sambung belajar, adakah nama saya akan disenarai hitamkan?"

jawapannya, Ya. Huhu, oh okay. hehe (^_^") speechless!

Jam 4 ptg aku habis temuduga. Akhirnya, selesai satu acara penting dalam kalenderku, Alhamdulillah.

Friday 18 May 2012

Perjalananku mencari Menara Petronas KK di suatu petang

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Hari ini aku dah rancang nak cari jalan menumpang ke Menara Petronas sekaligus nak tengok rupa Menara Petronas ne. Siap minta Tambey untuk temankan aku pergi sana, sebab aku risau juga nak pergi seorang ke tempat yang asing bagiku. Ya lah, selalu pergi Bandar Kota Kinabalu (KK) ne pun area Center Point ja. Jadi c Tambey kata 'Lepas solat (Solat Jumaat) lah jalan'..Itu ringkasan kata2 perancangan kelmarin. So, today is the day~!  (^_^)

Jam 2.08 pm, aku jumpa c Tambey, Muhajir Syakur (Jeer) dan Mohd Sharul Nizam Darwis (cebik) di gerai. Ingatkan dorang pun nak join ke Menara Petronas, jangkaanku meleset, rupanya dorang tengah bincang pasal temuduga INSTEP ne juga. Oleh kerana kami mohon INSTEP tu guna keputusan semester 5, kena ada surat Pengesahan Pelajar Semester Akhir sebab surat Tamat Pengajian belum boleh dikeluarkan selagi keputusan Penilaian Akhir Sesi Disember 2011 belum dikeluarkan iaitu pada 21 Mei 2012 ini. 

Sebenarnya aku rasa benda tu tak penting, tapi dah dorang Jeer dan Cebik buat macam tu pastu Tambey pun seakan-akan mendesak aku buat macam tu. Terpaksa aku tangguh jap rancangan nak pi Menara Petronas tu. Berurusan di Unit Peperiksaan hampir 45 minit dan dapat surat Pengesahan Pelajar Semester Akhir dan chop bagi setiap salinan slip peperiksaan dari semester 1 hingga semester 5. Singgah di Perpustakaan PKK, jumpa dengan Johnalex dan Zaini, kak Shirley dan Kak Lorenna ja. 

Jam hampir menunjukkan jam 3.23 ptg, c Tambey kata agak lewat dah untuk pergi di Menara Petronas tu. Conform, signal tak mau pergi lah tu. Aku pun maklum hal tu, bukan risau pasal apa, risau pasal tiada kenderaan balik ke Politeknik KK. Lagi-lagi kena masa cuti semester di Politeknik. Aku berada dilemma. 
1. Kalau aku tak pergi cari jalan ke sana hari ini, macamana aku mau pi interview esok? 
2. Kalau aku pergi pula, takda bas pula. Bukan sekali sekala aku kena situasi mcm tu. Kdg2 ada bas, tapi dorang tak nak hantar pi Politeknik.
Rasa nak nangis pun ada, sebab aku tiada jalan penyelesaian melainkan aku pergi juga hari ini. C Tambey tunjuk jalan ke Menara Petronas guna google map. (lucu pula aku part ne, haha). Habis tu aku turun pi tempat John di sudut TV. Aku duduk di sofa, bertrip tengok TV tpi fikiranku bercelaru memikirkan apa yang aku harus buat. Sunyi~


John yang maklum keadaanku, cadangkan supaya aku tukar tempat temuduga supaya sama dengan c Tambey. Bila aku fikir2 balik takda gunanya juga sebab Tang Dynasty Park Hotel tu bersebelahan ja dengan Menara Petronas lagipun tarikh temuduga dorang c Tambey tu 21 May 2012 iaitu hari Isnin. 


" John, kalau aku jalan pi KK sekarang ne, sempat kah aku balik sebelum jam 8 pm?"
" Jam berapa sekarang ne?"
" Jam 3.40 pm."
" Sempat bah tu."

Dari situ aku dapat sedikit kekuatan untuk cekalkan niatku untuk ke Menara Petronas. Jam 4 pm, aku bertolak dari Politeknik Kota Kinabalu naik bas. Sampai ke bandar KK jam 5 ptg. Fuh! 1 jam juga aku dalam bas tu. Aku turun dekat bangunan Bank Simpanan Nasional (BSN). Jalan aku berjalan, akhirnya aku nampak bangunan Tang Dynasty Park Hotel dan sebelahnya Menara Petronas. Gembiranya aku situ, tetapi jarak aku dengan bangunan tu agak jauh amat loh~ Dengan berbekalkan arah yang ditunjukkan oleh encIk tu, aku kena jalan masuk Kg. Sembulan Lama. Uis, risau juga aku. Ya lah, kali pertama aku masuk situ, jalan sorang2, perempuan lagi tu. Fuh, baca ayat kursi n tawakal ja aku situ.

Encik yg tunjukkan jalan ni


Sepanjang perjalanan tu, aku jumpa dengan pelbagai ragam penduduk yang tinggal di situ, ramai budak-budak dan belia lelaki lepak dan tengah main bola takraw atau bola tampar, aku tak berani gak tengok sebab tersangat ramai mereka di situ ar.huhu. Pastu aku nampak 2 jenis kereta yang kali pertama juga la aku tengok di sabah ne. Smart jokk.

Setelah melalui kawasan rumah orang

Semakin mendekati bangunan destinasi

Akhirnya, muncul di belakang bangunan Petronas

Akhirnya pada jam5.29 ptg, aku jumpa akhirnya bangunan Menara Petronas ne, my first impression, nice landscape decoration.(^_^). Camna landscapenya?






 Aku menuju ke kaunter depan, sebab aku nak pastikan temat temuduga. Alhamdulillah, it is the right place! Dan ak dapat sedikit info mengenai perjalanan temuduga esok, kata encik tu, ada disediakan sarapan, selepas tu sedikit taklimat dan baru mula temuduga tu. Aku tengok pun ada sedikit persediaan susunan kerusi di bahagian depan tu. Habis di situ, baru aku ambil bas balik ke Terminal Wawasan. Rupanya lebih baik dan dekat kalau aku turun di perhentian bas dekat RTM tu, jalan kaki pun mungkin dalam 15 ke 20 minit kot. hehehe, tak pa, ada juga pengalaman aku mencari tempat interview di KK ne. Siapa sangka yang aku baru tahu di mana tempat Wisma Muis tu dan bangunan TM. Sebab respon yang aku dapat bila aku tanya di perpustakaan & rpeanz, mana Menara Petronas:

" Yang dekat Wisma Muis tu bah."
Ini rupanya, yg dimaksudkan tuh..hehe


" Dekat-dekat TM juga tu"
Hadoi, aku hanya mampu berterima kasih ja ma dorang walaupun aku sendiri tak tahu mana tempat yang dimaksudkan.


Finally, Petronas~!
The main entrance door of the building

Apa pun, aku bersyukur kerana aku selamat di penjagaanNya di sepanjang perjalananku mencari Menara Petronas ne. Selain tu, aku nak berterima kasih kepada Ahdeen Tambey walaupun tak temankan aku jalan tapi sudi juga bantu aku apa yang perlu, Johnalex kerana memberi cadangan dan kata-kata dorongan, encik yang tunjukkan aku arah jalan ke menara petronas, dan juga encik driver Van yang sudi hantar aku ke Politeknik Kota Kinabalu ne walaupun hanya aku sorang ja yang nak ke Poli dalam van tu. Terima kasih banyak-banyak~! Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. ^_^_^

Doakan aku berjaya dalam sesi temuduga esok ( 19 Mei 2012), InsyAllah, Aamiin.

Sunday 13 May 2012

SMS Temuduga INSTEP

Tepat Jam 7:28:18 pm pada 13 May 2012 bersamaan hari Ahad, lagu 'Dan Sebenarnya' berkumandang dari Handphoneku menandakan ada mesej masuk.

RM0.00 <INSTEP> TAHNIAH! Anda terpilih untuk menyertai sesi temuduga PTP Julai 2012. Sila CETAK surat panggilan temuduga dengan SEGERA di www.instep-online.my.

Alhamdulillah, dapat panggilan untuk temuduga INSTEP. 



Dokumen yang perlu dibawa semasa temuduga:


sekarang kena survey jalan ke Menara Petronas, Kota Kinabalu. Pray the best for my interview.

Thursday 3 May 2012

Preparation For My Last Paper DTP 6

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.


Last PaePerr~ ungkapan yang agak popular di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) termasuk diantara ahli Kelab Rakan Pustaka (RP) ekoran daripada tayangan "Lawak Ke Der".

Kertas Perperiksaanku yang terakhir iaitu subjek J5124 - Kawalan Kualiti pada jam 8.30 am merupakan subjek Cik Kasmawati Senawing yang aku rasa 50-50 saja. Apa pun aku cuba sedaya-upaya, maklumlah ~last paeperr~ kn.

Keadaan aku belajar untuk subjek kawalan kualiti

Nota-notaku yang melarat sampai ke dinding (^^,)
Mungkin agak semak pada pandangan, tapi itu lah aku.
Rasanya kalau aku nak belajar lagi, kena perlukan meja ala-ala meja pejabat gitu. Hehe.
~Usaha - Doa - Tawakal~