Saturday 28 September 2013

Statics Oh Statics

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konniciwa~

Di petang Sabtu yang aman damai ini sebelum aku nak pi perjumpaan Ko-Kurikulum Taekwondo di Kampus Pauh jam 9 pm - 11 pm malam ni [nampak tak permainannya di situ..hehehe], aku nak cerita pasal kelas EPT 114 - Statics aku ni lah. Rasa unik dan berbeza dari pengalaman kelas aku yang lepas.

Kelas Statics Hari Rabu.
Hari Rabu yang lepas merupakan kelas Statics yang ketiga dalam minggu ni. Rasa macam nak jadi rutin pulak. Sebenarnya kelas yang hari Selasa tu diadakan untuk menggantikan kelas yang kami tak datang disebabkan jadual pemeriksaan kesihatan. Jadi kelas hari rabu ni diadakan di DPU 1 Pembuatan.

Alhamdulillah, setakat ni, aku boleh catch up sikit lah pengiraan statics walaupun agak slow juga lah jika dibandingkan dengan classmate yang lain. Tapi tetap bersyukur, Alhamdulillah, kalau dibandingkan dengan waktu aku di poli dulu, langsung tak dapat nak follow pengiraan tu. O ya, statics ni mirip dengan subjek Kaji Daya Bahan kalau di poli. Jadi, aku decide nak duduk di barisan yang aku yakin boleh fokus [ sure lah, tempat duduk depan, insyallah] walaupun terpaksa berpisah sekejap dengan kawan-kawan sekumpulan jap.

Quiz 1
Sebaik sahaja kelas bermula, En Zul arahkan kami supaya mengeluarkan sekeping kertas A4, tulis nama dan program. Hm, aku mula rasa tak sedap hati dah. Bila En. Zul paparkan soalan quiz 1 di slide, ah sudah. Soalan tu pada aku memang aku rasa mudah ja pun, Tapi disebabkan aku tak faham sangat lagi pasal pengiraan tu dan baru mula buat soalan 1 ja, banyak berlaku kekeliruan dan ketidakpastian di situ. Masa nak jawab quiz, boleh pulak aku tak tau macamana nak tekan kalkulator. eish, nervous giler wei. Akhirnya, aku pun pasrah dan tawakal ja untuk quiz 1 ni.

Komen 
Apabila semua kuiz siap dihantar, En. Zul ambil masa untuk komen pasal prestasi kami semasa menjawab soalan kuiz tu. Beliau berkata, dia tak kisah pun pasal kami tapi dia kisahkan pasal orang lain. Why? timbul di benak hati ini. penerangan dia macam ni,

A.1 nisbah 5, 1 : 5 , berdasarkan kemasukan setiap pelajar melalui upu ni, 1 orang pelajar yang berjaya masuk sebenarnya telah meragut 4 peluang orang yang memohon upu ni. Kiranya, kami ini memang diantara yang BERTUAH kerana terpilih. Honestly, aku tersedar pasal ni. sebelum ni tak pernah terfikir pun pasal tu walaupun banyak kawan aku yang menjadi mangsa tak terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. 

B. Duit yang pihak kerajaan gunakan untuk menanggung sebahagian daripada yuran pengajian kami ni adalah duit hasil daripada pembayaran cukai-cukai yang ada. Dan yang membayar cukai itu termasuklah En. Zul,

  •  "I care because I am the taxes payers." Beliau tak nak kerajaan membazirkan wang ringgit untuk menampung pengajian bagi pelajar yang tak belajar bersungguh-sungguh dan tak dapat menjawab soalan quiz yang mudah. Sentap! 
  • " If you can answer the quiz that means you are with me [paying attention to his lecture], If you can't answer the quiz, you are not with me and see me next year" oho, Anak panah kesedaran menusuk kalbu.
  • "All you have to do; datang kelas saya dan dengar my sad story." part ni mmg aku rasa lucu sikit lah. hehehe
Kesimpulannya bagi komen En. Zul, kalau kami pelajar yang terpilih ni tak belajar bersungguh-sungguh ertinya kami dah membazirkan duit hasil cukai yang digunakan untuk membiayai sebahagian daripada yuran pengajian, membazirkan masa dan tenaga, serta yang paling penting telah membazirkan peluang 4 orang yang betul-betul dan lebih layak daripada kami ni untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

My Opinion,
Sebenarnya, bila masuk kelas En. Zul, aku rasa En. Zul 50% bersyarah dan 50% lagi bercerita pasal pengalaman bekerja beliau. masalah yang wujud dalam alam pekerjaan dan banyak lagi la. So, aku ni pun jadi perjudis, " Napa lah En. Zul ni nak turut sertakan cerita-cerita dia, apasal tak 100% bersyarah pasal statics?". Tapi setelah aku menghadiri kuliah kursus yang lain, rasa bersyukur. Ada satu kelas yang kaedahnya 100% bersyarah langsung tak selit apa-apa cerita, hm, dah jadual susun kelas tu waktu petang, ok tak pa, boleh berjuang lagipun static pun petang juga. Cara penyarah tu bersyarah yang mendatar ja, hui rasa nak tidur ja. cuba tahan ngantuk, pastu kami kena komen pula tak banyak bagi respon dekat beliau. mmm... Sleepy and stress at the same time. Ngiau~~~ Jadi bila masuk kelas En. Zul, sudut perspektif aku terhadap kelas beliau telah berubah kepada yang lebih baik dan lebih bermotivasi. Sekurang-kurangnya, masa en. Zul bercerita tu, boleh lah aku take time rest jap, tak lah nak sumbat input memanjang kan, nanti hang~.. hehehe

The Lecture Begin
Masuk bab Cartesian Vector Formulation, daya bertindak secara 3D. Apabila merujuk kepada 3D, memang agak sukar untuk dijelaskan melalui gambarajah, jadi en. Zul panggil 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Ah sudah, kelmarin En. Zul baru ja terangkan menggunakan kaedah ini kepada kami (Product Design) tapi untuk kelas ni kami gabung dengan kelas Manufacturing so, belajar balik bab yang sama. Ok refresh balik. 

Oleh kerana aku yang paling rendah di situ, so aku ambik daya -k ke bawah manakala +k dipegang oleh mamat bunga ungu [masa msk, kena gelar mamat bunga purple]. Hm, ok apa kaitan? Bila aku dengar mamat tu gelak, sebijik macam seseorang weh. Lol. Hahaha, k tu ja. Habis kelas En. Zul direct bagi 2 assignment. ala 2 assignment je pun untuk kami je pun. Memang lah 2 asssignment tu tak banyak mana, tapi kalau tambah dengan jumlah assignment yang sebelum ni, semuanya 5 assignment, banyak giler tu wei, dah tu satu pun belum mula buat pun. kelima-lima assignment ni due datenya semua kena antar minggu depan. Oho, menggalas peluang 4 orang yang tak dapat sambung study ni memang payah jugak wei..

Sabo-sabo, 

"Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar, Maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan" - [Imam Syafi'e]

Wallahualam...

Dengan nama Allah, yang tidak memberi mudharat sesuatu di bumi juga di langit 
dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Thursday 26 September 2013

EPT 191 - Workshop and Studio Practice

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa~

Apa khabar hari ni?

Selain daripada berkongsi babak dalam kehidupan novel Amal ni, kali ini, Amal nak share serba sedikit mengenai kursus [merujuk kepada subjek/mata pelajaran] yang Amal daftar untuk Product Design semester 1 ni.

Kursus : EPT 191 - Workshop and Studio Practice.

24.09.2013, minggu ke-tiga, baru bermula secara formal kelas ni. Sebab ianya memerlukan peralatan melukis. Hm, mula rasa macam budak-budak ni. Tapi bila kena suruh buat latihan, fuh. Kelas 4 jam pun rasa macam tak cukup.

Peraturan Melukis:
Jangan Padam Kalau Buat Silap atau garisan tak lurus ke bengkok ke, tak kisah, jangan padam. dui, hhohoho.

Latihan 1

 En. Badrul (pensyarah EPT 191) benarkan kami gunakan pembaris bagi membentuk kotak sebagai panduan untuk melukis garisan lurus dan melengkung.


Latihan 2
Ya untuk latihan 1, tapi tidak untuk latihan 2. En Badrul kata, kena latih minda untuk mengkoordinatkan pergerakkan tangan. Hm, ok saya cuba ! Ini lah hasilnya yang saya mampu. 


Latihan 3
Ini pula lukisan berdasarkan objek dan objek yang menjadi sasaran pelajar rekabentuk produk 2013/2014 ni ialah dawai yang rekabentuknya digubah sendiri oleh pelajar mengikut citarasa masing-masing. Macam ada maksud tersirat ja dalam lukisan Amal ni kan. Hahaha.


Latihan 4
Bahagian ni, haah, lukis tangan sendiri. ambik mu. Ni pun belum siap, kena tambah beberapa gambaran tangan lagi. hohohoho..

Oke lah. Sekarang pun dah lewat bebenor, esok kena bangun seawal jam 5.30 am, bersiap nak kejar bas. hehehe
Good Luck Everyone.
Oyasuminasai~~~

Wednesday 25 September 2013

Kaji Daya Bahan lagi dalam Statics

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa~

Ngiau~ Ngiau~ Ngiau~

Alhamdulillah.

25.09.2013

Assignment Statics
Assignment 1 dan 2 dah keluaq sekaligus dalam portal pada hari Jumaat yang lepas, tapi Amal tak tau nak buat macamana sebab kelas product design dijadualkan untuk membuat Medical Check Up di Klinik Kesihatan UniMAP. Kelmarin dah masuk kelas Statics selama sejam kerana perubahan jadual dan slide power pointnya yang terakhir siap bagi assignment yang ke-3 pula. Hohoho, assignment yang 1 dan 2 tu pun belum tengok lagi dah dapat next assignment pulak. Hm, Okai, alam universiti.

Sepatutnya kelas Statics ni dibuat selama 3 jam dari jam 2 hingga jam 5 ptg, gabung dengan kelas pembuatan. Selepas tu, untuk kelas Product Design pula, sambung terus kelas mathematics engineering dari jam 5.01 pm tu ke jam 7.00 pm. Haah~ kalau kepala boleh berasap, memang penuh dah dewan kuliah tu dengan asap keluar dari kepala student. 

Sharing knowledge with teaching others
Kelas Statics seterusnya diadakan pada jam 1 pm, kelas habis awal jam 10.00 am, majoriti pelajar Product Design pergi perpustakaan. Tanya punya tanya, serius memang terkejut jua lah bila dengar ada yang dah siap tugasan 1. Haah, boleh lah ni nak minta tunjuk ajar dari yang dah siap. Classmate ni majoriti dari matriks, jadi kiranya dorang ni lagi muda dari diri ini la. Hahaha. Kadang-kadang wujud juga rasa malu nak minta tunjuk ajar dari adik-adik, tapi diri ini sedaya upaya menghilangkan rasa malu tu. "Dah tak tahu, tanya lah kan?". Bila kena tunjuk step by step tu, honestly, teringat pada dorang tambey, kojai, wajimin, jesmi, dan joseph. Yang lain tu memang teringat juga lah, tapi insan-insan caring [ya meh, caring? hehehe] ni lah yang selalu bantu Amal bila masuk bab belajar selama 3 tahun di Politeknik Kota Kinabalu walaupun masing-masing ada cara yang berbeza. Classmate yang ajar Amal tadi, seriusly, macam kojai. Dari mula kelas pun, asal nampak dia memang teringat kat kojai pun. Yang lain, belum ditemui yang serupa. Peace, :D

Statics
Tadi belajar bab 2. Secara umumnya, bab 2 ni membincangkan pasal moment, magnitude, dan direction of force. Masuk kelas tadi, Amal sedar sesuatu. Kalau sebelum ni, Amal masuk kelas tanpa sebarang ulangkaji, dan bila pensyarah mula bersyarah dengan slidenya terutama yang melibatkan pengiraan, jujur cakap, Amal will be lost. Bila tak faham, pastu malu pula nak tanya pensyarah, mula lah kejahilan yang pahit yang terpaksa dipendam dan hilang fokus serta emosi yang tak menentu lagi. Itu antara faktor gangguan semasa belajar bila tak buat persediaan awal. Tapi tadi bila dah belajar dengan classmate pasal tugasan 1 sebelum masuk kelas tu, Alhamdulillah, dapat kesan punca ketidakfahaman pasal jalan penyelesaian soalan tadi tu. Ditambah lagi dengan penerangan classmate, Alhamdulillah, banyak membantu. 

"Ya Allah, berkatilah ilmu yang diajarkan kepadaku dan semoga aku memahaminya serta dapat mengajarkannya dengan berkesan kepada mereka yang memerlukannya sepertimana aku memerlukannya sebelumnya."

Dear Statics, semoga aku dapat memahami dan mengaplikasikanmu di dalam kehidupan seharianku. Aamiin.

Sunday 22 September 2013

Classmate Oh Classmate

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa~

Setiap detik, pasti ada ceritanya.
Setiap detik yang ku lalui, pasti menjadi cerita di setiap halaman novel hidupku.
^_^

Jalan-jalan Beli Tudung.
Malam ni, jalan dengan housemate, Shira dan Mar. Ni kali kedua keluar, sebab yang pertama tu Amal ada keluar juga, shopping untuk sarapan pagi di kedai Sungai Baru Tengah. Singgah sekejap dekat gerai jualan yang ada di dewan terbuka wang ulu tu yang diadakan sempena hari keusahawanan kot.

Memang dah lama nak beli tudung, ada satu jenis tudung tuh, tapi sampai sekarang tak jumpa2 lagi. Bila jalan-jalan tengok satu tudung ni, rasa berkenan lah pula. RM10.00 jer. Likely, tak kecik sangat. Harap-harap tak salah pilih tudung noh. hehehe

Shopping Di Kedai
Kali ni Amal, duk luar ja. Tunggu housemate shopping jap. Tengah menunggu housemate, ternampak kelibat Ketua Kuliah bersama the geng. Amal dengan ketua kuliah tu, ok-ok ja, tapi yang tak ok ni salah seorang dari the gengnya tu, classmate Mal juga la. Dah mata bertentang mata, mamat tu pandang bukannya sekilas tapi lama ni, macam hairan nampak Amal di situ, mahu tak mahu, Amal senyum ja la, ok itu sememangnya senyuman yang main paksa punya lah. Ngeh~ mengada-ngada kau mal!

Kisahnya,
Bukannya teruk sangat pun, tapi dah awal-awal buat Aku sentap. Giler ke apa mamat ni. Meh aku story skit, hari tu, baru ja habis kelas Engineering Drawing untuk pengenalan ja la. So, aku bertembung lah dengan mamat ni masa nak keluar dari kelas. Masa aku nak keluar tu, aku dengar;

" Sabah bah."

Aku berpaling, mamat tu tengok aku and aku sure dia yang bersuara masa tu. So, aku pun kira nak bertegur sapa la kan.

" Eya, kamu dari mana?"
" Sungai Petani, Kedah"
"Oh, Kedah. Ni dekat dengan Matlufthi kan?"
" Matlufthi tu kat Kodiang."

Memandangkan baru-baru ini, aku masuk kelas bahasa melayu universiti, pensyarah tu ada bagitau serba sedikit pasal nama-nama tempat di negeri Kedah dan Perlis ni. Contohnya macam Changlun, bererti Gajah Turun, itu kata pensyarah lah. So, aku pun nak tau la pa maksud Kodiang tu.

"Ooh, apa maksud Kodiang tuh?"
"Tuh nama tempat."
"Ya la, tak kan tak tahu erti kodiang tu apa."

Sepatutnya, aku boleh ja nak end conversation ni, tapi tu lah, nak jadi peramah sangat, dia spontan jawab camni.

"Shut up you!"

Weh, macam rasa nak lempang ja mamat ni. Bukan, aku yang mulakan dulu ok. Tapi aku bukan nak lempang pun, cuma kaki aku dah automatik nak mengena di betisnya. Nasib baik, masih waras, so aku sekadar hayun slow ja. Aku just tersengih pastu blah. Hah, mula dari situ lah. Asal nampak muka dia, memang aku teringat ayat "Shut up you!" tu. Baru ja aku kata budak Kedah ni best terutamanya matlufthi [peminat..huahuahua]... Kacau daun je la mamat ni... Tak pa, lupakan-lupakan... jangan nak cari masalah dengan aku udah le... Tak nak banyak masalah ni.sungguh.

***Kot2 ada yang terasa bila baca post ni, Sila maafkan saya, kerana bukan anda yang saya maksudkan, kecualilah anda ialah mamat itu. Sorry Awak, maafkan saya ya, nama awak pn saya tak tau. kekekeke.

Sekian.

Aku dan Abang Malik

Assalamualaikum W.B.T.
Anneonghaseyo & Konnichiwa~~

Apa Khabar? How Are You? Khaifa Haluka? Nama Berita? Eyan Abar?

Yakin ja Amal letak nama Abang Malik tu kan. Sapa tu? Kawan special ke? Boyfriend? Laki hang ke mal? hahaha. Yes! Dia lah nama watak bagi laki Amal sewaktu lakonan untuk persembahan minggu suaikenal untuk pelajar ijazah semester 1 bagi sesi 2013/2014 di Universiti Malaysia Perlis [UniMap].

Amal Berlakon?
Seriusly, Amal pun tak sangka akan pilih persembahan lakonan, padahal masa tu ada juga ujibakat untuk tarian. Niat hati memang nak pilih tarian, tapi memandangkan Amal tak tau macamana ujibakat tarian tu dibuat dan kenangan menari yang agak banyak suka dukanya, buat Amal nak ikut lakonan. Sepatutnya, lakonan tu kena ada ujibakat dulu tapi Amal daftar nama selepas dorang tutup ujibakat tapi dalam pada masa yang sama, tawaran untuk mengikut lakonan masih di buka.

Amal masih ingat lagi petang tu, masa tu pelajar yang terlibat dengan kebudayan kena berkumpul di luar dewan 2020, the ending pengumuman tu kata " kepada yang terlibat sahaja, yang tak ada kena mengena tu jangan nak mengada-ngada!". Seriusly sentap di situ, sebab niat Amal nak join lakonan pun sekadar nak cuba-cuba. So, Amal duduk diam-diam lah di belakang dewan tu, tunggu giliran nak keluar. Tak lama kemudian, ada pengumuman pulak dah. Nama-nama yang mendaftar untuk mengikuti kebudayaan, "Amal Safwanah Samson, . . . . . . . . [nama pelajar yang lain] " Bergema nama Amal dalam dewan 2020 tu. Adui, malu sikit lah juga ni. Perlahan-lahan menuju ke tempat berkumpulnya kumpulan kebudayaan.

Watak Apa?
Setelah member group bincang pasal plot cerita, beberapa watak pun timbul dan sekaligus ada ujibakat untuk setiap watak tu pula. Watak pertama ialah watak ibu yang ditingglkan suaminya ketika dia sarat mengandung, setia menunggu kepulangan suaminya di stesen kereta api. Ada 6 orang termasuk Amal tawarkan diri untuk di ujibakat untuk watak tu. Sejujurnya bila tengok dorang berlakon terutama Ima, fuh, mantap giler. 

Tiba giliran Amal untuk uji bakat tu, terbayang Amal gambaran Ibu Amal berjalan sewaktu mengandungkan Wena dan Ustazah Dayang Lainah, guru kelas Amal form 5 ketika ustazah mengandung. Memang sarat weh. Amal ambik pose orang yang sarat mengandung sikit, dialog pun tak banyak mana, endingnya jatuh dilanggar orang ketika berjalan mencari suaminya. Kalau dibandingkan dengan member yang lain, memang Amal sendiri akui, ramai yang lebih layak. Namun, Kak Rohana bagi watak tu pada Amal berdasarkan dari segi rupa bentuk badan. Berat Amal waktu tu 61.2 kg dengan ketinggian 153 cm. Bayangkan saja la, di kampung pun saudara mara kata, Amal ni besar sangat. Kawan-kawan kata, macam mak cik2 dah rupa ni. Sentap tu memang sentap, tapi dengan rupa ini lah, Amal dapat watak tu. Hm, ok bersyukur. terima peluang seadanya. :D

In Character.
Ingatkan setakat berlakon dengan bahasa badan dan berdialog secara lantang tu senang. Rupanya, Ya Allah. Sabar ja lah. Komen bagi lakonan Amal, bahasa ok, tapi tiada emosi. Cara nak bercakap tu, syukur alhamdulillah, ramai yang membantu, Ima, Asnan, Irin, Rafidah, Kak Ana, Aqilah, watak hawa, dan banyak lagi yang lain tapi lupa dah namanya. Walaupun separuh gila nak berlakon cara nak bermonolog dengan diri pasal Abang Malik ja. Sabar ja la.

 Selain tu, watak yang Amal bawa ni memerlukan perasaan gembira yang teramat sangat dan sedih yang teramat sangat. Bila Amal cuba nak gambarkan setiap perasaan tu sungguh serba tak kena. Sejujurnya, perasaan tu seperti dah hilang, hilang bersama dengan kenangan bahagiaku ketika bersama dia yang selama ini Amal cuba lupakan. Sekuat mana pun, Amal cuba mengingati kenangan suka duka bersama dia, Amal dah rasa macam tiada apa-apa. Sepatutnya, Amal rasa bersyukur lah sebab dapat juga lupakan dia kan, tapi masalahnya dengan watak ni. Amal memang bermasalah sangat nak in character ni, sampaikan Ima tolong Amal untuk in character petang sebelum persembahan malam tu. Tawakal ja lah.

Lakonan "Gema Suara"
Sebelum persembahan bermula, Amal sibuk nak buat kain untuk menampakkan perut ibu yang mengandung bersama dengan Kak senior. Best kakak tu, happy go lucky sangat. Hehehe. Nak dekat mula persembahan, kami semua get ready di belakang pentas, jumpa dengan Pengerusi kelab kebudayaan, cheering all together. Dalam perasaan yang tak menentu tu, ada jua yang sempat mengusik dengan cara penampilanku. Hm, ok mal. Macam tak biasa. hohohoho

Tajuk lakonan ini, Gema Suara. Berlakon dalam scene yang pertama, memang rasa pressure giler. Bertemankan dengan 4 dan 5 orang member lain yang berlakon sebagai orang yang lalu lalang, Amal membawa watak seorang ibu yang sarat mengandung, setia menunggu kepulangan suaminya sambil; bermonolog seorang diri. Berdiri, memandang ke arah penonton yang memenuhi setiap kerusi yang ada, cuba bermonolog sendiri, melontarkan hafalan-hafalan dialog yang ada.

"Bang Malik, sudah lama aku menunggu kepulangan kau bang malik. Semoga kali ini, kita dapat bertemu jua. Anakku, pasti kamu tidak sabar menunggu kepulangan ayahmu, bukan? Sabar ya nak, sebentar lagi ayahmu pasti akan tiba."

[Bunyi kereta api tiba]

"Eh, abang malik sudah sampai. Abang malik. Abang malik~ Mana abang Malik?"

Cuba mencari abang malik, lalu bertembung dengan seorang pak cik.

" Pak cik, tunggu sebentar pak cik. Pak cik, ada kau nampak seorang lelaki? tubuhnya besar, orangnya tinggi lampai, kulinya pula hitam manis, ada kau nampak suamiku pak cik?

Pakcik menggelengkan kepala.

" Oh tiada? Tidak mengapa, terima kasih ya pak cik."
" Abang malik, Mana kau pergi Abang Malik, Pulang lah abang malik.... [mula nak menangis, tiba-tiba perut terasa sakit nak bersalin.] aduh! sakitnya perut aku, tolong aku makcik, aku sudah tidak tahan lagi [ pengsan]."

Haah, macam tu la lakonan Amal di atas pentas dewan 2020 tu. Fuh, gementar sangat doh. Namun hati rasa sedikit lega mendengar tindak balas dari penonton, sekurang-kurangnya tidaklah, Amal kena "Boooo" kn. Alhamdulillah, secara keseluruhannya, lakonan itu berjaya dengan cemerlang dengan lakonan dan nyanyian Ima yang menyentuh perasaan seluruh penonton. Amal yang mendengar pun, memang rasa tersentuh mendengar nyanyian Ima. Ima sememangnya, berbakat hebat.

Effect Lakonan
Habis lakonan malam tu, everything comes back to be normal. No more training, just classes and assignment. Walaupun sekali sekala, ada yang menyapa, " Dah bersalin?", "Abang Malik~~", "eh, ibu" dan ada lagi yang tak berapa nak ingat ungkapannya. Adui, Amal hanya mampu tersenyum.

Itu lah cerita Amal dengan seseorang yang bernama Abang Malik. Walaupun wujudnya hanya sekadar nama watak, terima kasih. Selepas ni kalau jumpa orang nama Malik, tak usah hairan lah, bila nampak Amal tersenyum sendiri. :D

Sekian, cerita di masa yang terluang ini.
Salah Silap, harap dimaafkan. ^_^

Tuck In Baju Kerja

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeinghaseyo & Konnichiwa~~~

How you tuck in your shirt? Haah ni nak habaq mai kat korang lah kan. Biasalah, suka hati la nak share pengalaman yang tak banyak mana pun. hehehe

Suatu ketika dahulu, masa kerja di Gmart, kena pakai baju uniform kerja dan tudung warna putih serta berseluar slack untuk jabatan juruwang/cashier. Kalau pemakaian seluar untuk jabatan lain seperti jabatan Hardline, Softline, Groceries, Fresh Market, mereka kena pakai seluar jeans. Untuk exwcutive pula, bebas nak pakai baju apa pun. Tu memang dah jadi peraturan pemakaian untuk pekarja Gmart KB.

Pemakaian baju ni pula, bukan setakat main pakai ja, kena tuck in tau. Satu perkara baru untuk Amal yang tak pernah lagi tuck in baju secara formal. Minggu pertama, memang seriusly, tak selesa langsung nak tuck in baju, tapi tuck in saja lah. Then, for the next weeks, Amal perhatikan bagaimana senior staff tuck in baju dorang. Rupanya, dorang ada style yang tersendiri. Whoaa, tak ajak-ajak pun.. hehehee

Amal, masa tu tak berani sangat la nak minta kain tu untuk tuck in, so, I find my self the way to try it. So, check it out!! hehehe 

TAu apa benda ni? hehe

Suka hati ja nak guna kat mana-mana kan. haha

Tuck in baju pun dah siap!! hehe

*Amaran: cara ini hanya digunapakai semasa berat badan semasa tak lebih dari 58 Kg ok.. hehehe

Sekian, Cerita santai petang ni. hehehe...

Friday 20 September 2013

Tidur Dalam Bas

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konbanwa.

Home sweet Home Wang Ulu [Girl]


Hari ini Hari Jumaat. Kelas bermula seawal jam 8.00 am. Memandangkan Amal tinggal di Kolej Kediaman Wang Ulu dan kelas berada di Kampus Tetap Pauh, amat digalakkan untuk pergi sejam awal dari waktu kelas bermula. 

Perjalanan Bermula
Jam 7.10 am [kira lambat dah tu], bas yang dinaiki pun bergerak meninggalkan sebahagian daripada pelajar yang masih menunggu bas yang akan menuju ke destinasi kampus masing-masing walaupun tempat duduk sebelah Amal masih kosong. Ok, ngam lah tu. Duduk belakang sekali dekat dengan pintu kecemasan. Duduk sebaris dengan Amal ialah, classmate Amal juga Product Design [tak ingat namanya] dan seorang lelaki pelajar antarabangsa.

Tidur
30 minit dari K.K. wang ulu ke Pauh, ya jelas, the best time gap for a nap. hehehe. Pusing kanan mengadap tingkap, adventure mimpi pun bermula sampai tak sedar yang bas dah sampai dekat kompleks Dewan. sedar-sedar lagi, entah apa yang classmate tu buat, the sure thing was, something hit my bag hardly. Terkejut giler doh. Sepantas mungkin bukak mata lepas tu, pelajar antarabangsa tu mengucap tengok Amal yang terpinga-pinga. Ok, rasa sentap sedikit di situ. ngeee.

Balik tengahari tu, naik bas yang pernah Amal naik sebelum ni [ingat bas tu] dan duduk tempat sebelah driver bas untuk kali kedua dengan bas yang sama. Short interview bersama driver bas, orang Kedah. hm, tu je. 

Sekian.


Wednesday 18 September 2013

Tips Bekerja Sebagai Juruwang (Cashier)

Assalamualaikum W.B.T.
Annyeonghaseyo & Konnichiwa~

Hari ini dengan semangat yang timbul Amal nak share tips bekerja sebagai juruwang ni walaupun pengalaman kerja tu hanya 1 tahun dan 2 bulan lebih ja. Walaupun sebenarnya, assignment Static belum siap, kena hantar esok pagi daaaan petang ni jam 6.30 pm kena gerak pi Klinik Kampus Pauh untuk medical check student first year semester 1, tapi Amal tetap nak buat jua post ni. Huh, desperate? No, just killing the time kunun.

Tips-tips ni 80% berdasarkan pengalaman sendiri dan the other 20% tu adalah tips yang Amal rasa sesuai untuk dipraktikkan, God Willing.

1. Niat Bekerja kerana Allah S.W.T.
Ya, walaupun pada awalnya Amal memang kerja sebab nak cari duit belanja seharian sebab tak nak berharap sangat kepada parents memandangkan dah dewasa kunun. Tapi sebenarnya, bila Amal dah masuk kerja tu, memang agak menggugat jiwa juga lah. Kadang-kadang rasa, kerja yang Amal buat tu tak setimpal dengan gaji yang Amal dapat. Pinjam motto UTM jap, Untuk Manusia Demi Tuhan. Cakap senang, buat susah kn, tapi percaya lah, bila sampai suatu tahap tu, hati rasa tenang ja bila bekerja.

2. Datang Awal Sebelum Giliran Bertugas.
Amal pernah datang awal sangat, lambat sangat pun pernah. Kira macam dah lumrah alam pekerjaan. Dan yang pasti, teguran kasih sayang dari senior staff pun kena anggap lumrah juga lah. hehe. Mungkin ada yang tak kesah pasal lambat datang kerja, tapi sebenarnya ianya amat mengganggu perjalanan tugas seharian dan lebih teruk jika senior juruwang lambat datang kerja. Hm, pahit pengalaman tu, trust me. hehehe

3. Jujur.
Memang banyak nilai-nilai murni yang patut ada dalam diri seorang juruwang dan di antaranya ialah Jujur. Jujur dengan siapa? Kalau boleh dan mesti jujur dengan semua orang. Jujur dengan Ketua, syarikat, rakan sekerja, dan terutamanya pelanggan. Kadang-kadang ada ketua yang silap bagi duit modal, pastu siap lupa lagi kalau2 kita dah bayar short duit atau belum. Kesian ketua tu sebenarnya, terlampau banyak fikirkan hal kewangan syarikat. tu yang banyak lupa tu. Jujur dengan pelanggan ni toksah cakap lah, berkata benarlah walaupun pahit, walaupun adakalanya wujud jua pelanggan yang tak nak terima apa kita dah utarakan hal yang sebenarnya.

4. Sabar.
Sabar ni memang kena sabar banyak-banyaklah. Memang dugaan terhebat untuk orang yang panas baran. hehehe. Kerja ikut shift yang kadang-kadang tak menentu memang kadang-kadang mengaktifkan emosi yang tak menentu. Paham-paham saja lah. Pelanggan beratur panjang, ada yang siap potong barisan, pastu pelanggan sound kita sebab biar pelanggan lain potong barisan, tak masuk lagi yang complaint pasal harga yang naik mendadak tu. Macamlah cashier ni, tukang update harga barang kan.

5. Cekap dan Proaktif.
Wah, ayaat. Sembarangan ja letak macam tuh kan. Tapi Betul. Jadi seorang juruwang ni kena cekap kira duit, punch harga barang, urus item-item pelanggan. Kalau tak, sure akan dengan " Mana ketua kamu?" ... Alaaa....macam ayat dalam television tu, padahal perkara kecik boleh setel dalam beberapa minit ja pun nak heboh hingga ke peringkat pengurusan. Proaktif, haah yang ni, bukan saja dalam bab yang berkaitan dengan pelanggan tapi lebih kepada urusan kerja kita dalam syarikat bersama rakan seperjuangan yang lain. Be the best among the best. Motivasi diri sikit.

To be continue....