Sunday 22 September 2013

Aku dan Abang Malik

Assalamualaikum W.B.T.
Anneonghaseyo & Konnichiwa~~

Apa Khabar? How Are You? Khaifa Haluka? Nama Berita? Eyan Abar?

Yakin ja Amal letak nama Abang Malik tu kan. Sapa tu? Kawan special ke? Boyfriend? Laki hang ke mal? hahaha. Yes! Dia lah nama watak bagi laki Amal sewaktu lakonan untuk persembahan minggu suaikenal untuk pelajar ijazah semester 1 bagi sesi 2013/2014 di Universiti Malaysia Perlis [UniMap].

Amal Berlakon?
Seriusly, Amal pun tak sangka akan pilih persembahan lakonan, padahal masa tu ada juga ujibakat untuk tarian. Niat hati memang nak pilih tarian, tapi memandangkan Amal tak tau macamana ujibakat tarian tu dibuat dan kenangan menari yang agak banyak suka dukanya, buat Amal nak ikut lakonan. Sepatutnya, lakonan tu kena ada ujibakat dulu tapi Amal daftar nama selepas dorang tutup ujibakat tapi dalam pada masa yang sama, tawaran untuk mengikut lakonan masih di buka.

Amal masih ingat lagi petang tu, masa tu pelajar yang terlibat dengan kebudayan kena berkumpul di luar dewan 2020, the ending pengumuman tu kata " kepada yang terlibat sahaja, yang tak ada kena mengena tu jangan nak mengada-ngada!". Seriusly sentap di situ, sebab niat Amal nak join lakonan pun sekadar nak cuba-cuba. So, Amal duduk diam-diam lah di belakang dewan tu, tunggu giliran nak keluar. Tak lama kemudian, ada pengumuman pulak dah. Nama-nama yang mendaftar untuk mengikuti kebudayaan, "Amal Safwanah Samson, . . . . . . . . [nama pelajar yang lain] " Bergema nama Amal dalam dewan 2020 tu. Adui, malu sikit lah juga ni. Perlahan-lahan menuju ke tempat berkumpulnya kumpulan kebudayaan.

Watak Apa?
Setelah member group bincang pasal plot cerita, beberapa watak pun timbul dan sekaligus ada ujibakat untuk setiap watak tu pula. Watak pertama ialah watak ibu yang ditingglkan suaminya ketika dia sarat mengandung, setia menunggu kepulangan suaminya di stesen kereta api. Ada 6 orang termasuk Amal tawarkan diri untuk di ujibakat untuk watak tu. Sejujurnya bila tengok dorang berlakon terutama Ima, fuh, mantap giler. 

Tiba giliran Amal untuk uji bakat tu, terbayang Amal gambaran Ibu Amal berjalan sewaktu mengandungkan Wena dan Ustazah Dayang Lainah, guru kelas Amal form 5 ketika ustazah mengandung. Memang sarat weh. Amal ambik pose orang yang sarat mengandung sikit, dialog pun tak banyak mana, endingnya jatuh dilanggar orang ketika berjalan mencari suaminya. Kalau dibandingkan dengan member yang lain, memang Amal sendiri akui, ramai yang lebih layak. Namun, Kak Rohana bagi watak tu pada Amal berdasarkan dari segi rupa bentuk badan. Berat Amal waktu tu 61.2 kg dengan ketinggian 153 cm. Bayangkan saja la, di kampung pun saudara mara kata, Amal ni besar sangat. Kawan-kawan kata, macam mak cik2 dah rupa ni. Sentap tu memang sentap, tapi dengan rupa ini lah, Amal dapat watak tu. Hm, ok bersyukur. terima peluang seadanya. :D

In Character.
Ingatkan setakat berlakon dengan bahasa badan dan berdialog secara lantang tu senang. Rupanya, Ya Allah. Sabar ja lah. Komen bagi lakonan Amal, bahasa ok, tapi tiada emosi. Cara nak bercakap tu, syukur alhamdulillah, ramai yang membantu, Ima, Asnan, Irin, Rafidah, Kak Ana, Aqilah, watak hawa, dan banyak lagi yang lain tapi lupa dah namanya. Walaupun separuh gila nak berlakon cara nak bermonolog dengan diri pasal Abang Malik ja. Sabar ja la.

 Selain tu, watak yang Amal bawa ni memerlukan perasaan gembira yang teramat sangat dan sedih yang teramat sangat. Bila Amal cuba nak gambarkan setiap perasaan tu sungguh serba tak kena. Sejujurnya, perasaan tu seperti dah hilang, hilang bersama dengan kenangan bahagiaku ketika bersama dia yang selama ini Amal cuba lupakan. Sekuat mana pun, Amal cuba mengingati kenangan suka duka bersama dia, Amal dah rasa macam tiada apa-apa. Sepatutnya, Amal rasa bersyukur lah sebab dapat juga lupakan dia kan, tapi masalahnya dengan watak ni. Amal memang bermasalah sangat nak in character ni, sampaikan Ima tolong Amal untuk in character petang sebelum persembahan malam tu. Tawakal ja lah.

Lakonan "Gema Suara"
Sebelum persembahan bermula, Amal sibuk nak buat kain untuk menampakkan perut ibu yang mengandung bersama dengan Kak senior. Best kakak tu, happy go lucky sangat. Hehehe. Nak dekat mula persembahan, kami semua get ready di belakang pentas, jumpa dengan Pengerusi kelab kebudayaan, cheering all together. Dalam perasaan yang tak menentu tu, ada jua yang sempat mengusik dengan cara penampilanku. Hm, ok mal. Macam tak biasa. hohohoho

Tajuk lakonan ini, Gema Suara. Berlakon dalam scene yang pertama, memang rasa pressure giler. Bertemankan dengan 4 dan 5 orang member lain yang berlakon sebagai orang yang lalu lalang, Amal membawa watak seorang ibu yang sarat mengandung, setia menunggu kepulangan suaminya sambil; bermonolog seorang diri. Berdiri, memandang ke arah penonton yang memenuhi setiap kerusi yang ada, cuba bermonolog sendiri, melontarkan hafalan-hafalan dialog yang ada.

"Bang Malik, sudah lama aku menunggu kepulangan kau bang malik. Semoga kali ini, kita dapat bertemu jua. Anakku, pasti kamu tidak sabar menunggu kepulangan ayahmu, bukan? Sabar ya nak, sebentar lagi ayahmu pasti akan tiba."

[Bunyi kereta api tiba]

"Eh, abang malik sudah sampai. Abang malik. Abang malik~ Mana abang Malik?"

Cuba mencari abang malik, lalu bertembung dengan seorang pak cik.

" Pak cik, tunggu sebentar pak cik. Pak cik, ada kau nampak seorang lelaki? tubuhnya besar, orangnya tinggi lampai, kulinya pula hitam manis, ada kau nampak suamiku pak cik?

Pakcik menggelengkan kepala.

" Oh tiada? Tidak mengapa, terima kasih ya pak cik."
" Abang malik, Mana kau pergi Abang Malik, Pulang lah abang malik.... [mula nak menangis, tiba-tiba perut terasa sakit nak bersalin.] aduh! sakitnya perut aku, tolong aku makcik, aku sudah tidak tahan lagi [ pengsan]."

Haah, macam tu la lakonan Amal di atas pentas dewan 2020 tu. Fuh, gementar sangat doh. Namun hati rasa sedikit lega mendengar tindak balas dari penonton, sekurang-kurangnya tidaklah, Amal kena "Boooo" kn. Alhamdulillah, secara keseluruhannya, lakonan itu berjaya dengan cemerlang dengan lakonan dan nyanyian Ima yang menyentuh perasaan seluruh penonton. Amal yang mendengar pun, memang rasa tersentuh mendengar nyanyian Ima. Ima sememangnya, berbakat hebat.

Effect Lakonan
Habis lakonan malam tu, everything comes back to be normal. No more training, just classes and assignment. Walaupun sekali sekala, ada yang menyapa, " Dah bersalin?", "Abang Malik~~", "eh, ibu" dan ada lagi yang tak berapa nak ingat ungkapannya. Adui, Amal hanya mampu tersenyum.

Itu lah cerita Amal dengan seseorang yang bernama Abang Malik. Walaupun wujudnya hanya sekadar nama watak, terima kasih. Selepas ni kalau jumpa orang nama Malik, tak usah hairan lah, bila nampak Amal tersenyum sendiri. :D

Sekian, cerita di masa yang terluang ini.
Salah Silap, harap dimaafkan. ^_^

No comments:

Post a Comment